Blogger Widgets

salam

Thursday, 19 July 2012

NABI MUHAMMAD s.a.w DENGAN PENGEMIS BUTA




Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan

Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.
Pernah kita terfikir adakah kita akan seberani Rasulullah untuk membantu rakan-rakan kita yang lain...mengajak mereka secara lembut dan mendekati mereka secara berhikmah untuk kearah kebaikkan? Adakah kita berani berkawan dengan sahabat kite yang bukan Islam, memberi mereka kefahaman apa itu Islam? Tepuk dada tanyalah diri kita...

11 AMALAN SUNAT PADA BULAN RAMADHAN



1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar


Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka


Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)


3. Berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.


Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”


4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)



5. Bersiwak atau menggosok gigi.


Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)



6. Bermurah hati dan banyak menderma.


Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)



7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.


(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.


8. Memberi makan untuk berbuka puasa.


Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)



9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)



10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan


Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)


11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.


Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Wednesday, 18 July 2012

AKSI-AKSI LUCU GILA..JOM KITA TENGOK SAMA-SAMA




 





DAPAT PENYAKIT SELEPAS TARIK TIKUS DARI MULUT KUCING


BEND, Oregon - Seorang tukang pateri, Paul Gaylord dijangkiti penyakit hawar selepas dia menarik seekor tikus daripada mulut kucing.
Ketika kejadian, kucing peliharaannya yang bernama Charlie tercekik tikus yang dimakannya.
Gaylord, 59, kemudian menarik tikus tersebut dari mulut kucing itu.
Kejadian itu berlaku di rumah trelernya.
Kucing tersebut kemudian mati manakala Gaylord terpaksa dirawat di sebuah hospital di sini.
Namun, Gaylord semakin pulih daripada penyakit itu. - Agensi
SUMBER KOSMO
INFO PENYAKIT HAWAR :
Sudah menjadi satu kebiasaan selepas musim hujan,haiwan yang dilepaskan akan mudah diserang penyakit yang dipanggil 'hawar'. Penyakit hawar adalah sejenis penyakit yang berjangkit.,ia juga boleh dijangkiti melalui angin.
Seseorang yang terdedah kepada udara yang tercemar dengan kuman tibi akan menghidu kuman ke dalam saluran pernafasan melalui hidung, mulut, larinks dan kuman boleh hinggap di mana-mana sahaja bahagian tersebut.
Penyakit tibi dikatakan wujud sejak dari tahun 8,000 sebelum Masihi di mana terdapat kesan-kesan penyakit tibi di tulang belakang mumia Firaun.

Pada tahun 460 sebelum Masihi, Hippocrates iaitu bapa perubatan telah menamakan penyakit itu sebagai pthisis.
Ibnu Sina di dalam bukunya Kanun Perubatan mengetahui bahawa tibi diumpamakan sebagai suatu penyakit yang berjangkit.

Pada kurun ke-16, tibi dikenali sebagai consumption. Di Malaysia, pada kurun ke-20 penyakit ini dikenali sebagai “batuk kering”.

Pada tahun 1950-an, penyakit tibi merupakan pembunuh utama penduduk di Tanah Melayu (Malaya). Pada tahun 1961, Program Kawalan Tibi Kebangsaan ditubuhkan dan semua pesakit tibi dirujuk ke Pusat Tibi Negara di Jalan Pahang, Kuala Lumpur (sekarang dikenali sebagai Institut Perubatan Respiratori).

Pada kurun ke-19, tibi hampir memusnahkan seluruh Eropah dan Amerika. Tibi pada masa itu juga dipanggil hawar putih untuk menyamakannya dengan penyakit hawar hitam (plague) yang telah meragut banyak nyawa di benua Eropah dan Amerika pada kurun ke-18.

“Musuh” kepada kesengsaraan dan kematian manusia ini telah dikenal pasti oleh seorang ahli sains bernama Robert Koch. Beliau menemui bakteria mycobacterium tuberculosis pada 24 Mac 1883.

Mengambil sempena penemuan bakteria pada tarikh itu, 24 Mac telah dijadikan hari memperingati tibi sedunia pada tiap-tiap tahun.

Penyakit tibi tidak mengenal batasan sama ada kekayaan atau kemasyhuran seseorang.
Sebagai contoh, Elanor Roosevelt iaitu bekas wanita pertama Amerika dan George Orwell, pengarang buku pada tahun 1984 telah diserang penyakit tibi.

Menurut Pakar Perubatan dan Kardiologi Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Kol (B) Dr. Abd Rahman Mohd Ali, penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria dan paling tertua di dunia.

Statistik menunjukkan 10,000 hingga 12,000 tibi menyerang penduduk Malaysia setiap tahun.

Kuman Mycobacterium tuberculosis merebak melalui udara dan titisan daripada pengidap penyakit tibi aktif.
“Jika anda mengalami batuk teruk yang melebihi dua minggu, minta doktor lakukan ujian kahak untuk anda. Batuk teruk yang berpanjangan dan tidak sembuh dengan ubat batuk biasa adalah petanda utama penyakit tibi.

“ Orang ramai pada hari ini, terutama golongan muda, tidak tahu tentang tibi kerana ia jarang diperkatakan dan dianggap penyakit lama yang bukan lagi menjadi ancaman utama kesihatan. Namun, sehingga hari ini, tiba masih juga belum dapat dibendung,” katanya.

Tambah Dr. Abd Rahman, penyakit ini boleh berjangkit dengan mudah kerana ia tersebar melalui udara seperti demam selsema. Bahkan, ia boleh berjangkit melalui air liur dan hingus hanya dalam beberapa jam.

Selain itu, kurangnya pengetahuan rakyat terhadap kewujudan dan tanda penyakit ini dan kekurangan kemahiran anggota keselamatan untuk melakukan pemeriksaan saringan dan makmal bagi mengesan penyakit tibi.

Dalam konteks ini, ramai yang mengetahui bagaimana penyakit ini merebak dan tibi yang disebabkan bakteria tuberkulosis dengan mudah merebak melalui udara.

“Sesiapa yang terdedah kepada bakteria ini boleh mendapat jangkitan. Bakteria ini masuk ke badan seseorang melalui saluran pernafasan sebelum ia menyerang paru-paru. Kuman tibi boleh merebak apabila seseorang yang dijangkiti itu batuk, bersin, ketawa atau bercakap sehingga terpercik air liur,” katanya.

Oleh itu, Dr. Abd Rahman menasihatkan agar orang ramai menutup mulut dengan sapu tangan atau tisu setiap kali batuk mahupun bersin.

“Malangnya tidak ramai mengamalkan saranan ini. Masyarakat perlu jelas bahawa semua orang berisiko mendapat jangkitan, terutama golongan tua dan kanak-kanak di bawah empat tahun, tetapi sama ada ia menyebabkan penyakit atau tidak bergantung kepada daya ketahanan badan,” jelasnya.

Dalam pada itu, kuman tibi boleh hidup bertahun-tahun dalam badan manusia secara tidak aktif tanpa menyebabkan masalah dan individu begini dikelaskan sebagai pembawa kuman dan tidak menjangkiti orang lain.

Bahkan, seseorang hanya dikelaskan sebagai pesakit tibi apabila jangkitan itu membuatkan dia sakit. Dalam keadaan ini, dia boleh menjangkiti orang di sekeliling, khususnya orang tua dan kanak-kanak, jika tidak diberi rawatan segera.

“ Bukan semua orang yang dijangkiti kuman tibi akan menghidap penyakit ini. Mendapat jangkitan tidak bermakna akan menghidap penyakit kerana dalam keadaan biasa, sistem imun badan baik boleh menghapuskan kuman tibi dengan mudah.

Penyakit tibi berlaku dalam dua keadaan. Pertama, kuman tibi hidup dalam paru-paru seseorang selama lima hingga tujuh tahun tanpa menimbulkan gejala hingga individu berkenaan mengalami masalah kesihatan yang melemahkan sistem imunnya,” katanya.

Apabila ini berlaku, kuman tibi mula menyerang paru-paru secara aktif.

