KESIAN NENEK INI.,DILANGGAR SEHINGGA MELAMBUNG LALU SI PELANGGAR NYA TERUS BERLALU TANPA MENOLONG....
SUNGGUH TIDAK BERHATI PERUT.....
uploaded by Ms Theven
-post by boy idzuain-
Impian seorang pengurus akaun sebuah syarikat yang mahu kulitnya sehalus kulit bayi bukan saja tidak menjadi malah wanita itu terpaksa menanggung sakit sehingga meninggalkan parut pada punggung kanannya.Bukan sekadar itu, mangsa Mandy Chong, 35, juga merasa tertipu kerana dalam tempoh menerima rawatan kecantikan itu dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar lebih RM15,000.Kos tersebut termasuk kos dua kali pembedahan bagi membuang ketulan kesan suntikan plasenta (uri) kambing biri-biri dan membeli ubat-ubatan bagi menghilangkan rasa sakit dan memulihkan jangkitan kuman dalam sel kulit punggungMandy di sebuah hospital swasta.Katanya, dia yang teruja kerana bakal mendapat kulit cantik bersetuju menandatangani satu dokumen sebagai tanda setuju dengan terma rawatan sebelum membayar RM8,180 bagi keseluruhan proses menyuntik uri kambing biri-biri.