Blogger Widgets

salam

Saturday, 17 March 2012

KAKI JUDI GIGIT ZAKAR ANAK HINGGA PUTUS

                     KANAK-KANAK yang parah akibat diserang bapanya sendiri terlantar di sebuah hospital di Shenzhen untuk dirawat.
     

BEIJING: Orang ramai terkejut apabila seorang bapa menggigit hingga putus zakar anaknya yang baru berusia enam tahun sebelum memuntahkannya di tepi jalan, semalam.
Saksi berkata, lelaki berusia 32 tahun itu berjalan bersama mangsa yang berbogel serta adik perempuannya yang berusia empat tahun.

Pada satu ketika, kata saksi, si bapa mengarahkan budak lelaki itu menjilat kemaluannya tetapi dia enggan, menyebabkan dia berang.
“Lelaki itu membaham kemaluan anak lelakinya dan menggigit zakar mangsa,” katanya.

Akhbar City Post semalam menyiarkan gambar mangsa terbaring di hospital di Shenzhen, wilayah Guangdong dengan bahagian sulitnya berbalut.

Media melaporkan, doktor gagal menyambung kemaluan mangsa, tetapi terlalu awal menjangkakan bagaimana keadaannya selepas ini. Polis percaya lelaki terbabit mengalami penyakit mental.


Selain kerap berjudi, dia juga didapati menanggung hutang yang banyak selepas bisnesnya gagal. - TS. 


SUMBER METRO

BERNIATLAH DALAM SETIAP PEKERJAAN


 
Secara realitinya tidak ada satu pun perbuatan yang dilakukan manusia melainkan tersemat di dalamnya suatu unsur yang mendorong dirinya untuk melakukan perbuatan tersebut. Dorongan yang tersemat di dalam hati inilah, yang boleh dikatakan mesti wujud dalam setiap perbuatan manusia, diertikan sebagai niat.

Justeru, niat secara mudahnya bermakna faktor utama yang mendorong serta menggerakkan seseorang melakukan sesuatu perbuatan. Ini perlu difahami bahawa faktor pendorong (niat) ini akan tetap ada sekalipun seseorang itu tidak melafazkannya.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli berkata, niat memainkan peranan teramat besar dalam Islam. Menurutnya, tanpa niat, perbuatan ibadat dan amal kebajikan yang dilakukan menjadi sia-sia dan tidak mendapat sebarang balasan pahala di sisi ALLAH.

Niat yang salih bermaksud melakukan apa-apa yang diperintahkan ALLAH atau meninggalkan perbuatan dilarang-Nya. Ini kerana menuntut keredaan-Nya di dunia dan di akhirat serta atas dorongan ingin mendekatkan diri kepada ALLAH.

“Niat tersebut diistilahkan sebagai ikhlas. Ia sebagai dorongan salih dan sejahtera dalam mengharapkan sesuatu yang lain daripada keredaan ALLAH dan ganjaran di akhirat, dan bukannya seperti mengharapkan sanjungan dan pujian daripada manusia,” kata Rushdi.

Beliau menambah, memandangkan niat merupakan paksi yang mendasari setiap perbuatan manusia dan neraca yang menentukan status sesuatu perbuatan, sama ada perbuatan itu dapat diterima sebagai ibadat di sisi ALLAH atau pun tidak.

Oleh itu, Nabi Muhammad SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa memurnikan dan menghadirkan niat yang suci di dalam perbuatan mereka, khususnya perbuatan yang melibatkan beribadat kepada ALLAH seperti sembahyang, berpuasa dan menuntut ilmu,” katanya kepada Sinar Harian.


Utuhkan rohani

Rushdi berkata, selain daripada maksud mengharapkan keredaan ALLAH, seperti yang dinyatakan di atas, niat yang salih juga menurut Islam bermaksud melakukan sesuatu perbuatan atas dorongan dan niat untuk merealisasikan tujuan murni yang dikehendaki dan dicintai oleh ALLAH.

“Sebagai contoh yang mudah perbuatan seumpama makan, minum, bersukan dan tidur adalah dianggap sebagai perbuatan seharian yang tidak wujud di dalamnya elemen ibadah. Namun sekiranya seseorang Muslim itu melakukan perbuatan tersebut dengan disertai niat suci untuk memelihara dan memantapkan kesihatan dirinya adalah sebahagian daripada tuntutan agama, maka perbuatan tersebut dianggap suatu ibadat yang pelakunya akan diberikan ganjaran pahala,” ujarnya.

Ternyata pentingnya niat yang murni dan salih menurut Islam, iaitu tidak hanya terbatas di dalam melakukan amal ibadah malah turut merangkumi amalan seharian.

“Pendek kata, amalan seharian seperti makan, minum dan bersukan akan memiliki nilai dan impaknya yang berbeza menurut Islam, ekoran daripada kepelbagaian niat dan dorongan yang tersemat di dalam hati pelakunya,” jelasnya.

Rushdi menjelaskan bahawa menurut Islam, niat yang mendasari sesuatu perbuatan akan memberikan kesan dan impak yang langsung terhadap keutuhan rohani pelakunya. Seseorang Muslim yang menjamah makanannya kerana ALLAH dan bagi menunaikan hak jasadnya, perbuatan makannya itu tanpa disedari akan memantapkan lagi keutuhan rohaninya dan membersihkan jiwanya, iaitu berbeza dengan sesiapa yang menjamah makanan atas dorongan hawa nafsu semata-mata.

“Sifat makan kerana nafsu semata-mata akan mencemari rohani seseorang. Menurut penjelasan ulama, golongan yang dipanggil al-muqarrabin (golongan mukmin yang dihampirkan kepada ALLAH) teramat menitikberatkan kehadiran niat yang salih di dalam setiap perbuatan mereka. Golongan tersebut seandainya niat yang salih itu tidak dapat dihadirkan maka adalah terlebih baik perbuatan itu ditinggalkan,” ujarnya.
 
Lafaz niat

Beliau yang juga penulis Karya Bestari berkata, begitu juga kepentingan niat di dalam Islam dapat dilihat dengan memahami bahawa niat salih yang dipelbagaikan akan dapat mempergandakan lagi ganjaran pahala sesuatu amalan.

Seseorang yang menunaikan solat di masjid dengan merangkumkan pelbagai niat salih seperti ingin menuntut ilmu, ingin bersilaturahim sesama rakan, ingin bertafakur selepas solat dan sebagainya, percambahan niat ini akan dapat memperbanyakkan lagi pahala di dalam sesuatu perbuatan itu.

Dalam konteks melaksanakan amal ibadat khusus kata Rushdi, seperti mengerjakan solat dan melaksanakan Rukun Haji apabila seseorang itu bersiap sedia secara berdiri atau bergerak untuk menunaikan ibadat tersebut serta mindanya telah terfokus kepada jenis ibadat yang akan dilakukan.

Secara realiti, niat telah pun hadir di dalam dirinya walaupun mungkin secara luarannya dia belum lagi melafazkan niat.

“Andainya terlupa untuk melafazkan niat melalui lidahnya, ibadat tersebut adalah dikira sah kerana secara realitinya niat telah pun hadir sebelum dia melakukan amal ibadat itu kerana niatlah elemen yang menggerakkan dirinya ke tempat ibadat.

“Tidak menjadi kesalahan untuk melafazkan niat sesuatu ibadat, sebagaiaman diajar selama ini di dalam pengajian fiqh di negara ini. Melafazkan niat itu pastinya memantapkan lagi konsentrasi jiwa dan fikiran individu itu terhadap ALLAH dan terhadap jenis ibadat yang akan dilaksanakan pada saat itu.
"

LEBUHRAYA KARAK


Mungkin ada yang penah dengar, katanya Lebuhraya Karak berhantu, keraslah, banyak kemalanganlah. Sudah tentu cerita-cerita begini tidak timbul begitu sahaja, kenapa Lebuhraya Karak? Dalam banyak-banyak lebuhraya kat Malaysia ni, kenapa Lebuhraya Karak yang berhantu?

1)Antara sebabnya adalah keadaan jalan di Lebuhraya Karak itu sendiri, keadaan jalannya yang berkabus menimbulkan suasana seram terutama di waktu malam.


2)Kedua, adalah kerana banyak berlaku kemalangan di sana, tak kisahlah kerana kabus ataupun kerana tanah runtuh. Dan keadaan jalan itu sendiri menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan di sana. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRUbilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

ORANG RENDAH PENDEK UMUR


 
Hasil analisis data membabitkan tiga juta orang,para penyelidik dari Eropah membuat kesimpulan bahawa individu yang memilki struktur tubuh kecil berisiko 1.5 kali ganda lebig tinggi terkena serangan jantung dibandingkan individu yang tinggi.Ini kerana pembuluh darah yang menuju ke jantung lebih kecil menyebabkan ia mudah tersumbat.

