Menurut info..Vios ni sebenarnya terbabas dan spin lalu melambung naik atas tembok tu...bukan turun dari atas bukit tu...atas bukit tu ladang sawit...kejadian berlaku di jalan nitar - mersing,johor...makcik baju hijau tu yg bawa vios ni...
salam
Saturday, 28 July 2012
TERESA WIDENER,WANITA YANG GEMAR MEMAKAN BATU
Apabila kita mendengar ada manusia di dunia ini yang boleh makan selain daripada apa yang kita makan, seperti satu perkara yang pelik pula. Sebagai contoh sebelum ini, ada wanita yang gemar memakan rambutnya sendiri. Kini ada pula seorang wanita yang dikenali sebagai Teresa Widenerdari Bedford, Virginia mempunyai tabiat pelik, iaitu gemar memakan batu.
EPISOD BARU TIGA BANDUAN
“ASSALAMUALAIKUM, Tuan. Saya Sapuan Hanin,” ujar seorang lelaki yang separuh abad usianya. Dia juga memperkenalkan dirinya mengikut kod seorang banduan.
“Kes apa yang dilakukan oleh kamu semasa kamu masuk (ke penjara),” soal Pengarah Penjara Mat Rasid Jahlih kepada lelaki bertubuh kecil yang kudung tangan kirinya dan beruban itu. Lelaki yang berkaca mata itu mengenakan baju dan seluar berwarna biru laut menjawab dengan nada perlahan: “Kes ganja, Tuan.”
“Kalau ikut waran pertama, awak dihukum di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu gantung sampai mati, tapi pada hari ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar memberi pengampunan penuh dan perintah pembebasan kepada awak,” beritahu Mat Rasid kepada Sapuan pada upacara khas pembebasan tiga banduan di Penjara Kluang baru-baru ini.
Sapuan, 58, dengan tangan terketar-ketar kemudian menurunkan lebih lapan cap jari pada sebuah buku usang yang bersaiz A2.
Sepanjang 26 tahun menjadi penghuni penjara, lelaki yang berasal dari Benut, Johor itu mempunyai gaji RM18. Namun, pegawai penjara memaklumkan Sapuan sudah membelanjakan kesemua gajinya.
“Terima kasih Tuan, terima kasih tidak terhingga, Tuan banyak menolong saya, terima kasih Tuan,” katanya sambil memberi tabik hormat kepada Mat Rasid.
Tekanan pada jiwa menyebabkan dia terlupa umurnya kini. Lelaki yang sudah menginjak usia itu sudah terlalu terpisah dengan dunia luar. Ada tembok besar yang menghalangnya, kata lelaki bujang itu.
Berputus asa
Pada 18 Julai lalu, satu sejarah tercipta apabila Sultan Ibrahim Ismail berkenan memberi pengampunan penuh dan perintah pembebasan kepada lapan orang banduan pada hari pertama umat Islam berpuasa.
Lapan banduan dibebaskan pada 1 Ramadan lalu. Seorang daripadanya ialah Sapuan. Dia merupakan banduan di bawah kes rayuan pengampunan hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Tujuh banduan lain yang dibebaskan berumur antara 41 hingga 63 tahun termasuk dua warga Indonesia dan seorang warga Singapura.
Mereka yang menjalani hukuman penjara seumur hidup dirujuk di bawah kes Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Tiga banduan dari Penjara Kluang dibebaskan iaitu Sapuan, Shamsudin@Botak@Bachik Baharin, 55, dan Mohd. Ali Nordin, 63.
“Jiwa saya betul-betul terseksa. Saya pernah berputus asa untuk hidup setelah rayuan ketiga ditolak sehingga saya nekad untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga penjara,” beritahunya yang tidak menyangka berpeluang melihat matahari, bulan dan bintang selepas lebih dua dekad terkurung di dalam penjara.
Anak kelima daripada enam beradik itu bagaikan melepaskan lara yang terbuku.
“Saya memegang kad Bintang Merah iaitu kategori individu yang akan digantung sampai mati. Bilik saya terasing dengan banduan-banduan yang lain dan dekat dengan bilik gantung.
“Saya takut menjalani hukuman digantung kerana ada pihak menceritakan keadaan bahawa selepas digantung ada yang leher hampir putus dan lidah terjelir sampai saya tak lalu makan dan minum.
“Pembebasan ini bagaikan mati hidup semula dan saya rasakan saya seperti bayi baru dilahirkan apabila melangkah keluar dari pintu penjara ini,” cerita Sapuan yang menerima kunjungan kakak kedua dan anak saudaranya yang sudah terpisah lama.
Keajaiban Allah
Sapuan dipenjarakan sejak tahun 1987 atas kesalahan mengedar 6.71 kilogram kanabis di sebuah surau di Jalan Parit Ismail, Benut, Pontian.
Dia yang mesra dengan panggilan Pak Wan di Penjara Kluang menghela nafasnya. Ujar lelaki yang sedang mencongak masa depannya berkata: “Hidup ini penuh keajaiban dan Allah itu Maha Besar.”
Sapuan percaya, apabila bahagia mula menyapa dirinya, dia mampu meneruskan kehidupan yang lebih sempurna. Buat sementara waktu, Sapuan menumpang kasih di rumah anak saudara dan cucu saudaranya. Berbekalkan kemahiran yang diperoleh daripada penjara, Sapuan bercadang untuk mengusahakan perusahaan perabot.
“Saya harap masyarakat memberi ruang kepada adik saya memulakan kehidupan baru,” kata kakak kedua Sapuan yang hanya mahu dikenali sebagai Salmah, 60-an.
Selain Sapuan, Shamsudin@Botak seorang warga Singapura turut dibebaskan. Dia ialah banduan yang paling lama meringkuk dalam penjara iaitu selama 37 tahun.
Shamsudin dipenjarakan sejak umurnya 19 tahun. Dia pernah menghuni Penjara Ayer Molek, Johor Bahru, Penjara Sungai Buloh, Penjara Kajang dan Penjara Taiping. Kata Shamsudin dengan wajah penuh keinsafan, disebabkan terlalu lama dalam penjara sejak zaman remaja, sedikit pun tidak terlintas dalam fikiran bahawa dia akan dibebaskan.
Kisah hidup lelaki yang berkepala botak itu sangat panjang.
“Selepas berhenti sekolah, saya terlibat dengan kongsi gelap, apabila dipanggil untuk Perkhidmatan Negara Singapura, saya telah berhijrah ke Johor Bahru, Johor. Di situ saya berkenalan dengan rakan dan terlibat dengan jenayah senjata api.
“Namun, saya berjaya meloloskan diri sebanyak dua kali sehinggalah saya menyamar diri sebagai nelayan dan akhirnya ditangkap polis ketika sedang minta makanan daripada penduduk kampung,” katanya yang menjadi buruan polis Johor dan Singapura sekitar tahun 1970-an.
Shamsudin dihukum penjara seumur hidup pada umur 22 tahun dengan 12 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Johor kerana menembak dua anggota polis iaitu Abdul Ghani Abu Bakar dan Koperal Daiman Muhammad Shah.
Ketika ditemui, lelaki yang sudah kehilangan beberapa batang gigi, rabun tetapi masih mempunyai tubuh badan yang sihat sempat menitip warkah perjalanan hidupnya. Kisah kehidupannya dicatatkan di atas tiga helai kertas. Dia juga memegang sebuah buku yang penuh dengan catatan menggunakan pen dakwat biru.
Shamsudin yang fasih berbahasa Inggeris membenarkan penulis membacanya.
Antara yang dititipkannya dalam warkah tersebut ialah: “Semasa saya di Penjara Sungai Buloh, kenangan paling indah bagi diri saya ialah dapat memotong dan menjahit baju Melayu, kebaya dan blazer untuk kontingen Malaysia ke Sukan SEA Brunei, itulah pencapaian saya yang paling tinggi dalam bidang jahitan, walaupun saya bukan warganegara Malaysia tetapi saya mampu menyumbang kemahiran yang saya pelajari di penjara ini.”
Ke mana Shamsudin selepas ini? Dia merancang untuk membuka kedai jahit di negara kelahirannya.
Walaupun tiada siapa yang menyambut Shamsudin pada hari dia dibebaskan, lelaki ini memberitahu, ada ahli keluarganya yang datang melawat dan memberitahu perkembangan Singapura kepadanya.
Tidak seperti Sapuan dan Shamsudin, perasaan seorang lagi bekas banduan, Mohd. Ali Nordin, 63, bercampur-baur. Dia berasal dari Lombok, Indonesia.
“Perasaan saya gembira bercampur sedih. Saya mahu mencari semula dua anak saya yang saya tinggalkan ketika mereka masih di tadika dan darjah satu.
“Wajah anak-anak saya sentiasa di dalam fikiran selama 22 tahun saya di penjarakan. Kini mereka dah besar dan yang pasti mereka tidak mengenali saya tapi saya tetap mahu mencari mereka,” katanya yang kerap mengalirkan air mata pada hari pembebasannya.
Berpegang pada al-Quran
Lebih menyentuh perasaan, tiada siapapun yang tahu dia sudah dibebaskan kecuali pihak kedutaan. Dia juga tidak tahu mahu tinggal di mana.
Lelaki bertubuh kurus ini juga sudah tiada ikatan perkahwinan dengan isterinya. Mohd. Ali yang berhijrah ke Malaysia pada zaman muda menjadikan al-Quran sebagai panduan hidupnya sejak hidup di penjara.
“Jangan jadi seperti saya, kerana wang, saya terperangkap dan habiskan sisa usia saya di sini,” katanya yang dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat dengan enam sebatan atas kesalahan rompakan dan menunjukkan senjata api.
Dia didakwa di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Seperti Sapuan, Mohd. Ali juga mempunyai skil kemahiran membuat perabot.
“Saya sudah memohon untuk menjadi penduduk tetap dan insya-Allah mahu membuka perniagaan perabot,” katanya yang masih mencatur kehidupan baharu.
Mohd. Ali, Sapuan atau Shamsudin, mahu ucapkan selamat tinggal selama-lamanya kepada penjara. Ketiga-tiga lelaki yang pernah hidup bersulam dosa itu enggan mengenang peristiwa hitam yang terpahat dalam ingatan.
Satu harapan mereka, agar masyarakat menerima mereka seadanya. Seperti kata Mohd. Ali: “Syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk melihat dunia semula dan dapat berpuasa serta menyambut Aidilfitri seperti orang lain.”
SUMBER KOSMO
CARA UNTUK BANDUAN DI BRAZIL KURANGKAN HUKUMAN
Sebuah penjara di Santa Rita de Sapucai mempunyai sebuah idea yang unik bagi mengurangkan hukuman tahanan di sana hanya dengan menyuruh mereka mengayuh sebuah basikal pegun. Selain mengalakkan kesihatan tubuh badan tahanan, kuasa elektrik yang dijana daripada basikal pegun akan digunakan untuk menjana kuasa sepuluh lampu jalan di sepanjang persiaran tepi sungai.
Program yang baru bermula semenjak dua bulan yang lalu ini telah mula memainkan peranan untuk membantu tahanan melakukan sesuatu yang konservatif kepada masyarakat dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah hukuman mereka. Walaupun sebahagian program itu mendapat kritikan, tahanan masih mendapat manfaat dan peluang untuk memperbaiki diri dan alam sekitar. Diilhamkan oleh hakim tempatan, program ini membenarkan tahanan untuk mengayuh basikal tersebut selama 8 jam sehari dan selepas 3 hari mengayuh dengan bersungguh-sungguh, hukuman mereka akan dikurangkan selama sehari.
Dengan inisiatif ini, Ronaldo de Silva, salah seorang tahanan di sana dapat mengelakkan dirinya daripada dikurang di sel sepanjang hari. Beliau telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 4 kilogram dan 20 hari dari hukumannya.
Tenaga elektrik ini kan disimpan di dalam bateri. Apabila hari gelap, tenaga elektrik yang dihasilkan ini akan digunakan untuk menyalakan lampu di jalan-jalan yang berdekatan. Setiap petang, pengawal akan meletakkan bateri-bateri tersebut di lampu jalan berkenaan dan pada setiap awal pagi, bateri tersebut akan dikutip semula untuk di cas semula.
