Blogger Widgets

salam

Friday, 1 June 2012

MODEL CILIK YANG COMEL DAN CANTIK SEPERTI ANAK PATUNG


Inilah model cilik, Ira Brown yang baru berusia 3 tahun. Kanak-kanak secomel anak patung ini merupakan model terkenal bagi beberapa jenama pakaian kanak-kanak terkemuka.
SUMBER

JAKIM MINTA ADAKAN SOLAT SUNAT 'KHUSUF' GERHANA BULAN



KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua masjid dan surau mengadakan solat sunat "khusuf" berserta khutbah sempena gerhana bulan separa Isnin ini.
    
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata, fasa pertama gerhana itu dijangka bermula pada 4.49 petang (waktu Malaysia) dan mencapai tahap kemuncak pada 7.03 malam.
    
"Gerhana dijangka berakhir pada 9.17 malam. Justeru, umat Islam disunat menunaikan solat sunat "khusuf" berjemaah disertai dengan khutbah gerhana," katanya dalam kenyataan.

Dipetik Bernama, beliau berkata, Jakim akan menganjurkan solat sunat itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara selepas solat Maghrib.
    
Menurutnya, Seksyen Falak jabatan itu dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia akan mengadakan aktiviti cerapan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari berkenaan.
    
"Orang ramai terutama penduduk Putrajaya dijemput menyaksikan fenomena alam semula jadi serta menunaikan solat sunat itu," katanya.



SUMBER SINAR HARIAN





  TATACARA MENGERJAKAN SOLAT GERHANA


8  Waktu Dikerjakan Solat Gerhana.
Aisyah radhiallahu’ anha berkata:

خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ

وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ... ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai… Setelah baginda selesai solat matahari telah kelihatan. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Hadis di atas merupakan dalil tentang waktu harus dikerjakan solat Gerhana, iaitu bermula terjadinya gerhana sehingga berakhirnya gerhana. Sungguhpun begitu, sekiranya kita telah menyelesaikan perlaksanaan solat Gerhana namun gerhana tersebut belum berakhir, kita hendaklah memperbanyakan berdoa dan berzikir.

Menurut al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah:

Lafaz ini (hingga matahari kelihatan) merupakan dalil tentang lamanya solat Gerhana, iaitu hingga matahari nampak kembali. Al-Tohawi berpendapat bahawa di dalam hadis dinyatakan hendaklah kamu semua solat dan berdoaDalam erti kata lain, jika kita selesai melaksanakan solat Gerhana, namun matahari masih belum juga kelihatan, kita hendaklah memperbanyakan berdoa sehingga gerhana berakhir.
Ibn Daqiq al-'Id menguatkan lagi pendapat ini bahawa had waktu tersebut (antara mula gerhana hingga matahari muncul kembali) adalah had waktu untuk solat dan berdoa. Malah bermungkinan doa tersebut boleh dilakukan setelah selesai solat hinggalah matahari muncul kembali. Oleh itu, solat Gerhana tidak harus dilakukan terlalu lama atau mengulanginya beberapa kali jika matahari belum kelihatan sehingga matahari muncul (gerhana berakhir). – Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-‘Asqalani, jil. 6, ms. 6.

8  Dikerjakan Di Masjid Secara Berjemaah Oleh Lelaki Dan Wanita.
Perlaksanaan solat Gerhana ini adalah secara berjemaah. Ia dilaksanakan di masjid dan bukan di musolla, iaitu tanah lapang seperti solat hari raya dan istisqa’ (mohon hujan).

Imam Syafie rahimahullah berkata:

Solat ketika terjadi gerhana matahari dan bulan diadakan secara berjemaah. Solat seperti ini tidak dilakukan pada tanda-tanda kebesaran Allah yang lain kecuali hanya pada gerhana matahari dan bulan. – Rujuk Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafie, ringkasan dan tahqiq oleh Husain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, edisi terjemahan dengan tajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Pustaka Azzam, Jakarta (2005), jil. 1, ms. 341.

Dalil tentang disyariatkan perlaksanaan solat Gerhana secara berjemaah sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah radhiallahu’ anha katanya:

خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي حَيَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

فَخَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَصَفَّ النَّاسُ وَرَاءَهُ فَكَبَّرَ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada zaman Nabi s.a.w lantas baginda keluar menuju ke masjid dan orang ramai berbaris di belakangnya lalu baginda bertakbir. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah,  no: 1046.