Dengan penemuan ini,individu yang berbadan kecil diharap lebih menjaga kesihatan dengan mempunyai berat badan yang ideal,menjalani gaya hidup yang sihat,bersenam dan berhenti merokok.Kenyataan ini di berikan oleh Prof. Jaako Tuomilelito dari Universiti Helsinki Finland.

LAUT BERUBAH MENJADI SEPERTI PADANG
























UNIK..!! RUMAH TERBALIK TERBALIK DI SABAH


KOTA KINABALU – Satu-satunya ‘rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah.
Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai.
Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini.
Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.
Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.
“Pelancong asing dan tempatan tertanya-tanya mengenai rumah ini dan berkunjung ke sini sejak ia dibuka (pada 1 Februari),” kata Yee semasa majlis pembukaan rasmi rumah terbalik itu ole Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun pada malam jumaat.

Yee berkata, rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu diibaratkan sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan, yang direka berdasarkan gaya gabungan etnik Sino-Dusun dan Dusun.
Beliau berkata, ia dilengkapi dengan pelbagai seni kraf dan asli selain kelengkapan rumah seperti peti sejuk dan set sofa di mana semuanya berada dalam keadaan terbalik.
Masidi sedang meninjau bahagian dalam rumah terbalik bersama Yee.
Masidi Manjun mengucapkan tahniah kepada Yee di atas ideanya yang unik, berkata idea seperti itu adalah penting bagi pertumbuhan berterusan industri pelancongan yang pesat di Sabah.
“Idea-idea kreatif perlu menjadi sebahagian daripada industri pelancongan, kerana bukan semua yang datang ke Sabah mahu melihat hidupan liar atau pulau-pulau kerana mereka juga berkunjung di sini bagi melihat sesuatu yang berbeza.
“Kita perlu lakukan sesuatu yang berbeza untuk berjaya,” katanya.
Yee berkata, beliau menyampaikan mesej alam sekitar menerusi rumah itu yang mengingatkan bahawa perlu menjaga alam sekitar, jika tidak dunia akan musnah.
Rumah terbalik di Borneo itu mungkin yang satu di Asia Tenggara, kerana terdapat banyak rumah berkonsepkan sedemikian yang dibina di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun. – mynewshub

ANDA NAK BELI ROTI NI...??? JIJIK..!!!

SUNGGUH PENGOTOR KEDAI INI..LEKA SEHINGGA TIKUS PUN BOLEH MASUK DALAM KEDAINYA..,ANDA INGIN BELI DAN MAKAN ROTI DI KEDAI INI..??
ATAU ANDA SUDAH MAKAN ROTI DI KEDAI INI..??






BAHAYA TELEFON BIMBIT KEPADA IBU MENGANDUNG

 

Saintis mendakwa wanita yang menggunakan telefon bimbit semasa mengandung berkemungkinan melahirkan  anak yang  hiperaktif, lapor The Sun.
Mereka percaya bahawa radiasi daripada telefon bimbit menjejaskan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Hal ini boleh membawa kepada masalah daya ingatan, keresahan, dan masalah tingkah laku.
Profesor Hugh Taylor, dari Universiti Yale percaya telefon bimbit memberikan kesan kepada peningkatankadar gangguan seperti gangguan hiperaktif.
Saintis di Yale mencapai kesimpulan tersebut selepas menjalankan ujian terhadap tikus. Mereka berpendapat kesan yang berlaku terhadap tikus boleh menjejaskan manusia dengan cara yang sama.
Tikus hamil yang ditempatkan di dalam sebuah kurungan dengan telefon bimbit yang aktif melahirkan anak-anak yang menunjukkan tanda hiperaktif, keresahan, dan mempunyai daya ingatan yang lemah. Tikus hamil yang ditinggalkan bersama dengan telefon bimbit yang ditutup tidak terjejas.
Prof Taylor berkata: “Ini adalah bukti eksperimen pertama bahawa pendedahan kepada radiasi telefon bimbit menjejaskan tingkah laku orang dewasa.

