Afrika – Bonobo, sejenis beruk yang hanya boleh diperolehi di Congo kini berdepan kepupusan biarpun binatang tersebut terkenal kerana kuat seks sehinggakan mampu melakukannya selang beberapa minit.
Berikutan itu, Bonobos kini dikategorikan sebagai binatang yang dalam bahaya serta menuju kepupusan.

Selain itu, dagingnya menjadi buruan pemburu malah anaknya dicuri untuk dijadikan binatang peliharaan.
Faktor berkenaan, katanya, telah menjadikan spesis ini semakin pupus.
“Bilangannya semakin berkurangan dengan mendadak,” katanya.
Sebelum perang saudara berlaku di Congo, jumlah Bonobo dianggarkan 100,000 ekor namun kini jumlahnya telah berkurang kepada 5,000 sahaja.
Jumlah itu termasuk Bonobo yang ditempatkan di zoo-zoo seluruh dunia.
“Specis ini akan hilang. Amat mendukacitakan kerana ia hanya wujud di Congo dan jika ia pupus di negara ini, maka kita tidak akan menemuinya di mana-mana pun,” kata Evelyn.
No comments:
Post a Comment