Solat Gerhana ini bukan hanya dikerjakan oleh kaum lelaki malah kaum wanita juga boleh turut serta mengerjakannya secara berjemaah.

Menurut Hisyam bin 'Urwah radhiallahu’ anh, Fatimah Binti al-Mundzir radhiallahu’ anha telah meriwayatkan daripada Asma' binti Abu Bakar radhiallahu’ anhuma katanya:

أَتَيْتُ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ خَسَفَتْ الشَّمْسُ

فَإِذَا النَّاسُ قِيَامٌ يُصَلُّونَ وَإِذَا هِيَ قَائِمَةٌ تُصَلِّي...

Maksudnya:
Aku telah menemui Aisyah radhiallahu’ anha ketika terjadi gerhana matahari. Ternyata manusia berdiri mengerjakan solat. Begitu juga Aisyah berdiri mengerjakan solat. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1053.

Namun, sekiranya solat Gerhana itu tidak dilakukan secara berjemaah ia tetap sah. Menurut al-Hafidz Ibn Hajarrahimahullah, dalil yang mengharuskan solat Gerhana dikerjakan secara besendirian sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ
Maksudnya:
Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari dan bulan mengalami gerhana), bersegeralah solat. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1046.

Al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah berkata:

Berdasarkan lafaz ini dapat disimpulkan bahawa berjemaah bukanlah syarat sahnya solat Gerhana. Ini kerana terdapat terdapat isyarat di sini agar segera melaksanakan solat. Sedangkan menunggu jemaah kadang-kadang mengakibatkan waktu solat tamat atau membiarkan sebahagian waktu tanpa diisi dengan solat. – Rujuk Kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-‘Asqalani, jil. 6, ms. 29.

8  Hendaklah Diserukan As-solatu Jami'ah Atau Innas Solata Jami'ah Sebelum Memulakan Solat.
Tidak ada seruan azan sebelum didirikan solat Gerhana tetapi disunnahkan melaungkan as-solatu jami'ah ataupun innas solata jami'ah.

Imam Syafie rahimahullah berkata:

Tidak ada laungan azan untuk solat Gerhana, solat hari raya, dan semua solat yang bukan solat fardu. Aku lebih menyukai imam agar memerintahkan seseorang meneriakkan as-solatu jami'ah. – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris Syafie, jil. 1, ms. 344-345.

Abdullah bin Amr radhiallahu’ anh berkata:

لَمَّا كَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُودِيَ إِنَّ الصَّلاَةَ جَامِعَةٌ

Maksudnya:
Ketika terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w, lantas diserukan innas solata jami'ah (sesungguhnya solat berjemaah akan didirikan). – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1045.

8  Dikerjakan Sebanyak Dua Rakaat.
Jumlah rakaat solat Gerhana adalah dua rakaat sahaja. Syeikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata:

Jumhur ulamak mengatakan bahawa solat itu (gerhana) dilakukan dua rakaat dan setiap rakaat dengan dua kali rukuk. – Rujuk Kitab Fiqh al-Sunnah karya Syeikh Sayyid Sabiq, edisis terjemahan dengan tajuk Fikih Sunnah, Victory Agencie, Kuala Lumpur (1990), jil. 1, ms. 74.

Abu Bakrah radhiallahu’ anh berkata:

خَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

فَخَرَجَ يَجُرُّ رِدَاءَهُ حَتَّى انْتَهَى إِلَى الْمَسْجِدِ وَثَابَ النَّاسُ إِلَيْهِ فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ فَانْجَلَتْ الشَّمْسُ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas  baginda keluar sambil menarik atau menyeret rida' (kain yang diletakkan di atas bahu) hingga sampai ke masjid dan orang ramai telah berkumpul di sekelilingnya lalu baginda solat dua rakaat mengimami mereka. Kemudian matahari bersinar kembali. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1063.


