Blogger Widgets

salam

Thursday, 10 May 2012

BULAN LEBIH BESAR DAN BERCAHAYA


PADA 6 Mei lalu, penduduk Bumi sekali lagi berpeluang menyaksikan keindahan bulan penuh besar. Kejadian yang diberi julukan supermoon oleh peramal bintang, Richard Nolle pada tahun 1979 itu ibarat acara tahunan yang dinanti-nanti.
Fenomena global itu banyak dirakamkan oleh jurugambar profesional terutama di mercu tanda ternama. Imej bulan besar di sebalik Patung Jesus di Rio de Janeiro, Brazil dan bersebelahan Kuil Poseidon, berhampiran Athens, Greece menunjukkan betapa indahnya kejadian alam itu.
Bagaimanapun, sebahagian besar warga Britain terlepas detik itu gara-gara awan tebal yang meliputi langit negara tersebut. Hanya penduduk di kawasan barat laut dan barat daya England dan Wales dapat menyaksikan bulan paling besar sepanjang tahun ini itu.
Secara saintifik, fenomena bulan besar terjadi apabila bulan menghampiri Bumi pada jarak yang lebih dekat daripada biasa. Tahun ini, kedudukan bulan dicatatkan pada jarak 356,955 kilometer (km) dari Bumi berbanding jarak biasa kira-kira 384,000km.
Bulan besar membuatkan bulan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada bulan penuh lain. Perigi (perigee) ialah terma saintifik paling tepat untuk bulan penuh tersebut. Perlu diketahui bahawa setiap bulan penuh yang terjadi mempunyai saiz yang berbeza.
Hal itu disebabkan ia beredar pada orbit berbentuk bujur dan mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama dikenali sebagai perigee manakala bahagian kedua dipanggil apogi. Saat bulan penuh terjadi,perigee berada pada jarak 50,000km lebih dekat dengan Bumi daripada apogi. Kesannya, bulan perigeetampak lebih besar dan bercahaya.
Tidak disangkal, jarak yang dicatatkan ketika bulan besar menunjukkan perbezaan daripada bulan penuh waktu lain. Namun, ukuran sebenar rumit untuk ditentukan.

SEJAK minggu lalu, bulan kelihatan lebih terang dan besar.

ILUSI DAN MITOS
Wakil Pejabat Meteorologi Amerika Syarikat (AS), Dan Grey memberitahu, bulan besar kelihatan mengagumkan ketika ia berada di garisan ufuk. Posisi bersebelahan rumah atau pokok memberi gambaran betapa besarnya bulan itu kelihatan.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS juga berpendapat, waktu terbaik menikmati pemandangan bulan besar itu adalah ketika ia menghampiri horizon.
Bulan pada kedudukan rendah tampak amat besar apabila dilihat di celahan pokok, bangunan atau objek-objek yang berada di hadapannya. Ia merupakan alasan yang tidak difahami pakar astronomi dan psikologi sendiri.
Dr. Robert Massey dari Persatuan Diraja Astronomi AS pula menyatakan, mata manusia berfungsi dengan baik bagi mengimbangi perubahan kecerahan bulan sehingga tiada yang perasan pertukaran ketara tersebut. Apa yang dikesan kebanyakan orang ialah saiz bulan itu sahaja.
Para saintis menambah, sejauh mana pun kedudukan bulan, ia tidak akan menjadikan manusia tidak siuman, melakukan jenayah atau kepercayaan lain yang dianggap karut.
Pakar psikologi, Scott Lilienfeld dari Universiti Emory, Atlanta, AS mengatakan, tanggapan bulan penuh menyebabkan kelakuan aneh merupakan antara mitos terbesar dunia.
"Orang berpegang pada kepercayaan tersebut berpandukan kepekaan mereka terhadap sesuatu insiden. Sekiranya berlaku perkara luar biasa ketika bulan besar, mereka terus melabelkannya sebagai kejadian aneh.
"Namun, apabila tiada apa terjadi, mereka sekadar mendiamkan diri. Kesimpulannya, segala kejadian yang berlaku dalam jangka masa bulan besar hanyalah kebetulan," ujar Lilienfeld.

BULAN besar kelihatan hebat dilihat dari celahan kubah masjid di Kaherah, Mesir.

Kekarutan tersebut timbul daripada cerita rakyat yang dipercayai disampaikan sejak Zaman Pertengahan. Antara kisah pelik yang dikaitkan dengan fenomena bulan besar ialah pertambahan bayaran untuk kemasukan hospital, peningkatan kadar jenayah dan perubahan tingkah laku manusia.
Majoriti kajian moden bagaimanapun menunjukkan hal sebaliknya. Tiada perkaitan antara fasa bulan dengan insiden jenayah, sakit atau tindak-tanduk manusia. Kenyataannya, pengaruh bulan terhadap Bumi amat kecil berbanding khabar angin yang diwartakan.
AIR PASANG
Setiap tahun, bulan besar tampil dengan saiz yang berbeza. Tahun lalu, kedudukan bulan dicatatkan sejauh 356,575km iaitu jarak paling hampir pernah direkodkan sejak dua dekad lalu.
Fenomena tahun ini telah menenggelamkan pancuran meteor daripada sisa-sisa komet Halley yang melewati Bumi setiap 76 tahun. Namun, kesan utama terhadap cuaca planet yang berada pada kedudukan ketiga dari matahari ini ialah air pasang.
Walaupun kedengaran berbahaya, menurut kenyataan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) AS, hal itu bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Di kebanyakan tempat, graviti bulan besar menarik pasang surut air hanya beberapa sentimeter (sm), lebih tinggi daripada biasa.
Kawasan daratan pula hanya dinaiki air sehingga 15sm tetapi tidak akan mencetuskan banjir besar.
Pengarah Jabatan Astronomi Muzium Astronomi dan Planetarium Chicago, AS, Geza Gyuk menjelaskan, menjelang bulan baharu atau penuh, air pasang akan berada pada tahap yang tinggi.
Fenomena tersebut boleh menyebabkan ribut dan banjir tetapi belum ada bukti saintifik mengaitkannya dengan gempa bumi atau bencana alam lain.
"Bulan besar telah berlaku sejak berbilion tahun dahulu. Tiada apa yang istimewa tentang fenomena ini melainkan langit malam yang cantik," ujar Gyuk lagi.
TSUNAMI JEPUN

PERUBAHAN kedudukan bulan dikatakan mempengaruhi hasil tangkapan nelayan.

Beberapa hari sebelum fenomena bulan besar tahun lalu, Jepun dilanda tsunami dan gempa bumi paling dahsyat pernah dialami negara tersebut. 12 Mac 2011 menjadi detik hitam buat rakyat Jepun yang kini bangkit perlahan-lahan daripada malapetaka tersebut.
Secara kebetulan, pada 19 Mac tahun yang sama, fenomena bulan besar pula terjadi sekali gus menimbulkan spekulasi tentang hubung kaitnya dengan bencana di Jepun.
Tidak dinafikan, bulan besar mampu memberi impak terhadap aktiviti seismik disebabkan interaksi graviti yang kuat antara bulan, matahari dan Bumi.
Bagaimanapun, tiada bukti jelas yang boleh mengaitkan fenomena tersebut dengan kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun.
"Gempa bumi di Jepun terjadi ketika kedudukan bulan berada pada jarak normal dengan Bumi.
"Mungkin ada beberapa kejadian gempa bumi yang mempunyai sedikit perkaitan namun kejadian di Jepun tidak dikira," begitu penerangan oleh pemerhati astronomi untuk Balai Cerap Griffith di Los Angeles, Anthony Cook.
SUMBER KOSMO

SAYA TAK SUBAHAT (SUSULAN KES PENDERAAN BAYI)


‘Saya rakam untuk dedah’

KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”

Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.

“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.

