Blogger Widgets

salam

Saturday, 18 February 2012

PANDUAN UMRAH/TEMPAT MUSTAJAB BERDOA DI MASJIDIL HARAM


Panduan Umrah – 30 – Tempat Mustajab Berdoa di Masjidil Haram

Assalamu'alaikum wm wbr.

Agak lama saya tidak update entri di sini, almaklum sekarang sangat sibuk sebab peperiksaan akhir semester sedang berlangsung. Namun hari ini saya cari kesempatan untuk menulis suatu entri yang tidak kurang penting bagi para jemaah di Masjidil Haram iaitu tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa.

Alhamdulillah, apabila kita berkesempatan berada di Masjidil Haram, sama ada untuk melaksanakan umrah ataupun haji, maka hati memang sangat-sangat teringin untuk menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Pemurah.  Semasa di kampung halaman, kita berdoa di masjid, di surau atau di rumah, mengangkat tangan menghadap kiblat memohon rahmat dan kurnia Ilahi.  Kini semasa di Masjidil Haram, kita berada di hadapan kaabah. MasyaAllah, alangkah beruntungnya tetamu Allah yang berada sangat hampir dengan kaabah sebab di sana terdapat beberapa tempat yang dikatakan mustajab untuk berdoa.

Antara tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa di Masjidil Haram ialah:

1. Di Multazam iaitu suatu kawasan antara Hajar Aswad dengan pintu kaabah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar di bawah (di tempat polis berdiri).

Masa yang mustajab untuk berdoa ialah setelah pertengahan malam hingga azan Subuh. Di Masjidil Haram azan dikumandangkan sebanyak dua kali. Kali pertama untuk membangunkan penduduk untuk solat malam. Azan kali kedua ialah menandakan masuk waktu subuh. Maka rebutlah peluang untuk berdoa di Multazam pada saat ini. Apakah doa yang paling baik untuk dipohon di sini? Kata Tok Guru saya, pohonlah kepada Allah perlindungan daripada api neraka.

Cara berdoa: Letakkan kedua-dua tapak tangan, pipi kanan, dan dada kiri ke dinding kaabah. Kemudian berdoa.

2. Di belakang Maqam Ibrahim. Waktu mustajab ialah antara azan Subuh dengan solat Subuh. Di sini disarankan kita berdoa untuk mendapat kebahagian keluarga dan untuk kesembuhan penyakit.


3.  Di Belakang Telaga Zam-Zam iaitu kira-kira 7.5 meter kekiri dari 8 saf di belakang maqam Ibrahim. Sehingga pertengahan tahun 90an para jemaah boleh memasuki kawasan telaga zam-zam ini dengan menuruni tangga yang berasingan untuk lelaki dan wanita.  Sekarang ini pintu masuk ke kawasan telaga zam-zam telah ditutup untuk meluaskan lagi ruang tawaf / solat.  Namun kawasan telaga sekarang ini ditandai dengan sekeping marmar 4 segi selebar 1/2 meter dan berbingkai besi bewarna timah.

Masa berdoa di sini ialah pada bila-bila masa sahaja. Usahakan berdoa di sini pada waktu jemaah kurang sesak (agak lapang) iaitu di sekitar jam 10.00 pagi atau 2.00 petang. Di sini disarankan kita berdoa agar Allah s.w.t. melimpahkan ilmu kepada kita. Agar kita mudah menerima ilmu yang bermanfaat. Adalah sangat elok jika sebelum berdoa kita minum air zam-zam dan selepas itu berdoa seperti yang dilakukan oleh Ibnu Abbas.

Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

4.  Di Hijir Ismail dan di bawah pancuran emas. Waktu mustajab berdoa ialah di antara selepas Asar dan azan Maghrib. Di sini elok berdoa untuk mendapat kemurahan rezeki di samping kita bersifat qonaah iaitu rasa cukup ke atas rezeki yang Allah kurniakan. Juga di sini sangat elok berdoa untuk mendapat zuriat.


5.  2 meter sebelum rukun Yamani – bertentangan dengan multazam dipanggil Mustajaru ajair. Di sini juga mustajab untuk berdoa. Di sini kita boleh berdoa pada bila-bila masa. Antara doa yang baik di sini ialah agar orang yang berhutang kepada kita membayar hutang.

Kaedah berdoa di sini ialah dengan meletakkan tapak tangan kanan di dinding kaabah dan berdoa.

 6. Di Rukun Yamani sebab dikatakan di sini Allah s.w.t. mewakilkan seramai 70 orang malaikat untuk mengaminkan apa yang kita doa.  Jadi arah rukun Yamani adalah antara tempat yang paling mulia di Masjidil Haram.

7.  Di hadapan pintu kaabah pada bila-bila masa.

8.  Tempat sujud Jibrail dan Nabi s.a.w. ketika Jibril mengajar Nabi solat lima waktu. Satu meter ke kanan dari pintu kaabah. Tempat ini ditandai dengan ceramik bewarna coklat pada syazarwan sebanyak 7 keping.

9. Tempat asal makam Irahim (melekat ke dinding kaabah)- 3 meter dari  tempat sujud Jibril, ditandai dengan marmar bewarna cream di syazarwan. Di atas marmar tersebut terdapat tulisan ayat kursi versi tulisan arab lama (tidak ada titik).

Semoga dapat memberi manfaat kepada para jemaah,segala yang baik dtang dari Allah dan segala salah dan silap datang dari kelemahan saya sendiri....

SEKATAN PULMONARI KRONIK



X-ray dada pesakit COPD.COPD selalunya terjadi disebabkan komitmen pada tabiat merokok yang terlalu lama. Ia ditandai dengan simptom seperti kerap batuk, peningkatan lendir atau kahak, kerap sesak nafas terutama jika bersenam, dada berasa ketat dan kerap mengalami jangkitan pernafasan. COPD tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dicegah dengan berhenti merokok atau jangan merokok. Rawatan COPD yang ada hari ini adalah mengawal dan mencegah daripada kerosakan paru-paru yang lebih teruk.

COPD berlaku apabila laluan udara dan alveolus udara dalam paru-paru menjadi radang atau rosak, paling kerap adalah disebabkan merokok, dan lebih biasa selepas berumur 45 tahun. Dalam COPD, paru-paru menghasilkan mukus berlebihan, yang mana refleks tubuh untuk cuba membersihkannya dengan batuk. Kerosakan tisu berkait COPD boleh membuat anda berasa semput.

Doktor anda boleh memeriksa anda untuk COPD (terutama jika anda merokok), selepas menolak ke tepi sebab biasa batuk yang lain. Untuk menentukan adakah anda mempunyai COPD, doktor anda adalah mungkin menjalankan beberapa ujian, termasuk spirometri, yang melibatkan anda menarik nafas sedalam boleh lalu menghembuskan ke dalam satu tiub.

TUKANG BASUH PERIUK YANG RAJIN


ADAKAH ANDA SERAJIN MONYET INI...??
 ANDA PATUT MENCONTOHI NYA...
HEHEHEEHE......

-POST BY BOY IDZUAIN-

ISLAM MELARANG UMATNYA MEMOHON UNTUK MATI





Islam Melarang Umatnya Memohon Untuk Mati

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.”
Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim
Huraian:
  • Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita cita dan berdoa untuk mati apabila hidup didalam kesengsaraan dan menderita.
  • Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.
  • Islam tidak membenarkan umatnya bercita cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah

ROKOK ELEKTRONIK MELETUP DALAM MULUT



            


FLORIDA - Seorang lelaki yang sedang berusaha untuk berhenti merokok cedera selepas rokok elektronik meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan beberapa batang giginya patah, lidah terkoyak dan sebahagian mukanya melecur.

 Letupan yang berlaku di ruang pejabat mini di rumah Tom Holloway, 57, di Florida itu menyebabkan beberapa perabot lain seperti kerusi, bingkai gambar, permaidani dan peralatan pejabat turut terbakar.

“Bateri di dalam rokok elektronik tersebut tiba-tiba meletup dan ‘terbang’ keluar, sekali gus menyebabkan kebakaran kecil di rumah saya,” menurut Holoway.

Sementara itu, Pengasas Bersama Persatuan Rokok Tembakau Wap Elektronik, Thomas Kiklas menafikan produk mereka mengalami masalah kerana ia direka selamat untuk pengguna.


-POST AND COPY BY BOY IDZUAIN-

Friday, 17 February 2012

Pertemuan Dengan Allah (MALAY) - A Meeting With Allah (DERIVED FROM AHAA...

LELAKI MENJAHIT MUKA ANJING KE MUKANYA SENDIRI


MANUSIA TAK ADA OTAK.,TAK ADA MASALAH CARI MASALAH..JUGA BOLEH DIKATAKAN GILA APABILA MENJAHIT MUKA ANJING PADA WAJAHNYA SENDIRI..
ANDA LIHAT.,ANDA NILAI......



Inilah hasil yang dibuat oleh pemuda ini menjahit muka anjing
kemukanya....Mari kita lihat proses membuatnya dibawah ini...










INILAH HASILNYA

Tuesday, 14 February 2012

ANIMAL IN THE WOMB







These amazing embryonic animal photographs of dolphins, sharks, dogs, penguins, cats and elephants are from a new National Geographic Documentary called “Extraordinary Animals in the Womb”. The show’s producer, Peter Chinn, used a combination of three-dimensional ultrasound scans, computer graphics and tiny cameras to capture the process from conception to birth. They are the most detailed embryonic animal pictures ever seen.
Want to see some more amazing photography if animals? Check out the Underwater Creatures photos fromTHIS POST – can you believe these things are real?!

10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK

KEHEBATAN CINTA



-GAMBAR SHAH JAHAN DAN MUMTAZ-

CINTA sememangnya sangat sukar ditafsirkan. Ada ketikanya kerana cinta manusia buta hati dan mata menerima segalanya dengan rela dalam terpaksa. Ada masanya kerana cinta, manusia hilang pertimbangan berbunuhan sesama sendiri. Cinta juga membuatkan kita rindu pada si dia tatkala lama tidak ketemu tetapi ia juga mampu membuatkan pasangan bergaduh siang malam hanya kerana sifat cemburu akibat terlalu menyintai.

Bersandarkan hikayat dan legenda, Tun Teja terpaksa melepaskan cintanya untuk berkahwin dengan Sultan Melaka, meninggalkan Hang Tuah yang sanggup berkorban segalanya demi Sultan. Begitu juga kerana cinta, Qais dianggap sebagai majnun (gila) oleh masyarakat keliling kerana kelakuan peliknya yang terlalu merindui kekasihnya Laila.

Manakala Laila pula hidup tidak keruan, serba tidak kena merindui si majnunnya yang sering melagukan syair dan puisi cinta mereka. Kerana cinta juga ada yang bertindak di luar pertimbangan apabila sanggup membunuh diri hanya kerana kehilangan kekasih seperti mana Romeo dan Juliet.

Ketentuan
Namun yang pasti, cinta adalah anugerah Tuhan paling indah buat manusia.Sementelah manusia itu dijadikan berpasangan maka cinta sejati tidak mengenal usia, pangkat dan harta dan kerana cinta juga nikmat hidup lebih dirasai.

Mingguan Malaysia ingin mengajak pembaca berkongsi kisah cinta yang sering diperkatakan sebagai antara cinta agung. Kisah cinta mereka mampu membuatkan kita terharu dan kagum atau mungkin jua insaf dengan kebesaran-Nya. Cinta sememangnya satu hakikat bagi manusia. Hidup pastinya tidak akan sempurna tanpa cinta. Namun yang pasti, cinta abadi adalah cinta terhadap pencipta-Nya dan itulah ketentuan bagi setiap manusia.

>SHAH JAHAN DAN MUMTAZ MAHAL<
PADA 1612, pemerintah kerajaan Moghul, Shah Jahan telah dikahwinkan dengan seorang gadis jelita bernama Arjumand Banu. Gadis ini kemudian diberi nama Mumtaz Mahal dan melahirkan 14 orang anak untuk Shah Jahan. Walaupun memiliki beberapa orang isteri namun Mumtaz ialah isteri kesayangan beliau.
Setelah kematian Mumtaz pada 1629, hidup Shah Jahan menjadi tidak keruan. Beliau membuat keputusan membina sebuah monumen sebagai lambang cinta kepada isterinya itu yang kini dikenali sebagai Taj Mahal.
Bangunan ini mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan dengan 20,000 orang dan 1,000 gajah bekerja tanpa henti. Malangnya, Shah Jahan digulingkan oleh anaknya sendiri lalu dipenjarakan di Kubu Merah Agra. Beliau menghabiskan sisa-sisa hidup merenung Taj Mahal yang terletak di seberang sungai dan akhirnya dikebumikan bersebelahan kubur isterinya di Taj Mahal.

POCAHONTAS DAN JOHN SMITH
KISAH cinta unik antara dua pihak yang bermusuhan yang akhirnya tidak kesampaian. Pocahontas ialah anak kepada ketua kaum Indian dari suku Algongquian di Virginia, Amerika Syarikat. Pocahontas pertama kali bertemu dengan lelaki Inggeris, John Smith pada Mei 1607 setelah lelaki tersebut ditangkap dan dijadikan tahanan kaumnya. Pocahontas yang menjadi penyelamat Smith daripada diseksa lebih teruk kemudiannya jatuh hati kepadanya.
Pocahontas membantu memulihkan kecederaan Smith yang menjadi anak angkat bapanya. Smith kemudiannya kembali ke pekan Jamestown namun mereka masih kerap berjumpa. Namun dalam satu peperangan, Smith cedera parah dan dihantar pulang ke England.
Pocahontas yang menerima perkhabaran bahawa Smith terbunuh, telah pergi ke bandar Jamestown namun ditawan oleh Jeneral Sir Samuel Argall. Dia dijadikan tebusan untuk mendapatkan semula tentera Inggeris yang ditawan puak Indian.
Pocahontas akhirnya berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris, John Rolfe. Setelah mendapat tahu Smith masih hidup, dia pergi ke England menjejakinya namun pertemuan tersebut dikatakan yang terakhir buat mereka.

CLEOPATRA DAN MARC ANTHONY
KISAH cinta pemimpin dua negara ini menjadi ikon kisah percintaan klasik di seluruh dunia. Mungkin pelbagai telahan dibuat memandangkan kedua-dua mereka berjawatan tinggi maka ada yang melihat hubungan mereka sekadar untuk mengukuh kuasa. Apatah lagi Cleopatra sendiri sebelum itu pernah mempunyai hubungan dengan pemimpin Rom, Julius Caeser. Namun hubungan antara Cleopatra dan Marc Anthony dilihat sebagai cinta sejati kerana kedua mereka akhirnya sanggup mati kerana cinta. Kedua mereka jatuh cinta pandang pertama ketika bertemu di Alexandria dan kedua mereka dikatakan berkahwin tidak lama kemudian. Namun kerana tugas Anthony terpaksa pulang ke Rom.
Bagaimanapun akibat terpedaya dengan berita palsu yang mengatakan Cleopatra terbunuh, Anthony kemudiannya bertindak membunuh diri kerana tidak boleh menerima kenyataan. Cleopatra yang mendengar berita ini turut bersedih yang amat sangat dan mengambil tindakan membunuh diri dengan membiarkan seekor ular berbisa menggigitnya. Sasterawan terkenal William Shakespeare turut menulis skrip dan mengarah drama dengan tajuk sama kerana kagum dengan kisah percintaan mereka. Sehingga kini drama mengenai kisah percintaan mereka masih dimainkan dan tetap mendapat sambutan hangat.

MARIE DAN PIERRE CURIE
MEREKA bukan sahaja dipertemukan melalui ikatan perkahwinan tetapi turut sama mencipta nama dalam bidang sains. Pada 1881, Maria Sklodowska Curie yang berasal dari Poland berpindah ke Paris untuk melanjutkan pelajaran.
Di Universiti Sorbonne, beliau dikenali sebagai ulat buku dan sering menghabiskan masa di perpustakaan. Kerajinannya menarik perhatian pengarah makmal di situ, Pierre Curie. Marie yang pada mulanya hanya minat belajar menolak untuk berkahwin dengan Curie beberapa kali namun akhirnya akur dengan jodoh mereka lalu disatukan pada 1895.
Pada 1898, pasangan ini berjaya menemui polonium dan radium. Kejayaan menemui radioaktif itu telah membolehkan mereka bersama Henri Becquerel dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang fizik pada 1903. Kegembiraan mereka tidak lama apabila Pierre meninggal dunia pada 1904. Dalam kesedihan, Marie terus berazam melanjutkan kajian mereka berdua dan hasilnya beliau sekali lagi dianugerahkan Hadiah Nobel pada 1911, kali ini dalam bidang kimia.

