Blogger Widgets

salam

Monday 26 March 2012

BUKA FACEBOOK UNTUK BERTUKAR PASANGAN

 


Kaherah – Sepasang suami isteri ditahan kerana membuka laman facebook khas untuk suami isteri yang ingin bertukar-tukar pasangan.
Laman Facebook yang dikendalikan oleh seorang akauntan di Mesir dan isterinya itu telah menarik perhatian beberapa pasangan lain, kata ketua keselamatan, Omar Abdul Al.
Bagaimanapun mereka mengenakan syarat, hanya pasangan yang berkahwin sahaja boleh menyertai sesi berkenaan.
Menurut Omar, suspek yang berusia dalam awal 30-an itu memaklumkan, idea tersebut diperolehinya daripada seorang lelaki di Qatar yang telah bertukar pasangan, enam bulan lalu.
Dalam soal-siasat, suspek memberitahu mereka telah berkahwin sejak lima tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun.
“Suspek memberitahu, banyak pasangan telah menunjukkan minat dalam projek mereka malah empat pasangan telah membuat temu janji untuk bertukar pasangan selain bersetuju dengan syarat yang ditetapkan,” katan Omar.
Pihak polis berjaya menangkap suspek dengan menyamar sebagai pasangan suami isteri yang berminat untuk turut serta dalam projek tersebut.

No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT