Blogger Widgets

salam

Saturday, 31 March 2012

HARAM MENYAMBUT 'APRIL FOOL'


Dr. Yusuf al-Qardawi menyebut :
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :
1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.
Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

LELAKI INI DITANGKAP KERANA MEROGOL KAMBING

ADUH MASALAH BETUL NEGRO NI.,MENURUT SUMBER-SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI,LELAKI INI DITAHAN AKIBAT MELAKUKAN SEKS DENGAN KAMBING INI.,SEKARANG NI HAIWAN PUN KENA BERJAGA-JAGA DARI GANGGUAN SEKSUAL SEBEGINI.,TIDAK LUPA JUGA KAUM WANITA DI LUAR SANA...


-BOYIDZUAIN-

NENEK INI BUAT TATOO DIBADANNYA SUPAYA DOKTOR TAHU KEINGINANNYA UNTUK MATI


NORFOLK - Seorang nenek yang meminta para doktor yang merawatnya untuk menghentikan perawatannya dan membiarkannya mati jika dia jatuh sakit, mengukir sebuah tato di dadanya bertuliskan ‘Jangan Disembuhkan’ dan tulisan PTO di punggungnya.Joy Tomkins (81), memutuskan untuk tidak mahu lagi dibawa ke unit kecemasan setelah suaminya Malcolm, mati pelan-pelan di sana.

Ibu dua anak yang kini masih dalam keadaan sihat ini, mengunjungi studio tato pada Januari lalu dan membayar seharga USD5 untuk tato bertuliskan ‘Do Not Resuscitate’ di dadanya untuk memastikan para doktor menghargai keinginannya untuk mati, demikian seperti dilapor Dailymail.

Tomkins juga menato PTO dan sebuah panah mengarah ke dadanya, supaya pasukan medik akan membacanya jika dia pengsan.

Nenek dari enam orang cucu ini menderita arthritis, penyakit Reynaud dan diabetes, mengatakan kelmarin bahawa dia tidak ingin menanggung kematian, lambat berlama-lama.

“Saya tidak ingin menjadi setengah mati, saya ingin sepenuhnya mati. Mungkin akan berbeza ketika saya berusia 51 tahun tapi kini saya sudah 81 tahun,” ujarnya.

“Semua orang pasti akan mati, tapi saya tidak ingin seperti sayuran. Saya berharap umur saya dapat lebih dari 70 tahun, dan saya senang kerana saya masih hidup sekarang,” dia menambahkan.

Namun nenek ini malah khuatir kecanggihan medik saat ini membuat umurnya semakin panjang. “Saya takut kehebatan perubatan akan membuat saya tetap hidup ketika saya telah tidak ingin hidup,” katanya

POTONG KAKI KERANA MALAS BERKERJA



MITTERLABILL (Austria): Seorang lelaki yang hampir mati selepas memotong kakinya untuk membolehkan dia terus mendapat elaun ‘menganggur’ terkejut apabila diberitahu dia masih boleh bekerja walaupun kakinya kudung.
Hans Url, 56, yang sudah tidak bekerja dalam tempoh lama diberitahu bantuan diberikan kepadanya akan dihentikan jika dia tidak menerima tawaran kerja yang diberikan oleh kakitangan pusat pekerjaan.

Dan apabila dakwaannya menyatakan dia terlalu sakit dan tidak gemarkan pekerjaan ditawarkan itu diganti dengan tawaran perubatan, dia mengambil langkah drastik. Url dari Mitterlabill, selatan Austria, mengambil mesin gergaji dan memotong kakinya - sebelum mencampakkannya ke dalam ketuhar bagi memastikan tiada pakar bedah dapat menyambungkannya semula.
Bagaimanapun, kakitangan pusat pekerjaan memusnahkan rancangan Url itu apabila mereka memberitahu kecacatan dialaminya itu tidak mengecualikan dia untuk tidak bekerja. Jurucakap polis Franz Fasching berkata: “Rancangan Url memang licik. Dia menunggu hingga isteri serta anak lelakinya keluar dan hanya dia bersendirian di rumah.

“Dia kemudian memetik suis mesin gergaji itu dan memotong kaki kirinya di atas paras buku lali - mencampakkannya ke dalam api, supaya ia tidak boleh disambung semula sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan. “Dia kemudian mengesot ke garaj di mana dia menghubungi petugas kecemasan dan menunggu mereka tiba.” Polis memberitahu Url hampir mati akibat kehilangan banyak darah sebelum petugas paramedik tiba di kediamannya. Mereka turut menemui kakinya yang dipotong di dalam ketuhar. - DM

KISAH MENARIK UNTUK DIBACA





Ini ada satu kisah menarik untuk dikongsikan...mungkin anda pernah membaca atau mendengarnya..mari kita recall bersama-sama...


Kata-kata Syeikh Az-Zabidi: “Musuh-musuh Rasulullah s.a.w., selepas menghancurkan makam-makam mulia di perkuburan Al-Baqi’, mereka beralih ke kubah makam Rasulullah. Salah seorang daripada mereka pun naik ke puncak kubah untuk menghancurkannya, serta-merta Allah mengirimkan petir/api menyambar orang tersebut... dengan hanya sekali sambaran lelaki itu pun terus kejang dan mati sedangkan jasadnya melekat di atas kubah yang mulia itu.

Hingga kini tiada seorang pun mampu menurunkan mayat tersebut dari atas kubah. Kemudian seorang yang sangat soleh bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. dan memberitahunya bahawa tidak akan ada seorang pun yang mampu menurunkan mayat tersebut. Dengan kata lain, orang tersebut “dikuburkan” di atas kubah itu; dengan meletakkan sesuatu di atasnya sebagai penutup.... semoga menjadi 'ibrah dan pengajaran.”

JAMBATAN DALAM AIR

















SUNGGUH BELAGAK KUCING INI








Wednesday, 28 March 2012

TABUNG ADIK MAWAR


SHAH ALAM – Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2 tahun, yang menghidap penyakit lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit, memerlukan RM35,000 bagi membiayai kos pembedahan di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, Ampang.
Ibunya, Sahida Ramli, 29, berkata, Mawar tiada masalah sewaktu dalam kandungan dan dilahirkan normal.
Bagaimanapun, dua minggu selepas dilahirkan, anaknya itu menangis tanpa henti dan hasil pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati otaknya dijangkiti kuman dan disahkan lumpuh otak.
“Setiap kali diserang penyakit, Mawar akan menangis tanpa henti, muka dan seluruh tubuhnya jadi kebiruan dan akan tercungap-cungap.
“Ibu mana sanggup melihat anaknya begini. Walaupun Mawar tidak mampu meluahkan kata-kata, saya dapat rasakan kesakitan yang ditanggungnya itu,” katanya.
Penderitaan Mawar itu juga menyebabkan Sahida dan suaminya, Farid Alsuwad Mohamed Maki, 34, menghadapi kesempitan hidup disebabkan kos rawatan setiap bulan.
Sahida mahu Mawar menjalani pembedahan segera di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, kerana hospital kerajaan tidak dapat melakukannya pada kadar segera.
“PPUM telah merujuk Mawar untuk menjalani pembedahan segera di Institut Jantung Negara (IJN), tetapi sehingga kini IJN telah beberapa kali menangguhkan pembedahan kerana kesihatan Mawar tidak mengizinkan.
“Akhirnya, doktor pakar di hospital kerajaan menasihatkan saya ke Gleaneagles kerana pakar perubatan di sana boleh melakukan pembedahan segera, namun saya dimaklumkan, kos perubatan di sana adalah RM35,000 dan ini di luar kemampuan kami.
“Semenjak Mawar sakit, suami terpaksa berhenti kerja kerana menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menjaga Mawar. Sukar bagi pengasuh menjaga Mawar dalam keadaannya itu.
“Hanya saya bekerja, namun sebagai kakitangan kerajaan pangkat rendah, pendapatan bulanan tidak mencukupi bagi menampung kehidupan kami sekeluarga. Mawar juga perlu diberikan susu khas dan memerlukan lampin pakai buang,” katanya.
Sahida berkata, anaknya memperoleh elaun RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dibayar empat bulan sekali.
“Kami sekeluarga perlu ikat perut, dengan dua lagi anak yang bersekolah dan sewa rumah yang tertunggak. Tidak termampu bagi kami mengumpulkan RM35,000 itu,” katanya.
Orang ramai boleh menyumbang derma ke akaun Bank Islam milik Mawar 12-21602002450-1 atau menghubungi Farid di talian 010-5430339 atau Sahida (019-3939103).
KESAL BOMOH AMBIL KESEMPATAN
Di sebalik kesulitan hidup yang dihadapi dan berdepan kekangan me­ngumpulkan dana RM35,000 buat pembedahan Mawar Farisya Farid Alsuwad dalam tempoh seminggu ini, masih ada pihak mengambil kesempatan terhadap mereka sekeluarga.
Menurut Sahida Ramli, ibu kepada adik Mawar, ada pihak yang menghubunginya menawarkan khidmat pembedahan secara ghaib bagi mengubati penyakit anaknya, dengan me­ngenakan jumlah bayaran RM5,000 bagi khidmat tersebut.
Katanya, individu tersebut memperkenalkan dirinya sebagai bomoh yang boleh mengubati Mawar, dan menyembuhkan segala penyakit yang dihidapinya termasuk lumpuh otak dengan mengatakan orang suruhannya akan datang dan melakukan pembedahan.
“Dia menyuruh saya memasukan wang RM5,000 terlebih dahulu sekiranya ingin mendapatkan khidmatnya. Kemudian, perlu menunggu waktu tengah malam dengan menye­diakan semangkuk air.
“Pada mulanya, beliau menawarkan perkhidmatan dengan bayaran RM20 sahaja, namun meningkat kepada RM5,000,” katanya yang terkilan dan kecewa dengan sikap pihak cuba mengambil kesempatan terhadap kesulitan mereka.
Justeru itu, beliau kini semakin berhati-hati dengan khidmat bantuan pihak yang cuba me­ngambil kesempatan selepas rayuannya bagi mengumpulkan dana RM35,000 untuk membiayai rawatan pembedahan anaknya dilaporkan Sinar Harian, tiga hari lalu.
Menurutnya, Mawar perlu menjalani pembedahan segera atas nasihat doktor disebabkan keadaan kesihatannya yang baik setakat ini.
“Mawar mudah dijangkiti penyakit, kerana antibodinya lemah. Melihatkan keadaannya yang semakin baik doktor memberikan tempoh seminggu ini untuk menjalankan pembedahan segera,” katanya kepada Sinar Harian.
Sehubungan itu, mereka yang ingin me­nyumbang boleh ke akaun Bank Islam milik Mawar, 12- 216-02-002450-1.
KOS BEDAH MAWAR MASIH BELUM MENCUKUPI
Wang sebanyak RM35,000 bagi menanggung kos pembedahan Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2, yang menghidap penyakit lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit, masih belum mencukupi.
Bapanya, Farid Alsuwad Mohamed Maki berkata, beliau bimbang kerana sehingga kini, setelah empat hari berita mengenai anaknya disiarkan, bantuan diterima belum mencukupi dan masih banyak diperlukan.
“Saya berasa susah hati kerana setakat ini, jumlah terkumpul dalam tabung bantuan Mawar hanya RM457 sahaja. Walaupun begitu, masih ramai yang menelefon untuk bertanya khabar dan memberi nasihat.
“Kalau boleh, saya berharap agar ramai yang akan menghulurkan bantuan untuk membantu Mawar menjalani pembedahan. Sebagai bapa, saya sudah tidak sanggup lagi melihat anak saya menanggung kesakitan dan menderita setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Mawar diberi tempoh seminggu dan dijadualkan menjalani pembedahan minggu hadapan, malangnya, disebabkan kos pembedahan masih belum mencukupi, ianya terpaksa ditangguhkan.
Mawar memerlukan RM35,000 bagi membiayai kos pembedahan di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.
Mawar pada awalnya dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain, malangnya, dua minggu kemudian dia sering menangis tanpa henti.
“Saya tidak tahu apa punca kepada penyakit Mawar ini, nak kata keturunan, tiada keturunan kami yang ada menghidap penyakit begitu.
“Lagipun, ketika scan jantina bayi dalam kandungan sebelum dilahirkan, Mawar didapati sihat dan tiada penyakit,” katanya.
Farid Alsuwad berkata, beliau merayu agar semua pihak yang mampu menghulurkan bantuan supaya dapat meringankan beban Mawar.
“Duit dalam simpanan saya tidak mencukupi dan tidak mempu untuk tanggung kos pembedahan Mawar. Tidak kiralah siapa yang mahu membantu, saya dan isteri begitu berharap dapat mengumpul wang dalam tempoh terdekat bagi meringankan derita Mawar,” katanya.
TERKINI: Setakat ini adik mawar telah menerima sumbangan sebanyak RM9390
KOS BEDAH SEBANYAK RM35.000
-BOYIDZUAIN-


29/03/2012-TERKINI


-KOS BEDAH ADIK MAWAR BERJAYA DIKUMPUL..,ADIK MAWAR AKAN DIBEDAH 3 APRIL INI..,SAMA-SAMA KITA MENDOAKAN ADIK INI.........


-BOYIDZUAIN-

Monday, 26 March 2012

BERUK BONOBO KUAT SEKS SEMAKIN PUPUS

Afrika – Bonobo, sejenis beruk yang hanya boleh diperolehi di Congo kini berdepan kepupusan biarpun binatang tersebut terkenal kerana kuat seks sehinggakan mampu melakukannya selang beberapa minit.
Berikutan itu, Bonobos kini dikategorikan sebagai binatang yang dalam bahaya serta menuju kepupusan.
Beruk Bonobo Semakin PupusMenurut Evelyne Peteolot dari pusat perlindungan Lola Ya Bonobo, binatang itu mempunyai tahap kesuburan yang rendah menyebabkan kadar kelahirannya adalah rendah.
Selain itu, dagingnya menjadi buruan pemburu malah anaknya dicuri untuk dijadikan binatang peliharaan.
Faktor berkenaan, katanya, telah menjadikan spesis ini semakin pupus.
“Bilangannya semakin berkurangan dengan mendadak,” katanya.
Sebelum perang saudara berlaku di Congo, jumlah Bonobo dianggarkan 100,000 ekor namun kini jumlahnya telah berkurang kepada 5,000 sahaja.
Jumlah itu termasuk Bonobo yang ditempatkan di zoo-zoo seluruh dunia.
“Specis ini akan hilang. Amat mendukacitakan kerana ia hanya wujud di Congo dan jika ia pupus di negara ini, maka kita tidak akan menemuinya di mana-mana pun,” kata Evelyn.

PEMBUNUH DIRANG DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI


 


JOHOR BAHRU – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang, awal bulan ini.

Muidin Maidin, 24, dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di sini, antara pukul 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lepas.

Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohd Isa kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lelaki yang ditahan bersama-sama Muidin untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Nurul Nadirah, dihukum penjara sebulan dan dua tahun pengawasan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.

Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, kira-kira pukul 8.40 malam, 2 Mac lepas. – BERNAMA

AKIBAT TERTELAN BATERI,BUDAK INI TELAH MENJALANI PERBEDAHAN SEBANYAK 18 KALI


Penjagaan anak kecil memang memerlukan tahap kewaspadaan tinggi. Ini untuk mengelakkan kes yang membahayakan nyawa anak, seperti yang menimpa seorang budak kecil dua tahun dari Arizona berikut ini.

Seperti dipetik dari Fox News, budak bernama Emmett Rauch itu terpaksa menjalani 18 kali pembedahan dalam tahun kebelakangan inidisebabkan tak sengaja menelan batu bateri yang terlepas dari remote control.

Karla, si ibu, mengatakan bahawa tidak ada yang melihat Emmett menelan bateri tersebut. Ia baru menyedarinya ketika puteranya mengalami demam tinggi dan berubat ke hospital


Melalui pemeriksaan X ray, komponen kimia bateri tersebut rupanya sudah membakar kerongkongan. Doktor menganggarkan bahawa kanak-kanak itu menelan bateri tiga hari sebelum pemeriksaan.


Hospital kanak-kanak Phoenix menyebut bahawa kes itu bukan kali pertama. "Kami mempunyai dua kes serupa dalam beberapa minggu terakhir, dan sepertinya menjadi lebih dan lebih kerap," kata Michelle Chacon, seorang jururawat tempatan.


Chacon berkata, bateri lithium, yang biasa digunakan dalam jam tangan, boleh menimbulkan bahaya yang lebih besar jika masuk ke tubuh manusia. Itu kerana jenis bateri mini tersebut tidak mempunyai pelindung sebanyak bateri AA.


Meski demikian, bukan bermaksud anak tetap dalam bermain dengan bateri AA. Yang penting, tetap perhatikan gerak kanak-kanak semasa bermain, kerana banyak mainan anak yang berfungsi dengan tenaga dari bateri.


WAKTU SOLAT