Blogger Widgets

salam

Saturday, 11 August 2012

CARA MENDAPATKAN TANDUK RUSA DI RUSIA







WANITA DITUMBUHI KUKU DI KULIT


Tennessee – Bayangkan jika kuku halus tumbuh di seluruh badan anda, apa yang akan anda lakukan.
Itulah perasaan seorang wanita, Shanyna A.Isom, 28, yang menghidap penyakit misteri apabila kuku tumbuh di seluruh badan termasuk muka dan kulit kepala, bagi menggantikan rambutnya.
Shanyna, pelajar jurusan penghakiman jenayah, mula menyedari ada kuku tumbuh di badannya opada 2009, ketika dia diberikan ubat steroid untuk penyakit lelah.
Namun, malangnya, kata Shanyna, dia menjadi alergik dengan steroid berkenaan menyebabkannya kulitnya menjadi gelap.
“Ia bermula dengan kaki kiri saya menjadi hitam,’’ katanya yang telah mendapatkan rawatan semua pakar untuk pelbagai penyakit.
Jelasnya, kuku itu akan menjadi panjang dan ia juga sukar disentuh.
Penyakit berkenaan bukan sahaja melibatkan kulitnya, malah tulang dan penglihatannya turut terjejas.
Jelasnya, doktor telah mengujinya dari A hingga Z namun semuanya memberikan hasil yang negatif.
Apabila Shanyna dimasukkan ke Hospital Johns Hopkins pada Ogos tahun lepas, doktor telah mengesan hormonnya telah mengeluarkan 12 kali sel kulit.
“Sepatutnya kepala saya ditumbuhi rambut, namun kini kuku pula yang tumbuh,’’ katanya.
Selepas menghabiskan masa yang lama di Johns Hopkins, kehidupan Shanyna kini telah berubah dengan mendadak.
“Dulu saya tidak boleh duduk atau berjalan, namun kini saya boleh berjalan dengan menggunakan tongkat dan kadang kala boleh berjalan dengan sendiri,’’ katanya.
Namun penyakit yang dialami oleh Shanyna itu telah membuka mata semua pihak.
Bagaimanapun apa yang menyedihkan Shanyna ialah penyakitnya itu tidak dilindungi sepenuhnya oleh insurans.
“Hanya lima daripada 17 ubat yang diperlukan oleh saya dibayar oleh insuran.
“ Jadi saya terpaksa bergantung kepada keluarga dan rakan-rakan serta penyumbang derma, dan setakat ini bil perubatan saya yang tertunggak ialah $250,000,’’ katanya.

KEMBAR SIAM POPULAR

TERKENAL...  pasangan kembar itu belajar di sekolah swasta dan popular di kalangan rakan.

MEREKA diberi harapan untuk hidup hanya beberapa hari saja. Namun, kembar Siam, Abigail dan Brittany Hensel, bukan saja membuktikan doktor tersilap, malah mengejutkan pakar perubatan dengan perkembangan mereka, daripada kanak-kanak comel, kemudian menjalani kehidupan seperti remaja lain dan yang terbaru, membesar menjadi gadis menawan.

Kini, kembar berusia 22 tahun itu yang berkongsi satu badan, akan muncul dalam rancangan realiti sendiri, mengisahkan kehidupan mereka selepas menamatkan pengajian di Universiti Bethel, Minnesota, Amerika Syarikat, usaha mencari kerja dan lawatan ke seluruh Eropah bersama rakan.

Foto
Foto
Foto
Foto

Kembar Siam itu mula mendapat perhatian dunia pada 1996 apabila muncul dalam The Oprah Winfrey Show dan menghiasi muka depan majalah Life.

Sejak itu mereka menjalani kehidupan biasa bersama keluarga di Minnesota, jauh daripada tumpuan media sehingga mereka bersetuju muncul dalam rancangan dokumentari untuk TLC apabila mencecah usia 16 tahun.



Stesen penyiar itu kemudian memberikan mereka rancangan sendiri berjudul ‘Abby and Brittany’ dengan siri pertama disiar pada 28 Ogos ini.


Ketika Abigail dan Brittany dilahirkan pada 7 Mac 1990 di Minnesota, doktor memberitahu ibu bapa mereka, Patty, jururawat dan Mike, tukang kayu dan pereka seni taman - jangka hayat bayi mereka hanya setakat malam itu.

Namun, ramalan itu jelas silap.

Ketika membesar, mereka, seperti kebanyakan kembar, mempunyai personaliti dan cita rasa berbeza.

Abigail yang lebih agresif dan keras hati gemar jus oren untuk sarapan manakala Brittany yang suka bergurau, hanya mahu meminum susu.

Mereka juga mengejutkan doktor dengan kemampuan untuk bekerjasama ketika bermain piano. Abigail akan bermain sebelah kanan dan Brittany pada di sebelah kiri.

Mereka juga gemar bermain boling, bola tampar, menunggang basikal, sofbol dan berenang.

Pada hari jadi mereka ke-16, pasangan itu lulus ujian memandu, usaha yang memerlukan kerjasama mencabar untuk mengawal stereng.

Ia sungguh merisaukan Patty. “Saya tidak pasti apa akan berlaku jika mereka disaman kerana memandu laju. Adakah kedua-duanya akan disaman atau Abigail saja kerana kakinya yang mengawal pemecut?”

Kembar Hensel itu dipercayai satu daripada segelintir kembar Siam dicephalus dalam sejarah yang berjaya menjalani kehidupan ketika bayi.

Mereka hanya bersedia berkongsi kejayaan hidup mereka dengan dunia selepas mencecah usia 16 tahun.

Brittany berkata pada hari itu: “Percayalah, kami berbeza sama sekali.”
Namun, setakat ini tidak diketahui bagaimana mereka memutuskan untuk memilih pakaian bagi menggambarkan cita rasa unik mereka.

Hanya sepasang kembar dalam setiap 40,000 dilahirkan melekat dan hanya satu peratus dari kalangan mereka berjaya hidup menjangkau usia setahun.

Namun, Patty, 46, dan Mike, 47, tidak pernah terbayang untuk memisahkan anak mereka kerana bimbang seorang daripada mereka akan mati atau cacat teruk.

Pemisahan mereka, jika berjaya, akan menyebabkan kedua-duanya menjalani kehidupan di atas kerusi roda kerana masing-masing akan mempunyai satu tangan dan satu kaki saja.

Patty tidak tahu anak dikandungnya kembar sehingga melahirkan mereka di sebuah hospital tempatan, tempat dia bekerja.

“Doktor memberitahu anak saya melekat tetapi mempunyai dua kepala,” katanya ketika diwawancara pada 2006.

“Mereka anak yang cantik dan istimewa. Itu yang kami rasakan sejak kali pertama melihat mereka. Saya mencium Abigail dan kemudian Brittany dan memeluk mereka. Itu yang saya lakukan setiap kali mengambil mereka dari sekolah,” katanya.

Keluarga Mike dan Patty tinggal di daerah pertanian yang penduduknya hanya 300 orang sejak beberapa generasi lalu dan di situlah mereka membesarkan pasangan kembar itu serta adik, Dakota, 20, dan Morgan, 18, jauh daripada tumpuan media.

Meskipun Brittany lebih alah kepada kesejukan dan dua kali mengalami pneumonia, kesihatan mereka tetap baik walaupun pernah menjalani beberapa pembedahan.

Ketika bayi, tangan ketiga yang tidak menjadi dibuang dari dada mereka. Pada usia 12 tahun pula, mereka menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang dan meluaskan ruang dada bagi mengelak masalah bernafas pada masa depan.

Mereka belajar di sekolah swasta dan popular di kalangan rakan yang melayan mereka sama seperti orang lain.

Hanya apabila keluar dari daerah kediaman mereka, perasaan pasangan itu akan terhiris kerana renungan orang yang tidak dikenali terhadap keadaan mereka.

“Apabila ada kanak-kanak bertanya Abigail dan Brittany sama ada mereka mempunyai dua kepala, mereka akan berkata tidak. Kami menggalakkan mereka berkata demikian untuk memberi keyakinan kepada mereka supaya dapat mengembangkan keperibadian masing-masing seboleh mungkin,” kata Patty.

Ini bermakna mereka terpaksa membeli dua tempat duduk setiap kali ke pawagam walaupun hanya satu digunakan, makanan berasingan dan dua kek berbeza dengan lilin setiap tahun.

Meskipun mempunyai selera tersendiri terhadap makanan, minuman, pakaian dan memiliki personaliti berbeza, badan mereka bertindak sebagai satu, walaupun mempunyai gesaan berlainan untuk makan dan tidur.

Ketika makan, mereka mempunyai pinggan berbeza. Seorang memegang garpu dan seorang pisau untuk memotong makanan dan mereka bergilir-gilir menyuap makanan ke dalam mulut satu sama lain.

Yang lebih menyentuh perasaan mengenai Abigail dan Brittany ialah keupayaan mereka meneruskan kehidupan seharian. Mereka sering bertengkar dan Abigail sentiasa mahu menjadi ketua.

Jika gatal, seorang akan menggaru tempat yang tidak boleh dicapai oleh kembarnya. Ketika belajar matematik, seorang akan mendiamkan diri untuk membolehkan kembarnya menggunakan tangan mereka untuk mengira. Ketika Brittany menghidap pneumonia dan tidak boleh menelan ubat, Abigail dengan sukarela memakan ubat itu dengan harapan kembarnya akan sihat.

Hanya sekali pasangan itu bercakap untuk berpisah, iaitu ketika kanak-kanak, apabila Abigail bosan kerana Brittany yang sakit kerana pneumonia memaksa mereka terlantar di katil.

Dia mencadangkan supaya mereka dipisahkan tetapi apabila Brittany mula menangis, Abigail memberi jaminan mereka tidak akan berpisah.

Setakat ini tidak jelas sama ada mereka pernah jatuh cinta atau akan bercinta dan dengan siapa?

Tiga tahun lalu, laporan yang tidak dapat disahkan mendakwa Brittany bertunang tetapi butir mengenai tunangnya tidak diperoleh.

Apa akan terjadi jika seorang daripada mereka berkahwin? Adakah mereka akan mempunyai anak? Ia pilihan yang perlu mereka putuskan secara bersama kerana mereka berkongsi satu sistem pembiakan.

Tidak ada alasan perubatan yang menunjukkan mereka tidak boleh melahirkan anak dan kedua-duanya pernah berkata, mereka gembira jika dapat mempunyai keluarga sendiri.


SUMBER MYMETRO

MALAM PENUH RAHSIA




LAILATULQADAR adalah malam yang penuh dengan rahsia. Hanya Allah mengetahui bila ia terjadi.

Rasulullah s.a.w sangat menggalakkan umatnya mencari peluang beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan. Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Carilah malam lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah). 

Dalam mengharapkan lailatulqadar, kita sepatutnya membuat persediaan ilmu supaya dapat beramal ibadat dengan ikhlas kerana Allah.

Aisyah bertanya kepada Rasulullah : “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: “Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbu al-afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku).” (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah).




Alangkah bertuah mereka yang dapat ‘bertemu’ malam lailatulqadar kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala yang besar menyamai ibadah beriktikaf selama 1,000 bulan atau 83 tahun bagi orang yang beramal pada malam itu.


Imam Hasan al-Basri, berkata antara tanda malam lailatulqadar ialah suasana malamnya tenang, damai, tenteram, tidak panas dan tidak terlalu dingin.

Air laut juga kelihatan jernih, anjing tidak banyak menyalak dan matahari terbit pada keesokan paginya dengan sinar putih bersih dan cahaya yang redup.

Dalam Sahih Muslim dinyatakan pada malam lailatulqadar, 70,000 malaikat akan turun dari Sidratul Muntaha ke bumi.