NOOR...dipukul ketika cuba selamatkan mangsa
NOOR...dipukul ketika cuba selamatkan mangsa



PENGAJARAN UNTUK PEMANDU BAHAYA

KEADAAN kereta Ford Escort milik seorang pemuda yang dikenali gemar memandu secara laju dan berbahaya di Lubczyna, Poland.
KEADAAN kereta Ford Escort milik seorang pemuda yang dikenali gemar memandu secara laju dan berbahaya di Lubczyna, Poland.

WARSAW: Seorang pemuda yang sering memandu keretanya secara berbahaya berazam menukar cara hidupnya selepas mendapati kenderaan yang sering digunakan, tiba-tiba berada di atas pokok.

Zbigniew Filo mengalami kejutan sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran.


Walaupun sering memandu laju dan berbahaya, Filo, 24, tidak memiliki lesen sah.
Sementara itu, penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow, bersepakat enggan mendedahkan siapa dalang yang bertanggungjawab di sebalik insiden itu.


Bagaimanapun, seorang daripada mereka mengaku, ada individu tertentu meminjam kren milikinya beberapa hari lalu.


Seorang penduduk Lubczyna berkata, sesiapa juga yang meletakkan Ford Escort Filo itu ke atas pokok mempunyai niat baik.
“Pemuda itu pemandu berbahaya dan dia mungkin membunuh seseorang jika tidak dihentikan,” katanya.


Lelaki terbabit berkata, Filo pasti berfikir dua kali jika bercadang mengulangi tabiatnya memandu berbahaya selepas ini.
“Selain itu, tiada siapa tahu kereta pemandu liar mana pula yang bakal menjadi sasaran selepas ini,” katanya.


Polis pula berkata, mereka dihubungi Filo bagi mengadu masalah mengenai keretanya.


Namun, jurucakap polis berkata, mereka meminta Filo menurunkan sendiri kereta itu.


“Filo kemudian berjanji untuk mengubah sikapnya, tetapi dia menganggap tindakan penduduk perkampungan itu keterlaluan,” katanya. - DM

sumber mymetro

TIDUR DITINDIH SYAITAN



Pernah terbangun dari tidur, tapi sulit bergerak ataupun berteriak? Jangan risau, anda tidak diganggu makhluk halus. Ini penjelasan ilmiahnya. Pada saat mengalami ini biasanya kita akan sulit sekali bergerak dan kemudian ada sedikit rasa dingin menjalar dari hujung kaki ke seluruh tubuh.

Untuk boleh bangun, satu-satunya cara adalah menggerakkan hujung kaki, hujung tangan atau kepala sekuat-kuatnya hingga seluruh tubuh boleh digerakkan kembali, biasanya disertai juga dengan munculnya bayangan kegelapan. Hal inilah yang dimaksudkan "ketindihan" makhluk halus oleh sebahagian besar orang.

Menurut medik, keadaan ketika orang akan tidur atau bangun tidur merasa sesak nafas seperti dicekik, dada sesak, badan sulit bergerak dan sulit berteriak disebut sleep paralysis alias tidur lumpuh (kerana tubuh tak boleh bergerak dan serasa lumpuh).

Hampir setiap orang pernah mengalaminya. Setidaknya sekali atau dua kali dalam hidupnya. Sleep paralysis boleh terjadi pada siapa saja, lelaki atau perempuan.

Dan usia rata-rata orang pertama kali mengalami gangguan tidur ini adalah 14-17 tahun. Sleep paralysis alias tindihan ini memang boleh berlaku dalam hitungan detik hingga minit.

Yang menarik, saat tindihan terjadi kita sering mengalami halusinasi, seperti melihat susuk atau bayangan hitam di sekitar tempat tidur. Tak hairan, fenomena ini pun sering dikaitkan dengan hal mistik.

Di dunia Barat, fenomena tindihan sering disebut mimpi buruk inkubus atau old hag berdasarkan bentuk bayangan yang muncul. Ada juga yang merasa melihat agen rahsia asing atau alien.

Sementara di beberapa lukisan abad pertengahan, tindihan digambarkan dengan susuk roh jahat menduduki dada seorang perempuan hingga ia ketakutan dan sulit bernafas.


Menurut Al Cheyne, peneliti dari Universiti Waterloo, Kanada, sleep paralysis, adalah sejenis halusinasi kerana adanya malfungsi tidur di tahap rapid eye movement (REM). Sebagai pengetahuan, berdasarkan gelombang otak, tidur terbagi dalam 4 tahap.

Tahapan itu adalah tahap tidur paling ringan (kita masih setengah sadar), tahap tidur yang lebih dalam, tidur paling dalam dan tahap REM.

Pada tahap inilah mimpi terjadi. Saat keadaan tubuh terlalu letih atau kurang tidur, gelombang otak tidak mengikuti tahapan tidur yang seharusnya. Jadi, dari keadaan sedar (saat hendak tidur) ke tahap tidur paling ringan, lalu langsung melompat ke mimpi (REM).

Ketika otak mendadak terbangun dari tahap REM tapi tubuh belum, di sinilah sleep paralysis terjadi. Kita merasa sangat sedar, tapi tubuh tak boleh bergerak. Ditambah lagi adanya halusinasi muncul susuk lain yang sebenarnya ini merupakan ciri khas dari mimpi.

Selain itu, sleep paralysis juga boleh disebabkan sesuatu yang tidak dapat dikawal. Akibatnya, muncul stress dan terbawa ke dalam mimpi. Lingkungan kerja pun ikut berpengaruh. Misalnya, Anda bekerja dalam shift sehingga kekurangan tidur atau memiliki pola tidur yang tidak teratur.

Meski biasa terjadi, gangguan tidur ini patut diwaspada. Pasalnya, sleep paralysis boleh juga merupakan pertanda narcolepsy (serangan tidur mendadak tanpa tanda-tanda mengantuk), sleep apnea (mendengkur), kecemasan, atau depresi.

Jika Anda sering mengalami gangguan tidur ini, sebaiknya buat catatan mengenai pola tidur selama beberapa minggu. Ini akan membantu Anda mengetahui penyebabnya. Lalu, atasi dengan menghindari penyebabnya Bila tindihan diakibatkan terlalu letih, cuba lebih banyak beristirahat.

Kurang tidur pun tidak boleh dianggap remeh. Jika sudah menimbulkan sleep paralysis, keadaanya bererti sudah berat. Segera evaluasi diri dan cukup keperluan tidur. Usahakan tidur 8-10 jam pada jam yang sama setiap malam.

Perlu diketahui juga, seep paralysis umumnya terjadi pada orang yang tidur dalam posisi telentang (wajah menghadap ke atas dan hampir nyenyak atau dalam keadaan hampir terjaga dari tidur). Itu sebabnya, kita perlu sering mengubah posisi tidur untuk mengurangi risiko terserang gangguan tidur ini.

Nah, jika tindihan disertai gejala lain, ada baiknya segera ke doktor ahli tidur atau laboratorium tidur untuk diperiksa lebih lanjut. Biasanya doktor akan menanyakan bila tindihan dimulai dan sudah berlangsung berapa lama. Catatan yang telah Anda buat tadi akan sangat membantu ketika memeriksakan diri ke dokteor.

Di Afro-Amerika

Gangguan tidur ini disebut the devil riding your back hantu atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.

Di China

Disebut gui ya shen alias gangguan hantu yang menekan tubuh seseorang.

Di Mexico

Disebut se me subio el muerto dan dipercayai sebagai kejadian adanya arwah orang meninggal yang menempel pada seseorang.


Di Kamboja, Laos dan Thailand

Disebut pee umm, mengacu pada kejadian di mana seseorang tidur dan bermimpi makhluk halus memegangi atau menahan tubuh orang itu untuk tinggal di alam mereka.

Di Ireland

Disebut mara. Ini adalah kata kuno bahasa Ireland. Ertinya hantu yang menduduki dada seseorang di malam hari, berusaha membuat orang itu sesak nafas dan mati lemas.

Di Turki

Disebut karabasan, dipercayai sebagai makhluk yang menyerang orang di kala tidur, menekan dada orang tersebut dan mengambil nafasnya.

Di Jepun

Disebut kanashibari, yang secara literatur diertikan mengikat sehingga diertikan seseorang diikat oleh makhluk halus.

Di Vietnam

Disebut ma de yang artinya dikuasai setan. Banyak penduduk Vietnam percaya gangguan ini terjadi kerana makhluk halus merasuki tubuh seseorang.

Di Hungary

Disebut lidercnyomas dan dikaitkan dengan kata supranatural boszorkany (penyihir). Kata boszorkany sendiri bererti menekan sehingga kejadian ini diterjemahkan sebagai tekanan yang dilakukan makhluk halus pada seseorang di saat tidur.

Di Malta

Gangguan tidur ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela (isteri Hares), dewa bangsa Malta yang menghantui orang dengan cara merasuki orang tersebut. Dan untuk terhindar dari serangan Haddiela, seseorang harus menaruh benda dari perak atau sebuah pisau di bawah bantal saat tidur.

Di New Guinea

Fenomena ini disebut Suk Ninmyo. Ini adalah pohon keramat yang hidup dari roh manusia. Pohon keramat ini akan memakan roh manusia di malam hari agar tidak menggangu manusia di siang hari. Namun, seringkali orang yang rohnya sedang disantap pohon ini terbangun dan terjadilah sleep paralysis.

SUMBER

ILMU TAFSIR MIMPI BOLEH DIPELAJARI



Mimpi biasnya dikaitkan dengan tidur sama ada tidur pada waktu malam atau siang, ssekejap atau lama, ingat atau lupa, indah atau menggerunkan, sudah pasti kita sebagai manusia mempunyai mimpi.

Allah SWT ada menyebut dalam al-Quran, mengenai tiga keadaan mimpi iaitu dengan menggunakan kalimah ar-Ru'yah iaitu mimpi yang benar, al-Hadis(miimpi kejadian yang akan berlaku) dan al-Hulmu(mimpi khayalan dan mainan tidur).

Tidak semua mimpi boleh dipercayai dan didustakan, sebalilknya bergantung kepada peribadi orang yang bermimpi.

Ulama menyebut, mimpi itu dinilai berdasarkan keperibadian seseorang. Jika yang bermimpi itu oran yang soleh dan dipercayai maka miimpinya juga boleh dipercayai, tetapi jika yang bermimpi seorang yang fasik serta ahli maksiat maka mimpinya adalah dusta dan tidak boleh dipercayai.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila tiba di akhir zaman maka mimpi seseorang itu tidaklah berdusta dan orang yang paling benar perkataanya."
                                                                     (HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Mimpi mempunyai kedudukan dalm Islam kerana ia pernah dijadikan Allah SWT sebagai salah satu kaedah penyampaian wahyu kepada nabi dan rasul. Walau bagaimanapun, keadaan ini hanya berlaku apabila wahyu masih berjalan dan Rasulullah SAW masih hidup. Ulama juga menegaskan bahawa mimpi tidak boleh dijadikan hujah agama atau pegangan akkidah tetapi mimpi yang baik dan benar lebih kepada panduan, pedoman, teguran dan peringaan daripada Allah SWT secara langsung kepada orang yang bermimpi.

Jika kita sentiasa bermimpi yang baik dan elok, maka kita ada potensi untuk menjadi orang yang baik akhlaknya seperti akhlak nabi dan rasul.

Aishah meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Berita gembira dan berita baik adlah satu-satunya tanda kenabian selapas aku wafat. Lalu baginda Rasulullah SAW ditanya: "Apakah berita gembira itu? Baginda  SAW menjawab: "Mimpi baik yang dilihat seseorang atau dilihat oeh orang lain untuknya."

Mimpi terbahagi kepada tiga iaitumimpi yang baik dan benar daripada Allah SWt, mimpi buruk datang daripada syaitan dan mimpi biasa yang sering berlaku kepada kita apabila terbawa-bawa perkara yang berlaku hingga ke dalam mimpi akibat kelesuan otak dan permainan mimpi separa sedar.

Mimpi yang baik  seharusnya diucapkan dengan kalimah Alhamdulilah dan disusuli dengan berdoa mudah-mudahn ia menjadi kenyataan. Bagi orang yang diganggu syaitan dan terjaga akibat mimpi yang tidak baik maka hendaklah segera memohon perlindungan Allah SWT.

Mimpi yang buruk dan kurang baik, seharusnya tidak dituruti dan jangan teralu percaya kerana ia mampu memudaratkan kehidupa seseorang jika terlalu percayakan mipi itu.

Ilmu mentafsirkan mimpi adalah anugerah Allah SWT kepada mereka yang mendalami ayat al-Quran serta berpengetahuan tinggi terhadap kitab Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.

Ilmu mentafsir mimpi ini sebenarnya boleh dipelajari dan sewajar dihayati serta didekati oleh orang Islam. Ulama ada mengemukakan beberapa syarat untuk seseorang menjadi pentafsir mimpi iaitu mempunyai ilmu dan kefahaman al-Quran serta hadis.

Kita haruslah berhati-hati dalam masalah mimpi dan jangan terpedaya dengan             
dakwaan sesetengah pihak yang membawa ajaran atau fahaman kononnya bertemu nabi atau wali tertentu dalam mimpi yang mengajarkan kepadanya ilmu.

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Barang siapa yang melihat aku di dalam mimpi maka dia benar-benar telah melihatku kerana syaitan tidak boleh menyerupai dirikku."
                                                   (HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)



oleh SYED ABI GHURFAN  SYED AHMAD AL-IDRUS

SUMBER

THE UNKNOWNS,KINI 'PEMANGSA' BARU

The Unknowns mendedahkan maklumat rahsia termasuk kata laluan kaki tangan daripada pelbagai sektor.

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dan pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) antara mangsa berprofil tinggi kumpulan penggodam baru yang menggelar diri mereka sebagai The Unknowns.


The Unknowns mendakwa mereka telah menggunakan kepakaran ahli masing-masing untuk berhubung dengan syarikat keselamatan dan mendedahkan senarai kata laluan dan maklumat rahsia yang telah mereka godam dari pelbagai agensi.

Mereka telah memuat naik senarai nama dan kata laluan kaki tangan di Pusat Penyelidikan Glenn, Nasa.

Pusat Patologi Bersama Tentera AS, Agensi Angkasa Lepas Eropah, Angkatan Tentera Laut Thailand, Kementerian Pertahanan Perancis dan Bahrain serta Universiti Harvard.

Difahamkan, konsep menggodam ke dalam beberapa laman sesawang syarikat kononnya bertujuan untuk meningkatkan sistem keselamatan penggodam.

Dalam satu kiriman emel dihantar oleh The Unknowns, mereka mendakwa belum mencapai matlamat sebenar dan masih mencari kelemahan untuk melengkapkan misi utama.


sumber sinar harian(global)

9 MAYAT DITEMUI TERGANTUNG,14 TANPA KEPALA


NUEVO LAREDO (Mexico): Sebanyak 23 mayat ditemui tergantung dari sebuah jejantas atau dikerat dan dibuang di sepanjang bandar sempadan Nuevo Laredo, semalam.

Polis menemui sembilan mangsa, termasuk empat wanita, tergantung di sebuah jejantas ke sebuah lebuh raya utama.

Polis berkata, beberapa jam kemudian, mereka menemui 14 kepala manusia dalam kotak sejuk di luar dewan bandaran bersama nota ancaman.

Tubuh mangsa pula dibungkus dalam beg plastik hitam dan ditinggalkan dalam sebuah kereta berdekatan jambatan. Motif pembunuhan tidak didedahkan, tetapi disyaki ada kaitan dengan persaingan antara kartel dadah Mexico. - DM


WAKTU SOLAT