Kedua, serangan kuman tibi berlaku dengan cepat dalam masa beberapa minggu selepas dijangkiti. Ini biasanya berlaku pada pesakit yang mengalami masalah lemah daya tahan badan seperti pesakit Aids, kencing manis dan buah pinggang.

Walaupun mudah berjangkit, tibi boleh dicegah melalui dua cara. Pertama dengan memberi suntikan vaksin BCG bagi bayi baru lahir dan ketika berumur tujuh tahun; jika tiada parut pada lengan.

“Jika dulu kanak-kanak diberi suntikan kedua untuk memantapkan sistem imun terhadap jangkitan tibi, kaedah itu dihentikan apabila kajian mendapati ia tidak meningkatkan tahap ketahanan. Satu suntikan BCG ketika bayi sudah mencukupi untuk memberi perlindungan sebanyak 30 hingga 80 peratus.

“Namun, kita tidak boleh yakin sepenuhnya dengan pemberian vaksin ini. Apa yang penting kesedaran rakyat menyedari tanda-tanda awal tibi. Kemudian, berjumpa doktor untuk melakukan ujian tibi seperti ujian mantaoux., Ujian ini ialah ujian yang dilakukan untuk menyiasat jangkitan tibi pada seseorang. Lebih berkesan, doktor akan melakukan ujian ke atas kahak” katanya.

Perlu diingat suntikan BCG tidak menahan sepenuhnya seseorang itu daripada penyakit tibi. Seseorang yang pernah menghidap tibi boleh mendapat jangkitan berulang selagi ada sumber jangkitan (pesakit tibi yang tidak dirawat).
Kaedah kedua ialah pemeriksaan ahli keluarga terdekat atau rakan yang rapat dengan pesakit sebaik pesakit disahkan menghidap tibi.

Dr. Abd. Rahman menjelaskan, tanda batuk juga mempunyai beberapa kategori sama ada batuk berkahak atau tidak atau pun berdarah tetapi ia kebiasaannya akan melebihi jangka masa yang panjang iaitu dua minggu.

“Jika anda mempunyai tanda seperti ini, segera ke berjumpa doktor melakukan ujian tibi,” katanya.

Mengulas tentang kebanjiran pendatang asing yang mempengaruhi kemunculan semula tibi di Malaysia, Dr. Abd Rahman menyarankan mereka diberi suntikan BCG apabila memasuki Malaysia.

“Memang mereka akan didapati negatif ketika melakukan ujian tibi pada awalnya. Tetapi perlu diingat bakteria tibi boleh ada dalam diri seseorang tanpa sedar dan ia akan tidur dalam tempoh yang lama sebelum ia aktif menyerang paru-paru pada masa yang kita tidak ketahui.

Masyarakat juga perlu lebih peka dan menghindari kawasan sesak yang boleh memberi risiko seperti kawasan dewan tertutup. Tidak ada masalah jika masyarakat mengamalkan pencegahan seperti menutup mulut ketika batuk dan sebagainya,” jelasnya.


IKLAN ANTI MEROKOK DI THAILAND DIIKTIRAF IKLAN TERBAIK DI DUNIA



Sebuah video iklan anti-merokok di Thailand menerima banyak pujian setelah dimuat ke laman web Youtube. Dalam video itu diperlihatkan dua anak kecil berpura-pura meminjam mancis buat menyalakan rokok tapi ditolak mentah-mentah oleh para perokok dewasa.