8  Diperpanjangkan Bacaan Dalam Solat Gerhana.
Aisyah radhiallahu’ anha berkata:

خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai. Baginda berdiri dan memperlamakan berdiri. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah ketika menjelaskan tentang baginda memanjangkan berdiri katanya:

Dalam riwayat Ibn Syihab disebutkan:
فَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً
Maksudnya:
Maka baginda membaca dengan bacaan yang panjang.
Manakala pada bahagian akhir perbahasan tentang solat melalui jalur lain daripada Ibn Syihab disebut pula maka baginda s.a.w membaca surah yang panjang. Disebutkan dalam hadis Ibn Abbas yang akan disebutkan setelah empat bab:

فَقَرَأَ نَحْوًا مِنْ سُورَة الْبَقَرَة فِي الرَّكْعَة الأُولَى
Maksudnya:
Baginda membaca ayat seperti panjangnya surah al-Baqarah pada rakaat pertama.
            Abu Daud meriwayatkan riwayat yang serupa melalui jalur Sulaiman bin Yasar daripada Urwah sambil menambah lafaz:

قَرَأَ فِي الْقِيَام الأَوَّل مِنْ الرَّكْعَة الثَّانِيَة نَحْوًا مِنْ آل عِمْرَان
Maksudnya:
Baginda s.a.w membaca (ayat) seperti panjangnya surah Ali ‘Imran ketika berdiri pertama pada rakaat kedua. – Rujuk Kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-‘Asqlani, jil. 6, ms. 14-15.

8 Terdapat Empat Kali Rukuk.
Berbeza dengan solat-solat sunat yang lain, solat Gerhana memiliki empat kali rukuk, iaitu dua kali rukuk setiap rakaat.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:

خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ

وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ

ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ

ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الأُولَى ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas  Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai. Baginda berdiri dan memanjangkan berdiri, kemudian rukuk dan memanjangkan rukuk.
Kemudian baginda berdiri dan memanjangkan berdiri namun lebih pendek dari berdiri yang pertama. Kemudian baginda rukuk dan memanjangkan rukuk, namun lebih pendek dari rukuk yang pertama.
 Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujud seterusnya  melakukan pada rakaat kedua sama seperti yang dilakukan pada rakaat pertama.
Kemudian baginda selesai solat dan matahari telah kelihatan sinarnya kembali. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa perbezaan solat Gerhana berbanding solat-solat yang lain ialah sebaik sahaja membaca al-Fatihah dan mana-mana surah dari al-Quran kita hendaklah rukuk. Kemudian bangun kembali dan sekali lagi membaca al-Fatihah dan mana-mana surah dari al-Quran lalu rukuk semula. Kemudian iktidal lalu sujud dan teruskan solat sebagaimana solat-solat yang lain.

Ulangi perkara yang sama pada rakaat kedua. Tidak terdapat riwayat yang menunjukkan adanya zikir-zikir atau bacaan yang khusus untuk solat Gerhana ketika rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyyat. Oleh itu, kita boleh membaca apa jua bacaan ketika solat yang sabit daripada Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat dalam hadis.

8  Menguatkan Suara (Jahr).
Suara hendaklah dinyaringkan ketika membaca ayat al-Quran dalam solat Gerhana. Menurut  'Urwah, Aisyah radhiallahu’ anha berkata:

جَهَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلاَةِ الْخُسُوفِ بِقِرَاءَتِهِ فَإِذَا فَرَغَ مِنْ قِرَاءَتِهِ كَبَّرَ فَرَكَعَ

وَإِذَا رَفَعَ مِنْ الرَّكْعَةِ قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

ثُمَّ يُعَاوِدُ الْقِرَاءَةَ فِي صَلاَةِ الْكُسُوفِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي رَكْعَتَيْنِ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ

Maksudnya:
Nabi s.a.w mengeraskan bacaan pada solat Gerhana. Apabila selesai membaca baginda terus bertakbir dan rukuk. Apabila baginda selesai rukuk, baginda mengucapkan sami’allaahu liman hamidah rabbana lakal hamdu (semoga Allah mendengar orang yang memuji-Nya, wahai Tuhan kami bagi-Mu segala pujian), kemudian baginda membaca kembali. Pada solat Gerhana terdapat empat kali rukuk dalam dua rakaat dan empat kali sujud. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam ShahihnyaKitab al-Jumu’ah, no: 1065.