“Kami telah membuktikan bahawa masalah tingkah laku tikus yang menyerupai ADHD adalah disebabkan oleh pendedahan telefon bimbit di dalam rahim. Oleh itu, peningkatan kecelaruan tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak berlaku sebahagiannya kerana disebabkan pendedahan telefon bimbit pada peringkat janin.” -DCM 

GAMBAR LELAKI SEDANG MAKAN BAYI DI RESTORAN TAIWAN

BETUL KE TIDAK NI..?? LELAKI MAKAN BAYI...UMMM..
JUST NAK KONGSI..,ANDA NILAI SENDIRI KEBENARANNYA..
KEJAM.,JIKA KEJADIAN INI BENAR-BENAR TERJADI...


 

Friday, 16 March 2012

GADIS INI BOLEH MATI JIKA SIKAT RAMBUT

 
Menyikat adalah pekerjaan harian bagi setiap gadis. Tapi, itu tak berlaku bagi Megan Stewart. Gadis dari Scotland ini boleh mati bila menyikat rambutnya. Dia juga terancam mati bila menyentuh balon.


Megan Stewart memang menghidap penyakit langka, yakni hair brushing syndrome. Penyakit ini diketahui ibunya saat ia sedang mempersiapkan putrinya menghadapi hari pertamanya di sekolah rendah.


Ibu Megan, Sharon, menceritakan bagaimana ia mendapati putrinya sakit. Dia sedang menyikat rambut anak gadisnya di ruang tamu ketika tiba-tiba gadis itu terjatuh dan bibirnya membiru. "Saya fikir dia sedang mendapatkan serangan jantung tiba-tiba, sebagaimana pernah dialami sebelumnya, sehingga kami memanggil paramedis," ujar ibu berusia 41 tahun itu. Megan pun dilarikan ke rumah sakit.


Belakangan diketahui Megan itu "alergi" elektrik statik. Bila ada elektrik statik di tubuhnya, kerana aktiviti menyisir rambut atau menyentuh balon, akan muncul reaksi fatal. Doktor di Hospital Yorkhill di Glasgow mengatakan sindrom seperti ini sangat jarang terjadi. Mereka hanya pernah mendengar satu kes lain dari sindrom ini.


Megan lahir dengan berat hanya 1,05 kilogram dan sebesar telapak tangan seorang lelaki. Dia menderita hernia diafragma atau ada lubang di diafragmanya. Ini berarti perutnya bergerak sampai ke dadanya, yang hanya memungkinkan ruang bagi satu paru-paru berkembang.


Keadaan aneh itu menyebabkan saat ini Megan harus menghindari elektrik statik dalam kehidupan sehari-harinya. "Ketika kami menyikat rambutnya, kami harus membaringkannya dan menutupi kepalanya dengan air untuk menghentikan elektrik statik berkembang. Dia tidak boleh menggosok balon di kepalanya saat pesta."


Sumber : http://www.klikunic.com

Thursday, 15 March 2012

KEJAM..!! DITAHAN AKIBAT CUBAAN UNTUK MASAK KUCINGNYA

Lelaki Ditahan Ketika Cuba Masak Kucingnya 
NEW YORK – Seorang lelaki di bawa ke mahkamah atas tuduhan melakukan kekerasan terhadap haiwan di mana lelaki tersebut didakwa berusaha untuk memasak kucingnya.
Pihak polis menemui kucing tersebut berada dalam bagasi di dalam kereta yang sedang dibawa oleh Gary Korkuc dari New York, Amerika Syarikat. Petugas memberhentikan keretanya kerana melanggar lampu isyarat dalam kejadian yang berlaku Ogos tahun lalu.
Kucing tersebut ditemukan dalam keadaan sudah bercampur dengan minyak goreng, lada, garam dan bahan makanan lainnya. Kokuc mengatakan kepada polis bahawa dia sedang menyiapkan kucing tersebut untuk dimakan.
Kucing jantan tersebut akhirnya diselamatkan dan kini berada dalam keadaan sihat.
Korkuc, 52 tahun kini didakwa atas tuduhan kekerasan terhadap haiwan., demikian dilaporkan Reuters.
Kucing itu kini dijaga oleh sebuah keluarga angkat setelah insiden tersebut terjadi. Pihak polis mengatakan bahawa sebelum ini banyak permintaan dari orang ramai yang meminta untuk menjaga kucing tersebut.

Wednesday, 14 March 2012

CARA-CARA MANCIS DIHASILKAN


Pasa suatu pagi yang hening, burung2 pun berkicauan...bermulalah sebuah kehidupan disebuah kilang mancis.

Kayu-kayu siap sedia untuk di korbankan menjadi sebatang mancis .
 