Sejak dimuat pada 21 Jun lalu oleh pemilik akaun EyadAlasibi, video itu sudah disemak lebih dari dua juta orang. Tercatat 18 ribu orang lebih menyukai isi tayangan itu dan yang menuliskan pendapat dalam kolom komentar hampir dua ribu orang.
Tayangan video berjudul Smoking Kid dibuat oleh Yayasan Promosi Kesihatan Thailand. Di awal terlihat beberapa perokok dewasa sedang asyik merokok. Mereka tidak sedar sedang diambil gambar lantaran dilakukan dengan kamera tersembunyi.
Tiba-tiba saat sedang asyik mengepulkan asap kenikmatan, masing-masing perokok di tempat berbeza itu didatangi kanak-kanak, satu lelaki dan perempuan. Perokok dewasa, lelaki dan perempuan, terkejut ketika si budak hendak meminjam maancus sambil mengeluarkan sebatang rokok.
Lucunya para perokok dewasa itu tidak mahu meminjamkan mancis kepada para budak itu. Bahkan dalam salah satu adegan, seorang perokok wanita mengatakan hal itu tidak baik untuk kesihatan dan menyuruh kanak-kanak itu berhenti merokok. Ada salah satu perokok lelaki sempat menceramahi budak itu jika kegiatan merokok itu boleh menyebabkan kanser, emfisema, stroke, dan lain-lain.
Saat asyik menceramahi, tiba-tiba para budak itu balik bertanya, “Jadi kenapa anda merokok?” Langsung saja para perokok dewasa itu tidak terkata menghadapi soalan itu. Sejurus kemudian, anak lelaki dan perempuan itu menyodorkan sebuah kertas mengandungi kalimat berbunyi, ‘anda peduli dengan saya. Lalu kenapa anda tidak peduli dengan diri anda? Ingatkan diri anda adalah langkah yang paling berkesan buat berhenti merokok. ‘
Setelah kedua-dua anak kecil itu meninggalkan masing-masing perokok, mereka pun terdiam. Ekspresi wajah mereka berbeza-beza. Ada yang terkejut, terdiam, menggaru kepala, dan langsung memasukkan kertas itu terus ke saku seluar.

FUNGSI HANDPHONE YANG ANDA TIDAK TAHU



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )


2) KERETA TERKUNCI


Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI


Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.


4) TELEFON KENA CURI


Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

GADIS 13 TAHUN HAMIL SELEPAS BERENANG DIKOLAM



WARSAW – Seorang wanita Poland bertindak menyaman sebuah hotel di Mesir setelah mendakwa anak gadisnya hamil selepas menggunakan kolam renang di hotel berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.



Wanita itu, Magdalena Kwiatkowska meminta ganti rugi kerana anak perempuannya yang berumur 13 tahun hamil akibat sperma yang berkeliaran dalam kolam renang.
“Ibu remaja itu yakin anaknya tidak mengadakan hubungan seks dengan lelaki ketika berada di Mesir.
“Dia bertekad untuk meneruskan saman tersebut,” kata satu sumber industri pelancongan.
Pihak berkuasa pelancongan di Warsaw, Poland mengesahkan menerima aduan ganjil itu. – Agensi

Tuesday, 17 July 2012

JASAD ARIEL SHARON TIDAK DITERIMA BUMI



KENAPA JASAD ARIEL SHARON (BEKAS PERDANA MENTERI ISRAEL) TAK DITERIMA BUMI.


Kenapa kita perlu benci terhadap Sharon laknatullah?

1. Bayangkan sharon mengambil seorang bayi daripada ibunya dan dilempar bayi itu ke dinding.

2. Bayangkan seorang gadis berusia 10 tahun yang dirogol dengan kejam dan akhirnya matanya telah diambil.

3. Bayangkan sekumpulan keluarga, disuruh beratur depan rumah, dan ditembak.

4. Bayangkan wanita hamil, dirogol, dengan kaki terbuka luas, dan akhirnya perut wanita dihiris, meninggalkan perempuan ini ke dalam kematian berdarah bersama kandungannya.

Dan semua mangsa itu adalah umat Islam Palestin yg ditindas Ariel Sharon. 

BAGAIMANA MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI


Apabila berdepan dengan pelbagai tugasan yang memberikan tekanan atau apa sahaja perkara yang mendatangkan masalah, kita akan merasakan motivasi diri sendiri kian menurun.

Kehilangan motivasi diri membawa kesan sepertinya hilang minat untuk melakukan sesuatu, hilang fokus, malas, kecewa, tidak tentu arah, tiada objektif mahupun hilang percaya diri.

Antara keadaan yang sering membawa kepada turunnya motivasi atau pendorong dalam diri adalah kerana pelbagai perkara terutamanya perkara yang membawa kepada kekecewaan seperti konflik, kegagalan dan tekanan. Hal seperti kesihatan contohnya keletihan juga mendorong kepada turunnya motivasi diri.


