Blogger Widgets

salam

Thursday, 2 August 2012

PUNCA KULIT CEPAT ROSAK??


Bercakap di telefon terlampau lama.

- Menjadi kebiasaan kita meletakkan telefon bimbit di serata tempat termasuk di  tempat-tempat berdebu, seperti dalam beg, atas meja, dalam kereta dan sebagainya. Tanpa disedari, ia boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon akibat bercakap di talian terlampau lama. Untuk mengelakkannya, lap dahulu telefon sebelum menggunakannya.

Kerap mengerutkan mata.

- Tabiat sesetengah daripada kita tidak gemar mengenakan kaca mata atau kanta sentuh walaupun penglihatan agak kabur. Ini membuatkan anda mengerutkan muka dan mengecilkan mata untuk melihat objek dengan lebih jelas. Jika perbuatan ini berterusan, kesannya kulit akan cepat berkerut dan kelihatan tua.

Penggunaan penyembur rambut (hair spray).

- Banyak yang menggunakan tapak tangan bagi melindungi mata ketika menggunakan penyembur rambut. Tapak tangan tidak dapat melindungi seluruh wajah kerana partikel-partikel kecil daripada penyembur rambut akan menembusi celah-celah jari dan melekat pada wajah yang boleh menjejaskan kulit. Seeloknya gunakan tuala bersih untuk melindungi wajah ketika menggunakan penyembur rambut.

Malas mengganti sarung bantal.

- Ketika tidur, sel-sel kulit mati di wajah akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia menebal dan timbul bakteria. Jadi, jika malas mengganti sarung bantal bermakna anda tidur di atas timbunan bakteria..Yuckssss!

Kerap mandi air panas.

- Mandi air panas memang nikmat. Tapi, jika terlalu kerap dan tempohnya terlalu lama, lapisan luar epidermis akan terkikis dan kulit akan menjadi kering. Kulit kering lebih cepat kendur dan berkedut.


Wednesday, 1 August 2012

RAHSIA SURAH AL-FATIHAH



Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan' daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.

Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.

KENAPA MANUSIA BOLEH TERAPUNG DI LAUT MATI..???



FAKTA RINGKAS:

 Laut mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat (yang kini dijajah makhluk paling laknat, Israel).


* Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

* Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m.

* Disebabkan kedudukannya yang rendah itu, air Laut Mati tidak dapat mengalir ke mana-mana. Sebab itu ia dipanggil Laut mati. Tambahan pula, setiap hari sekitar 7 juta tan air Laut Mati menguap ke udara, menjadikan air laut ini bertambah masin.


* Airnya mempunyai kemasinan ke-2 tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 9 kali lebih masin dari laut biasa!

* Bandingkan pula dengan kadar garam di dalam tubuh kita yang hanya 1-2%. Maka tak hairanlah kita akan terapung ketika berenang di Laut Mati.

IBU LAHIR ANAK KEMBAR 12 DIPAKSA PILIH 1 DAN 11 YANG LAIN AKAN DIBUNUH..!!


Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati diChina. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

DOA AGAR ANAK PANDAI BELAJAR

Tuesday, 31 July 2012

BAS 2 TINGKAT YANG PELIK DAN KREATIF


BUDAK SUKA MAKAN BILIK TIDUR



SALFORD: Ibu kanak-kanak yang menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan dia tidak boleh menolak untuk makan apa saja yang berada di bilik tidurnya, merayu bantuan untuk membiayai sebuah bilik yang ‘boleh dimakan’ oleh kanak-kanak itu.
Zach Tahir yang menghidap Kecelaruan Selera Makan, memakan apa saja yang terdapat di bilik tidurnya, termasuk permaidani dan plaster. Ibu kanak-kanak berusia lima tahun itu, Rachel, yang tinggal di Salford, melancarkan kempen untuk membina sebuah bilik selamat untuknya selepas semakin bimbang mengenai keadaan anaknya.

Matlamat kempen mengutip derma ‘Beri Zach Masa Depan Yang Selamat’ ialah untuk membantu membina sebuah bilik khas berharga $15,000 (RM75,000) di kediaman keluarga itu di The Mead, Weaste.

Bilik itu akan dilengkapi dengan tilam dan bilik air khas untuk Zach yang juga autistik dan tidak boleh bercakap.
Kempen itu yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit berkenaan disokong oleh beberapa bintang televisyen seperti Kum Marsh dan Ryan Thomas, pelakon siri Coronation Street dan aktor siri Torchwood, Paul Copley.
Rachel, 32, yang juga mempunyai anak perempuan berusia dua tahun berkata, dia terharu dengan sokongan itu.
‘Kempen itu kini mendapat sambutan. Sokongan daripada bintang Coronation Street banyak membantu kempen itu,” kata Rachel.
Selain membina bilik baru di rumah mereka, Rachel juga berharap dapat memasang kamera untuk membolehkannya mengawasi anaknya ketika malam, ketika tabiatnya itu berada di peringkat paling buruk.
Setakat ini, $3,400 (RM17,000) sudahpun berjaya dikumpul, termasuk menerusi tajaan jalan kaki dan jualan murah.
Satu lagi tajaan acara jalan kaki sejauh lapan kilometer dari Selfridges di Trafford Centre ke Exchange Square di bandar Manchester akan diadakan Ahad ini. – DM

BATUK TANDA KANSER



Batuk seringkali dikaitkan dengan rasa sakit dada dan keperitan di tekak. Ia adalah salah satu gangguan kesihatan yang 10 kali lebih kerap dideritai oleh kaum Adam berbanding wanita.

Biasanya kesakitan akan lebih dideritai individu apabila mereka meneran atau menahan batuk tersebut daripada 'dilepaskan' secara normal.

Golongan lelaki yang mempunyai batuk yang berlarutan lazimnya adalah perokok tegar yang berkemungkinan besar akan menghidap kanser paru-paru.

Di Malaysia, sebanyak 50 peratus perokok adalah perokok dewasa yang aktif dan 75 peratus daripadanya difahamkan menghidap penyakit kanser paru-paru.

Pakar Radiologi Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, Dr. Sivakumaran Karupayah berkata, punca utama pesakit kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok, suasana di tempat kerja yang tidak kondusif, radiasi atau faktor keturunan.

"Kebanyakan perokok yang aktif merokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser paru-paru dan ini selalu dikaitkan dengan lelaki, manakala perempuan peratusannya sedikit rendah.

"Kajian saintifik menunjukkan bahawa terdapat begitu banyak bahan kimia berbahaya terkandung di dalam rokok.

"Antara simptom-simptom lain yang dapat dikenal pasti jika pesakit membuat rawatan awal ialah penurunan berat badan, selera makan berkurang, demam, warna kuku berubah menjadi kebiruan dan batuk berdarah," katanya.

Menurut Dr. Sivakumaran, pesakit dinasihatkan berjumpa doktor pakar pada peringkat awal untuk mengenal pasti jenis batuk bagi mengelakkan berlakunya batuk berdarah seterusnya mendapat kanser paru-paru.

Pesakit yang tidak mengambil langkah-langkah awal jelasnya, dikhuatiri hanya mempunyai 30 peratus sahaja peluang untuk hidup.

Katanya, walau untuk tujuan apa sekalipun, merokok pastinya menimbulkan banyak masalah kepada manusia bukan sahaja dari aspek kesihatan malah sosial.

"Perokok pasif atau mereka yang dikelilingi perokok aktif terdedah kepada risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung, masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis, sakit atau pedih mata, bersin dan batuk-batuk, sakit kerongkong dan sakit kepala," katanya.

IMBAS KANSER

Justeru itu, atas kesedaran masyarakat setempat, Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara kini membuat satu kempen rawatan pengimbasan kanser paru-paru bagi mereka yang berumur lingkungan 50-70 tahun bermula 16 Mei lalu sehingga 16 November ini.

