Blogger Widgets

salam

Saturday, 23 June 2012

KEMUNCULAN PUNTIANAK DI BULGARIA


JIKA anda menganggap puntianak hanya mitos atau kisah seram dalam filem, fikirkanlah semula. Ahli arkeologi Bulgaria baru-baru ini menemui dua rangka manusia daripada Zaman Pertengahan dengan sebatang besi menikam dadanya, dipercayai bagi menghalang si mati daripada hidup semula sebagai puntianak.
Dua rangka itu, dikatakan berusia 800 tahun, ditemui dalam satu ekskavasi berhampiran sebuah biara di bandar Laut Hitam Bulgaria, Sozopol.
Ketua Muzium Sejarah negara itu, Bozhidar Dimitrov berkata, dua rangka yang ditikam itu menyamai amalan penduduk kampung di Bulgaria sehingga dekad pertama abad ke-20.
Bomoh-bomoh di Eropah percaya orang yang berkelakuan jahat semasa hidup akan bertukar menjadi puntianak selepas mati melainkan dadanya ditusuk batang besi atau kayu sebelum dikebumikan.
Mereka yakin batang besi itu dapat menghalang si mati daripada merayau-rayau pada waktu tengah malam dan mengganggu penduduk. Menurut Dimitrov, lebih 100 rangka dengan tikaman besi ditemui di Bulgaria dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
PENEMUAN rangka puntianak di Bulgaria menimbulkan misteri sama ada makhluk itu benar-benar wujud.

“Saya tidak tahu kenapa penemuan rangka seperti itu menjadi begitu popular. Mungkin ia disebabkan misteri perkataan puntianak,” katanya.
Puntianak Eropah kebiasaannya adalah lelaki tetapi bulan lalu, penyelidik Itali menemui rangka puntianak wanita di Venice - ditanam dengan seketul bata disumbat ke dalam mulutnya bagi menghalangnya daripada memburu mangsa di bandar itu. Puntianak wanita itu dipercayai daripada abad ke-16.
Ahli antropologi Universiti Florence, Matteo Borrini berkata, penemuan di sebuah pulau kecil, Lazzaretto Nuovo di lagun Venice itu menyokong kepercayaan lama bahawa puntianak menjadi dalang di sebalik kejadian huru-hara seperti Black Death pada abad berkenaan.
“Untuk membunuh puntianak itu, anda terpaksa membuang kain yang menutup mulutnya. Kain itu umpama makanan sama seperti susu bayi. Sebagai ganti, letakkan benda yang tidak boleh dimakan,” jelas Borrini.
Kisah puntianak ternyata bukan sahaja terkenal dalam kalangan penduduk kampung di Malaysia bahkan di negara-negara maju di Eropah.
Cerita itu juga popular di Indonesia hinggakan sebuah wilayah di Kalimantan Barat dinamakan Pontianak. Menurut cerita orang tua-tua, pengasas Pontianak iaitu seorang ulama bernama Syarif Abdurrahman Al-Qadri sering diganggu oleh hantu itu ketika menyusuri Sungai Kapuas yang merupakan pintu masuk ke bandar itu dari Laut China Selatan.
Ulama itu dikatakan menggunakan meriam karbaid untuk menghalau atau membunuh makhluk tersebut.
Halia
PAKU membunuh puntianak. - Gambar hiasan


