Blogger Widgets

salam

Saturday, 1 December 2012

REMAJA MATI DIROGOL 5 ORANG WARGA PAKISTAN


Mangsa adalah gadis berumur 15 tahun. Dipercayai telah dirogol oleh lima orang pekerja kedai perabot yang berasal dari Pakistan. 

Mangsa ditemui pada 1p.m pada 26.11.2012...Laporan polis telah dilakukan pada hari yang sama. Suspek kemudiannya telah berjaya ditangkap hari ini ketika suspek cuba mengembalikan MyKad mangsa. 

Kejadian bermula pada pagi kelmarin. Mangsa dikatakan menemani kakak dan sepupunya mencari kerja di Pekan G. Di pekan yang sama mangsa dan kakak dan sepupunya pergi ke sebuah kedai perabot. 

Mangsa yang ingin membeli sebuah almari telah dibawa ke tingkat atas oleh pekerja kedai perabot terbabit kerana dikatakan ada almari yang lebih cantik lagi di tingkat atas kedai.

Kakak dan sepupu mangsa meninggalkan mangsa seorang diri dikedai tersebut (mungkin untuk mencari kedai-kedai lain yang menawarkan kerja kosong). 

Beberapa jam kemudian mereka menyedari mangsa hilang dan membuat laporan polis. Mangsa semasa kemudiannya ditemui dengan keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari terpisah dan kejang manakala sebelah kakinya bengkok. 

Melalui bedah siasat, doktor mengesahkan mangsa telah dirogol berkali-kali lebih daripada seorang lelaki. Menurut saksi, mangsa telah dihumban melalui sebuah lori yang disyaki milik kedai perabot tempat terakhir mangsa lawati.


p/s: Sungguh menyayat hati peristiwa ini, walaupun kes ini masih dalam siasatan tetapi isu warganegara Asing di borneo adalah isu yang tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.

Kemasukan warga asing yang ramai akan menyebabkan berlakunya gejala moral yang dashyat seperti rompakan, rogol dan penindasan kepada rakyat Malaysia sendiri.

Kita tengok di Lembah Kelang sekarang tentang isu warganegara asing.., mereka sudah berani membuka perniagaan di tengah Bandaraya Kuala Lumpur terutama di Chow Kit, seolah-olah tiada pemantauan di Pihak Penguatkuasa.

Berbalik kepada cerita di atas, kerajaan Malaysia diseru untuk menhadkan kemasukan orang asing ke negara ini..

Jangan sampai rakyat Malaysia merempat di bumi sendiri pada masa akan datang..

Kepada para gadis dan wanita diluar sana berhati-hatilah selalu tidak kira siang atau malam hari. Kepada wanita Islam jagalah aurat kamu, InsyaAllah Allah akan menjaga kamu.



kredit pos gambar dan info : John Charles Mitah/ Suara Sabah.

Friday, 30 November 2012

GAMBAR INI BUKAN LUKISAN TAU...?? HEBAT...!!


Jika dilihat pada gambar yang dipaparkan ini, ramai menyangka ianya adalah sebuah lukisan. Jangkaan tersebut ternyata meleset. Sebenarnya gambar ini ialah sebuah seni lukisan yang hidup hasil karya Alexa Meade. Seorang model, objek, serta latar belakang diwarnakan seakan lukisan, namun pada hakikatnya model tersebut benar-benar hidup dan objek yang kelihatan adalah objek sebenar.

seni yang pelik

seni yang kreatif

karya seni yang menarik


WANITA INI MENUNGGANG MOTOR ATAU..????


Sekilas pandang, gambar-gambar ini seakan wanita yang sedang menunggang motosikal. Namun apa yang dilihat ini keselurahannya adalah manusia yang telah dicat. Seorang artis, Trina Merry bertanggungjawab dalam mewarnakan mereka, mengatur pergerakan, serta mendapatkan gambar yang menakjubkan ini. Ianya dipersembahan untuk Progressive International Motorcycle Show tahun ini. Seni ini hanya dapat dijayakan dengan bantuan model yang pakar dalam yoga.

seni kreatif

seni kreatif

seni kreatif


PEMUDA YAMAN TEMUI AL-QURAN PERTAMA


Seorang pemuda Yaman mendakwa menemui salinan Al Quran tertua di dunia. Lelaki yang tidak disebut identitinya yakin salinan itu merupakan Al Quran pertama, seperti dilaporkan akhbar Arab Aden Gulf News.
Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, pada hari Jumaat -12/10, pemuda itu bertegas tidak akan menjual Al Quran itu walaupun ditawar RM170,664. Al Quran berbungkus kulit itu ditemui di sebuah gua di pegunungan Kota Dhale, selatan Yaman. Namun tidak ada penjelasan bila kitab suci tertua umat Islam itu ditemui.
Al Quran ini terbukti asli sebagai Al Quran setelah diuji untuk pertama kali. Pada halaman pertama di Al Quran itu tertulis, “Naskah ini ditulis pada 200 Hijrah (814 Masehi)”.
Bukti Al Quran itu berasal dari masa lalu kerana tidak adanya titik pada huruf. Penggunaan titik dalam tulisan Arab baru digunakan bagi membezakan bentuk huruf yang sama.
Pemuda itu juga mendakwa menemui pedang Zulfikar. Pedang yang dipercayai diberikan Nabi Muhammad sebagai hadiah kepada Ali bin Abi Thalib, menantu sekaligus khalifah keempat setelah Abu Bakar, Umar bin Khattab, dan Usman bin Affan.
Nabi Muhammad SAW hidup antara tahun 570 sampai 632 Masehi. Al Quran dikumpul dalam bentuk kitab dan diperkenalkan kepada dunia pada masa Khalifah Usman bin Affan, 610 hingga 632 Masehi.

Tuesday, 27 November 2012

WANITA LAHIR ANAK MENYERUPAI KUDA



Seorang jururawat tempatan mengesahkan bahawa beliau telah menyaksikan sesuatu yang aneh di lahirkan oleh seorang wanita. 

Sesetengah orang memanggilnya kambing tetapi ia kelihatan seperti kuda. Ianya mempunyai leher yang panjang dan telinga yang panjang. Ia adalah sama seperti kuda, walaupun ia adalah dalam bentuk bayi. 

Paderi yang menyaksikan majlis itu mengatakan bahawa beliau tidak boleh menggambarkan objek tersebut. 

Kita telah melihat ramai orang muntah menyaksikannya. Ia memberi amaran kepada semua orang supaya tidak pergi berhampiran "janin", sebaliknya mereka hanya meninggalkan ia di sana, dalam lopak darah. 

Wanita tersebut telah dikejarkan ke hospital. Kuda-bayi itu telah diisytiharkan mati dan ditinggalkan di atas lantai gereja sehingga hari berikutnya sebelum dilupuskan. 

WAKTU SOLAT