Blogger Widgets

salam

Saturday, 24 March 2012

PELAJAR PEREMPUAN MISKIN DI ANCAM PISAU OLEH BEKAS TEMAN LELAKI

BILA BOHONG DIBENARKAN

 
RENCANA ini dibuat bukan untuk mengatakan bahawa berbohong adalah OK. Namun sesekali untuk tidak bercakap benar atau 'berbohong sunat' mungkin sesuatu yang sihat dalam hal berkaitan memelihara sesuatu hubungan.
Memang tidak dinafikan bahawa salah satu asas penting dalam sesuatu hubungan itu bergantung kepada keupayaan untuk mempercayai mereka yang sangat dekat dengan hati kita.
Tetapi ada beberapa alasan atau pengecualian mengapa 'bercakap benar dan tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka', mungkin tidak boleh digunapakai.


Di bawah adalah beberapa contoh apabila 'bohong sunat' dibenarkan dalam perhubungan:

- Menjaga perasaan orang -


 Iaitu Apabila kebenaran boleh menyebabkan seseorang yang anda sayangi mengalirkan air mata dan membuatkan mereka berasa kecewa.
Sebagai contoh dengan mengatakan, "Saya suka gaya rambut baru awak yang sangat pendek," sedangkan hakikatnya ia kelihatan hodoh.
Contoh klasik lain, iaitu apabila wanita mengheret teman lelakinya membeli belah. Dia keluar dari bilik acu pakaian dengan pakaian yang langsung tidak kena dengan dirinya, tetapi teman lelakinya berkata " Ya...awak nampak cantik."
Lelaki tersebut berbohong kerana tidak mahu teman wanitanya marah dan mungkin juga tidak mahu sesi membeli-belah itu berlarutan lama.
Waktu itu kebenaran mungkin menjadi satu senjata yang menyakitkan.
Kita mungkin tidak perlu bercakap yang sebenarnya jika kebenaran itu hanya membuatkan orang terluka.

- Berbohong supaya tidak menyusahkan orang lain atau membuatkan orang lain berasa lega-

Contohnya, "Oh...tak susah pun" ketika tunang anda meminta maaf kerana terpaksa meminta anda menghantarnya ke tempat kerja kerana keretanya rosak sedangkan anda terlewat untuk menghadiri mesyuarat penting.

- Memuji seseorang tetapi mungkin agak sedikit berlebih-lebih-

Sebagai contoh, "Kek ini yang paling sedap yang pernah saya rasa," juga boleh diterima.
Berbohong sedikit mungkin boleh membuatkan orang lebih mudah untuk serasi dengan anda dan dalam kebanyakan kes tidak memudaratkan.

-Berbohong untuk mengelak atau menamatkan perbalahan-

Ketika bertikam lidah tentang sesuatu isu, anda mungkin mengambil langkah mengalah dan bersetuju dengan pendapat mereka kerana tidak mahu menghangatkan lagi suasana, biarpun sebenarnya pendapat anda yang betul.

- Untuk mengelak konflik keluarga-

Bermuka manis dan mesra ketika berada bersama keluarga mentua walaupun anda tahun keluarga mentua tidak menyenangi anda. Anda sanggup berbuat demikian demi memastikan keluarga terus tenang dan gembira .
Perbezaan besar antara 'bohong sunat' dan berbohong ialah, berbohong untuk melindungi diri sendiri, sedangkan bohong sunat adalah untuk melindungi orang lain.
Memang ada ketikanya sesuatu hubungan itu boleh menjadi rumit dan mengelirukan.

Friday, 23 March 2012

ALESHA ABRIZA

Hari nie.. masa aku dlm perjalanan dari seremban (aku tinggal di Seremban) ke pejabat di Putrajaya.. aku mendengar radio ERA ketika memandu.. sempena Hari Bapa pada 18 Jun, ERA mengutarakan topik pagi yang cukup menarik.. topik pagi bertajuk "pengalaman pertama menjadi bapa" 


Setiap bapa punya pengalaman pertama yang berbeza-2.. ada yang manis, ada yang lucu, ada yang sedih dan ada yang memeranjatkan.. 


Pengalaman pertama aku cukup menarik.. aku kira mungkin sesuai dikongsikan bersama.. 


Kami telah berkahwin hampir mencecah 2 tahun.. pelbagai usaha telah kami lakukan untuk mendapatkan anak.. pabila kami mendengar rakan-2 atau saudara mengandung sedangkan mereka berkahwin hampir sama dengan kami atau lebih awal lagi, telah mengandung, kami menjadi sedih, cemburu dan kecewa.. 


Paling membuatkan hatiku menjadi sedih dan hiba, apa bila ada rakan-2 yang memperli isteriku dengan kata-2 sinis.. setiap air mata yang keluar dari kelopak mata isteriku akibat kata-2 sinis membuatkan aku marah pada manusia tersebut.. 


Saat yang paling menyedihkan bagi isteriku, pabila kami pergi ke Alor Setar bagi meraikan majlis perkahwinan seorang sahabat.. sudah la kami memandu dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, sampai di sana isteriku disoal dengan soalan-2 sinis tentang anak dan mengandung, aku pula ditanyakan dengan soalan-2 lawak lucah yang b*d*h!! 


Bayangkan perasaan isteriku.. niat kami untuk bermalam di alor Setar terus kami batalkan.. dan terus memandu pulang semula ke KL, walaupun kami baru sahaja sampai.. disepanjang perjalanan pulang tersebut, isteriku menangis semahu-2nya sehingga sampai ke rumah.. aku betul-2 tidak dapat maafkan manusia sedemikian... 


Allahamdulillah... Allah Maha Kaya, beberapa minggu berselang, ketika kami pulang dari bermain badminton di taman rekreasi depan Hotel Shangri-la Putrajaya, kami singgah di Alamanda. Secara berseloroh kami membeli UPT test kid di sana. Sesampai di rumah, sedang aku menonton TV, terdengar jeritan isteri di tingkat atas rumah.. rupanya, UPT yang dibeli menunjukkan 2 tanda line.. 


Sah!! isteriku telah mengandung setelah kami hampir putus asa dan telah pun bercadang untuk mengambil anak angkat sahaja. Seperti mana ibu-2 mengandung lain, mabuk dan loya perkara biasa.. 


Tapi saat yang paling tidak dapat ku lupakan adalah saat pertama kali aku melihat anak yang dikandung itu dari kaca LCD Scan.. melihat pergerakannya, tangannya, kakinya, malahan bayangan rupa parasnya.. Allah... agungnya ciptaanMU.. 


Saat bergelar ayah, aku lalui dalam keadaan tanpa persiapan dan secara mengejut.. isteriku yang dijangkakan akan melahirkan dalam 11 hari lagi telah ku bawa berjalan di taman bunga.. naik bukit.. turun bukit.. selera makannya betul-2 terbuka.. aku masakan 5 tongkol jagung, dan isteriku habiskan kesemuanya.. malam itu.. kami turunkan tilam dan tidur di ruang tamu depan TV sahaja.. aku tidak mahu isteriku turun-naik tangga.. 


Jam 5.15 pagi, isteriku bangun dan terasa seperti ingin membuang air besar.. tapi setelah ke tandas, tidak pula ingin membuang.. katanya ade rasa sakit sikit-2.. dalam pukul 6.00 pagi, ku bawa ke Hospital Putrajaya sebagai langkah keselamatan dan berjaga-2 walaupun jangkaan due nye ada 11 hari lagi. Kata Jururawat, telah terbuka 2cm dan mungkin dalam tengahari atau petang nanti baru anak ku dilahirkan dan minta aku balik dahulu untuk membawa barangan bayi.. mendengar kata-2 jururawat tersebut, aku tinggalkan no. hp ku dan aku turun sebentar untuk bersolat subuh.. dalam sujud, aku berdoa yang aku mohon Allah ringankan kesakitan melahirkan ke atas isteriku dan aku redha serta memaafkan segala dosa dan kesalahannya.. 


Belum pun aku selesai bagi salam terakhir, hp berdering dan jururawat meminta aku datang segera ke labor room!! aku diarahkan masuk ke labor room untuk menenangkan isteriku sebab beliau dalam kesakitan untuk melahirkan.. kata jururawat mungkin dalam 3 - 4 jam lagi beliau akan melahirkan.. aku ditinggalkan bersendirian dengan isteriku.. tidak sampai 10 minit aku di situ, kulihat kulit kepala anak ku telah tersembul keluar... Argh!! panik aku di situ... apa yang ingin aku lakukan... terkedu dan kaku aku di sisi isteri dan terus memandang anak ku semakin keluar... mujur, ada seorang jururawat masuk kebetulan ingin mengambil sesuatu dari laci wad tersebut... lantas jururawat tersebut mengarahkan isteri ku meneran dan minta aku membantu... beberapa ketika kemudian masuk 2 org jururawat lagi.. terlalu mudah dan pantas kelahiran anak bertuah ini.. tidak sampai 15 minit, lahir la anak pertamaku, anak sulungku.. ALESHA ABRIZA pada 15 Disember 2005. 


Peristiwa lucu terjadi disaat itu... seorang jururawat bertanya sekiranya aku ada membawa minyak bayi.. aku kata tiada, sebab memang tidak kami jangkakan akan berlaku kelahiran hari itu.. jururawat mengarahkan aku membelinya di kedai berhampiran.. dek kerana terlalu gembira, tergamam dan gugup... aku ingatkan mereka nak makan dan terus mengajak jururawat-2 tersebut makan dan akan ku belanjakan nanti.. berderai gelak ketawa jururawat-2 tersebut. 


Tapi kini, Alesha Abriza telah pulang ke pangkuanNya. Allah hanya meminjamkan Alesha selama 150 hari sahaja kepada kami... Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan, akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427) berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini. Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban. 


Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhir kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan jururawat yang merawatnya. 


Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu kami. Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40 pagi, Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami selamanya. Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospital memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian. Kami bertiga, Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkan kalimah tauhid di telinganya. 


Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh berkumandang. Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha sebelum pergi senyumlah pada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah sayang". Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya. 


Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari ibunya itu. Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman yang paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut! Maka sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu. 


Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana jua setelah tidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha. Pagi itu, jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazah Alesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya. Sungguh tidak tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil Alesha dan membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta menyatakan bertapa aku terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan aku akan terus menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya! 


Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku sendiri mengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti untuk membaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu untuk membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di shaf hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang tidak tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa itu adalah, sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasana mendung. Seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga. Hujan tersebut betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkan dan doa arwah selesai dibacakan!. Mungkin itu satu petanda rahmat dari Allah untuk bayi yang tidak berdosa itu. 


Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah. Aku sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatan kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saat ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang tersenyum. Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik dan berseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya dari mukanya. 


Satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku. Tika kuburan selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah (talkin tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di telingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedang menunggunya... janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaran seolah-olah bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu. Selesai pengebumian, saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidak mendengarkannya. Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah. 


Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ayah, walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga isteri ketika mengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi rahmat yang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia untuk mengulanginya. 


Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 - 13 Mei 2006) 


shamsul shamdin @ laloque 

Thursday, 22 March 2012

KERETA HALIMUNAN PERTAMA DUNIA



SEBELUM ini kita didedahkan dengan pelbagai kisah halimunan seperti filem The 
Invisible Man yang ditayangkan seawal tahun 1933. Kemudian filem James Bond: Die Another Day yang ditayangkan pada 2002 menunjukkan kereta James Bond yang terus ‘hilang’ atau halimunan selepas memasuki terowong.

Malah dalam filem Harry Porter juga terdapat selimut yang menjadikan Harry manusia halimunan.

Sememangnya semua orang mahu menjadi manusia halimunan kerana kita boleh melakukan apa saja dan orang lain tidak dapat melihatnya. Tentu hebat kan!

Mungkin inilah sebabnya, sebuah syarikat pengeluar kereta mengambil keputusan membina kereta halimunan sebagai satu cara mempromosikan kenderaan dengan bahan api baru yang tidak membebaskan gas rumah hijau.

Dalam publisitinya, Mercedes menekankan kenderaan dengan bahan bakar F-Cell tidak membebaskan gas rumah hijau menjadikannya halimunan kepada alam sekitar.

 

Kereta halimunan Mercedes adalah buah tangan pakar teknologi penyamaran optikal untuk mewujudkan ilusi ke atas kereta berkuasa hidrogen.

Teknologi yang asalnya dirintis oleh sekumpulan saintis dari Universiti Tokyo, Jepun telah digunakan oleh syarikat Mercedes.

Mereka menutup bahagian kiri kenderaan tersebut dengan kepingan LED, manakala di bahagian kanannya pula diletakkan kamera Refleks Lensa Tunggal Digital (DSLR).

Kaedah
Kamera itu berperanan untuk merakamkan imej di bahagian sebelah kanan kereta itu dan videonya disiarkan di kepingan LED yang menutupi bahagian kiri kenderaan itu.

Kaedah itu menyebabkan orang ramai yang melihat kenderaan itu dari sebelah kiri akan nampak pemandangan di sebelah kanan kenderaan itu yang dipancarkan pada kepingan LED tersebut.

Sebenarnya teknik berkenaan pernah digunakan pada pakaian beragam semasa perayaan Halloween sebelum ini.

Caranya mudah, hanya letakkan satu iPad di bahagian perut dan bungkus sehingga kelihatan seperti lubang, kemudian letakkan kamera video di belakang dan kemudian sambung ke iPad.

Ketika itu nampak seperti ada lubang di bahagian perut dan tembus hingga ke belakang. Sungguh menakjubkan!

Syarikat Mercedes juga menggunakan teknik yang sama.

Semasa berada di atas jalan, orang ramai kagum dengan kereta halimunan apabila melihat kereta berkenaan melintasinya.

Mercedes dalam satu kenyataan berkata, sistem pemanduan penjanaan hidrogen sudah sedia untuk pengeluaran walaupun ada yang mengatakan kereta berkenaan akan hanya dikomersialkan pada tahun 2014.

Bagaimanapun teknologi sel bahan api F-Cell masih lagi amat mahal kerana hidrogen merupakan bahan api yang sukar untuk disimpan dan diangkut.

Hidrogen yang diperlukan untuk menghasilkan sel bahan api harganya amat tinggi.

Bagaimanapun sekalung tahniah diucapkan kepada pihak Mercedes atas usaha menghasilkan kenderaan yang tidak membebaskan gas rumah hijau sekali gus mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar.

SUMBER UTUSAN

ANDA WAJIB MELIHATNYA


WAHAI ANAK-ANAK DI LUAR SANA..,SAYANGILAH IBU ANDA YANG BERSUSAH PAYAH MELAHIRKAN ANDA..,DAN UNTUK IBU-IBU.,JAGALAH ANAK SEBAIK YANG MUNGKIN.....


Tuesday, 20 March 2012

REY MYSTERIO TANPA TOPENGNYA


 
 
 
 
 
 


BAYI MELAHIRKAN BAYI KEMBAR DI SUMATERA

WANITA TUA UBAH WAJAHNYA MENJADI REMAJA

NAME : JUNG DA YEON
DATE OF BIRTH : 27 NOV 1966
HEIGHT : 162 CM
WEIGHT : 50 KG
WEBSITE : http://www.jungdayeon.com
TWITTER : http://twitter.com/#/jungdayeon
FACEBOOK : http://www.facebook.com/jungdayeon

 

 

 

 

 

 

 

 


ENJIN BERKUASA NAJIS MANUSIA

 
 

SEBUAH SYARIKAT TANDAS DARI NEGARA JEPUN IAITU TOTO TELAH MELAKUKAN SATU RESOLUSI DALAM DUNIA PENGANGKUTAN DARAT APABILA MEMPERKENALKAN SEBUAH MOTOSIKAL YANG DIKUASAKAN OLEH BIOGAS. MOTOSIKAL RODA TIGA  YANG DIKENALI SEBAGAI TOILET BIKE NEO INI TIDAK MENGGUNAKAN PETROL ATAU DIESEL,SEBALIKNYA BERGERAK MELALUI PENGGUNAAN BAHAN API YANG DIPROSES DARIPADA NAJIS MANUSIA.