Malaikat membawa rahmat Allah memasuki rumah serta memberi salam kepada orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing, khinzir, arak dan patung.

Malaikat akan naik semula ke langit secara serentak dengan sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari menyebabkan suasana di bumi terasa dingin dan tenang.

Bagi yang menyedari tanda itu, mereka hendaklah meningkatkan amalan dan teruskan berdoa sepanjang hari.

Jangan dilupa, ibadah di bulan Ramadan ini bukan hanya untuk kita lakukan berseorangan. Ajak sekali ahli keluarga dan menunaikan solat sunat tarawih, membaca al-Quran, beristighfar dan berzikir.

Rasulullah menjadikan ahli keluarga sebagai keutamaan, malah berkongsi sesama ahlinya menghidupkan malam terakhir Ramadan. Tidak cukup juga bagi ibu bapa yang melaksanakan ibadah sedangkan anak dibiarkan terus leka dengan keseronokan.

Didikan yang betul pada peringkat awal usia anak menghadapi Ramadan menjadi asas penting bagi mereka beristiqamah dengan fahaman puasa sebenarnya bukan hanya sekadar berlapar dan dahaga saja.

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Md Saad berkata, lailatulqadar adalah kurniaan istimewa daripada Allah untuk orang terpilih di kalangan umat Nabi Muhammad.

“Jika ia satu kurniaan, sudah tentu penerimanya perlu mempunyai hubungan baik dengan si Pemberi. Sesuatu yang istimewa tentulah diberi keutamaan kepada ‘penerima’ yang kenal rapat oleh si Pengurnianya.

“Analogi ini menyatakan, jika ingin bertemu dengan lailatulqadar, seseorang perlu merapatkan hubungan dengan Allah yang memberi anugerah di malam itu,” katanya.

Beliau berkata, tiada sumber sahih menjelaskan tanda lailatulqadar sebaliknya Nabi Muhammad memberi panduan supaya mencarinya di 10 malam terakhir Ramadan.

“Ia dorongan supaya kita berusaha keras beramal dalam tempoh itu moga-moga salah satu daripadanya adalah lailatulqadar.

“Hikmah Allah tidak menzahirkan lailatulqadar atau tandanya secara khusus untuk memastikan hamba-Nya beribadat kerana Allah bukannya sempena malam itu saja,” katanya.

Menurutnya, Allah menilai perbuatan hamba-Nya secara holistik dengan memberi ganjaran sejajar dengan apa yang mereka usahakan.

“Meningkatkan ibadah secara bermusim dengan mengharap ganjaran maksimum adalah telahan yang tidak menepati tuntutan Allah,” katanya.

Rahimi berkata, tidak dinafikan jiwa yang kotor menyebabkan seseorang hamba itu jauh daripada Tuhannya.

“Namun, Allah sentiasa membuka pintu pengampunan buat hamba-Nya supaya sentiasa bertaubat bagi membersih jiwa dengan beribadat.

“Tidak mustahil, malaikat membawa rahmat pada malam lailatulqadar akan mendekati golongan yang menghidupkan malamnya dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

Beliau berkata, hamba Allah yang terpilih mendapat lailatulqadar itu terlalu istimewa di sisi Allah.

“Mereka sentiasa dalam peliharaan-Nya dari melakukan dosa, maksiat serta dijauhkan daripada hasutan iblis dan syaitan.

“Pemeliharaan itu boleh berlaku dalam pelbagai cara termasuk melalui malaikat ‘hafazah’ yang menjaga kehidupan hamba itu. Namun, mereka bukan maksum, cuma dorongan nafsu ke arah kejahatan itu semakin melemah,” katanya.



ABAIKAN BAYI HINGGA MATI KERANA KUCING



Seorang bayi berusia 2 tahun 10 bulan ditemui mati kelaparan kerana si ayah lebih mementingkan kucing peliharaannya. Bayi itu didapati kelaparan dan memungut serta memakan apa saja benda yang ditemuinya seperti sampah, plastik, cebisan lampin pakai buang malah najis kucing turut ditemui di dalam perut bayi itu.


Bapa itu menafikan tuduhan ke atasnya dan membuat kenyataan berikut: "Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, cuma kucing itu sangat penting buat saya berbanding anak saya." Perkhidmatan sosial Jepun mula mensyaki ada yang tidak kena ketika bayi itu berusia 6-7 bulan apabila bayi itu hanya mempunyai berat sekitar 13.7 pound. Perkhidmatan sosial pernah pergi ke rumah lelaki ini untuk memeriksa bayi itu sebanyak lima kali, tetapi tidak berhasil kerana bapa bayi itu tidak pernah memberikan mereka kebenaran.

Apabila bayi lelaki itu meninggal dunia, hasil timbangannya menunjukkan 12.8 pound. Purata berat normal bagi bayi 2 tahun 10 bulan adalah 29.7 pound. Dalam kes ini, ibu bayi yang telah melaporkan kes itu ke polis dengan mengatakan anaknya tidak bernafas. Polis kemudian bergegas membawa bayi itu ke hospital tetapi dia mati pada malam itu. Pegawai sedang menyiasat kes itu selepas pihak hospital memberitahu polis bahawa mereka mengesyaki ibu bapa kepada bayi itu telah mengabaikan anaknya.

DIPECAT KERANA KERJA 15 MINIT AWAL

loper 2 Di pecat kerana kerja 15 minit awal

Seorang remaja , Sam Green Jeffries (15 tahun), bergegas bangun untuk melakukan pekerjaannya sebagai penjual suratkhabar. Jam 6.45 dia sudah berkeliling dengan sepeda kesayangannya, melempar surat khabar di depan rumah pelanggan-pelanggan setianya. Kegiatan ini dilakukan Sam sebelum berangkat ke sekolah.


Suatu hari, Nyonya Green Jeffries (ibu Sam) mendapat surat panggilan dari Pejabat Tenaga Kerja Anak di Worcestershire County Council. Beliau terkejut kerana mendapat teguran keras: mengizinkan salah seorang anaknya – Sam – bekerja 15 minit lebih awal dari waktu yang dijadualkan / diperbolehkan oleh undang-undang ketenaga kerja khusus anak-anak.

“Saya sudah mendidik anak-anak saya untuk bekerja keras dan menghargai waktu sedari usia begini. Saya tidak ingin mereka kelak menjadi seperti remaja-remaja zaman sekarang yang hanya boleh menimbulkan masalah bagi keluarga dan orang lain…” Alasan yang sangat masuk akal.

Namun undang-undang (UU) tetap melarang Sam untuk bekerja sebelum jam 07.00 pagi. Sam menyerah, kerana kalau dia mula bekerja jam 07.00 bererti dia akan terlambat tiba di sekolah. Dia pun dipecat kerana mula kerja 15 minit lebih awal.
Banyak pelanggan Sam yang akhirnya mengajukan protes ke Pejabat Tenaga Kerja, meminta agar undang-undang tersebut ditinjau kembali dan disesuaikan dengan akal sihat. Mereka berpendapat, Sam akan memberikan contoh dan teladan bagi anak-anak lain seusianya; bekerja keras, menghargai waktu dan disiplin.

Dewan Kota akan mempertimbangkan untuk melakukan kajian semula, hanya saja, hasilnya baru akan muncul pada tahun 2012 atau 2013.

Berikut UU yang harus dipatuhi bagi anak-anak yang ingin bekerja di usia dini:
Setiap perusahan mempekerjakan anak di bawah 16 harus mengetahui undang-undang ketenaga kerja anak.

Usia anak yang dipekerjakan harus 13 tahun atau lebih, dan disahkan dari ketua RT setempat (ketua RT adalah terjemahan bebas)
Anak harus mengajukan permohonan izin kerja dari ketua RT setempat dan surat keterangan sihat dari hospital

Anak usia di bawah 16 tahun hanya boleh bekerja pada waktu 07:00 – 19:00.

Anak usia di bawah 16 tahun berhak mendapatkan 2 minggu cuti di musim panas

TASIK MUNCUL DI TENGAH-TENGAH GURUN GOBI


Kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China terdapat sebuah keajaiban alam yang mana ia mempunyai satu lanskap tasik yang sangat menarik. Ia juga turut dikelilingi dengan gunung pasir.

Kebiasaannya kita sering dibayangi dengan suasana gurun yang hanya berlatarkan tempat yang kurang menarik. Terdapat sebuah gurun yang terletak kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China. Ia dikelilingi oleh gunung pasir menjadikan tempat ini satu keajaiban alam. Jika dilihat seolah-olah tempat ini menyerupai bentuk bulan sabit Sejak tahun 1960 kedalaman tasik disini terus menurun, tapi pada tahun 2006 kerajaan tempatan dengan bantuan kerajaan pusat mula memulihkan kembali kedalaman tasik ini.
Tasik+Muncul+Di+Tengah tengah+Gurun+Gobi  SubhanAllah!!! Tasik Muncul Di Tengah tengah Gurun Gobi
Tasik+Muncul+Di+Tengah tengah+Gurun+Gobi10  SubhanAllah!!! Tasik Muncul Di Tengah tengah Gurun Gobi
Tasik+Muncul+Di+Tengah tengah+Gurun+Gobi2  SubhanAllah!!! Tasik Muncul Di Tengah tengah Gurun Gobi
Tasik+Muncul+Di+Tengah tengah+Gurun+Gobi3  SubhanAllah!!! Tasik Muncul Di Tengah tengah Gurun Gobi
Tasik+Muncul+Di+Tengah tengah+Gurun+Gobi4  SubhanAllah!!! Tasik Muncul Di Tengah tengah Gurun Gobi
Tasik+Muncul+Di+Tengah tengah+Gurun+Gobi5  SubhanAllah!!! Tasik Muncul Di Tengah tengah Gurun Gobi
Tasik+Muncul+Di+Tengah tengah+Gurun+Gobi6  SubhanAllah!!! Tasik Muncul Di Tengah tengah Gurun Gobi
Tasik+Muncul+Di+Tengah tengah+Gurun+Gobi7  SubhanAllah!!! Tasik Muncul Di Tengah tengah Gurun Gobi
Tasik+Muncul+Di+Tengah tengah+Gurun+Gobi8  SubhanAllah!!! Tasik Muncul Di Tengah tengah Gurun Gobi
Tasik+Muncul+Di+Tengah tengah+Gurun+Gobi9  SubhanAllah!!! Tasik Muncul Di Tengah tengah Gurun Gobi

CARA BETUL MEMBACA AYATUL KURSI UNTUK MENGUBATKAN ORANG YANG TERKENA GANGGUAN ATAU DIRASUK JIN.

Cara yang betul yang diterangkan oleh Al-Fadhil Dato Ustaz Ismail Kamus untuk membaca Surah Ayatul Kursi bagi merawat orang yang terkena gangguan atau rasukan Jin adalah berikut:

1. Mula dengan azan.

2. Ayatul Kursi hendaklah dibaca sebanyak 300x dengan 9 waqaf. Tiap-tiap waqaf hendaklah berhenti. (Jikalau ada 10 orang, maka dibaca sebanyak 30 kali SETIAP seorang)


BACAAN AYATUL KURSI DENGAN 9 WAQAF.

Tuesday, 7 August 2012

GELANGGANG TENIS PALING TINGGI DAN BERBAHAYA DI DUNIA



Monday, 6 August 2012

JEPUN MENGITAR NAJIS MANUSIA MENJADI MAKANAN DALAM BENTUK DAGING

tiger4 Jepun mengitar najis manusia jadi makanan dalam bentuk daging

Satu pasukan penyelidik dari Jepun yang diketuai oleh Mitsuyuki Ikeda dari Makmal Okayama telah mencipta satu cara untuk mengitar najis manusia jadi makanan dalam bentuk daging.


Konsep baru yang sangat menjijikkan ini ditemui apabila Ikeda telah diminta untuk melihat pelbagai kegunaan yang boleh diperolehi dari bahan kumbahan. Dia tidak merasa jijik ketika melakukan tugasan itu, malah rasa teruja bila mendapati kawasan kumbahan mengandungi banyak protein disebabkan oleh bakteria yang ada di situ. Idea ini kedengaran sangat teruk dan menjijikkan bukan? Tetapi ia bukan lah seperti “daging” dicipta dengan mengambil tahi dan terus meletakkannya ke atas burger. Proses itu melibatkan mengekstrak protein daripada kumbahan kemudian menggabungkannya dengan “reaction enhancer” dan memasukkannya ke dalam “exploder.” Magik sains pun lengkap dan dapatlah hasilnya – daging tahi.
Setelah itu, daging ini akan diletakkan pewarna merah dan rasa dipertingkatkan dengan protein soya. Produk yang telah siap dipecahkan seperti berikut: 63% protein, 25% karbohidrat, lipid 3%, dan 9% mineral. Tetapi bagaimanakah rasanya? Menurut laporan awal, rasanya seperti daging lembu.
Bahagian paling sukar dari idea pelik ini ialah mengajak orang ramai untuk makan daging ini. Menurut Profesor Ikeda, matlamat utama adalah untuk meyakinkan orang ramai bahawa makan daging tahi tidak seburuk yang disangka dan akan membawa kebaikan pada alam sekitar. Sekarang produk ini berharga 10-20 kali ganda lebih mahal berbanding harga daging biasa disebabkan kos penyelidikan.

KELEBIHAN SOLAT DI AWAL WAKTU PAGI

539871 385786541459433 337224689 n Apa Yang Hebatnya Solat Di Awal Waktu Pagi ?
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh:-

WAKTU SUBUH

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya



MISTERI VILLA NABILA DI JOHOR BHARU


Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

Sebenarnya banyak kisah yang diceritakan orang mengenai kejadian di rumah ini, tetapi tak dapat nak dipastikan kesahihannya....


Antaranya:-
– Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

– Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

– Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

– Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

– Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan kisah terakhir ini adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

– Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.


SUMBER

ISTERI CANGKUL KEPALA SUAMI

pic08942 GAMBAR: Apabila Isterinya ‘Cangkulkan’ Kepala Suaminya…

Pada suatu hari, Maria Savez telah dapat mendapat tahu yang suaminya mempunyai hubungan sulit dengan pembantu rumah mereka.
Malah, dia berjaya menemui mereka sedang berdua-duan di dalam bilik.
‘Hangin’ satu badan, Maria pun berlari kedalam garaj dan mengambil cangkul…lalu ‘dicangkulnya’ kepala suaminya  itu .
Cangkul tersebut tertusuk TEPAT di kepala suaminya.
Suaminya telah di bawa ke hospital selepas kejadian berkenaan.

Pembedahan itu mengambil masa selama 6 jam dan ajaibnya,  dia hidup serta dalam keadaan stabil.
Dia menjalani kehidupan macam biasa selepas sembuh.

KEISTIMEWAAN AL-QURAN DAN MALAM LAILATULQADAR


Al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya.


Pada malam itu, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 diturunkan. Peristiwa nuzul al-Quranmenjadi satu rakaman sejarah sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti kitab al-Quran yang ada hari ini.
Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.
Inilah sebenarnya kelebihan al-Quran yang tidak ada satu perkara pun tertinggal atau dengan lain perkataan, segala-galanya ada dalam al-Quran.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya menerangi, al-Furqan (dapat membezakan antara hak dan batil) dan az-Zikr (memberi peringatan). 

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu laporan daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW menyebut empat orang bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT selama 80 tahun.
Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah SWT, lalu sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada amalan mereka.
Jibril pun membaca surah al-Qadr. Jibril berkata kepada Rasulullah SAW, ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan ini dan menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat amat gembira.

WAKTU SOLAT