LIU GUOJIANG DAN XU CHAOQIN
KISAH cinta dari China ini cukup mengharukan. Hebatnya cinta mereka apabila si suami sanggup memahat 6,000 anak tangga dengan tangannya sebagai lambang cinta kepada isterinya.
Ia berlaku 56 tahun lalu, apabila Liu Guojiang, pemuda berusia 19 tahun, jatuh cinta dengan seorang janda yang 10 tahun lebih tua daripadanya bernama Xu Chaoqin. Umpama kisah Romeo dan Juliet, teman-teman dan saudara mencela hubungan mereka kerana perbezaan usia.
Demi cinta, kedua-duanya memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah gua di Desa Jiangjin, selatan Chong Qing.
Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan kerana hidup serba kekurangan.
Setelah dua tahun tinggal di situ, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterinya dapat turun dan naik ke gunung dengan mudah.
Pasangan ini hidup bahagia selama lebih 50 tahun. Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa di samping suaminya sehinggalah Liu menghembuskan nafas terakhir dalam dakapannya. Terharu dengan kisah cinta mereka, pemerintah memutuskan untuk melestarikan "anak tangga cinta" itu dan gua yang menjadi kediaman pasangan ini sebagai muzium agar cinta agung mereka terus hidup.

RAJA EDWARD DAN WALLIS SIMPSON
Monarki Britain sememangnya sentiasa hangat dengan pelbagai skandal cinta terlarang. Sebelum skandal yang menyelubungi Puteri Diana dan Putera Charles terhebah, pakciknya Raja Edward terlebih dahulu mencipta sejarah mengenai kisah cintanya. Lebih menarik lagi, beliau sanggup turun takhta sebagai Raja England pada 1936 hanya kerana mahu mengahwini seorang wanita dari Amerika Syarikat, Wallis Simpson.
Beliau terpaksa meletak jawatan kerana berdasarkan sistem beraja England, wanita yang bakal menjadi permaisuri tidak boleh seorang janda. Simpson pernah berkahwin sebanyak dua kali dan ketika jatuh cinta kepada Edward, dia masih lagi isteri orang. Edward hanya memerintah selama 11 bulan dan akhirnya berkahwin pada 3 Jun 1937. Mereka berdua menghabiskan hayat menetap di Perancis. Edward meninggal dunia pada Mei 1972, menyebabkan Wallis hidup menyendiri sebelum akhirnya meninggal dunia pada April 1986.

12 BARISAN DI AKHIRAT NANTI


Suatu ketika, Muadz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong jelaskan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepada aku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka, dijelaskanlah oleh Rasulullah ke 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."



BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."


SUMBER-

MASJID TERSEJUK DI DUNIA


Selama ini mungkin kita tertanya-tanya apakah keadaannya jika ada umat Islam yang berkunjung ke kawasan paling sejuk di dunia seperti di Kutub Utara dan Kutub Selatan, bagaimana jika mahu menunaikan solat?

Hakikatnya terdapat beberapa masjid di sana yang mungkin ramai tidak tahu kewujudannya. Jika melihat pada keadaan cuaca, sememangnya agak sukar untuk didirikan sebuah masjid.

Berikut merupakan masjid-masjid yang dimaksudkan:

1. Masjid Nurd Kamal di Kutub Utara

Masjid ini terletak di bandar Norilsk di bahagian utara wilayah Siberia, di Rusia, dikatakan masjid ini dibangunkan oleh seorang lelaki daripada etnik Tartar, Mukhtad Mekmeyev pada 1998.
Masjid Nurd Kamal, terletak di pinggiran kota Norlisk, yang suhunya boleh mencecah sehingga -50 darjah Celsius. Daerah ini dilanda salji sekitar 270 hari dalam setahun dan musim ribut pula adalah sekitar 130 hari.
Menurut pengurus masjid tersebut, Mukum Sidikov warga Rusia yang merantau ke daerah itu untuk mencari kehidupan yang lebih baik, terdapat lebih kurang 50,000 penduduk yang beragama Islam di daerah itu daripada jumlah keseluruhan 210,000 orang.



Kebanyakan mereka adalah imigran dari Azerbaijan dan Dagestan. Namun hanya sekitar 1,000 orang yang sering mengunjungi masjid itu untuk menunaikan ibadah. Namun kini penghijrahan penduduk Muslim ke daerah Norilsk semakin menurun berpunca daripada keadaan cuaca yang sangat buruk, kesan dari isu pemanasan global. Akibatnya, populasi di Norilsk semakin menurun bukan saja melibatkan umat Islam, tetapi kaum lain.

Golongan Muslim diterima baik oleh penduduk asal dan tidak mengalami diskriminasi.Menurut Sidikov, walaupun tidak ramai yang berkunjung ke masjid itu, beliau tetap membukanya sehingga larut malam setiap hari untuk memberi kesempatan bagi mereka yang ingin belajar al-Quran.
Apabila tiba Ramadan, orang Islam di sini terpaksa berpuasa lebih lama jika dibandingkan umat Islam di negara atau benua lain iaitu sekitar 18-20 jam sehari.

2. Masjid di Hujung Dunia (Mosque at the End of the World)

Masjid ini terletak di Bandar Inuvik, lebih kurang 200 kilometer dari Kutub Utara. Kota yang terletak di barat laut Kanada, dengan diduduki sekitar 3,700 orang dan sekitar 80 orang daripada mereka ialah Muslim. Sebahagian besarnya terdiri daripada orang Arab.Uniknya masjid ini dibina dahulu di tempat lain sebelum diangkut sejauh 4,000 kilometer melalui jalan darat dan sungai ke bandar ini.

Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu.Pada bulan Ogos 2010, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave.
Bangunan itu kemudiannya dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke bandar Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik.

Masjid ini telah dibuka secara rasmi pada 10 November 2010 sebagai keperluan untuk jemaah yang terdiri daripada imigran dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah untuk mencari peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.

3. Pusat Komuniti Muslim Eskimo (Antartika)

Wilayah yang dikenali sebagai tempat tersejuk di dunia ini hampir dilitupi salji sepanjang tahun dengan suhu mencecah -90 darjah Celsius pada musim sejuk dan 30 darjah lebih tinggi pada musim panas. Dikatakan terdapat kira-kira 1,000 orang tinggal di Antartika pada satu-satu masa.
Walaupun keadaan cuacanya begitu menggerunkan tetapi tetap terdapat sebuah masjid untuk digunakan umat Islam yang terdapat di sana.



Satu-satunya pusat kegiatan Islam yang terdapat di sana adalah Muslim Eskimos Community Center, yang beralamat di nombor 3, Amundsen Scott Station South Pole, Kutub Selatan, Antartika. Selain untuk beribadat, pusat ini juga digunakan bagi membantu orang yang ingin mengetahui dan mempelajari tentang Islam.

4. Masjid baru di Alaska

Kini umat Islam di Alaska yang berjumlah sekitar 3,000 sedang menanti siapnya pembinaan sebuah masjid baru dengan keluasan 70,000 kaki persegi. Ia terletak di 80th Street berhampiran Lebuh raya Old Seward di Anchorage.

Selama ini umat muslim di Alaska beribadah di sebuah surau kecil juga di Anchorage. Kos pembinaan dan pembelian tanah didapati hasil dari kutipan derma masyarakat setempat dan antarabangsa.
Dengan pemandangan indah bukit bukau di belakangnya, kawasan masjid ini akan turut didirikan pusat kegiatan masyarakat dan sekolah untuk kegunaan umat Islam di sana.

Sumber: Utusan

WAKTU SOLAT