Pesakit juga akan mendapat tawaran harga istimewa di mana harga biasa sebelum ini ialah RM400 tetapi kini mereka yang berminat untuk melakukan imbasan hanya perlu membayar RM115 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03- 62871111 untuk mendapatkan sebarang keterangan.

KISAH ALLAH MENCIPTAKAN JIBRAIL



Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa,
“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.
Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah,
“Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”
Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail,
“Tidak”.
Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.
Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya,
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.
Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.
Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah,
“Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”
Maka Allah berfirman yang ertinya,
“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.
Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.
Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata,
“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”
Maka Allah pun berfirman,
“Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.
Sabda Rasulullah,
“Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.
Kata Rasulullah lagi,
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.
“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.
Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?
Rujukan: Himpunan kisah-kisah teladan

JAGA ADAB BERPUASA




HABIB Abdullah bin Alwi al-Haddad, dalam kitabnya Nashaihud Diniyyah wal Washaayal Imaniyyah berkata: "Orang yang berpuasa mempunyai adab-adab yang puasanya tidak menjadi sempurna, kecuali dengan adanya adab-adab itu. Yang terpenting daripadanya ialah menjaga lidahnya daripada dusta dan ghibah serta membicarakan sesuatu yang tidak perlu baginya. Ia menjaga kedua mata dan telinganya daripada mendengarkan dan memandang sesuatu yang tidak halal baginya serta sesuatu yang dianggap berlebihan."

Seterusnya, ia menjaga pula dirinya daripada memakan makanan haram dan subahat, khususnya ketika berbuka puasa. Ia berusaha dengan sangat berhati-hati untuk tidak berbuka puasa, kecuali dengan memakan makanan halal lagi tayyibah.

Ulama Salaf berkata: "Apabila engkau berpuasa, lihatlah makanan apa yang engkau makan ketika berbuka dan di tempat mana engkau berbuka. Hal itu merupakan dorongan agar berhati-hati mengenai makanan berbuka puasa."

Begitu pula orang yang berpuasa harus menjaga semua anggota tubuhnya daripada perbuatan yang tidak perlu. Dengan itu puasanya menjadi sempurna dan bersih.

Banyak orang yang berpuasa memayahkan dirinya dengan lapar dan dahaga. Namun membiarkan anggota tubuhnya berbuat maksiat sehingga merosakkan puasanya dan mensia-siakan kepayahannya.
Nabi SAW bersabda bermaksud: Banyak orang yang berpuasa tetapi puasanya hanya menghasilkan lapar dan dahaga. (riwayat Muslim).

Meninggalkan maksiat adalah wajib bagi orang yang berpuasa mahupun yang tidak berpuasa. Tetapi orang yang berpuasa lebih utama untuk berhati-hati dan lebih wajib.

Nabi SAW bersabda bermaksud: Puasa itu perisai. Maka pada hari kamu berpuasa, janganlah ia berkata-kata dan jangan berbuat kefasikan serta jangan menganggu orang lain. Jika ada orang memakinya atau memusuhinya, maka katakanlah, sesungguhnya aku berpuasa. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Termasuk adab orang berpuasa ialah tidak banyak tidur di siang hari dan tidak banyak makan di waktu malam. Hendaklah ia makan sekadarnya sehingga ia merasakan sentuhan lapar dan dahaga supaya jiwanya menjadi baik dan nafsunya menjadi lemah serta hatinya menjadi terang. Itu rahsia puasa dan tujuannya.

Hendaknya orang yang berpuasa menjauhi kesenangan hawa nafsunya serta kenikmatan melampau. Latihan dan menjauhi keinginan nafsu menimbulkan pengaruh besar dalam menerangi hati dan secara khusus dituntut di bulan Ramadan.

Adapun orang -orang yang menjadikan bersenang-senang dan hidup mewah di bulan Ramadan, hal itu merupakan tipu daya syaitan agar mereka tidak merasakan keberkatan puasa mereka.

Monday, 30 July 2012

LUBANG NERAKA DUNIA



BAGI umat Islam, neraka merupakan tempat orang berdosa mendapat seksaan pada hari akhirat kelak.


Begitupun, penduduk bandar kecil Derweze di Turkmenistan gempar dengan kemunculan sebuah ‘lubang neraka’ berhampiran kediaman mereka sejak tahun 1971 hingga sekarang.
Lokasi itu merujuk kepada sebuah lubang api yang luas ternganga sehingga ia digelar Pintu Neraka.
Menurut penduduk, lubang itu seluas dua padang bola sepak. Kedalamannya mencapai 30 meter manakala apinya masih bernyala sehingga hari ini.
Lubang itu ditemui oleh sekumpulan ahli geologi semasa era Soviet Union ketika mereka melakukan aktiviti penggalian bawah tanah menggunakan jentera berat.
Semasa kerja-kerja giat dijalankan, tidak semena-mena permukaan tanah di tapak penggalian itu runtuh menyebabkan kesemua peralatan menggerudi jatuh ke dalam sebuah lubang yang besar.
Pada masa yang sama, lubang itu mengeluarkan api yang bahangnya boleh dirasai hingga beberapa ratus meter jauhnya.
Api itu tidak pernah padam walaupun semasa hujan lebat. Malah, ukuran diameternya semakin membesar setiap tahun.
Sebuah akhbar Finland, Ammennusatia pernah menyiarkan sebuah artikel yang menyebut ia bukan sekadar sebuah lubang biasa.
Menurut akhbar itu, kumpulan ahli geologi itu mendakwa mendengar suara seperti jeritan ribuan manusia yang sedang diseksa meminta tolong manakala sebahagian yang lain kedengaran seperti orang Islam sedang bertahlil.
Bunyi rakaman yang didakwa daripada Pintu Neraka itu masih boleh didengar di Youtube dengan pengendali klip video itu mendakwa ia sebenarnya suara roh orang mati di alam barzakh.
“Ia cukup menakutkan kami tentang kehidupan yang terdapat di lubang itu,” jelas ketua projek di Derweze, Dr. Dmitri Azzacov.
Azzacov menggunakan sejenis mikrofon sensitif yang berperanan mendengar bunyi atau pergerakan di dalam bumi.
“Apa yang kami dengar ibarat satu perkara logik yang tidak masuk akal. Saya seorang pengikut setia fahaman komunis yang tidak mempercayai agama dan hari pembalasan.
“Tetapi setelah mendengar jeritan itu saya mula mempercayai adanya Tuhan serta soal dosa dan pahala,” kata Azzacov.
Dia juga melihat pada waktu malam gas terang berbentuk seperti jin yang mempunyai dua sayap pada bahagian kiri dan kanan badannya terbang.
“Kejadian itu menakutkan sehingga ramai penduduk bertempiaran lari,” kata seorang saksi, Bjarne Nummedal yang mengatakan lembaga itu hilang beberapa minit kemudian.
Namun, misteri itu disangkal oleh sebuah laman berita www.truthorfiction.com yang mengatakan kisah tersebut rekaan semata-mata dan disensasikan oleh media pada awal 1990-an.
Menurut wartawan laman web itu, Rich Buhler, lubang itu sememangnya wujud tetapi ia terhasil disebabkan simpanan gas asli yang besar di Derweze.
“Mereka menyalakan api untuk memastikan gas asli yang tercemar itu tidak merebak dan membahayakan masyarakat sekeliling. Soal jeritan seperti penghuni neraka itu tidak benar sama sekali,” katanya.
Ujarnya, cerita itu sengaja direka oleh kumpulan pelampau agama untuk menakut-nakutkan manusia.
“Artikel itu memang ada disiarkan oleh akhbar Ammennusatia tetapi ia berdasarkan surat pembaca yang menulis pengalamannya.
“Setelah disiasat, penulis artikel berkenaan juga tidak dapat dikesan manakala cerita itu ditokok tambah,” kata Buhler.
Malangnya, Buhler tidak cuba mencari Azzacov serta menguji kebenaran foto dan rakaman suara aneh itu.

TAKUT DENGAN BUTANG BAJU



GADIS berusia 21 tahun, Hannah Matthews yang berasal dari Britain menderita penyakit yang agak misteri.
Tetapi dia bukannya disihir sebaliknya menghidap sejenis penyakit yang dikenali koumpounofobia atau fobia terhadap butang pakaian.
Memikirkan perihal butang sahaja akan menyebabkan bekas pelajar kolej ini tertekan hingga berkelakuan seperti orang diserang histeria.
'Fobia butang' bukan sahaja menjadikan penghidapnya takut dengan butang bahkan dia boleh berkelakuan aneh seperti pantas melarikan diri sebaik sahaja mendengar perbualan tentang butang atau melihat individu lain memakainya.
"Saya tahu perkara ini tidak masuk akal. Semua orang tahu butang tidak boleh mencederakan sesiapa. Tetapi percayalah struktur dan bentuknya menakutkan saya," kata Hannah.
Masalah gadis malang ini bermula sejak dia berusia lima tahun. Ibunya merupakan orang yang mula-mula mengetahui ketakutan Hannah khususnya semasa dia mengenakan pakaian seragam sekolah yang mempunyai butang.
"Saya menjerit dan menangis ketakutan sebaik sahaja memakai baju itu.
"Apabila semakin meningkat dewasa, keadaan menjadi semakin kronik hingga saya tidak boleh memandang, mendengar malah memegangnya," ujarnya.
Tutur Hannah, kesemua pakaiannya menggunakan zip dan cangkuk. Namun, wanita malang ini giat berusaha untuk sembuh dengan mendapatkan rawatan daripada beberapa pakar terapi.
"Penyakit ini menyukarkan saya terutamanya semasa menghadiri temu duga bagi mendapatkan pekerjaan.
"Jika seseorang memakai butang, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengawal perasaan. Masih tidak selesa tetapi saya dapat meyakinkan diri bahawa ia dipakai oleh orang lain," cerita Hannah.
Sebenarnya, ramai lagi individu di dunia yang mempunyai ketakutan yang pelik dan kadangkala lucu itu.
Pengasas bersama Apple, mendiang Steve Job juga mengalami simptom yang serupa.
Job pernah mendedahkan kepada akhbar bisnes, Wall Street Journal yang dia mempunyai perasaan fobia terhadap butang yang menyebabkan perisian telefon pintar, telefon bimbit dan gajet pintar keluaran syarikatnya kurang menggunakan butang. - Agensi
SUMBER KOSMO

KALA JENGKING NERAKA







Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari? 

"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang:-

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

AMIN DIAMBIL NYAWA SEBELUM DIGANTUNG MATI


Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sungai Buloh.

Sebuah kisah benar. 


Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada banduan-banduan di sana...


Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau tentang seorang banduan yg bernama AMIN.... 

iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yang Dipertua Agong. 

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. 

Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. 


Pendek kata banduan yang tiada bermasalah.


Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum. 


Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pada pakaiannya.


Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. 


Dia digantung pada subuh pagi jumaat.


Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.


Bayangkan kalau org nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.


Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,

solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung. 

Bila tiba masa hendak digantung, tiba-tiba Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan.


Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti

menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. 

Didapati juga selipar jepun yang dipakai oleh Amin masih melekat

pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar seperti kebiasaan mereka yg digantung. 


Tangan seperti orang dalam solat di jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir. 


SubhanAllah..... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung...


Begitulah kebesaran Allah yang memberi Rahmat kepada hamba-hamba Nya yang soleh dan sentiasa bertaubat. 


Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kepada kita semua.

inilah kisah yang diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.


"Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”


Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya titisan air dari bibir tempat air.


WALLAHU A'LAM,


WAKTU SOLAT