 
 
 

CILI PALING PEDAS DI DUNIA

 
 
 
TRINIDAD MORUGA SCORPION

WALAUPUN ANDA PENGEMAR CILI ATAU PEDAS SEKALI PUN,ANDA AKAN TEWAS JUGA DENGAN KEPEDASAN CILI YANG DINAMAKAN TRINIDAD MORUGA SCORPION.
INI KERANA CILI INI SANGAT PEDAS SEHINGGA DISIFATKAN ANTARA CILI PALING PEDAS DI DUNIA...

SEMASA UJI KAJI DIJALANKAN TERHADAP CILI INI.,IA MENDAPATI RASA PEDAS CILI INI SEPERTI GIGITAN SEEKOR IKAN.,BEBERAPA SAAT KEMUDIAN TUKANG MASAK YANG MENGKAJI MERASA CILI INI MENDAPATI LIDAH RASA TERBAKAR DAN KEBAS SELAMA BEBERAPA HARI.,ADA JUGA YANG MENJADI SAWAN DAN PENGSAN GARA-GARA TIDAK TAHAN DENGAN KEPEDASAN CILI INI..

-BOYIDZUAIN-

SUMBER INFINITI

Monday, 19 March 2012

FOBIA YANG DIALAMI OLEH TOKOH DUNIA DAN SELEBRITI


 OPRAH WINFREY
(TAKUT MENGUNYAH GULA-GULA GETAH)


BERMULA PADA ZAMAN KANAK-KANAKNYA KETIKA NENEKNYA SERING MELONGGOKKAN GULA-GULA GETAH DALAM ALMARI. SEJAK ITU BELIAU MEMANG TAKUT MELIHAT GULA-GULA ITU MALAH PERNAH MELEMPARKAN PINGGAN YANG DIISI DENGAN MANISAN ITU.








MADONNA 
BRONTOPHOBIA (TAKUT PADA BUNYI KILAT DAN GURUH                                                  


 WALAUPUN DIANGGAP PENYANYI YANG BERANI DAN AGRESIF TERUTAMA DALAM KERJAYANYA,NAMUN RAMAI YANG TIDAK TAHU PENYANYI INI SEBENARNYA SANGAT TAKUT PADA BUNYI KILAT DAN GURUH.        














 WOODY ALLEN

PANOPHOBIA ( KETAKUTAN PADA BENDA MELIMPAH)


TERKENAL SEBAGAI PEMBIKIN FILEM YANG PELIK DAN ANEH. BELIAU MEMPUNYAI KETAKUTAN YANG TIDAK MASUK AKAL ANTARANYA FOBIA PADA WARNA TERANG,LIF.ANJING DAN MENTEGA KACANG. ALLEN PERNAH BUAT PENGAKUAN BAHAWA BELIAU SANGAT NEUROTIK SEPERTI TAKUT NAIK LIF.MALAH UNTUK MAKAN PISANG PUN BELIAU POTONG KECIL DAN MAKAN BERSAMA BIJIRIN KERANA TAKUT TERCEKIK.






BILLY BOB THORNTON
PANOPHOBIA (TAKUT AKAN SEGALA-GALANYA)


BELIAU SEORANG PELAKON,PENGARAH,PEMUZIK DAN PENULIS TERKENAL DI HOLLYWOOD.JUGA MERUPAKAN BEKAS SUAMI KEPADA ANGELINA JOLIE. BELIAU AMAT TAKUT PADA BANYAK BENDA SEPERTI CHROMOPHOBIA ATAU TAKUT KEPADA WARNA-WARNA TERANG,YANG PALING ANEH DAN LUCU APABILA BELIAU TAKUT PADA PERABOT ANTIK. BELIAU JUGA TAKUT PADA BADUT,FOBIA INI DIBERI NAMA COULROPHOBIA.