Kerana terlalu banyak kerja yang ingin diselsesaikan dalam satu masa. Membuatkan saya sendiri seperti terkejar-kejar untuk menyelesaikan tugasan. Jika, tugasan lain yang penting dan segera tiba-tiba datang, ianya terkadang merendahkan motivasi diri kerana terpaksa bertangguh.


Tapi, untuk mengelakkan diri daripada terus merasa tidak termotivasi, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan bagi memberi dorongan semangat dan tenaga - dan ia berbeza bagi setiap orang.


Jadi, cara untuk membawa dorongan atau motivasi untuk diri sendiri, antaranya ;

1. Sabar - Pertahanan terbaik dalam menentang serangan - serangan yang menurunkan semangat atau motivasi dalam diri. Perbanyakkan bersabar kerana ia penting dalam setiap kerja mahupun hidup. Hanya dengan bersabar, ia akan membina semangat kental dalam diri. Semangat yang akan menjadi pendorong dalam kita menempuhi masa sukar dan tekanan yang ada.


2. Perbaharui Strategi - Susunan kerja atau ubah cara yang kita pernah gunakan dalam mencapai sesuatu objektif. Jika diulangi dengan cara yang sama akan dikuatiri ianya akan memberi kesan yang sama kepada keputusannya. Ingat perkara baru seperti strategi atau pendekatan baru juga meningkatkan semangat baru dan motivasi dalam diri - perkara baru, cubalah.


3. Percaya dan Positif - Fikirkan yang positif. Jika terdorong memikirkan yang negatif atau kegagalan,  ia sebenarnya tidak baik untuk semangat diri. Percayakan diri bahawa anda mampu untuk mendapatkan keputusan yang disebaliknya - Kejayaan. Banyak perkara yang mendorong pemikiran supaya menjadi lebih positif seperti mengantung kata-kata motivasiatau semangat atau membaca cerita motivasi.


4. Bergaul - Jika ada manusia yang mampu hidup atas dunia tanpa memerlukan orang lain, saya akan memberi jawapan itu TIPU. Kerana, sebelum hidup dalam dunia mereka ditolong oleh ibu mereka selama 9 bulan dalam tanggungan. Jadi, bergaul bersama keluarga dan kekawan. Akan ada yang mampu membantu dan meningkatkan motivasi diri.


Saya cadangkan dengan bersukan kerana ketika aktiviti tersebut, disamping menyihatkan badan sekaligus kita juga bergaul antara satu dengan yang lain - 2 dalam 1.


5. Doa - Tidak mungkin akan ada sesiapa yang dapat hidup sendirian didunia bukan. Selain mendapatkan dorongan atau motivasi baru dengan keluarga dan kenalan, kembalilah kepada yang Maha Besar. Kita perlukan makanan untuk menambah tenaga jasmani, jadi kita juga perlukan makanan untuk rohani dengan doa. Doa adalah senjata manusia dan juga penawar. Insya-allah berjaya.


Produktiviti dan hasil berkualiti banyak bergantung kepada motivasi diri. Ia membantu untuk mendorong dalam kita mencapai objektif atau sesuatu tujuan. Seperti kata saya tadi, setiap orang punyai cara sendiri untuk membantu dalam meningkatkan motivasi diri. Justeru, carilah kawasan terbaik untuk anda meningkatkan semangat anda - kerana setiap orang perlukannya.


Hiduplah dengan tujuan dan bermotivasi - kita akan sentiasa kehadapan.


ANAK ULAR BERKEPALA SEPERTI NAGA

Seekor anak ular dilahirkan dalam keadaan mempunyai sifat anggota badan yang pelik. Anak ular pelik tersebut dikenali sebagai ular berkepala naga. Ular naga ini lebih dikenali Dragon mungkin selama ini dianggap simbol bagi kebanyakan masyarakat di cina. Cuba tengok di kedai emas pasti kebanyakan dompet atau ikon labelnya gambar naga, begitu juga tahun naga dianggap tahun keberuntungan kepada sesiapa yang dilahirkan pada tahun naga.