Syeikh al-Albani rahimahullah berkata:

Telah ditetapkan oleh Allah bahawa solat Gerhana matahari dilakukan oleh Nabi s.a.w hanya sekali. Juga telah diriwayatkan daripada hadis sahih bahawa baginda mengeraskan bacaan al-Quran seperti yang dijelaskan di dalam Sahih al-Bukhari dan tidak benar jika ada mengatakan bahawa terdapat hadis lain yang menyanggahinya. – Rujuk Kitab Tamam al-Minnah fi Ta’liq ‘Ala Fiqh al-Sunnah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, jil. 1, ms. 331.


8 Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Gerhana

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Gerhana (Kusuf atau Khusuf)
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Membaca Surah al-Fatihah
9)      Membaca Surah al-Qur’an
10)    Rukuk
11)    Iktidal
12)    Sujud
13)    Duduk antara dua sujud
14)    Sujud kali kedua
15)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Membaca surah al-Fatihah
2)      Membaca Surah al-Qur’an
3)      Rukuk
4)      Iktidal
5)      Membaca Surah al-Fatihah
6)      Membaca Surah al-Qur’an
7)      Rukuk
8)      Iktidal
9)      Sujud
10)    Duduk antara dua sujud
11)    Sujud kali kedua
12)    Duduk untuk tahiyyat akhir
13)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri

8  Khutbah Ringkas Selepas Solat.
Setelah selesai mengerjakan solat Gerhana, sunnah dilaksanakan khutbah yang ringkas.

Imam Syafie rahimahullah berkata:

Imam hendaklah menjadikan khutbah ketika solat Gerhana matahari seperti khutbah-khutbah lain, iaitu dimulai dengan puji-pujian kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi s.a.w, mendorong manusia berbuat kebajikan, memerintahkan mereka bertaubat serta mendekatkan diri kepada Allah. – Rujuk KitabMukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris Syafie, jil. 1, ms. 344.

Antara contoh khutbah Rasulullah s.a.w setelah mendirikan solat Gerhana seperti di bawah.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:

خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ

وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ... ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas  Rasulullah s.a.w mengimami solat manusia… Setelah baginda selesai solat dan matahari telah kelihatan sinarnya kembali. Lalu baginda berkhutbah di hadapan orang ramai dengan memuji Allah serta menyanjung-Nya. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya,Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:

خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي حَيَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَصَفَّ النَّاسُ وَرَاءَهُ

فَكَبَّرَ... فَاسْتَكْمَلَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي أَرْبَعِ سَجَدَاتٍ وَانْجَلَتْ الشَّمْسُ قَبْلَ أَنْ يَنْصَرِفَ

ثُمَّ قَامَ فَأَثْنَى عَلَى اللَّهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada zaman Nabi s.a.w lantas baginda keluar menuju ke masjid dan orang ramai berbaris di belakangnya, lalu baginda bertakbir… Baginda s.a.w menyempurnakan empat kali rukuk pada empat kali sujud dan matahari telah mula kelihatan sebelum baginda selesai solat. Kemudian baginda berdiri lalu memuji Allah sebagaimana yang layak untuk-Nya (semasa berkhutbah). – Hadis riwayat al-Bukhari dalamShahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1046.

PELAJAR MENGAKU MAKAN OTAK DAN HATI RAKAN SEBILIK


WASHINGTON - Seorang pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) mengaku membunuh rakan sebiliknya, memotong badan dan memakan sebahagian otak serta semua hati mangsa, lapor media AS semalam.
Alexander Kinyua dari Baltimore, Maryland ditahan pada Selasa lalu selepas polis menggeledah rumahnya kerana abangnya menemui kepala dan tangan mangsa, lapor akhbar Baltimore Sun.
Kinyua, 21 yang merupakan pelajar Universiti State Morgan, mengaku bersalah membunuh dan mengerat anggota badan teman sebiliknya, Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie.
Motif sebenar kejadian masih tidak diketahui dan Kinyua didakwa atas tuduhan membunuh.
Kejadian tersebut menambah jumlah jenayah mengerikan yang berlaku di Amerika Utara pada minggu ini. - AFP
SUMBER KOSMO