 
Dari sebatang kayu yang besar kini ia hanyalah sebilah kayu yang amat kecil 

   
Bilah-bilah kayu kecik tadi disusun sedemikian rupa, untuk merendamnya di dalam larutan asam ortofosfat, setelah itu disempurnakan bentuk kepalanya dengan merendamnya lagi di dalam larutan belerang. Selepas itu kotak mancis pula akan disiapakan untuk dipasarkan.

     
  

SYAITAN TIDUR DI LUBANG HIDUNG KITA

 
 Mungkin ramai di kalangan umat Islam mengetahui bahawa syaitan laknatullah sering mencari jalan menyesatkan anak-anak Adam AS dan sanggup bersusah payah untuk melaksanakan kerja jahatnya itu tanpa memilih tempat atau waktu.

Namun, mungkin tidak ramai yang menyangka bahawa makhluk yang menderhaka kepada Allah SWT itu menjadikan lubang hidung kita untuk tidur ketika kita semua sedang enak diulik mimpi.
Sahabat baginda, Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud;

“Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya,” – Riwayat Muslim (sahih).

Justeru itu, umat Islam diseru agar membersihkan lubang hidung sebanyak tiga kali selepas bangun dari tidur bagi memastikan syaitan-syaitan yang berada di lubang hidung tersebut dinyahkan dari tubuh badan kita.

Kita juga disunatkan untuk membersihkan lubang hidung dengan memasukkan dan mengeluarkan air dari hidung masing-masing ketika berwudhu untuk menunaikan solat subuh.

Semoga kita umat Islam di akhir zaman ini terhindar dari syaitan dan iblis yang cuba menyesatkan umat Muhammad SAW sehingga ke hari kiamat, wallahua’alam.
 

SAYANG ANAK TERBUANG

LINDUNG...Ketua Komuniti Ibu Bapa Orphan Care, Kim Rozali menunjukkan peti Baby Hatch di Orphan Care. 
LINDUNG...Ketua Komuniti Ibu Bapa Orphan Care, Kim Rozali menunjukkan peti Baby Hatch di Orphan Care. 



KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,600 permohonan diterima dan berada dalam senarai menunggu Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan Care) daripada pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan anak angkat.
Jumlah itu diperoleh sejak Orphan Care ditubuhkan pada 2008 dan sepanjang tempoh sama 400 pasangan sudah ditemuduga untuk menentukan sama ada mereka layak menerima anak angkat atau sebaliknya.
Penyelaras Perhubungan Kerajaan Orphan Care, Datin Elya Lim Adnan berkata, sejak kewujudannya hingga kini, pertubuhan bukan kerajaan itu (NGO) menerima 50 bayi termasuk tiga yang ditinggalkan di peti Baby Hatch.

“Baby Hatch atau peti perlindungan bayi tidak diingini ini diwujudkan dua tahun lalu dan setakat ini tiga bayi ditinggal di situ tanpa maklumat kelahiran biarpun kami menyediakan borang untuk diisi,” katanya.

Menurutnya, seorang daripada bayi yang sudah diserahkan kepada ibu bapa angkat itu ialah bayi cacat atau orang kelainan upaya (OKU).

“Bayi OKU itu kudung di tangan kanan dan sumbing. Dia kini menjadi anak angkat kepada pasangan yang sudah mempunyai anak dan tidak kisah terhadap kecacatan fizikalnya,” katanya.

Beliau berkata, kebimbangan terhadap keselamatan anak mungkin menyebabkan ramai individu tidak mahu meletak bayi mereka dalam Baby Hatch, sebaliknya memilih untuk menyerahkan kepada pegawai pusat berkenaan.

“Kami percaya individu yang meletak bayi dalam peti Baby Hatch tidak mahu mendedahkan maklumat yang mengaitkan diri dengannya,” katanya.

Katanya, Baby Hatch dilengkapi penghawa dingin, tilam dan bantal, lampu, kamera litar tertutup termasuk ‘sensor’ berat badan yang akan mengaktifkan penggera supaya penjaga pusat berkenaan mengetahui ada bayi diletak dalam peti itu.

“Pintu peti berkenaan tidak boleh dibuka semula selepas bayi diletak di dalamnya dan ini dilakukan sebagai langkah keselamatan untuk mengelak kanak-kanak itu diambil orang lain,” katanya.