Thursday, 26 July 2012
AYAM BERANAK BUKAN BERTELUR
Tajuk artikel ini seperti suatu mustahil kan untuk ia berlaku kerana ayam merupakan haiwan yang bertelur. Tetapi satu kejadian pelik yang telah berlaku di Sri Lanka. Seekor ayam betina dikatakan beranak dan tidak seperti kebiasaannya bertelur dan mengeram sebelum telurnya menetas. Pemilik ayam yang tinggal di kawasan pegunungan Sri Lanka, Ranjith Ekanayakemengatakan bahawa dari 6 ekor ayamnya, seekor daripadanya tidak mengeram telur.
Ekanayake kemudian terkejut setelah mendapati ayam betina yang tidak bertelur itu mengeluarkan anak ayam tanpa telur. Anak ayam itu membesar sihat namun induknya mati.
Jabatan penternakan Sri Lanka mengatakan ia adalah kes pertama seumpamanya dan tidak pernah mendengar kejadian seperti itu sebelumnya. Media-media tempatan mengeluarkan gambar pegawai perternakan itu yang sedang membuat pememeriksaan kotoran induk ayam.
Melalui pemeriksaan itu, dipercayai telur ayam berkembang dalam sistem reproduksi ayam betina itu.
Di dalam sistem reproduksi induk ayam, telur tersebut mengalami inkubasi selama 21 hari dan menetas sebelum keluar dari induknya.Namun ayam betina itu mati kerana pendarahan dalaman.
Surat khabar Daily Mirror, Sri Lanka, dalam muka hadapan menulis, “Ayam yang keluar lebih dahulu, bukan telur.”
DIDIK ANAK HARUS BERHIKMAH
Didik anak harus dengan cara yang sangat berhikmah.ibu bapa lebih memberi kasih sayang yang teramat sangat hingga menjejas usaha mendidik itu. Maksudnya, kasih sayang itu akhirnya menjadi punca anak-anak merasakan mereka boleh lakukan apa sahaja hingga tidak sesuai dengan norma dan tatasusila sekarang..... boleh baca lagi di entri berkenaan.
Jadi bagaimana nak mendidik anak kita mengikut cara terbaik? Dalam Islam, telah ada panduan serta syariat mengenai cara bagaimana mendidik anak-anak, dan di antaranya ialah menghukum dengan merotan anak-anak.
Walaupun merotan atau memukul anak ini dibolehkan, ia perlu menepati beberapa panduan dan syarat berikut:
5 Syarat Dalam Islam Untuk Pukul Anak
- Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.
- Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah, sebab dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.
- Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti wajah, kepala dan dada.
- Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan, tetapi sebagai pengajaran.
- Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)” (H.R Abu Daud)
Walaupun ada syarat dan pukulan itu dibenarkan, harus ingat bahawa hukuman ini hanya boleh diberikan jika telah dilakukan nasihat, teguran dan diberikan amaran akan apa yang mereka lakukan.
Kita perlu berhikmah dan sabar dalam mendidik anak-anak, silap didik mereka tidak akan menjadi apa yang kita harapkan iaitu menjadi anak yang soleh.
MENCARI KEBERKATAN ILMU
Kadangkala kita merasakan sudah bertungkus lumus mengulang kaji. Sudah berpuluh kali menyelak nota yang sama. Masih juga susah untuk faham. Rasa terhijab dan sebagainya. Bila sudah faham pula, tiba-tiba lupa a.k.a blank di dewan peperiksaan. Jika hal-hal seperti ini pernah berlaku pada kita, semaklah kembali adab-adab kita sebagai penuntut ilmu. Mungkin inilah natijahnya jika kita kurang mengambil kira soal keberkatan.
Bagaimana ilmu mahu berkat jika tiada hormat pada yang menyampaikan ilmu?
Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Kami diperintahkan supaya tawadhu’ kepada sesiapa yang kami pelajari ilmu daripadanya (guru atau ulama’)
Keberkatan juga boleh hilang jika ilmu yang dicari digunakan untuk bermegah-megah. Semakin berilmu, semakin pula merasakan diri hebat. Rakan-rakan yang lebih rendah pencapaiannya dirasakan tidak sama level dengan dirinya. Maksud sebuah hadis riwayat Ibn Hibban:
“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”
Jangan pula mengharapkan ilmu itu berkat jika dicampur baurkan dengan maksiat. Ada sesetengah dari kita yang menghabiskan berjam-jam untuk study. Malangnya, sambil study sambil berchatting dengan buah hati yang masih belum halal. Lebih parah jika study bersama-sama, hanya berdua. Pembakar semangat katanya. Ada pula yang sambil menonton cerita-cerita Korea, Jepun mahupun Barat yang mempunyai adegan yang tidak patut dijamah mata, ataupun mendengar muzik-muzik yang melalaikan jiwa. Alasannya, mahu release tension.
Sedarlah bahawa ilmu itu suci, ibarat cahaya yang terang. Takkan hadir pada hati yang penuh kotor dengan maksiat, gelap tidak bersinar.
Tidak dinafikan, ada saja manusia yang berjaya walaupun adab pada guru tidak dijaga.Ada saja yang cemerlang walaupun meninggalkan solat, melanggar hukum-hukum Allah. Bagaimana mereka boleh berjaya jika ilmu tiada berkat?
Keberkatan dan kejayaan itu sesuatu yang berbeza. Sama halnya antara keberkatan dan kekayaan. Ada negara yang maju dan kaya raya tetapi tidak ada keberkatan. Maksiat, penyelewengan dan jenayah berleluasa sehingga rakyat sendiri tidak berasa selamat. Ada manusia yang gaji sudah berpuluh ribu, tapi harta yang ada masih terasa kurang.Luarannya kita nampak senang, tapi hakikatnya, jiwa mereka tidak tenteram.
Keberkatan tidak boleh ternilai dengan mata kasar. Berkat atau barakah itu sendiri bermaksud bertambah dan berkembang, manakala Al Isfahani mendefinisikannya sebagai tetapnya kebaikan Allah dalam sesuatu perkara. Seseorang mungkin berjaya menjadi pelajar paling cemerlang di sekolah, tapi kerana tiada keberkatan, ilmu yang dipelajari sekadar di hujung pen. Tidak mampu diamalkan dan langsung tidak membawa manfaat buat dirinya. Hanya berjaya dalam peperiksaan tapi tidak berjaya dalam hidup. Berjaya mendapat kedudukan di dunia tapi tidak di akhirat.
CGPA itu penting, kerja yang bagus juga penting. Masakan Islam akan dipandang tinggi jika umatnya adalah umat yang mundur dan gagal. Tapi dalam mengejar kejayaan dunia, jangan sampai hak-hak Allah dan hak-hak sesama manusia terabai. Di sebalik assignments yang menimbun, kesibukan mengulangkaji untuk peperiksaan akhir yang semakin hampir, periksalah kembali sama ada keberkatan itu ada bersama kita.
Sesungguhnya, iman dan taqwalah yang dapat memandu kita meraih keberkatan dalam safar menuntut ilmu yang panjang ini.
Jikalau satu penduduk negeri atau satu kelompok manusia mempunyai dua sifat iaitu beriman dan bertaqwa, niscaya kami (Tuhan) limpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi. (Al A’raf: 96)
~Wahai Tuhan kami, berkatilah ilmu dan kehidupan kami~
PERSOALAN MENGENAI QADHA PUASA BULAN RAMADHAN
Sekiranya kita sengaja atau tidak sengaja meninggalkan puasa, baik lelaki ataupun peempuan, maka kita diwajibkan untuk mengqadha’ jumlah bilangan puasa yang kita tinggal. Walaubagaimanapun qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga bulan Sya,ban, samada uzur atau tidak. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah katanya” Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Syaaban tahun berikutnya”.
Apabila seseorang tidak mengqadhanya sehingga menjelang Ramadhan yang berikutnya, maka menurut sebahagian ulama diwajibkan atas orang itu memberi fidyah disamping wajib mengqadha puasa. Tetapi dalil yang mewajibkan fidyah dalam hal ini, tidak kami perolehi.
Al Hasan dan Ulama Hanafiyah tidak mewajibkan fidyah jika ditangguh kerana uzur atau tidak. Imam Malik, Syafei, Ahmad dan Ishak sependapat dengan ulama Hanafiah. Jadi jelaslah cukup sekedar mengqada puasa yang tinggal dan tidak perlu menggandakannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)