Blogger Widgets

salam

Friday, 17 August 2012

5 TIPS JIKA TAYAR KERETA TERKENA PAKU ATAU PANCIT

tayar pancit 5 Tips Jika Tayar Kereta Terkena Paku Atau Pancit
Yang terpenting, sentiasa berwaspada dan praktikkan semasa troubleshooting jika terkena paku ini mungkin sedikit tips dibawah ini dapat membantu anda :

1. Jika anda merasa keadaan kenderaan anda berbeza akibat tayar kurang angin dan pancit, (biasa kenderan anda berasa berat sebelah) jangan terus berhenti. Perlahankan keadaan anda secara perlahan-lahan sambil berjalan sedikit menepi. Perhatikan cermin sisi kanan, kiri dan belakang. Amati jika ada orang yang mengekorinya atau cuba memberitahu bahawa tayar anda bermasalah.

2. Cari tempat-tempat yang umum dan ramai orang dan sekiranya mereka boleh membantu anda jika berlaku rompakan. Contohnya: Balai Polis, Hotel, Hotel, Restoran, Cafe, Mall, dan tempat ramai lain. Setelah sampai di lokasi ramai, jangan terus turun dari kereta. Amati dulu keadaan sekitar sekitar 2-3 minit. Setelah itu perhatikan barang-barang berharga anda seperti HP, dompet, wang, laptop dan sebagainya letakkan di tempat yang selamat dan sentiasa diawasi.

3. Jika dirasakan keadaan sekitar adalah selamat, turun dan amati apa yang salah pada keadaan tayar. Jangan memeriksa tayar hanya dengan melihat dari jarak jauh saja. Dikhuatiri apabila anda menbongkok dan mengamati tayar, perompak atau penyamun terus menghampiri anda.

4. Hubungi kedai tayar / perkhidmatan servis tampal tayar untuk membantu menampal tayar. Jangan menampal tayar jika tak ada orang yang membantu anda. Sekiranya anda memanggil pekerja kedai tayar datang, tunggu saja di dalam kereta sambil mengawasi keadaan sekitar anda.

5. Kalau tak membolehkan untuk memanggil pekerja kedai tayar, cuba hubungi teman yang rapat yang mana boleh membantu anda. Jika dirasa tak ada yang membantu, kereta / motor boleh diletakan di lokasi yang sesuai.

Selain 5 troubleshooting jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu.

Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis / kedai tayar, kekawan dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.

Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jet kereta dan pastikan tayar gantian anda didalam keadaan yang sempurna.

Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru. Yang terpenting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan. Ingat, keselamatan anda adalah yang terutama.

CARA MUDAH UNTUK 'DOWNLOAD VIDEO DARI YOUTUBE MELALUI HANDPHONE DAN PC


Cara Mudah Untuk Mendownload Video Dari Youtube Melalui Handphone / PC



Untuk mendownload video daripada youtube menggunakan HP atau PC tanpa menggunakan apa - apa software tidaklah begitu sukar anda hanya perlu mengikut step yang telah disediakan oleh s3r10u5 dibawah.

1. Buka laman youtube dan pilih video yang anda ingin download.

2. Ambil URL video tersebut.
    contoh url PC : http://www.youtube.com/watch?v=-n-2lPzH7Do

3. Kemudian tambahkan huruf  "ss" di hadapan youtube.com pada url tersebut
    contoh url PC : http://www.ssyoutube.com/watch?v=-n-2lPzH7Do

4. Anda akan dibawa ke 1 website baru. Tekan pada format dan kualiti video untuk mendownload
    contoh format dan kualiti : flv 1080p , mp4 360p, 3gp 240p

SAMA-SAMALAH KITA BANTU ADIK-ADIK INI KE SEKOLAH

KLIK LINK DIBAWAH INI

http://idzu.says.com/recommendations/fugee-school

 Newsletter_header
>KLIK DIBAWAH<
Join SAYS Malaysia

FAKTA MENGENAI ORANG YANG MENGGUNAKAN TANGAN KIRI DAN TANGAN KANAN


Secara umumnya , perbezaan antara orang yang menggunakan tangan kiri atautangan kanan tidaklah terlalu ketara. Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara lebih dalam, terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya. Faktor ini mungkin didorong oleh cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya.Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar.
Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.
Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.
Kelebihan – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan.

KUCING BERSAYAP DI CHINA

cyberarmy : kucing bersayap

cyberarmy : kucing bersayap cyberarmy : kucing bersayap

cyberarmy : kucing bersayap

cyberarmy : kucing bersayap

cyberarmy : kucing bersayap

JUM KITA TENGOK RUMAH DWAYNE JOHNSON 'THE ROCK'







SAY.COM NAK BAGI DUIT KAT ANDA...SENANG AJE...

JANA INCOME DENGAN SAY DOT COM .. ANDA BLH JANA PENDAPATAN SAMPINGAN SEHINGGA RM60 SEHARI !! DAFTAR PERCUMA!! 

KONSEP MUDAH SHJ..ANDA SHARE LINK IKLAN YANG DIBERIKAN..SETIAP KLIK ANDA AKAN DI BAYAR RM0.20-RM0.40 ..... CUKUP RM50 ,

ANDA BOLEH CASH OUT ..DUIT TERUS MASUK AKAUN .....

DAFTAR PERCUMA ,MALAH ANDA DIBAYAR RM5 BILA JOIN SAY!! 

DAN AKAN MENDAPAT RM5 LAGI JIKA INVITE KAWAN-KAWAN ANDA...

  DAFTAR DISINI  http://says.com/my/idzu/invite


Pertama sekali korang register dulu laman http://says.com/my/idzu/invite  dan masuk dalam akaun tu. Korang tengok ruangan belah atas tepi profile sebelah kanan tu ada tulis recommended. Klik situ dulu sebabnya nanti korang akan nampak beberapa iklan yang kena promote kat facebook seperti gambar kat atas tu. Setiap iklan ada limit harga untuk korang dapatkan. Klik pada iklan tu bila klik akan terus direct link url untuk korang promote.


Dah dapat link url untuk dipromote, korang kena pendekkan url kat bit.ly. Lepas tu korang kena mula fikirkan idea kreatif seperti gambar dan kata – kata menarik supaya reader korang klik apa yang korang promote tu. Tak faham lagi? korang bleh mesej ak kat blog ni atau kat fb ak..


Duit cash out dalam masa 3 minggu terus bank in ke akaun tanpa mengeluarkan modal satu sen..


CUBALAH...


http://says.com/my/idzu/invite




How it works

Choose which Social Recommendation is relevant to your friends.


You will be given your own unique link, which you can use to share with your friends.
 
When your friends check out the Social Recommendation via your link, you will accumulate cash.

Thursday, 16 August 2012

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

10 MISTERI YANG GAGAL DISELESAIKAN F.B.I


Berikut 10 kejadian aneh dan misteri dari berbagai pelusuk dunia, perkara aneh yang terjadi di dunia :

1. Rumah Hantu The Amityville
Anda pernah menonton filem horror Amityville House? Tahukah Filem yang diangkat dari novel horror karangan George dan Kathy Lutz, begitu menyeramkan ketika ditayangkan di pawagam.

Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya semua kejadian horror itu adalah kisah benar. George dan Kathy menulisnya dalam novel berdasarkan kejadian sebenarnya yang kemudian diangkat ke pawagam. Orang percaya apenulis sebenarnya adalah orang yang mengalami kejadian tersebut.

Kisah rumah berhantu itu berlaku pada tahun 1975 ketika pasangan suami isteri pindah ke sebuah rumah di Amityville, New York. Pasangan baru pindah ini tidak tahu bahawa rumah itu pada 13 tahun sebelumnya pernah terjadi peristiwa mengerikan. Anak lelaki pemilik rumah telah menembak mati semua keluarganya yang berjumlah enam orang. Semasa ditangkap, dia mengaku, membunuh kerana arahan suara yang bermain-main di kepalanya.

Tapi anehnya, keenam korban di temui tertelungkup di tempat tidur mereka. Mereka nampak tidur seperti biasa, tidak ada tanda bahawa mereka sebelumnya minum ubat penenang. Ini memang menjadi misteri yang aneh. Sementara pelaku Ronald DeFeo disumbatkan ke penjara di New York dan terpenjara di sana sehingga mati.

Berbalik kepada keluarga baru pindah ke rumah horror itu. Selama 28 hari di sana, banyak kejadian misteri dan mengerikan dialami pasangan ini. Bukan hanya bau busuk yg tiba-tiba datang, atau suara ketukan yang bising, tapi juga serangan fizikal yang tidak diketahui siapa pelakunya.