Elya Lim berkata, Orphan Care juga membantu wanita hamil anak luar nikah untuk persiapan kelahiran bayi dan proses pendaftaran anak angkat termasuk kaunseling.

Menurutnya, berlaku kejadian seorang pelajar wanita sebuah institut pengajian tinggi enggan menyerahkan anaknya kepada keluarga angkat selepas melahirkannya.

“Pelajar berusia 20-an tahun itu mendakwa dia dipaksa melakukan hubungan seks oleh seorang kenalan lelaki yang sudah berumah tangga sehingga hamil.

“Pelajar itu memberitahu dia sering didera lelaki terbabit dan mengadu masalahnya kepada seorang rakan yang menghubungi kami untuk memberi bantuan sewajarnya,” katanya.

Katanya, bagaimanapun, selepas selesai proses pengambilan anak angkat, emosi pelajar itu terganggu sehingga sering menyatakan hasrat untuk bertemu semula dengan anaknya yang sudah pun diserahkan kepada keluarga angkat.

“Selepas menjalani beberapa sesi kaunseling, dia mula yakin bayi berkenaan dijaga dengan baik oleh keluarga angkat dan menerima hakikat itu,” katanya.

Sementara itu, Elya Lim berkata, ramai orang beranggapan Orphan Care seolah-olah menggalakkan pasangan belum kahwin menghasilkan anak luar nikah dengan penubuhan Baby Hatch.

“Tujuan Baby Hatch ini supaya wanita melahirkan anak luar nikah tidak membuang atau membunuh bayi yang tidak berdosa.

“Matlamat Orphan Care adalah untuk mengurangkan masalah pembuangan bayi. Sama ada Baby Hatch ada atau tidak, gejala ini tetap berlaku dalam masyarakat kita,” katanya.

Antara 2005 dan 2011, sebanyak 517 kejadian pembuangan bayi direkodkan di seluruh negara dengan 287 daripadanya ditemui mati.

'DIA NI BAPAK HANG',ANAK PURA-PURA TAK KENAL



‘Dia ni bapak hang’
KULIM - “Kalau hang tak mahu pada orang tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang,” antara ungkapan kecewa diluahkan penjaga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang merupakan anak saudara kepada mangsa ketika berlaku pertengkaran di hadapan rumah anak perempuan mangsa di sini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah anak perempuan tunggalnya kerana setelah sekian lama dijaga adik-beradiknya.

Waris yang juga anak saudara mangsa buntu dan membawa mangsa ke Balai Polis Kulim apabila mangsa tidak mahu lagi tinggal di rumah mereka.

Seorang waris berkata, mangsa berada bersama keluarganya lebih 30 tahun lalu tetapi berhasrat untuk tinggal bersama anaknya di sebuah taman perumahan di sini dan untuk memenuhi hasratnya, mereka menghantar mangsa ke rumah anak kandungnya.

Menurutnya, sebelum menyerahkan mangsa kepada keluarganya, mereka meminta nasihat polis untuk mengiringi kerana khuatir berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Apabila tiba di rumah anak mangsa, polis terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu rumah dibuka. Malang bagi mangsa apabila anaknya itu berpura-pura tidak mengenalinya.

“Perkara ini menimbulkan tidak puas hati dan kemarahan anak saudara mangsa dan berlaku pertengkaran mulut. Anak mangsa terus mendesak supaya bapanya itu tidak ditinggalkan di rumahnya kerana dia tidak mahu menjaganya,” katanya.

Waris mangsa berkata, sejak dulu lagi anak mangsa tidak pernah menjaga kebajikan bapanya itu sebaliknya segala tanggungjawab itu diberikan kepada keluarganya.

Katanya, memandangkan kasi­han­ dengan nasib menimpa mangsa, mereka setuju untuk menjaganya sejak 30 tahun lalu.

“Tok sudah tidak mahu tinggal bersama kami dan meminta kami menghantarnya ke rumah anak perempuannya. Kami semua sudah berkahwin tetapi masih boleh menjaganya. Seingat saya, sekarang saya sudah berusia 28 tahun. Sebelum itu pun tok sudah tinggal bersama kami. Sejak akhir-akhir ini, tok memberontak mungkin kerana dia nyanyuk.

“Dia sering mencederakan dirinya sendiri. Bagaimanapun kami terus menjaganya walaupun bersikap keanak-anakan. Memandangkan dia mahu tinggal bersama anak perempuannya maka kami setuju untuk menghantarnya ke sana. Malangnya anak tok enggan menerimanya,” katanya.