BAYI DIBUNUH PENGASUH


BATU PAHAT - Luluh hati seorang bapa apabila mendapati bayi perempuannya yang berusia empat bulan dibunuh dengan cara mukanya ditekup dengan sesuatu sebelum mayatnya dicampak di celah-celah tumbuhan hiasan di kawasan Tasik Y di sini kelmarin.
Mayat Lim Xiu Yao (gambar kecil) yang dipercayai telah mati dibunuh sejak Rabu lalu ditemui oleh orang ramai yang sedang berjoging di kawasan itu pada pukul 7 malam.
Polis yang menjalankan siasatan kemudian menahan pengasuh mangsa yang merupakan ibu tunggal berusia 42 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pengasuh itu kini dirawat di Hospital Batu Pahat selepas dia patah kaki setelah mendakwa nekad terjun dari kereta sekumpulan penculik yang melarikannya ketika dia datang dengan membawa bayi berkenaan ke tasik terbabit bagi menampal iklan mengenai khidmat pengasuh.
Kejadian itu didakwa pengasuh berkenaan berlaku pada petang hari kejadian.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, polis masih menyiasat dakwaan suspek yang kini dikawal polis di hospital tersebut.
Katanya, rahsia itu terbongkar apabila bapa mangsa, Lim Aik Zheng, 38, yang merupakan penyelia kilang telah pergi ke rumah pengasuh itu di Taman Bandar di sini pada pukul 9 malam Rabu lalu untuk mengambil anaknya.
SUMBER KOSMO

LAMAN FACEBOOK KENA GODAM


GANGGUAN dialami laman Facebook, malam tadi.
GANGGUAN dialami laman Facebook, malam tadi.

NEW YORK: Seramai 900 juta pengguna Facebook mengalami gangguan perkhidmatan malam tadi selepas laman rangkaian sosial itu disasarkan oleh kumpulan penggodam Anonymous.

Meluahkan kekecewaan di Twitter, pengguna Facebook dari Amerika Syarikat hingga ke Singapura melaporkan tidak dapat mengakses masuk ke laman web itu kira-kira tiga jam dari jam 8 malam hingga 11 malam.

Gangguan terbesar yang dihadapi laman rangkaian sosial terkenal itu mengakhiri keadaan tidak menentu selama dua minggu dihadapi pengasasnya Mark Zuckerberg selepas saham Facebook ditutup pada AS$29.60 (RM94.7) sesaham kelmarin, jatuh 22 peratus daripada harga ditawarkan iaitu AS$38 (RM121.5).

Facebook mengakui mereka mengalami masalah itu pada waktu malam: “Hari ini, sesetengah pengguna mengalami gangguan sementara ketika mengakses laman ini. Ia kemudian diselesaikan dan semua orang tahu bagaimana untuk mengakses Facebook. Kami meminta maaf atas sebarang masalah yang timbul.”

Bagaimanapun, kumpulan penggodam Anonymous menegaskan melalui akaun Twitternya mereka adalah dalang di sebalik gangguan itu dan ketika ditanya Facebook tidak menafikannya.

Sebelum itu, pada awal pagi semalam, anggota kumpulan Anonymous mendakwa bertanggungjawab atas serangan terhadap laman web Parti Nazi Amerika dan mengakibatkan perkhidmatan Internet kumpulan sayap kanan itu tidak dapat diakses. Bagaimanapun, laman itu beroperasi semula pada malam kelmarin.

Malah, alat mudah alih juga tidak terkecuali apabila sesetengah pengguna Facebook di peralatan iOS dan Android dilaporkan turut terjejas oleh gangguan itu.

Facebook terkenal kerana tidak mengalami gangguan besar, manakala pengguna Twitter sering mengalami sedikit gangguan ketika beroperasi.

Malah, sesetengah pengguna Twitter diingatkan mengenainya daripada filem pemenang Oscar, “The Social Network” yang menceritakan penemuan perkhidmatan gergasi Internet itu dari sebuah bilik asrama di Harvard.

“Biar saya beritahu anda perbezaan antara Facebook dan yang lain, kami tidak pernah mengalami gangguan,” kata Jesse Eisenberg yang memainkan watak Mark Zuckerberg dalam filem terbitan Aaron Sorkin itu. - DM

SUMBER MYMETRO

WAJAH MANUSIA PADA BATANG POKOK

Wajah manusia pada batang pokok

MARANG - Alangkah terkejutnya dua rakan apabila seraut wajah manusia yang lengkap dengan mata, hidung dan mulut tiba-tiba muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di Kijing di sini, semalam.

Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata selama ini dia tidak pernah terperasan akan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu.

"Saya ajak rakan, Zakaria Ismail, 48, tebang pokok ini untuk membersihkan kawasan bagi membina rumah baru. Kami tidak sedar pun perkara itu hingga diberitahu anak saya," katanya.

Pada mulanya, kata Mohammad, dia tidak dapat melihat 'wajah' itu.

"Tapi apabila saya menjauhkan diri dalam jarak 10 meter dari batang pokok itu, baru saya dapat lihat, ia seperti manusia yang sedang memandang sesuatu," katanya.

Mohammad berkata, selama ini kawasan di sekitar pokok tembesu itu menjadi lokasi permainan kanak-kanak hampir setiap petang.

Rakannya, Zakaria pula berkata, dia pada mulanya tidak berani mendekati pokok tembesu apabila ditunjukkan keanehan itu oleh Mohammad kerana bimbang ia ada kaitan dengan perkara yang tidak baik.

"Namun apabila dikatakan ia berwajah manusia, saya akuinya kerana saya sudah tengok. Bagi saya, ia sangat unik," kata Zakaria yang tidak kisah untuk terus membantu rakannya membersihkan tempat itu.



SUMBER SINAR

''JURUTERA TANGGANG''



Drama ‘jiran’ buang ayah


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 40-an tergamak menghantar bapa kandungnya berusia 70 tahun yang diserang angin ahmar ke Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas, di sini, dan enggan mengaku dia anak warga emas itu, sebaliknya mendakwa dia hanya jiran yang prihatin terhadap nasib lelaki tua berkenaan.

Bagaimanapun, tembelang lelaki terbabit yang juga jurutera di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini terbongkar apabila pengurusan pusat jagaan berkenaan membuat semakan dengan beberapa pihak.

UZUR...kakitangan Pusat Jagaan Nur Ehsan menyalin baju warga emas terbabit.
Ketika mendedahkan perkara itu, Pengurus Pusat Jagaan Nur Ehsan, Norijah Bidin berkata, jurutera terbabit yang juga anak tunggal warga emas berkenaan menghubungi pihaknya dan bertanya mengenai kemudahan di pusat itu bermula bulan lalu.

“Lelaki terbabit mengaku jiran warga emas berkenaan dan dalam perbualan telefon, dia menyatakan simpati terhadap nasib lelaki tua itu.

“Lelaki itu turut mendakwa warga emas berkenaan hidup sebatang kara, justeru, dia berhasrat menghantarnya ke pusat jagaan kami.

“Pada masa sama, warga emas itu juga mengalami kesulitan untuk berkomunikasi selain nyanyuk dan gagal memberikan maklumat berkaitan warisnya,” katanya di sini, semalam.

SUMBER MYMETRO

RAHSIA RASULULLAH S.A.W SENTIASA SIHAT


Selama ini kita mengenali dua bentuk rawatan. Rawatan sebelum dijangkiti penyakit / pencegahan (At-thib Al-wiqo`i), dan rawatan selepas dijangkiti penyakit (at-thib al-`ilaji).


Dengan mencontohi pola makan Rasulullah S.a.w, kita sebenarnya sedang menjalani terapi pencegahan penyakit dengan makanan. (Attadawi bil ghidza`). Ini tentu jauh lebih baik daripada kita harus "berhubungan" dengan ubat-ubat kimia.

Dalam setiap aktiviti dan pola hidupnya, Rasulullah S.a.w memang sudah disiapkan untuk menjadi contoh teladan bagi semua manusia, termasuk dalam hal pola makan. Ini bukan perkara remeh. Sebab salah satu faktor penting penunjang fizikal utama Rasulullah adalah kecerdasan beliau dalam memilih menu makanan dan mengatur pola konsumsinya.