  NATALIE WOOD
HIDROFOBIA (TAKUT AIR) 


TIDAK DIKETAHUI BAGAIMANA FOBIA ITU BERMULA,TETAPI ADA YANG MENYATAKAN NATALIE  JADI BEGITU SELEPAS DITIPU IBUNYA PADA PENGAMBARAN SATU BABAK YANG MEMAKSA BELIAU BERDIRI DI ATAS JAMBATAN. JAMBATAN ITU SEBENARNYA MEMANG DIBIARKAN REPUT TANPA PENGETAHUAN NATALIE BAGI MEMBOLEHKAN PELAKON ITU JATUH KE DALAM AIR. FOBIA ITU MENYEBABKAN BELIAU TAKUT SEUMUR HIDUP UNTUK BERADA DI DALAM AIR. IRONINYA BELIAU MENINGGAL DUNIA SELEPAS TERJATUH DARI KAPAL LAYAR.


GEORGE WASHINGTON
TAPHEPHOBIA ( TAKUT DITANAM HIDUP-HIDUP)


PRESIDEN PERTAMA AMERIKA SYARIKAT DIKENALI SEBAGAI PEMIMPIN BERANI,HAKIKATNYA BELIAU ADALAH SEORANG YANG FOBIA IAITU TAKUT DITANAM HIDUP-HIDUP. BELIAU PERNAH MEMBERITAHU PEMBANTUNYA SUPAYA JASAD BELIAU DIKEBUMIKAN DUA HARI SELEPAS KEMATIANNYA,KERANA BELIAU TIDAK MAHU TERJAGA DAN MENDAPATI DIRINYA TERTANAM DALAM BUMI.










 ALFRED HITCHCOCK

OVOPHOBIA (TAKUT TELUR)


BELIAU MENDAKWA TIDAK PERNAH MAKAN TELUR SEUMUR HIDUP HINGGA MEREKA DI SEKELILINGNYA AKUR DENGAN FOBIA ITU. NAMUN TIDAK DINYATAKAN SEBAB MENGAPA BELIAU TAKUT DENGAN TELUR.CUMA BELIAU RASA NGERI MELIHAT CECAIR PUTIH DAN KUNING KELUAR DARIPADA CENGKERANG TELUR.










ANTARA FOBIA-FOBIA LAIN YANG TERDAPAT DI DUNIA INI ADALAH SEPERTI:
-ARACHNOPHOBIA (TAKUT LABAH-LABAH)
-OPHIDIOPHOBIA (TAKUT ULAR)
-ACROPHOBIA (TAKUT KETINGGIAN)
-CYNOPHOBIA (TAKUT ANJING)
-ASTRAPHOBIA (GURUH DAN PENCERAH)
-TRYPANOPHOBIA (TAKUT SUNTIKAN)
-FOBIA SOSIAL (TAKUT SITUASI SOSIAL_
-AGORAPHOBIA 
  ~TAKUT SITUASI YANG MANA MEREKA MERASAKAN SUKAR UNTUK MELARIKAN DIRI. INI TERMASUK KAWASAN SESAK., KAWASAN LAPANG ATAU SITUASI NYANG MUNGKIN BOLEH MENCETUSKAN PANIK - BEREBUT NAIK BAS ATAU BELI TIKET. MEREKA YANG MENGALAMI FOBIA INI SELALUNYA AKAN MENGELAK DIRI DARI KAWASAN SEDEMIKIAN DAN KADANG KALA LEBIH SUKA TIDAK DUDUK DI RUMAH. KIRA-KIRA SATU PERTIGA MEREKA YANG MENGALAMI GANGGUAN PANIK ADALAH AGORAPHOBIA.
-PTEROMERHANOPHOBIA (TAKUT TERBANG)
 ~KEBIASAANNYA MEREKA YANG FOBIA INI AKAN DIBERI TERAPI PENDEDAHAN DI MANA MEREKA SECARA BERANSUR-ANSUR DAN PROGRESIF DIDEDAHKAN DENGAN SITUASI PENERBANGAN
-MYSOPHOBIA (TAKUT KUMAN ATAU KOTORAN)
 ~MUNGKIN BERKAITAN DENGAN GANGGUAN OBSESIF-KOMPULSIF. JUGA DIKAITKAN DENGAN MASALAH MENTAL DAN SERING MENGELAK DIRI DARIPADA BERSENTUHAN DENGAN ORANG LAIN.


SUMBER BERITA MINGGU
POST BY BOYIDZUAIN

WAKTU SOLAT