Sehingga hari ini, meriam yang digunakan itu menjadi satu instrumen untuk menarik pelancong ke situ.
Menurut Datuk Bandar Pontianak, Paryadi, meriam karbaid digunakan untuk menghalau puntianak semasa pemerintahan sultan di Pontianak.
“Kini ia digunakan untuk memaklumkan penduduk di sini waktu solat Maghrib, berbuka puasa dan pengumuman Hari Raya Aidilfitri,” beritahu beliau.
Di Eropah, mitos puntianak memiliki banyak versi. Di Greece ia dikenali dengan nama vrykolakas manakala di Romania, symengol.
Kisah puntianak turut diangkat oleh penulis Britain, John Polidori yang menghasilkan novel bertajuk The Vampyre pada tahun 1819. Cerita hantu penghisap darah itu sangat digeruni hingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan orang ramai pada masa itu.
Di Croatia pada tahun 1672, penduduk sebuah kampung diceritakan gempar apabila seorang penduduk yang mati pada tahun 1656 hidup semula dan menghisap darah penduduk selain merogol wanita janda.
Serangan puntianak turut menggemparkan Britain pada tahun 1970 apabila beberapa akhbar tempatan melaporkan berita kononnya hantu itu telah menyerang kawasan Perkuburan Highgate di London.
Ia menyebabkan ramai pemburu puntianak berkumpul di situ. Sesetengah daripada mereka sempat menulis buku mengenainya hingga memperoleh keuntungan.
Seorang penulis buku dan juga pemburu hantu, Sean Manchester mendakwa telah menghapuskan semua puntianak di kawasan itu. Tetapi tiada bukti jelas mengenai kewujudan hantu itu.
Pada Januari 2005 pula, penduduk Birmingham terkejut dengan kemunculan seorang penyerang yang berkelakuan seperti puntianak iaitu menghisap darah mangsa sebelum membunuhnya. Bagaimanapun, polis yang menyiasat kes itu mengatakan andaian puntianak itu hanya khabar angin
Seorang pakar teologi Perancis, Dom Augustine Calmet pernah membuat kajian komprehensif berdasarkan kes serangan puntianak tetapi tidak menemui bukti tentang kewujudan makhluk itu.
Mitos
SALAH satu babak dalam filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter yang dilakonkan aktor terkenal Amerika Syarikat, Benjamin Walker.

Pemerintah Austria pada kurun ke-17, Maria Theresa Walburga Amalia Christina pula meminta doktor peribadinya, Gerard Van Swieten menyiasat entiti puntianak tetapi ia juga berakhir dengan kegagalan.
Kata Swieten, kisah puntianak itu sekadar menggalakkan pengamal ilmu hitam menggali kubur untuk memantapkan ilmu serta mencuri organ manusia untuk dijual.
Pengkaji alam misteri dan sejarah purba Nusantara, Mohammad Idrus Abu Hanifah berpendapat, puntianak sebenarnya ialah jin dan hantu yang ingin mengganggu manusia.
Katanya, tidak mungkin jin serta hantu dapat meragut nyawa manusia.
“Pelbagai teori telah dikemukakan tetapi tidak ada sekeping gambar atau kajian saintifik yang mengesahkan perkara tersebut.
“Malah, cara menghapuskan puntianak mempunyai pelbagai versi seperti mencurahkan air panas pada muka atau abu mayat, melemaskan hantu itu, menusuk paku ke tengkuknya dan menyumbat halia ke dalam mulutnya,” katanya kepada Jurnal.
Merujuk kepada negara ini, puntianak dikatakan hantu wanita yang berwajah cantik selepas dipantak paku di tengkuknya tetapi akan kembali hodoh jika paku itu dicabut.
Mohammad Idrus mengaku pernah membuat kajian dengan pergi ke sebuah lokasi yang dikatakan ada puntianak di Hulu Selangor.
“Di situ, saya berjumpa dengan hantu puntianak yang hodoh. Sebaik sahaja saya mencucuk paku sepanjang 10 sentimeter di tengkuknya, tidak berlaku apa-apa perubahan sebaliknya hantu itu memarahi saya.
“Hantu itu memakai pakaian berwarna putih manakala matanya merah menyala. Ia mempunyai gigi yang tajam, memang tak cantik langsung,” dakwa Mohammad Idrus sambil ketawa.
SUMBER KOSMO

Thursday, 21 June 2012

DOA UNTUK KEDUA ORANG TUA

VIDEO WANITA DISUMPAH MENJADI BATU



SIAPA IMAM MAHADI AL-MUNTAZAR


Antara konsep kepercayaan Syiah Imam Dua Belas (Imamiyah) adalah kepercayaan kepada konsep Imam Al-Mahdi Al-Muntazar (Imam yang dinantikan).
Dia adalah Imam kedua belas (12) yang Ghaib sekian lama yang juga dikenali sebagai Imam Al-Mahdi Al-Muntazar.

Kelahiran, keghaiban dan tuntutan untuk taat kepadanya menjadi suatu kepercayaan asas.
Rukun kepimpinan Imam ini (Wilayah) lebih penting daripada rukun solat, puasa, dan haji. Iman seorang tidak sah jika tidak percaya kepada konsep Al- Imam Al-Mahdi Al-Muntazar. Kisah cerita yang menjadi dasar aqidah aliran Syiah Imamiyyah adalah seperti berikut :
Imam Al-Hasan Al-Askari, imam yang ke-11 mempunyai anak bernama Muhammad.

Sepuluh hari sebelum kematianya, Muhammad anak kepada Imam Al-Hassan mengasingkan dirinya di sebuah gua dekat bandar Suraman Ra’i, Iran.
Imam Muhammad ini berhubung dengan pengikutnya dan memberikan panduan daripada gua tersebut.
Beberapa lama kemudian, Muhammad menghaibkan dirinya. Tiada siapa pun dapat berhubung dengannya, sehinggalah beliau muncul pada akhir zaman nanti. Muhammad dipercayai hidup dan akan muncul pada akhir zaman sebagai Imam Mahdi untuk perintah seluruh dunia.

Kepercayaan terhadap Imam Ghaib yang masih hidup ini tidak ada di dalam al-Quran, hadis, Athar sahabat mahupun di dalam kitab Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Sumber: Dr Sulaiman Nordin, bekas pensyarah UKM.

PENETAPAN SOLAT 5 WAKTU


LAMBANG KEBESARAN 
DAN KESUCIAN...menjadi 
tanggungjawab seluruh umat Islam 
untuk membebaskan Masjidil Aqsa 
daripada cengkaman Yahudi.
LAMBANG KEBESARAN DAN KESUCIAN...menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk membebaskan Masjidil Aqsa daripada cengkaman Yahudi.


PERISTIWA Israk Mikraj perlu dijadikan iktibar bagi seluruh umat Islam yang menggambarkan betapa pentingnya proses tarbiah (pendidikan) jiwa ke arah kesempurnaan.

Ia peristiwa yang membuktikan kehebatan dan kekuasaan Allah. Bukti paling nyata Dia berkuasa ‘membenarkan’ Rasulullah diangkat ke langit untuk bertemu-Nya dalam masa yang singkat. 

Perjalanan Rasulullah itu dinyatakan di dalam al-Quran, Surah Al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati di sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Menurut ulama, peristiwa Israk dan Mikraj Nabi itu ialah roh dan jasadnya sekali. Bukannya roh saja atau mimpi. Peristiwa agung itu berlaku setahun sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah iaitu bersamaan dengan tahun 721 masihi ketika Baginda dan sahabat berada dalam tekanan kuat daripada golongan musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.

Sebelum Israk dan Mikraj, Rasulullah menjalani pembedahan dada yang dilakukan malaikat Jibrail dan Mikail. Hati Rasulullah dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-was.

Selesai pembedahan, bermulalah perjalanan luar biasa Nabi (Israk) dengan menunggang binatang yang bernama Buraq. Ketika perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa itu, Rasulullah diiringi malaikat Jibril dan Israfil.

Apabila tiba di tempat tertentu iaitu tempat yang mulia dan bersejarah, malaikat Jibril mengarahkan Rasulullah bersolat dua rakaat. Antara tempat berkenaan adalah Thaibah (Madinah), tempat Rasulullah melakukan hijrah, Bukit Tursina dan Baitul Laham iaitu tempat Nabi Isa dilahirkan.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq kemudian masuk ke dalam masjid mengimamkan seluruh nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.

Dalam peristiwa Mikraj pula, baginda naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan melalui tujuh lapis langit.

Selepas itu, Rasulullah turun ke langit dunia semula seterusnya ke Baitul Maqdis dengan menunggang Buraq dan pulang ke Makkah pada malam yang sama.

Menurut sarjana, kecepatan Buraq membolehkan Nabi pergi antara dua tempat hanya dengan sekelip mata. Sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku didatangi buraq. Iaitu seekor binatang yang putih rupanya, panjang (tinggi) lebih besar daripada keldai, tetapi lebih kecil daripada baghal. Ia merendahkan tubuhnya hinggalah perut buraq mencecah bumi”. Baginda bersabda lagi: “Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya, ia melangkah kakinya cepatnya sejauh penghabisan mata memandang hinggalah sampai ke Baitul Maqdis.

Kaum kafir quraisy Makkah pada zaman nabi langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperlekehkannya selepas baginda bercerita peristiwa itu berlaku dalam tempoh masa yang singkat dan tidak masuk akal.

Yang tinggal hanya segelintir umat Islam yang mempunyai keimanan tinggi. Mereka membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami baginda itu.

Pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Peradaban Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Dzulkefli Zainal Abidin berkata, peristiwa itu berlaku ketika Nabi berada di puncak kesedihan yang memerlukan sokongan dalaman.

“Berdasarkan catatan sejarah, Nabi Muhammad menghadapi dua musibah iaitu kehilangan dua insan yang amat berjasa dan sangat baginda kasihi iaitu wafatnya isteri tercinta, Siti Khadijah serta bapa saudaranya Abu Talib.

“Tahun itu dikenali sebagai ‘Aam al Huzni’ atau tahun berduka cita,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam perlu meyakini peristiwa Israk Mikraj yang sudah dinyatakan Allah di dalam al-Quran.

“Rasulullah diperlihatkan segala-galanya dalam peristiwa Israk Mikraj itu dan seluruh umat Islam perlu meyakininya tanpa sebarang keraguan,” katanya.

Dzulkefli berkata, kaum musyirikin cuba mendustakan perkhabaran dan pengalaman yang dilalui Rasulullah pada malam itu.

“Kaum musyirikin pada mulanya gempar dan meragui cerita yang Nabi sampaikan. Namun sahabat Rasulullah, Abu Bakar As-Siddiq tampil mempercayainya dengan penuh keimanan.

“Peristiwa Israk Mikraj berdasarkan perjalanan biasa memerlukan masa berbulan-bulan lamanya,” katanya.

Menurut Dzulkefli, bagi umat Islam peristiwa itu membawa misi penting iaitu bermulalah kewajipan melaksanakan perintah menunaikan solat.

“Nabi mendapat perintah solat secara langsung daripada Allah tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril.

“Solat adalah amalan yang paling awal dihitung di akhirat kelak. Justeru, ia menunjukkan solat memiliki kelebihan berbanding ibadat lain.

“Baginda akhirnya mendapat keringanan solat fardu daripada 50 kali sehari menjadi lima kali sehari semalam, namun dalam penilaian sebenar, Allah tetap memberi 50 ganjaran pahala,” katanya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “(Selain daripada apa yang aku saksikan ketika aku dibawa Israk dan Mikraj pada malam itu), maka Allah fardukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang, lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang sudah pun dikurangkan hingga tinggal lima saja); maka Allah berfirman yang bermaksud: “Sembahyang fardu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti.” (Hadis riwayat Bukhari).

Beliau berkata, pengajaran lain yang dapat diambil daripada peristiwa Israk Mikraj ialah seluruh umat Islam bertanggungjawab membebaskan dan memelihara kesucian Masjid al-Aqsa.

“Ia adalah lambang kebesaran serta tempat suci bagi umat Islam.

“Justeru, mereka perlu berkorban menerbitkan keyakinan manusia terhadap kekuasaan Allah dan kebenaran kenabian Muhammad.

“Dalam ‘pengembaraan’ luar biasa itu, Rasulullah menyaksikan banyak perkara dahsyat terutama balasan dan seksaan yang diterima manusia kerana melakukan kemungkaran di dunia,” katanya.


TUNAI TUNTUTAN...dalam peristiwa Israk Mikraj Rasulullah menghadap Allah dan diberikan amanah untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
TUNAI TUNTUTAN...dalam peristiwa Israk Mikraj Rasulullah menghadap Allah dan diberikan amanah untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.

SUMBER METRO

JANGAN CANGKUNG MENGGUNAKAN TANDAS DUDUK

Wednesday, 20 June 2012

KENCING TIKUS MEMBAWA PADAH (PENTING DAN HARUS BACA)




PENTING DAN HARUS DIBACA!

Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.' 

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.

kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.


SUMBER

Monday, 18 June 2012

KEBURUKAN KOREK TELINGA


Inilah Biasa Terjadi


 
Biasanya kita korek telinga untuk memastikan kebersihan telinga. Tetapi sedarkah anda, mengorek telinga hanya akan menjejaskan kesihatan telinga sekaligusmengundang risiko kehilangan deria pendengaran. Mungkin ada yang menganggap mengeluarkan tahi telinga dengan putik kapas dikira selamat. Itu belum lagi yang ada menggunakan benda keras seperti besi,kunci dan pin. Tak kiralah guna benda lembut atau keras, semua tak perlu sama sekali.
 
Sebab apa tak perlu? Ini kerana tahi telinga sebenarnya bertindak sebagai pelindung daripada debu kotoran atau masukan serangga. Jangan bimbang kalau tak bersihkan telinga kerana tahi telinga akan keluar dengan sendiri secara sedikit demi sedikit. Bersihkan tahi telinga apabila ia keluar dan ia sudah memadai.
 
 
Kita biasa tengok ibu bapa menggunakan putik kapas untuk membersihkan tahi telinga anak-anak. Sedarkah anda tindakan tersebut boleh mengakibatkan tahi telinga terbenam dan melecet. Selain itu, cebisan putik kapas akan tertinggal atau kulit telinga akan terluka.
 
Mungkin sukar untuk kita mengelakkan diri daripada mengorek telinga. Ia sudah menjadi rutin dan mampu membuatkan kita khayal sekejap. Biar apa pun alasan, hentikan tabiat ini jika tak mahu gegendang telinga anda rosak kemudian hari.
 
 
Memang tahi telinga kotor dan menggelikan, tapi kena ingat ia berfungsi sebagai pelindung. Lendir dan cecair yang ada dalamnya menyekat kemasukan serangga dan kotoran debu. Kerana itulah kita dilarang mengorek telinga kerana risau akan menyebabkan luka. Telinga yang sudah luka akan mudah dijangkiti bakteria dan kulat. 

5 BUAH PULAU YANG PATUT ANDA JAUHI

Snake Island ( Pulau Ular )

Terletak di Brazil, pulau ini mendapat nama Snake Island kerana didiami pelbagai jenis ular paling berbisa di dunia ! Orang ramai dilarang pergi ke pulau ini walaupun pulau ini sangat indah.

Poveglia Island

Pulau yang agak menakutkan ini terletak di Venice,italy. Kisah misteri bermula apabila pihak Rom memindahkan semua banduan ke pulau tersebut dan mereka semua mati serentak !


Ramree Island

Pulau yang dipenuhi dengan buaya air masin yang sangat berbahaya dan juga nyamuk pembawa malaria


Gruinard Island

Pulau yang menjadi lokasi ekperimen anthrax dan senjata pada perang dunia ke-2. Eksprimen tersebut mengenai penggunaan bakteria dalam senjata.


Farallon Island

Tempat pembuangan sisa radioaktif dan juga sisa nuklear bertempat di san francisco 

KEBURUKAN MAKAN HATI AYAM




Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.


Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad ?


Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:


* Antibiotik tylosin
* Penisilin
* Oxytetracycline
* Kanamycin.


Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik

Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:


1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan


Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

SEJARAH SYIAH


Sejarah Syiah

Asal usul Syiah itu sendiri masih tidak jelas, dengan pandangan berbeza diberikan pelbagai pihak. Antara pandangan akademik, termasuk dari Barat adalah Syiah itu merupakan gerakan politik yang terbentuk semasa zaman Khalifah Usman bin Affan RA.

Ia dikatakan pergerakan politik yang menyokong kepimpinan Khalifah Ali bin Abi Talib, iaitu sepupu Nabi Muhammad SAW dan kaum keluarga Ali.
Satu lagi versi asal usul Syiah yang diceritakan adalah ia merupakan ajaran agama dibawa oleh seorang pendita (Rabbi) Yahudi, Abdulah bin Saba’ pada zaman Khalifah Usman.

Abdulah bin Saba’ dikatakan memeluk Islam secara berpura-pura untuk memecahbelahkan umat Islam dari dalam. Sejarah menceritakan Abdulah bin Saba’ adalah orang pertama yang mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan Usman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka.

Syiah mempunyai beberapa aliran, tetapi aliran terbesar, dan didakwa mempunyai ramai golongan pelampau adalah aliran Imamiyyah. Golongan ini dikatakan terlalu memuja Imam Dua Belas sehingga mengangkat kedudukan mereka lebih tinggi daripada nabi.
SUMBER SINAR

(VIDEO) SUARA ORANG TUA MENGALUNKAN AYAT AL-QURAN MENENGGELAMKAN MUZIK DISKO


Firman Allah yang bermaksud ;
“Dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran” Al-Qamar, ayat 17.
Demikian firman yang diturunkan oleh Allah S.W.T mengenai senaskhah Al-Quran untuk diperlajari dan dibaca oleh semua hambanya ketika masih hidup di muka bumi ini.

Setiap ayat yang terkandung dalam Al-Quran mengandungi seribu satu manfaat kepada manusia.
Di sebuah jalan di tengah kota Beirut, Lubnan, seorang lelaki tua yang hanya duduk di sisi jalan begitu asyik mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran walaupun keadaan di sekelilingnya bising dengan bunyi lagu-lagu dari pub dan disko di sepanjang jalan Hamra.

Lelaki tua itu langsung tidak menghiraukan orang ramai yang lalu lalalng di situ dan hanya tetap dengan mengaji sahaja.

Malah, perbuatannya itu menarik perhatian orang yang lalu lalang di sepanjang jalan Hamra.

Jalan Hamra adalah salah sebuah jalan utama di sekitar kota Beirut, Lubnan. Jalan Hamra menjadi tumpuan ramai rakyat Lubnan menyebabkan pelbagai kemudahan seperti cafe, teater, dan restoran-restoran mewah dibangunkan.

Namun begitu, jalan Hamra tidak seperti tempat-tempat yang lain di sekitar Lubnan.
Masjid mahupun surau sukar ditemui manakala pub, disko dan tempat mencacah tatu boleh ditemui di merata-rata tempat.

Tujuan Al-Quran diturunkan adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan.

Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah S.W.T. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan.

“Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” Al-Syams, ayat 7-10.

PENAGIH JUNTAI ANAK


LELAKI yang khayal dadah menyokong anaknya dengan sebelah kaki bagi elak daripada jatuh.


BEIJING: Seorang lelaki semalam, menjuntaikan anak perempuannya berusia tiga tahun di tingkap tingkat enam di blok apartmen mereka, selepas bertengkar dengan isterinya.

Lelaki itu membuka tingkap rumah pangsa yang baru diduduki dan duduk di birai dengan hanya memegang pergelangan tangan budak kecil itu.

Kanak-kanak kecil itu dapat dilihat cuba memeluk lutut bapanya dan menjerit ketakutan.

Saksi berkata, sesekali dia menyokong tubuh anaknya dengan kakinya tetapi dia lebih banyak memegang dengan sebelah tangan saja.

Ibu kanak-kanak itu boleh didengar menjerit dari dalam rumah dan merayunya membawa kanak-kanak itu kembali ke dalam.

Jiran menelefon perkhidmatan kecemasan yang meletakkan tilam angin di bawah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kanak-kanak itu terjatuh.

Anggota polis menyerbu flat itu dan mula berunding dengan lelaki berkenaan.

Selepas dia enggan membawa masuk kanak-kanak perempuan itu ke dalam, mereka terus menerpa ke arah lelaki itu dan menarik kanak-kanak perempuan itu ke tempat selamat.

Kanak-kanak itu dipercayai tidak cedera selepas kejadian itu.

Polis menahan lelaki itu yang dikatakan bertengkar dengan ibu kanak-kanak itu dan khayal kerana mengambil dadah. - DM

SUMBER METRO

WAKTU SOLAT