Perkara pertama yang menjadi menu seharian Rasulullah S.a.w adalah udara segar di subuh hari. Sudah umum di ketahui bahawa udara pagi kaya dengan oksigen dan belum dikotori oleh bahan-bahan lain. Ini ternyata sangat besar pengaruhnya terhadap vitaliti seseorang dalam aktivitinya selama sehari penuh. Maka tidak usah hairan ketika kita tidak bangun di subuh hari, kita menjadi terasa begitu malas untuk beraktiviti. Selanjutnya Rasulullah menggunakan siwak untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi.

Lepas dari subuh, Rasulullah S.a.w membuka menu sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli. Khasiatnya luar biasa. Dalam Al qur`an, kata "syifa" / kesembuhan, yang dihasilkan oleh madu, diungkapkan dengan isim nakiroh, yang bererti nama am, atau menyeluruh. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan perut, mengaktifkan usus-usus, menyembuhkan sembelit, buasir dan keradangan. Dalam istilah orang arab, madu dikenali dengan "al-hafidz al-amin", kerana boleh menyembuhkan luka bakar.

Masuk waktu dhuha, Rasulullah S.a.w selalu makan tujuh butir kurma ajwa` / matang. Sa’ad r.a mendengar Rasulullah bersabda, "Barang siapa memakan tujuh butir kurma ajwah di pagi hari, maka racun dan sihir tidak akan membahayakannya pada hari itu." (Hadits riwayat Bukhari). Dan ini terbukti apabila seorang wanita Yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah dalam sebuah percubaan pembunuhan di Perang Khaibar, racun yang ditelan oleh baginda kemudian boleh dineutralkan oleh bahan-bahan yang terkandung dalam kurma. Bisyir ibnu al-Bara ', salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut, akhirnya meninggal. Tetapi Rasulullah selamat. Apa rahsianya? Tujuh butir kurma!

Dalam sebuah kajian di Mesir, penyakit kanser ternyata tidak tersebar ke kawasan-kawasan yang penduduknya banyak mengambil kurma. Kebelakangan ini terbukti bahawa kurma mempunyai zat-zat yang boleh mematikan sel-sel kanser. Maka tidak perlu hairan jikalau Allah menyuruh Maryam r.a, untuk makan kurma disaat kehamilannya. Sebab memang itu bagus untuk kesihatan janin.

Rasulullah S.a.w selalu berbuka puasa dengan segelas susu dan kurma, kemudian solat maghrib. Kedua-dua jenis makanan itu kaya dengan glukosa, sehingga langsung menggantikan zat-zat gula yang kering setelah seharian berpuasa. Glukosa itu sudah cukup mengenyangkan, sehingga setelah solat maghrib, tidak akan berlebihan apabila bermaksud untuk makan lagi.

Menjelang petang hari, menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja bukan hanya cuka dan minyak zaitunnya sahaja, tetapi di pengambilan dengan makanan pokok, seperti roti misalnya. Manfaatnya banyak sekali, antaranya mencegah lemah tulang dan kenyanyukan di hari tua, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Ia juga berfungsi untuk mencegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk.

Ada kisah menarik berkaitan dengan buah tin dan zaitun, yang Allah bersumpah dengan kedua-duanya. Dalam alquran, kata "at-thin" hanya ada satu kali, sedangkan kata "az-zaytun" di ulang sampai tujuh kali. Seorang ahli kemudian melakukan kajian, yang kesimpulannya, jika bahan-bahan yang terkandung dalam tin dan zaitun berkumpul dalam tubuh manusia dengan perbandingan 1:7, maka akan menghasilkan "ahsani taqwim", atau tubuh yang sempurna, seperti yang dinyatakan dalam Surah at-thin. Subhanallah!

Syeikh Ahmad Yasin adalah salah seorang yang secara rutin mengambil jenis makanan ini, sehingga wajarlah beliau tetap sihat, kuat dan begitu menggerunkan para Yahudi, walaupun lumpuh sejak kecil. Kalau saja beliau tidak lumpuh, barangkali sudah habis para Yahudi Israel itu.

Di malam hari, menu utama Rasulullah adalah sayur-sayuran. Beberapa riwayat mengatakan, baginda selalu mengambil sana al makki dan sanut. Anda kenal nama tersebut? Di mesir, kata Dr. Musthofa, kedua-duanya serupa dengan sabbath dan ba`dunis. Masih tidak kenal juga? Dr. Musthofa kemudian menjelaskan, secara umum sayur-sayuran mempunyai kandungan zat dan fungsi yang sama, iaitu memperkuat daya tahan tubuh dan melindunginya daripada serangan penyakit. Jadi, asalkan namanya sayur-sayuran, sepanjang ianya halal, Insya Allah berkhasiat tinggi. Maka, para penggemar kangkung dan bayam tidak usah panik. Para peniaga tauge juga tidak perlu pindah haluan.

Disamping menu wajib di atas, ada beberapa jenis makanan yang disukai Rasulullah tetapi beliau tidak rutin mengambilnya. Diantaranya tsarid, iaitu campuran antara roti dan daging dengan kuah air masak. Kemudian beliau juga senang makan buah Yaqthin atau labu manis, yang terbukti boleh mencegah penyakit gula. Kemudian beliau juga senang makan anggur dan hilbah.

Sekarang masuk pada tata cara mengambilnya. Ini tidak kurang pentingnya dengan pemilihan menu. Sebab setinggi apa pun gizinya, kalau pola konsumsinya tidak teratur, akan buruk juga akibatnya. Yang paling penting adalah mengelakkan isrof, atau berlebihan. Kata Rasulullah, "cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, kalaupun harus makan, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk air minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya" (al hadis). Ketika seseorang terlalu banyak makanannya, maka perutnya akan penuh dan pernafasannya tidak bagus, sehingga zat-zat yang terkandung dalam makanan tersebut menjadi tidak berfungsi dengan baik. Imbasnya, keadaan fizikal menjadi tidak prima, dan aktiviti pun tidak akan maksima.

Dr. Musthofa menekankan bahawa as-syab`u, yang bererti kenyang itu bukan al-imtila`, atau memenuhi. Tetapi kenyang adalah mencukupinya tubuh dengan bahan-bahan yang diperlukan, sesuai dengan perkadaran dan ukurannya. Jadi ini penting, jangan kekenyangan!

Rasulullah juga melarang untuk idkhol at-thoam ala at-thoam, atau makan lagi sesudah kenyang. Suatu hari, di masa selepas wafatnya Rasulullah, para sahabat melawat Aisyah r.a. Waktu itu daulah islamiyah sudah sedemikian luas dan makmur. Lalu, sambil menunggu Aisyah r.a, para sahabat, yang sudah menjadi orang-orang kaya, saling bercerita tentang menu makanan mereka yang meningkat dan bermacam-macam. Aisyah r.a, yang mendengar hal itu tiba-tiba menangis. "Apa yang membuatmu menangis, wahai bonda?" Tanya para sahabat. Aisyah r.a lalu menjawab, "dahulu Rasulullah tidak pernah mengenyangkan perutnya dengan dua jenis makanan. Ketika sudah kenyang dengan roti, beliau tidak akan makan kurma, dan ketika sudah kenyang dengan kurma, baginda tidak akan makan roti ".

Dan penelitian membuktikan bahawa berkumpulnya berjenis-jenis makanan dalam perut telah melahirkan bermacam-macam penyakit. Maka sebaiknya jangan mudah tergoda untuk makan lagi, kalau sudah yakin bahawa anda sudah kenyang.

Rasulullah tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan yang sejuk secara serentak. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu-satu masa dan juga tidak terus tidur selepas makan malam, kerana tidak baik bagi jantung. Beliau juga meminimumkan dalam mengambil daging, sebab terlalu banyak daging akan mengakibatkan buruk pada sendi dan buah pinggang. Mesej Umar r.a "Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan-haiwan ternakan!". Ayam, kambing, lembu, kerbau semuanya masuk.

Masih banyak pola hidup sihat ala Rasulullah S.a.w yang boleh kita pelajari. Kali ini, Dr. Musthofa memang khusus membincangkan menu makan dan cara mengambilnya. Dari sini kita boleh tahu bahawa ternyata Rasulullah sangat memerhatikan masalah gizi dan menu makanan. Dan di tengah kaburnya semangat untuk mengikuti sunnah Rasul, ini boleh menjadi semangat untuk memulakan menghidupkannya kembali. Apalagi menu-menu tersebut terbukti boleh dipertanggungjawabkan secara kesihatan.

WAKTU SOLAT