Malah salah seorang anggota keluarga melihat nampak lembaga menyeramkan dengan mata merah bersinar. Kathy menemui sebuah ruang kecil, anjing tidak mahu dekat ke sana. Ada apakah?


2. Misteri Kematian Mary Reeser
Ini kejadian luar biasa yang sehingga kini tidak boleh dijelaskan oleh akal normal. Mary Reeser, lahir pada 1881, ditemui hampir seluruh badannya hangus dijilat api di rumahnya di Florida pada 1951.

Tapi anehnya, walaupun seluruh tubuhnya rentung, kaki kirinya tidak dijilat api dan normal tanpa cacat sedikitpun. Ini tentu sangat mustahil. Lebih aneh lagi, seolah-olah api hanya mensasarkan tubuh Mary Reseer saja. Kerana ruangan di sekitarnya tempat dia ditemui, sama sekali tidak terbakar. Padahal dianggarkan suhu api begitu tinggi sama dengan kremasi mayat, dan sepatutnya menyambar ke seluruh ruangan bukan hanya tubuh wanita itu.

FBI telah datang untuk melakukan penyelidikan, forensik pun ikut ambil bahagian dalam siasatan itu, tapi tidak boleh memberi jawapan kenapa boleh terjadi demikian.

“Saya merasa sukar percaya hal ini. Tubuh manusia yang terbakar dengan suhu tinggi, boleh hanya tinggal kaki yang normal tak terbakar sedikitpun.

Apa sebenarnya yang terjadi pada malam 1 Julai 1951 itu? Ini sungguh suatu misteri. Seharusnya seluruh ruangan ini hangus terbakar. Ini adalah kejadian paling luar biasa yang pernah saya lihat.

Rambutnya pendek dengan wajah seperti orang ketakutan amat sangat. Saya merasa seperti tinggal di abad pertengahan, di mana orang banyak berbicara tentang sihir dan ilmu hitam,” ungkap Profesor Krogman dari University of Pennsylvania’s School of Medicine. Ia mengaku tak mampu menjelaskan misteri ini.



3. Misteri Jejak Syaitan Berkeliaran di Devon
The Devil’s Footprints adalah nama yang diberikan untuk sebuah fenomena yang aneh terjadi di Devon, Inggeris pada tanggal 8 Februari 1855. Setelah salji yang turun di malam hari, keesokannya muncul jejak-jejak kaki di salji berukuran 1,5 inc (4 cm) dan lebar 2,5 inc (6,35 cm).

Jejak-jejak itu bertebaran di seluruh kampung. Bukan hanya itu jejak -jejak itu juga ada di atap bahkan di dinding bangunan yang tinggi.

Penduduk kampung menjadi hairan, risau dan tak mengerti fenomena apa itu. Kerana tak jelas, orang pun mulai berfikir tentang makhluk aneh malah mungkin syaitan yang berkeliaran di kampung mereka. Itu sebabnya muncul istilah Devil’s Footprint.



4. Misteri Zana ‘Manusia Purba’
Kejadian aneh ini terjadi pada abad pertengahan, sekitar abad 18. Ochamchir, seorang pemburu di wilayah Georgia ketika itu masih berada dalam Kesatuan Soviet.

Pemburu ini menangkap seorang perempuan liar di mana lengan, kaki dan jari ditutupi rambut tebal. Perempuan aneh ini diberi nama Zana.

Memandangkan liarnya, untuk menenangkannya pada awalnya dia terpaksa dikurung selama bertahun-tahun dengan makanan yang dilemparkan kepadanya.

Setelah ia tenang, barulah Zana dibebaskan dan diajar mengerjakan perkara-perkara ringan. Seperti menggiling jagung, dll.

Uniknya, Zana memiliki daya tahan tubuh yang tinggi lebih dari manusia biasa. Dia tahan pada cuaca sejuk luar biasa, namun dia tidak tahan pada udara panas dalam ruangan.

Dia sangat suka makan buah anggur dan tanaman menjalar. Dia banyak minum dan boleh tidur berjam-jam. Yang anehnya, dia boleh memiliki banyak anak dengan ayah yang berbeza-beza.

Tapi kebanyakan anak-anaknya mati kerana Zana memandikan mereka di sungai sejuk yang hampir beku. Penduduk kampung khuatir dengan sifat aneh Zana, dan mereka pun mengambil anak-anaknya menjauhi ibunya.

Anak-anak Zana tidak seperti ibunya, mereka membesar seperti manusia biasa dan mereka juga telah dijadikan anak angkat oleh beberapa penduduk desa. Zana meninggal dunia di kampung itu tahun 1890 dan anak bungsunya meninggal 1954.

Kisah ini merupakan hasil pengkajian Professor Porchnev yang menemuramah orang-orang tua di kampung itu. Zana juga memiliki banyak cucu. Mereka berkulit gelap.

Salah seorangnya adalah Shalikula, ia memiliki gigi yang kuat sehingga ia dapat mengangkat sebuah kursi dengan seorang lelaki duduk di atasnya.

Pengkajian tentang Zana menghasilkan dugaan bahawa wanita aneh itu merupakan bentuk evolusi manusia yang belum sepenuhnya berubah menjadi manusia moden.



5. Misteri Wanita Penyebar Gas
The Mad Gasser dari Mattoon adalah nama yang diberikan kepada orang berada di balik serangkaian serangan gas yang terjadi di Botetourt County, Virginia, pada awal tahun 1930an, dan di Mattoon, Illinois, pada pertengahan tahun 1940-an.

Kejadian pertama terjadi di rumah Cal Huffman, di Haymakertown, Botetourt County, di mana terdapat tiga serangan dilaporkan selama satu malam.

Sekitar 10:00 pada 22 Desember 1933, Ibu Huffman melaporkan bau bau yang tidak biasa, dan dengan menyebabkan rasa mual. Bau yang mual dan kembali lagi sekitar 10:30, Cal Huffman kemudian menghubungi polis.

Ketiga serangan terjadi sekitar 1:00, pada masa itu serangan gas memenuhi seluruh rumah. Lapan anggota keluarga Huffman telah mati bersama dengan Ashby Henderson, seorang tetamu yang juga tinggal di rumah itu.

Berikutnya yang tercatat di Cloverdale insiden terjadi pada 24 Desember. Clarence Hall, isterinya, dan dua anak-anak mereka baru pulang dari gereja 9:00 Mereka pun lemas.

Polis menyiasat kawasan ini, menemui paku yang diambil dari belakang jendela, di mana bau gas sangat kuat. Diduga, lubang itu digunakan untuk memasukkan gas ke dalam rumah itu.

Kejadian ketiga pada 27 Desember, di mana penduduk Troutville, A. Kelly dan ibunya dilaporkan mengalami keadaan yang sama seperti tempat Huffman dan Hall.

Insiden keempat dan kelima terjadi pada 10 Januari, ketika Mrs Moore, seorang tetamu di rumah penduduk Haymakertown Homer Hylton melaporkan mendengar suara di luar, sebelum gas dimasukkan ke rumah mereka melalui jendela yang rosak. Kedua serangan malam yang dilaporkan dalam Troutville, di rumah Kinzie G.

Terdapat juga 10 tempat lain yang dilaporkan di Botetourt dan dalam 10 tahun kemudian, lebih dari 20 tempat baru dilaporkan di  Mattoon.

Salah seorang saksi mengatakan, dia melihat pelaku penyebar gas itu adalah seperti seorang wanita bertubuh tinggi kurus, berpakaian seperti seorang lelaki namun tapak kakinya milik seorang perempuan.



6. Misteri Lampu Hantu di Bridgewater Triangle
Bridgewater Triangle merupakan wilayah sekitar 200 mil persegi (520 km2) di tenggara Massachusetts, Amerika Serikat. Sejak masa penjajah, daerah itu dikenali sebagai daerah yang mempunyai banyak misteri yang sukar dijelaskan.

Berbagai laporan tentang daerah itu sempat dicatat di antaranya tentang fenomena Poltergeists dan orbs, bola api yang tiba tiba jatuh di sana dan juga fenomena hantu.

Berita yang beredar tentang nampaknya ‘bigfoot’, ular raksasa, burung raksasa, serta ditemui banyak sisa sisa binatang ternak, dll. Polis dan wartawan telah berusaha mengungkap kejadian-kejadian aneh di sana.

Kawasan itu menjadi sangat misteri dan tak didekati sehingga dipanggil Hockomock Swamp, yang berarti ” jiwa dwell”, atau penduduk setempat menyebutnya sebagai “The Devil’s Swamp”

Salah satu fenomena yang terkenal terjadi di daerah itu adalah munculnya cahaya berkelap-kelip dari rawa-rawa di sekitar situ. Orang menyebut kelip kelip itu sebagai lampu hantu yang biasanya terlihat di daerah berawa.