Tetapi gambar unik seekor anak ular berkepala naga ini mempunyai berukuran sama dengan jari manusia bermakna bukan la dongeng, anda cuba lihat di bahagian tanduk ular pelik ini, tidak ubah seperti seekor naga.

Monday, 16 July 2012

10 GOLONGAN YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI


PENGAWAL DI PUSAT BELI-BELAH BAKAL DILATIH PDRM




PUTRAJAYA – Lebih 25,000 pengawal keselamatan di pusat beli-belah di seluruh negara akan menerima latihan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha kerajaan menangani kes jenayah di premis berkenaan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, modul latihan akan dibangun secepat mungkin berdasarkan modul latihan polis dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela).
Pada masa ini, tiga pusat beli-belah sudah menyatakan komitmen untuk menyertai program itu, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan pemimpin tertinggi PDRM, pemilik pusat beli-belah dan pihak berkepentingan, di sini hari ini.
"Saya perlu tahu siapa yang mahu bekerja dengan kami kerana program ini bukan suatu yang boleh dipaksa kepada semua pemilik pusat beli-belah, justeru saya akan mendedahkan mereka yang mahu bekerja dengan kita dan mereka yang tidak.
"Biar orang awam putuskan kerana sudahlah meminta polis melakukan itu dan ini, tetapi bagaimana pula dengan tanggungjawab mereka dan dalam konteks ini kami tidak minta mereka mengupah lebih ramai pengawal tetapi untuk sertai latihan,” katanya.
Hishammuddin turut menafikan langkah itu diambil kerana kadar jenayah yang tinggi, sebaliknya lebih kepada meyakinkan rakyat bahawa kementerian serius dalam menangani segala kes jenayah yang berlaku. – BERNAMA

KERTAS DINDING ANTI WIFI UNTUK MENGELAK KECURIAN WIRELESS

Pada hari ini, kes kecurian wireless sering berlaku sama ada anda sedar atau tidak. Walaupun membuat password pada wireless internet anda, ianya tetap dapat dicuri dengan menggunakan beberapa teknik hacking. Jika anda dapat menghalang signal wireless ini daripada keluar dari rumah, masalah ini pasti akan selesai!

Teknolologi Anti-Wi-Fi Wallpaper direka khas untuk tujuan ini. Ianya mampu untuk menghalang signal wireless daripada memembusi dinding apabila dilapis dengan wallpaper ini. Walpaper ini bakal berada di pasaran pada tahun 2013 oleh syarikat Alhstrom daripada Finland.




KISAH SEORANG HAKIM YANG BIJAKSANA


Seorang wanita dermawan yang sudah berumur telah memberi seekor kambing kepada Luqmanl Hakim. Dia meminta Luqman menyembelih kambing itu dan berpesan "Berilah bahagian yang terburuk darinya untuk saya makan."


Setelah Luqman menyembelih kambing itu, dia pun menghantarkan hati dan lidahnya kepada wanita tersebut.


Beberapa hari kemudian, wanita itu memberikan lagi seekor kambing untuk disembelih. Kali ini dia berpesan untuk memberinya sebahagian yang terbaik dari kambing itu. Setelah disembelih, Luqman pun menghantarkan hati dan lidah juga kepada wanita itu.

Wanita itu kehairanan dan bertanya kepada Luqman, "Mengapakah tuan menghantar lidah dan hati kepada saya, sedangkan saya meminta bahagian yang terburuk. Dan mengapakah kedua-duanya juga dihantarkan kepada saya ketika saya memesan menghantarkan bahagian yang terbaik?"


Luqman menjawab, "Hati dan lidah sangat baik ketika baiknya, dan apabila keduanya jahat, maka sangatlah buruknya!" Mendengarkan jawaban yang bijaksana itu, wanita itu lalu memahami maksud Luqman. Sebabnya hati dan lidah adalah pokok segala kebaikan. Begitu juga sebaliknya, dari hati dan lidah juga lahir segala kejahatan dan keburukan. Oleh itu, hati dan lidah adalah punca segala kebaikan dan kejahatan.

Wallahualam...

Sunday, 15 July 2012

JIKA ANDA DIROMPAK DI ATM

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpast i nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. 


Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini.



WAKTU SOLAT