Sebelum itu, jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah anak mangsa memaklumkan kepada waris berkenaan bahawa bapanya telah meninggal dunia. Waris yang mendengar pengakuan dibuat jiran terpinga-pinga dan memperkenalkan kepada mereka bahawa warga emas itu merupakan bapanya.

Polis yang mengiringi waris mangsa kemudiannya memapah mangsa keluar dari kereta dan menunjukkan kepada anaknya, namun anaknya itu masih tidak membuka pintu pagar dan membenarkan bapanya masuk ke dalam rumah.

Atas sikap prihatin, polis meminta anak mangsa untuk memberikan kerusi kepada bapanya kerana mangsa tidak tahan berdiri lama kerana sudah tua.

Pertengkaran antara keluarga itu berterusan di mana anak mangsa tetap tidak membenarkan bapanya masuk ke rumah. Polis kemudiannya menasihatkan supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan secara aman kerana ini merupakan permasalahan keluarga.

Polis memaklumkan, anak mangsa datang ke Balai Polis Sungai Kob kira-kira jam 9 malam untuk mencari rumah sepupunya bertujuan menghantar mangsa kepada mereka.

Sinar Harian kemudiannya menghubungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dia mengarahkan supaya anak mangsa menyerahkan mangsa ke JKM sebelum dibawa ke mahkamah untuk arahan penempatan tinggal di rumah orang tua.

SATU KELUARGA SERAMAI 9 ORANG NAIK SATU MOTOR

BAHAYA GILA...
KENAPA SANGGUP BERGADAI NYAWA
KESIAN BABY TU...
 

DI SEBALIK BILL GATES DAN VAKSIN


Di sebalik Bill Gates dan vaksin 
Siapa tidak kenal Bill Gates. Beliau ialah bilioner nombor satu Amerika Syarikat dan antara orang terkaya di dunia. Sebahagian orang yang gemar mengaitkan kekayaan seseorang dengan bangsa seperti mengatakan Bill Gates berbangsa Yahudi. Hakikatnya ramai juga yang kaya tapi bukan berbangsa Yahudi.

Menurut siasatan penulis nenek-moyang Bill Gates berbangsa Inggeris, German dan Scotland-Ireland. Susur galur keluarganya sejak 1700-an tiada seorang pun yang berbangsa Yahudi. Nama Bill Gates yang sebenar ialah William Henry Gates III iaitu nama berdasarkan nama ayahnya dan datuknya.

Selain menempa nama dan mengaut keuntungan besar kerana memonopoli perisian sistem operasi komputer Windows, Gates dikatakan melabur dalam bidang penyelidikan dan pembangunan melalui Bill & Melinda Gates Foundation konon bertujuan membantu kemaslahatan kesihatan manusia sejagat.

Program pemvaksinan

Gates menyalurkan beratus juta dolar melalui Bill and Melinda Gates Foundation untuk program pemvaksinan di seluruh dunia. Antara program yang masih pada tahap penyelidikan ialah pembangunan vaksin cetusan peluh (sweat-triggered vaccines). Ia adalah teknologi partikel nano yang menembusi kulit melalui akar rambut. Partikel nano ini seterusnya akan pecah apabila bertemu dengan peluh manusia bagi melepaskan vaksin.

Gates Faundation meluluskan 78 projek penyelidikan, iaitu setiap projek menerima peruntukan 100,000 dolar sebagai sebahagian dari Grand Challenges in Global Health Programme.

Menurut TIME.com, 10 projek secara khusus memfokuskan kepada beberapa teknologi baru untuk perancangan keluarga termasuk sejenis pil yang berupaya menghalang pertumbuhan dan kematangan sperma. Teknologi dalam bidang sama juga memfokuskan kepada penghasilan sebatian kimia bagi menghalang sperma untuk sampai ke telur.

Terkini, BBC News (1 Januari 2012) melaporkan bahawa beberapa saintis dari Universiti Carolina Utara yang menerima geran daripada Gates Foundation, telah mendedahkan hasil penyelidikan mereka berhubung teknologi kontraseptif kaum lelaki menggunakan ultra bunyi.

Pendedahan dua dos ultra bunyi setiap satu mengambil masa lima belas minit ke atas tikus makmal didapati mengurangkan jumlah dan integriti (kekukuhan) sperma secara signifikan. Apabila didedahkan selang dua hari, bilangan sperma tikus didapati jatuh kepada 10 juta per mililiter. Bilangan tersebut adalah lima juta kurang daripada julat sub-subur dan dikatakan akan berkekalan selama enam bulan.

Langkah Bill Gates melalui Gates Foundation dalam pembangunan teknologi vaksin luar biasa iaitu vaksin cetusan peluh dan teknologi kontraseptif/pemandulan dilihat oleh golongan pengkritik sebagai usaha beliau mengehadkan bilangan penduduk dunia. Langkah agensi-agensi Kesihatan di Amerika Syarikat mewajibkan seorang kanak-kanak untuk menerima 68 jenis vaksin hingga ia masuk kolej dilihat amat selari dengan usaha Gates.



Kematian bayi

Ramai dalam kalangan bayi dan kanak-kanak Amerika Syarikat dikatakan mengalami kematian mengejut dipercayai berpunca dari pemvaksinan. Pemvaksinan yang dikatakan paling tidak munasabah adalah menggabungkan beberapa jenis vaksin sekali gus dalam satu suntikan. Pemvaksinan jenis ini dijalankan pada tempoh yang rapat dikatakan punca bayi dan mengalami komplikasi kesihatan termasuk kematian.

Jurnal Human and Experimental Toxicology (2011) melaporkan kaitan secara statistik antara dos vaksin yang tinggi dengan kadar kematian bayi di negara maju. Amerika Syarikat adalah negara yang menghendaki bayi menerima jumlah vaksin tertinggi di dunia, namun malangnya ia juga menduduki tempat teratas dalam kematian bayi.

Ketua Saintis Penyelidik, Neil Z Miller, meminta penyelidikan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti kaitan antara dos vaksin, ketoksikan biokimia/sinergi dengan kadar kematian. Mengapa ramai saintis dan sebahagian pakar perubatan alternatif bimbang dengan pemvaksinan?

Selain serpihan protein virus, vaksin mengandungi bahan beracun kepada saraf seperti merkuri dan aluminium. Aluminium dalam bentuk sebatian ditambah sebagai bahan pengaktif sistem imun. Vaksin juga mengandungi kimia beracun seperti ethylene glycol, formaldehyde dan phenol.

Sesetengah vaksin ditambah antibiotik seperti Neomycin and streptomycin. Paras merkuri dikatakan beratus kali ganda dari paras yang dibenarkan untuk manusia. Vaksin flu misalnya mengandungi 25 mikrogram thimerasol dan paras merkuri ialah 49 peratus dalam bentuk isi padu. Paras merkuri dalam thimerosal dikatakan 250 kali ganda melebihi paras dibenarkan oleh Agensi Pemeliharaan Alam Sekitar Amerika.


Kurangkan penduduk dunia

Selain mati secara mengejut pada bayi, vaksin juga dikatakan boleh menyebabkan sawan, tindak balas alahan melampau dan lumpuh. Pengkritik juga menyatakan pemvaksinan boleh menyebabkan masalah hiperaktiviti kurang tumpuan (attention deficit hyperactivity disorders, ADHD), autisme, sindrom Perang Teluk dan multiple sclerosis.

Ketika berceramah mengenai pelepasan karbon dioksida di persidangan TED (Technology, Entertainment, Design) pada awal 2010, Gates secara terang-terangan menyatakan bahawa vaksin berupaya mengurangkan penduduk dunia. Beliau mengusulkan formula berikut: CO2 = P x S x E x C. P = People (manusia), S = Service (perhidmatan), E = Energy (tenaga) dan C = karbon dioksida per unit tenaga.

Seterusnya beliau menambah, “Untuk menurunkan karbon dioksida kepada sifar kemungkinan besar salah satu dari nombor ini perlu diturunkan kepada angka mendekati sifar,” katanya

Kemudian Gates menerangkan bagaimana P boleh dikurangkan. Beliau berkata, “Dunia hari ini mempunyai 6.8 juta orang.Ia akan meningkat kepada 9 bilion. Sekarang jika kita berjaya dengan vaksin baru, penjagaan kesihatan (moden), perkhidmatan kesihatan reproduktif, kita mampu untuk mengurangkan jumlah (9 bilion) mungkin sebanyak 10 atau 15 peratus,” katanya. 



ceramah Bill Gates mengenai mengurangkan manusia dalam usaha mengurangkan pemanasan dunia ini


SUMBER SINAR HARIAN

WAKTU SOLAT