Fenomena lampu hantu itu terus muncul di sekitar Bridgewater Triangle. Lampu aneh itu juga muncul setiap Januari di sekitar rel keretapi yang melintasi daerah itu.



7. The Clapham Wood Mystery
The Clapham Wood Mystery adalah nama yang diberikan terkait dengan peristiwa-peristiwa aneh yang terjadi di Clapham Wood, West Sussex, Inggeris.

Peristiwa-peristiwa itu merupakan laporan dari warga setempat yang mengalami fenomena aneh itu. Misalnya, binatang peliharaan keluarga yang hilang secara tiba-tiba atau orang yang tiba-tiba meninggal tanpa sebab.

Sejak 1960 dilaporkan di kawasan itu sempat terlihat adanya benda terbang aneh (UFO?), juga masyarakat yang tiba tiba merasa suatu yang aneh dan ghaib.

Jalur yang dilaporkan misteri adalah jalur menuju hutan. Dari hasil kajian diperoleh bahawa daerah itu memiliki tahap radiasi tinggi. Laporan ini mengejutkan, kerana daerah tersebut merupakan daerah batu kapur yang biasanya rendah radiasi.

Dalam foto, pada awalnya masih kelihatan pokok-pokok tinggi dan besar. Namun akibat ‘depresi’ pokok-pokok itu mati. Kini sangat sukar mencari pokok pohon besar di sana.

Dilaporkan ada empat kematian misteri berhampiran hutan. Pertama Jun 1972 dimana seorang polis, Peter Goldsmith hilang semasa hiking di daerah itu. Mayatnya telah ditemui 6 bulan kemudian.

Kematian yang kedua adalah dari Leon Foster, mayat yang telah ditemui pada Ogos 1975, setelah 3 bulan hilang.

Yang ketiga adalah kematian dari Reverend Harry Neil Snelling, mantan wakil dari Clapham. Dia menghilang pada Oktober 1978 dan mayatnya tidak ditemui sehingga 3 tahun kemudian. Kejadian di Clapham ini hingga kini tak dapat dijelaskan.



8. Misteri Rumah Hantu Summerwind
Summerwind Mansion, sebelumnya dikenali sebagai Lamont Mansion, merupakan gudang di pantai Barat Teluk Vilas di Lake County, North East Wisconsin. Daerah itu merupakan salah satu daerah paling keras di Wisconsin.

Keadaan gudang ini kini sepi dan terbiar. Keadaan ini berlaku kerana pernah terjadi kebakaran besar di daerah itu yang nyaris memusnahkan semua gudang di sana.

Summerwind pada awalnya dibangun pada awal abad ke-20 untuk kegunaan para nelayan. Pada 1916 telah dibeli oleh Robert P. Lamont, yang bekerja sebagai arkitek di perusahaan Tallmadge and Watson.

Kemudian dia mengubahsuai gedung itu dan tinggal di sana. Namun sebelumnya ia sudah diperingatkan bahawa gedung itu keras.

Tapi dia tidak percaya sehingga akhirnya dia sendiri bertemu dengan ‘penunggu’ rumah itu. Kejadian itu terjadi era 1930, Lamont melihat hantu di dapur rumahnya, membuat dia tergesa-gesa meninggalkan rumahnya itu.

Setelah kepergian Lamont, rumah itu dibiarkan kosong dan terbengkalai.

Tahun 1970-an, pasangan suami isteri, Arnold dan Ginger Hinshaw membeli rumah itu dan tinggal bersama empat anaknya. Sejak mula tinggal, keluarga ini kerap diganggu berbagai kejadian aneh.

Hinshaws melaporkan sejumlah kejadian aneh, mulai dari bayangan yang bergerak dari bawah ke atas dengan suara perlahan dan berhenti ketika mereka masuk ke bilik, atau jendela yang tiba-tiba terbuka sendiri. Mereka melaporkan beberapa kali melihat hantu wanita di sekitar ruang makan.

Mungkin kerana tidak tahan tekanan, dalam waktu enam bulan setelah pindah ke Summerwind, Arnold jatuh sakit dan Ginger , isterinya, cuba bunuh diri.

Akhirnya Arnold masuk ke hospital, sedang Ginger pindah dengan orang tuanya di Granton, Wisconsin.

Pada bulan Jun 1988, Summerwind beberapa kali terkena petir yang menyebabkan munculnya api dan membakar rumah. Sehingga banyak bahagian gedung itu rosak teruk.

Yang anehnya, petir menyambar berkali-kali, padahal di sekitarnya banyak pokok tinggi melebihi gedung itu tapi sama sekali tidak disambar petir.

Pada masa ini gedung itu tak wujud lagi hanya sisa tinggalan rumah yang tak dijaga.



9. Hopkinsville Goblins: Munculnya Makhluk Aneh Bercahaya
Kejadian Hopkinsville Goblins dikenali sebagai kawasan teraneh dalam sejarah benda-benda terbang yang pernah ada. Kejadian ini terdokumentasi dengan baik. Kejadian ini berlaku berhampian bandar antara Kelly dan Hopkinsville, Kentucky, pada 21 Ogos 1955 malam hingga pagi.

Munculnya benda terbang aneh dalam tempoh yang lama, ada banyak saksi yang melihatnya. ” Beberapa saksi mengatakan, benda-benda itu terbang terlihat beberapa jam, memanjang sepanjang malam hingga pagi.

Mereka melihat nampak makhluk-makhluk bercahaya yang tingginya tiga kaki. Saksi melihat lengannya mengeluarkan api yang ditembakkan ke atas.

Pada malam 21 Ogos, 1955, Billy Ray Taylor mengundang teman-temannya gi untuk makan malam. Ketika menengok ke atas, mereka melihat ada cahaya aneh di langit sebelah barat.

Kumpulan ini juga melihat makhluk terang tingginya setengah kaki berkepala besar, telinga lebar dan mata bercahaya. Tangannya mengeluarkan api.

Makhluk itu mendekati rumah Taylor sampai berjarak 20 kaki. Orang-orang yang melihat mengambil kamera dan bersiap-siap menggunakannya. Namun makhluk itu kemudian melarikan diri ke arah kegelapan malam.

Setelah itu, semua anggota keluarga berulang kali melihat nampak makhluk itu yang sepertinya bergerak menuju rumah mereka. Ini memang cerita aneh. Untuk lebih jelas anda boleh membaca artikel lengkapnya di Wikipedia.



10. Manusia Kadal dari Scape Ore Swamp
Kejadian ini terjadi di kawasan berawa di daerah Lee Country, Carolina Selatan. Makhluk aneh yang digambarkan memiliki tinggi 7 feed atau lebih dari 2 meter, berbadan tegap dengan kulit yang bersisik berwarna hijau muncul di sana.

Matanya menyeramkan sebesar jeruk glowing. Makhluk itu memiliki tiga jari pada tangan dan kakinya. Orang menyebutnya makhluk kadal dari rawa.

Laporan pertama tentang kewujudan makhluk itu disampaikan oleh Christopher Davis, 17 tahun, penduduk setempat. Ia mengatakan, makhluk yang ditemui pada masa membawa kenderaan melalui perbatasan Scape Ore Swamp.

Kebetulan pada masa itu keretanya mengalami masalah sehingga ia terpaksa berhenti untuk dibaiki. Ketika kereta selesai dibaiki, dia mendengar suara di belakangnya.

Semasa berpaling, betapa terkejutnya dia melihat makhluk aneh sedang berjalan menuju dirinya. Davis mengaku, makhluk itu cuba menyerang keretanya, dengan melompat di atas bumbung kereta.

David berusaha lari . Sampai di rumah, di lihatnya kaca cermin keretanya telah hancur, kerosakan juga pada bumbung kereta.

Beberapa bulan yang sama, muncul laporan hampir sama dengan kejadian dialami David. Dilaporkan, mahluk itu mirip kadal raksasa berada di dekat rawa.
Sebahagian besar laporan mengatakan kejadiannya sekitar 3 mil atau 5 km dari Bishopville atau di sekitar dari rawa-rawa.

Dua bulan kejadian, beberapa polis melakukan siasatan dan ditemui jejak tapak kaki berukuran 14 inc panjangnya. Lalu polis menghantar laporan itu kepada FBI untuk siasatanlebih lanjut.

Namun analisa FBI menemui jalan buntu, hingga sekarang tak jelas, makhluk apakah yang berperawakan mirip kadal itu.

AMALAN SUNAT DI HARI RAYA




Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri.
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun.

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya  dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada.

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

WAKTU SOLAT