Blogger Widgets

salam

Monday, 26 March 2012

AKIBAT TERTELAN BATERI,BUDAK INI TELAH MENJALANI PERBEDAHAN SEBANYAK 18 KALI


Penjagaan anak kecil memang memerlukan tahap kewaspadaan tinggi. Ini untuk mengelakkan kes yang membahayakan nyawa anak, seperti yang menimpa seorang budak kecil dua tahun dari Arizona berikut ini.

Seperti dipetik dari Fox News, budak bernama Emmett Rauch itu terpaksa menjalani 18 kali pembedahan dalam tahun kebelakangan inidisebabkan tak sengaja menelan batu bateri yang terlepas dari remote control.

Karla, si ibu, mengatakan bahawa tidak ada yang melihat Emmett menelan bateri tersebut. Ia baru menyedarinya ketika puteranya mengalami demam tinggi dan berubat ke hospital


Melalui pemeriksaan X ray, komponen kimia bateri tersebut rupanya sudah membakar kerongkongan. Doktor menganggarkan bahawa kanak-kanak itu menelan bateri tiga hari sebelum pemeriksaan.


Hospital kanak-kanak Phoenix menyebut bahawa kes itu bukan kali pertama. "Kami mempunyai dua kes serupa dalam beberapa minggu terakhir, dan sepertinya menjadi lebih dan lebih kerap," kata Michelle Chacon, seorang jururawat tempatan.


Chacon berkata, bateri lithium, yang biasa digunakan dalam jam tangan, boleh menimbulkan bahaya yang lebih besar jika masuk ke tubuh manusia. Itu kerana jenis bateri mini tersebut tidak mempunyai pelindung sebanyak bateri AA.


Meski demikian, bukan bermaksud anak tetap dalam bermain dengan bateri AA. Yang penting, tetap perhatikan gerak kanak-kanak semasa bermain, kerana banyak mainan anak yang berfungsi dengan tenaga dari bateri.


No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT