Blogger Widgets

salam

Thursday, 5 July 2012

TUMOR 23 KG DALAM PERUT WANITA


NEW YORK - Tumor seberat 23 kilogram (kg) telah dikeluarkan dari dalam perut seorang wanita berusia 65 tahun, kata seorang doktor, David Dupree kelmarin.
"Dia merupakan seorang wanita yang kurus dengan mempunyai perut yang besar. Maksud saya ialah dia kelihatan seperti hamil kembar tiga," katanya yang mengetuai pembedahan untuk mengeluarkan tumor tersebut.
Pembedahan selama lima jam itu dilakukan di Pusat Perubatan Riverview di Red Bank, New Jersey.
Wanita yang berasal dari Union Beach, New Jersey itu hanya mahu dikenali sebagai Evelyn.
Kira-kira enam hingga lapan minggu sebelum dirawat di hospital, wanita itu berasa tidak selesa dengan perutnya.
Dr. Dupree berkata, Evelyn mendapatkan bantuan perubatan pada 4 Jun lalu beberapa hari selepas hari ulang tahun kelahirannya yang ke-65.
Menurutnya, wanita itu sebelum ini menangguhkan untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana dia tidak mempunyai insurans kesihatan.
Dia kemudian memperoleh insurans menerusi program penjagaan kesihatan yang dilaksanakan pemerintah Amerika Syarikat secara automatik kerana umurnya mencecah 65 tahun.
Ketika dia mendapatkan rawatan perubatan, berat badannya lebih 77kg.
Evelyn dibedah selepas dia mengalami kesukaran pernafasan pada Ahad lalu.
Sebelum dibedah, kedua-dua kakinya bengkak kerana aliran darahnya terperangkap dan tubuhnya kekurangan air.
Imbasan X-ray menunjukkan tumor itu dikenali sebagai malignant sarcoma yang menghimpit saluran yang mengalirkan darah ke jantung. - Reuters
SUMBER KOSMO

Wednesday, 4 July 2012

LAWAK SUAMI ISTERI





1. Cium Isteri 

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suaminya. 

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu. 

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu? 

Suami : Nak mampus... Takkan la abg nak buat camtu kat isteri dia! 

2. Bunuh Setan 


Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau, si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kan bang, dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan."

Kata si suami sambil ketawa, "Yerr kerr? Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan, betul tak sayanggg?." 

Isteri hanya tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang." 

Si suami tersenyum panjang. 

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata:, "Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang."
 
"Takpe...tunggulah malam."
 

Esoknya si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan...bang."

Si suami diam sambil mengangguk lemah. 

Esoknya si isteri berkata, "Banggg, jom kita bunuh syaitan... "

Si suami tiba-tiba marah dan berkata, "Ayang nie, nak bunuh syaitan ke atau nak bunuh abang?!"

BAHAYA MINUMAN 3 IN 1



Ramai di antara kita yang gemar menggunakan minuman 3-in-1. Keadaan sekeliling juga mempengaruhi penggunaannya. Mudah dan cepat untuk menyediakan minuman sarapan pagi mahupun berada di pejabat. Tidak perlu menyediakan gula, susu, milo dan lain-lain. Hanya membeli paket 3-in-1 sudah memadai untuk menyediakan minuman anda. Terlambat untuk ke pejabat atau kuliah. Anda hanya menggunakan 3-in-1 dan sudah siap bersarapan dengan segera. Adakah anda sedar bahawa minuman 3-in-1 adalah bahaya.

Antara bahaya-bahayanya ialah : 

1. Mengandungi lebih tiga sudu teh dalam setiap pek.

2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.

3. Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.

4. Mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar dan menyukarkan tidur pada waktu malam.

5. Mengandungi kalori sehingga 200 kalori dalam setiap pek yang sama dengan sepinggan nasi atau 2 keping roti.

6. Jika diambil berlebihan (3 pek) boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Dengan adanya packet 3-in-1. Rakyat Malaysia menjadi semakin mudah untuk membancuh air dan juga menjadi malas untuk menyediakan minuman seawal yang mungkin.

Berikut adalah antara tanda-tanda dan kesan-kesan pengambilan minuman 3 in 1 yang dapat dikenalpasati :


1. Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca, tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju. Apabila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.

2. Kerap merasakan kesakitan pada dada.

3. Sering tercungap-cungap dan kadang-kala sewaktu sembahyang pun bole tercungap-cungap.

4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Tapak tangan semakin basah.

Perkara-perkara yang perlu dielakkan berdasarkan minuman 3 in 1 :


1. Elakkan daripada meminum Nescafe yang merosakkan buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat daripada selain susu (non-dairy creamer).

2. Elakkan daripada mengambil coffee mate kerana ia adalah non-dairy creamer.

3. Elakkan memakan ais-krim kerana ia mengandungi krimmer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer selain susu.

10 AMALAN TERBALIK MASYARAKAT MELAYU



1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. di mana Rasulullah S.A.W. telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda : Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”

(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

TIPS FORMULA MATEMATIK UNTUK MENGETAHUI KEDUDUKAN HALAMAN MUKA SURAT SETIAP JUZUK

Di sini saya ingin kongsikan dengan saudara dan saudari, tips atau formula matematik untuk memudahkan anda menghafal kedudukan halaman muka surat Al-Quran bagi setiap Juzuk.

Tips ni hanya dapat digunakan untuk Al-Quran Mushaf Uthmani yang standard sahaja.

Contoh 1
 

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman yang ke berapa :

1. 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8.

2. Letakkan nombor 2 selepas jawapan.

3. Jadi, juzuk 5 adalah terletak di halaman 82.

Sekarang lihat di dalam Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarik bukan?





Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman yang ke berapa :

1. 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18.

2. Letakkan nombor 2 selepas jawapan.

3. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182.




Contoh 3 

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 24 di halaman yang ke berapa :

1. 24-1 = 23, 23 perlu didarab dengan 2 jadi 23 x 2 = 46.

2. Letakkan nombor 2 selepas jawapan.

3. Jadi, juzuk 24 adalah pada halaman 462. 




I Luv Maths 

JIWA TENANG DENGAN SURAH AL-ANKABUT


SURAH Al-Ankabut adalah surah ke 29 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri atas 69 ayat serta termasuk golongan surah Makkiyah (surah yang diturunkan di Mekah sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah).

Dinamakan Al-Ankabut yang bererti labah-labah,kerana terdapatnya perkataan berkenaan pada ayat 41 surah ini :
    Umpama orang yang mengambil wali-wali selain daripada Allah.adalah seperti labah-labah yang membuat rumah-rumah labah-labah jika mereka mengetahui.

Dalam ayat berkenaan Allah mengumpamakan para penyembah berhala itu dengan labah -labah yang percaya kepada kekuatan  ruamahnya sebagai tempat berlindung dan tempat menjerat mangsanya.

 Padahal jika rumah berkenaan dihembus angin perlahan atau ditimpa oleh sesuatu barang yang kecil sekalipun nescaya rumah berkenaan akan hancur.Ini menandakan betapa rapuhnya binaan berkenaan.


 Begitulah hal nya dengan kaum musyrikin yang percaya kepada kekuatan sembahan mereka sebagai tempat berlindung dan tempat meminta sesuata yang mereka ingini,padahla sembahan mereka itu tidak mampu sedikit juga menolong mereka dari azab Allah.

 Peristiwa itu pernah terjadi kepada kaum nabi Noh ,kaum nabi Ibrahim,kaum nabi Luth,kaum nabi Syuaib,kaum nabi Solleh dan banyak lagi.Apatah lagi jika menghadapi azab Allah di akhirat nanti,sembahan mereka itu tidak mampu menghindar dan melindungi mereka .


 Turut terkandung dalam surah berkenaan ialah bukti adanya hari kebangkitan dan ancaman terhadap orang yang mengingkarinya,tiap-tiap diri akan merasakan mati dan hanya kepada Allah mereka akan kembli.Allah akan menjamin rezeki terhadap setiapa mahluknya.

 Disebutkan juga kewajipan berbuat baik kepada dua orang ibu bapa , kewajipan mengerjakan solat kerana solat itu mencegah daripada melakukan perbuatan keji dan perbuatan mungkar,kewajipan menentang ajakan mempersekutukan Allah sekalipun datang dari ibu bapa.

 Kisah ujian yang di alami oleh nabi Noh,nabi Ibrahim,nabi Luth,nabi Syuaib ,nabi Solleh dan nabi Musa.

 Allah juga memberitahu dalam surah berkenaan ujian itu perlu untuk menguji keimanan seseorang,usaha manusia itu manfaatnya untuk dirinya sendiri bukan untuk   Allah.Sesuatu sifat yang berlawanan terhadap kebenaran pasti hancur .


 Para ulama tafsir menyebut,barang siapa membaca surah Al-Ankabut ,diberi kepadanya pahala seperti bilangan semua orang-orang yang beriman.Barang siapa menulis surah ini padabekas yang suci kemudian di hapuskan denagn air mutlak lalu di minum insyallah menjadi penawar demam,mehilang kan sifat malas dan dapat menenangkan hati dan jiwa.

Ahli tafsir juga berkata sesiapa yang membaca ayat 46 daripada surah Al-Ankabut berkenaan akan dapat menghindarkan perbuatan sihir,ilmu guna-guna,ilmu hitam dan penyakit yang sukar di ubati.

sumber:mingguan warta perdana 
create by:nurul ain

Tuesday, 3 July 2012

ORANG YANG BERLAGAK ITU SEBENARNYA LEMAH



Dalam kehidupan bersosial atau bermasyarakat, kita tidak akan lari dari terjumpa atau berjumpa dengan individu atau mempunyai kawan yang suka membesar-besarkan diri sendiri, pendek kata suka berlagak atau sombong. Ciri-ciri yang biasa kita nampak ialah mereka ini suka bercakap besar atau berdegar-degar, suka memperlekehkan orang lain, mengkritik dengan tujuan untuk menjatuhkan seseorang, memuji diri sendiri, bersikapdefensive, suka berbohong, tidak suka menerima pandangan orang lain, selalu menceritakan sesuatu yang diidam-idamkannya walaupun perkara itu mustahil untuk dicapai, suka mengawal orang lain dan cepat marah.

Apabila kita berdepan dengan individu sebegini, kebiasaannya hati kita akan terdetik mengatakan “asyik-asyik nak dengar cakap dia je!”,”dia ingat dia seorang je ke yang betul?”, “sikit-sikit nak marah orang!”. Memang tidak dapat dinafikan, sikap dan tingkahlaku seseorang yang berlagak dan suka marah-marah ini akan memberi impak psikologi terhadap emosi dan pemikiran kita samada secara langsung ataupun tidak.

Orang yang berlagak itu pada hakikatnya mereka adalah tergolong dalam golongan orang yang lemah. Oleh kerana, antara ciri-ciri orang yang berlagak itu adalah suka memarahi orang lain terutama di depan khalayak ramai, maka telah disebut dalam satu hadith yang bermaksud; Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang paling kuat bukanlah orang yang tidak dapat dikalahkan oleh orang lain, tetapi orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika ia sedang marah.” Hadith Riwayat Muslim – 4723

Berdasarkan konsepsi hadith ini, jelas menunjukkan bahawa seseorang yang tidak mampu mengawal marahnya adalah merupakan orang yang tidak kuat atau lemah.

Dalam ilmu psikologi, orang yang berlagak itu sering menggunakan salah satu teknik self-presentation iaitu intimidation samada secara sedar mahupun tidak. Intimidation atau intimidasi digunakan untuk membangkitkan rasa takut pada orang lain dengan membentuk imej sebagai individu yang digeruni supaya orang lain mengikutinya. Tambahan itu, intimidasi juga boleh digunakan secara positif atau pun negatif berdasarkan kepada situasi dan tujuan tertentu. Jika seseorang itu menggunakan teknik ini ke arah yang negatif maka akan jadilah ia seorang yang berlagak sombong, suka marah-marah, bengis, merasakan diri bagus dan yang akhirnya akan menjerumuskan dirinya ke arah kehancuran.

Persoalannya, bagaimana caranya untuk kita menghadapi individu seperti ini? Terdapat beberapa cara antaranya ialah bersikap tenang beserta senyuman ketika menghadapinya, cuba sedaya upaya untuk tidak terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh mereka dengan cara berfikir secara rasional, siapkan hujah yang bernas dalam fikiran tetapi jangan berdebat, biarkan mereka meluahkan segala-galanya apa yang ingin diperkatakan, elakkan dari terpengaruh dengan gaya komunikasi dan tuturkata mereka dan sama sekali jangan beremosional.

Selain itu, antara kelemahan orang yang berlagak ini ialah mereka sering mengungkapkan sesuatu yang tidak rasional dan memutarbelit sesuatu perkara. Mengapa perkara ini berlaku? Hal ini terjadi kerana minda mereka sudah dipengaruhi oleh nafsu, maka akal sudah tidak lagi berfungsi untuk berfikir secara positif. Oleh sebab itu, mereka tidak boleh menerima pandangan dan sering menyalahkan orang lain.

Dari aspek perubatan Thibbun Nabawy, Ibnu Qayyim Al Jauziyyah menyebut bahawa penyakit itu terbahagi kepada dua iaitu penyakit fizikal dan hati. Justeru, orang yang berlagak ini boleh dikategorikan sebagai orang yang mengalami penyakit hati yang kronik.  Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran Surah Al Baqarah ayat 10 yang bermaksud: “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” 

Konklusinya, apa yang paling penting adalah bukan kita hanya sekadar melihat akan perilaku orang lain, tapi sentiasa bermuhasabah diri, apakah kita ini termasuk dalam golongan orang yang berlagak dan lemah ini? Bagi mengelakkannya, hendaklah kita belajar berfikir secara rasional dan tidak emosional, senyum selalu, menilai kelemahan diri sendiri atau bersifattawaddhu', menanamkan sifat kehambaan kepada Allah SWT, janganlah kita menganggap apa yang kita fikir betul kesemuanya, bersedia untuk dikritik, menghormati pendapat dan terimalah nasihat serta pandangan orang lain.


Al faqir ilallah;
HISHAM MOHAMAD

Sunday, 1 July 2012

HINDARI PENYAKIT HATI YANG MEMBINASAKAN

Saudara dan saudariku yang dikasihi, sayangilah hati dan diri anda.
Sebab Hati (Qalbu) adalah bahagian yang sangat penting pada manusia dalam kehidupan ini oleh itu jagalah dia dengan sebaik-baiknya sebab ianya adalah satu satunya komponen tubuh yang menghadap Allah guna mempertanggung jawabkan segala perbuatan yang telah kita lakukan didunia ini baik ataupun buruknya sebab itu Jika hati kita baik, maka baik pula seluruh amalan anggota badan kita sebagaimana :

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
“Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rusak maka rusak pula seluruh perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)

Dan begitu juga sebaliknya,jika hati seseorang itu rosak atau berpenyakit,maka sulit menerima kebenaran dan akan mati dalam kekafiran jika tidak cepat bertaubat.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
“Orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu (Al-Qur'an) maka bertambah kekafiran mereka, disamping kekafirannya yang telah ada dan mereka mati dalam keadaan kafir.” [At Taubah 125]

Oleh karena itu sauhabatku sekalian,penyakit hati adalah jauh lebih berbahaya daripada penyakit fisik (badan) karena dapat mengakibatkan seseorang itu tidak tenang hidup didunia dan kesengsaraan yang kekal abadi menanti dialam akhirat.

Saudara dan saudariku sekalian yang dikasihi
Dengan mengetahui betapa bahayanya penyakit hati ini maka marilah Kita semua menjaga hati kita supaya tidak dihinggapi penyakit. dan adapun penyakit Hati yang amat berbahaya yang akan kita bahaskan serba sedikit yakni ada tiga sifat ialah :

1.SIFAT SOMBONG
Sahabatku sekalian yang berbahagia
Tidak kurang kita dapati seseorang bersifat sombong diasebabkan karena jabatan, kekayaan,kedudukan dan yang lebih menyedihkan jika kepandaian (Ilmu) yang kita miliki menjadikan kita sombong dan menganggap rendah orang lain. sifat ini yang amat dibenci Allah sebab menolak kebenaran dan merendahkan orang lain.

Rasulullahdalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud:
Kesombongan itu ialah menolak kebenaran dan memandang rendah orang lain.’” (Shahih Muslim)

Adupun beberapa ayat ayat Allah dibawah ini dan masih banyak lagi yang tidak sempat dipaparkan yang melarang dengan tegas setiap hambaNya bersifat sombong:

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
“Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’ 37]

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
“Janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia karena sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman 18]

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
Allah menyediakan neraka jahannam bagi orang yang sombong:
“Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [Al Mu’min 76]

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
“Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan dimuka bumi.” ( Surah al-Qashash; ayat 83)

Rasulullah dalam sebuah hadits qudsi bersabda yang bermaksud:
ALLAH SWT berfirman, sifat sombong itu selendang-KU, dan keagungan itu pakaian-KU. Barangsiapa yang menentang-KU dari keduanya, maka AKU masukkan ia ke neraka Jahannam. (HR. Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

Saudara dan saudariku yang dirahmati Allah.
Kita tidak boleh sombong karena saat kita lahir kita tidak punya kekuasaan apa-apa. Kita tidak punya kekayaan apa-apa. Bahkan pakaian pun tidak. Kecerdasan pun kita tidak punya. Namun karena kasih-sayang Allah dan didikan orang tua-lah akhirnya kita jadi dewasa,berjaya dan dapat kesenangan semua itu dari Allah jadi tidak ada sebab untuk kita menyombong dan membanggakan diri,

Ingatlah sahabatku sekalian di saat kita mati, segala jabatan dan kekayaan dan kehebatan kita akan terlepas juga akhirnya.dan ingat.. di alam kubur dalam lubang yang amat sempit dengan berbekalkan beberapa meter kain kafan yang nantinya akan hancur dimakan tanah dan daging dimakan cacing sehingga lebur jadi tanah. sebab itu mari hindari penyakit dan perasaan sombong ini ingat sabda Rasulullah,

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Saudara dan saudariku Allah Dari awal-awal lagi mengingatkan kita dalam Al-Qur'an bahwa manusia diciptakan dari air mani yang hina,jadi apa kita sombongkan

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
“Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina?” [Al Mursalaat 20]

Adapun pesan Imam Al Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Uluumuddiin :"Menyatakan bahwa manusia janganlah sombong karena sesungguhnya manusia diciptakan dari air mani yang hina dan dari tempat yang sama dengan tempat keluarnya kotoran".

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
Orang-orang yang sombong esok di hari kiamat akan dikumpulkan seperti semut-semut kecil dalam bentuk manusia, mereka datang dengan hina dari berbagai tempat, mereka diberi minum dari keringat penduduk neraka yang berupa nanah dan darah penduduk neraka. (HR. Ahmad danAt-Tirmidzi: 2492)

Sahabatku marilah kita semua menginsafi diri dan berdoa kepada Allah agar kita semua terhindar dari sifat sombong dan merendahkan saudara kita yang lain

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan doamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan yang hina”. (Al Mukmin : Ayat 60)

2.SIFAT UJUB ( MEMBANGGAKAN DIRI )
Adapun sifat ujub Ini mirip dengan sifat sombong.
Sufyan at-Tsauri mendevinisikan sifat ujub ini dengan mengatakan ujub adalah : "Perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat dari pada orang lain"

Sebab bahayanya sifat ujub ini maka Rasulullah mengingatkan kita semua untuk menjauhinya dengan beberapa hadist Rasulullah di bawah ini dan banyak lagi.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
"Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
"Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (kagum dgn diri sendiri)(HR Al-Bazzar & Al-Baihaqi)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” -(Hadis riwayat Muslim)

Oleh itu sahabatku ,jika kita mendapat keberhasilan atau pujian dari orang, janganlah ‘ujub. Sebaliknya ucapkan “Alhamdulillah” karena segala pujian itu hanya untuk Allah.

3.SIFAT IRI DAN DENGKI
Orang yang dengki itu bukanlah ahli agama dan orang yang suka mencela tidak termasuk golongan orang beriman. sebab itu Allah melarang kita iri dan Dengki pada orang lain karena rezeki yang mereka dapatkan itu sesuai dengan usaha mereka dan juga sudah jadi ketentuan Allah yang telah dianugrahkan Allah padanya

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” [An Nisaa’ 32]

Dengki lebih parah dari iri. Orang yang dengki ini merasa susah jika melihat orang lain senang. Dan merasa senang jika orang lain susah. Tak jarang dia berusaha mencelakakan orang yang dia dengki baik dengan lisan, tulisan, atau pun perbuatan. Oleh karena itu Allah menyuruh kita berlindung dari kejahatan orang yang dengki:

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala bermaksud :
“Dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki.” [Al Falaq 5]

Jauhilah perasaan dengki sebab dapat menghancurkan pahala amalan kita.
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
Waspadalah terhadap hasud (iri dan dengki), sesungguhnya hasud mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu. (HR. Abu Dawud)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur. Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama. (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)

Sahabatku,perasaan Iri hanya diboleh dalam 2 hal. Yaitu dalam hal bersedekah dan ilmu,sebab jika timbul iri dalam perkara ini maka kita terdorong melakukannya.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
Tidak ada iri hati kecuali terhadap dua perkara, yakni seorang yang diberi Allah harta lalu dia belanjakan pada jalan yang benar, dan seorang diberi Allah ilmu dan kebijaksaan lalu dia melaksanakan dan mengajarkannya. (HR. Bukhari) [HR Bukhari]

Jika kita mengagumi milik orang lain, agar terhindar dari iri hendaknya mendoakan agar yang bersangkutan dilimpahi berkah.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
Apabila seorang melihat dirinya, harta miliknya atau saudaranya sesuatu yang menarik hatinya (dikaguminya) maka hendaklah dia mendoakannya dengan limpahan barokah. Sesungguhnya pengaruh iri adalah benar. (HR. Abu Ya’la)

WAKTU SOLAT