Blogger Widgets

salam

Wednesday, 28 March 2012

TABUNG ADIK MAWAR


SHAH ALAM – Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2 tahun, yang menghidap penyakit lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit, memerlukan RM35,000 bagi membiayai kos pembedahan di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, Ampang.
Ibunya, Sahida Ramli, 29, berkata, Mawar tiada masalah sewaktu dalam kandungan dan dilahirkan normal.
Bagaimanapun, dua minggu selepas dilahirkan, anaknya itu menangis tanpa henti dan hasil pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati otaknya dijangkiti kuman dan disahkan lumpuh otak.
“Setiap kali diserang penyakit, Mawar akan menangis tanpa henti, muka dan seluruh tubuhnya jadi kebiruan dan akan tercungap-cungap.
“Ibu mana sanggup melihat anaknya begini. Walaupun Mawar tidak mampu meluahkan kata-kata, saya dapat rasakan kesakitan yang ditanggungnya itu,” katanya.
Penderitaan Mawar itu juga menyebabkan Sahida dan suaminya, Farid Alsuwad Mohamed Maki, 34, menghadapi kesempitan hidup disebabkan kos rawatan setiap bulan.
Sahida mahu Mawar menjalani pembedahan segera di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, kerana hospital kerajaan tidak dapat melakukannya pada kadar segera.
“PPUM telah merujuk Mawar untuk menjalani pembedahan segera di Institut Jantung Negara (IJN), tetapi sehingga kini IJN telah beberapa kali menangguhkan pembedahan kerana kesihatan Mawar tidak mengizinkan.
“Akhirnya, doktor pakar di hospital kerajaan menasihatkan saya ke Gleaneagles kerana pakar perubatan di sana boleh melakukan pembedahan segera, namun saya dimaklumkan, kos perubatan di sana adalah RM35,000 dan ini di luar kemampuan kami.
“Semenjak Mawar sakit, suami terpaksa berhenti kerja kerana menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menjaga Mawar. Sukar bagi pengasuh menjaga Mawar dalam keadaannya itu.
“Hanya saya bekerja, namun sebagai kakitangan kerajaan pangkat rendah, pendapatan bulanan tidak mencukupi bagi menampung kehidupan kami sekeluarga. Mawar juga perlu diberikan susu khas dan memerlukan lampin pakai buang,” katanya.
Sahida berkata, anaknya memperoleh elaun RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dibayar empat bulan sekali.
“Kami sekeluarga perlu ikat perut, dengan dua lagi anak yang bersekolah dan sewa rumah yang tertunggak. Tidak termampu bagi kami mengumpulkan RM35,000 itu,” katanya.
Orang ramai boleh menyumbang derma ke akaun Bank Islam milik Mawar 12-21602002450-1 atau menghubungi Farid di talian 010-5430339 atau Sahida (019-3939103).
KESAL BOMOH AMBIL KESEMPATAN
Di sebalik kesulitan hidup yang dihadapi dan berdepan kekangan me­ngumpulkan dana RM35,000 buat pembedahan Mawar Farisya Farid Alsuwad dalam tempoh seminggu ini, masih ada pihak mengambil kesempatan terhadap mereka sekeluarga.
Menurut Sahida Ramli, ibu kepada adik Mawar, ada pihak yang menghubunginya menawarkan khidmat pembedahan secara ghaib bagi mengubati penyakit anaknya, dengan me­ngenakan jumlah bayaran RM5,000 bagi khidmat tersebut.
Katanya, individu tersebut memperkenalkan dirinya sebagai bomoh yang boleh mengubati Mawar, dan menyembuhkan segala penyakit yang dihidapinya termasuk lumpuh otak dengan mengatakan orang suruhannya akan datang dan melakukan pembedahan.
“Dia menyuruh saya memasukan wang RM5,000 terlebih dahulu sekiranya ingin mendapatkan khidmatnya. Kemudian, perlu menunggu waktu tengah malam dengan menye­diakan semangkuk air.
“Pada mulanya, beliau menawarkan perkhidmatan dengan bayaran RM20 sahaja, namun meningkat kepada RM5,000,” katanya yang terkilan dan kecewa dengan sikap pihak cuba mengambil kesempatan terhadap kesulitan mereka.
Justeru itu, beliau kini semakin berhati-hati dengan khidmat bantuan pihak yang cuba me­ngambil kesempatan selepas rayuannya bagi mengumpulkan dana RM35,000 untuk membiayai rawatan pembedahan anaknya dilaporkan Sinar Harian, tiga hari lalu.
Menurutnya, Mawar perlu menjalani pembedahan segera atas nasihat doktor disebabkan keadaan kesihatannya yang baik setakat ini.
“Mawar mudah dijangkiti penyakit, kerana antibodinya lemah. Melihatkan keadaannya yang semakin baik doktor memberikan tempoh seminggu ini untuk menjalankan pembedahan segera,” katanya kepada Sinar Harian.
Sehubungan itu, mereka yang ingin me­nyumbang boleh ke akaun Bank Islam milik Mawar, 12- 216-02-002450-1.
KOS BEDAH MAWAR MASIH BELUM MENCUKUPI
Wang sebanyak RM35,000 bagi menanggung kos pembedahan Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2, yang menghidap penyakit lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit, masih belum mencukupi.
Bapanya, Farid Alsuwad Mohamed Maki berkata, beliau bimbang kerana sehingga kini, setelah empat hari berita mengenai anaknya disiarkan, bantuan diterima belum mencukupi dan masih banyak diperlukan.
“Saya berasa susah hati kerana setakat ini, jumlah terkumpul dalam tabung bantuan Mawar hanya RM457 sahaja. Walaupun begitu, masih ramai yang menelefon untuk bertanya khabar dan memberi nasihat.
“Kalau boleh, saya berharap agar ramai yang akan menghulurkan bantuan untuk membantu Mawar menjalani pembedahan. Sebagai bapa, saya sudah tidak sanggup lagi melihat anak saya menanggung kesakitan dan menderita setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Mawar diberi tempoh seminggu dan dijadualkan menjalani pembedahan minggu hadapan, malangnya, disebabkan kos pembedahan masih belum mencukupi, ianya terpaksa ditangguhkan.
Mawar memerlukan RM35,000 bagi membiayai kos pembedahan di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.
Mawar pada awalnya dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain, malangnya, dua minggu kemudian dia sering menangis tanpa henti.
“Saya tidak tahu apa punca kepada penyakit Mawar ini, nak kata keturunan, tiada keturunan kami yang ada menghidap penyakit begitu.
“Lagipun, ketika scan jantina bayi dalam kandungan sebelum dilahirkan, Mawar didapati sihat dan tiada penyakit,” katanya.
Farid Alsuwad berkata, beliau merayu agar semua pihak yang mampu menghulurkan bantuan supaya dapat meringankan beban Mawar.
“Duit dalam simpanan saya tidak mencukupi dan tidak mempu untuk tanggung kos pembedahan Mawar. Tidak kiralah siapa yang mahu membantu, saya dan isteri begitu berharap dapat mengumpul wang dalam tempoh terdekat bagi meringankan derita Mawar,” katanya.
TERKINI: Setakat ini adik mawar telah menerima sumbangan sebanyak RM9390
KOS BEDAH SEBANYAK RM35.000
-BOYIDZUAIN-


29/03/2012-TERKINI


-KOS BEDAH ADIK MAWAR BERJAYA DIKUMPUL..,ADIK MAWAR AKAN DIBEDAH 3 APRIL INI..,SAMA-SAMA KITA MENDOAKAN ADIK INI.........


-BOYIDZUAIN-

No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT