Blogger Widgets

salam

Friday, 6 April 2012

REMAJA DITAHAN AKIBAT JUAL BUAH PINGGANG UNTUK BELI iPHONE DAN iPAD

Rakyat China beratur panjang untuk membeli iPhone 4S di Beijing. - Foto ihsan TIME


BEIJING - Lima ditahan di selatan China selepas seorang remaja menjual buah pinggang hanya kerana mahu memiliki iPhone dan iPad.

Antara yang ditahan termasuklah seorang pakar pembedahan yang mengeluarkan buah pinggang remaja itu pada April tahun lalu.

Laporan agensi berita Xinhua berkata, kumpulan itu menerima sekitar AS$35,000 (RM105,000) bagi proses transplan itu.

Remaja itu dilaporkan berhadapan dengan masalah kegagalan ginjal berfungsi.

Hanya dikenali dengan nama keluarga Wang, remaja itu dilaporkan menerima kira-kira AS$$3,000 (sekitar RM9,000) bagi buah pinggang yang didermakan.

Remaja lelaki berusia 17 tahun itu dilaporkan menjadi sasaran menerusi perbualan di ruang sembang-sembang atas talian.

Insiden itu dikesan oleh ibu remaja apabila menyedari anaknya menggunakan gadjet baru.

Apabila ditanya dari mana dia memperoleh duit, remaja itu dilaporkan mengakui telah menjual buah pinggangnya.

Kumpulan yang terlibat dalam pembedahan mengeluarkan buah pinggang dituduh memperdagangkan organ secara haram.

Kedua-dua iPhone dan iPad sangat popular di China tetapi harganya sangat mahal sehingga tidak mahu dimiliki oleh kebanyakan pekerja di kawasan bandar.

Pada masa yang sama China berhadapan dengan situasi kurangnya penderma organ.

Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa 1.5 juta orang memerulkan transplan, tetapi hanya 10,000 pembedahan dilakukan setiap tahun.



SUMBER SINAR HARIAN

PESAWAT PATAH BALIK KERANA ULAR



  


CANBERRA - Seorang juruterbang Australia, terpaksa membuat pendaratan cemas, apabila seekor ular secara tiba-tiba muncul dari belakang papan pemuka dan menyusur ke kakinya ketika beliau sedang mengendalikan pesawat kargo secara bersendirian.
Juruterbang Braden Blennerhassett berkata, beliau tidak pasti sama ada ular itu berbisa atau sebaliknya dan terus mengambil keputusan untuk berpatah semula ke utara bandar Darwin pada Selasa lalu.

“Saya pernah melihat situasi ini hanya di dalam filem tetapi tidak pernah di dalam pesawat,” katanya.

Menurutnya, sebaik sahaja pesawat itu mendarat, sekumpulan anggota bomba berusaha mengesan ular terbabit dengan memberi umpan tikus, namun gagal untuk menangkap reptilia itu.

SUMBER SINAR HARIAN

KANAK-KANAK 10 TAHUN MELAHIRKAN BAYI SEBERAT 2.3KG

Kanak-kanak 10 tahun lahir bayi 2.3kg


BOGOTA - Ini berita yang amat mengejutkan! Di saat rakan-rakan sebayanya masih bermain dengan anak patung, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di Colombia telah pun menjadi ibu kepada bayi perempuan seberat 2.3 kilogram.

Kanak-kanak puak peribumi Wayuu, yang tinggal di Semenanjung La Guajira, utara Colombia itu, dikejarkan ke hospital selepas sakit perut kerana kontraksi dan terpaksa menjalani proses kelahiran secara pembedahan Caesarean.

Doktor berkata, kanak-kanak itu tiba di hospital dalam keadaan pendarahan serta meraung kesakitan kerana kontraksi yang dialaminya, malah usia kandungannya mencecah 39 minggu berbanding usia kandungan normal iaitu 38 minggu.

Pihak polis mungkin boleh mendakwa bapa ibu muda itu kerana membenarkan seks bawah umur, tetapi kaum Wayuu diberi beberapa perlindungan membenarkan mereka mengekalkan kedaulatan dan warisan budaya tertentu termasuk melahirkan anak di usia sangat muda.

Di samping itu, masyarakat masih membisu dalam mendedahkan identiti si bapa bayi itu walaupun akhbar-akhbar Colombia mengeluarkan spekulasi bahawa suspek merupakan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, selain percaya ia seorang lelaki dewasa 30-an.

Bagaimanapun, kes tersebut mendapat kritikan hebat pengarah hospital di mana dia melahirkan bahawa memang ada kanak-kanak lain daripada kaum Wayuu pernah melahirkan anak, namun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dalam usia terlalu muda yang masih dalam alam permainan dan persekolahan.



SUMBER SINAR HARIAN

KEMALANGAN YANG DASHYAT

AGAKNYA APA AKAN TERJADI PADA KORANG SEMUA JIKA KEMALANGAN INI TERJADI PADA KORANG ATAU KORANG NAMPAK DEPAN MATA SENDIRI...??
SAKSIKAN KEMALANGAN YANG DASHYAT YANG BERJAYA DIRAKAM INI...
JUM KITA TENGOK SAMA-SAMA YEW.......


-BOYIDZUAIN-

STRAWBERRY BERWARNA BIRU



Thursday, 5 April 2012

FUNNY LUCKY ACCIDENT

3 JENIS MAKANAN DALAM NERAKA

Neraka merupakan suatu tempat yang wajib diyakini oleh umat Islam sebagai satu tempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah mati. Jika baik amal seorang manusia itu, dengan rahmat Allah, dia akan masuk ke syurga dan jika buruk amal seseorang manusia itu, dia akan dihumban ke dalam neraka dan diberi 3 jenis makanan yang mengerikan ini.Apakah 3 jenis makanan di neraka itu?
Gambar hiasan – Kalau setitik debu neraka jatuh ke bumi, boleh hancur lebur dunia dan seisinya. Erk?

1. ZAQQUM

Firman Allah swt: Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)
Firman Allah swt: (Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.? Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat).
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini: bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
Rasulullah saw bersabda: Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?
Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.
Imam Ibnu Kathir  berkata:Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.

2. GISLIN

Firman Allah swt: Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah).
Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:
1. Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)
2. Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)
3. Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)

3. DARIE’

Firman Allah swt: Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)
Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:
1. Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir).
2. Batu (pendapat Said bin Jubair).
3. Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil).
4. Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)
Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:
“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda: “ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)

MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN

Karena sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah)
Ibnu Abbas berkata: Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.

KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN

Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalamneraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik. Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkapala sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam perut mereka.
Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih yang lain.
RUJUKAN:
Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani.

WAKTU SOLAT