Blogger Widgets

salam

Thursday, 3 May 2012

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA....AL-FATIHAH...

Jenazah
SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Kota Damansara.
Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.
Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara.
Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia.
Ketika tersebarnya khabar angin, Allahyarham, nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, menyindir dengan berkata ‘tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya sudah meninggal dunia.
Menurut  Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini.
Ekoran khabar angin tempoh hari, berita kematiannya hari ini tidak dipercayai sebahagian peminatnya.
Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.
bob kuman

STATUS FACEBOOK TERAKHIR BOB KUMAN
    
AL-FATIHAH.......

Wednesday, 2 May 2012

SIFAT TAKUT(KHAUF) DAN HARAP(RAJA')

Sifat takut (khauf) dan harap (raja’), perlu subur dalam jiwa seorang mukmin. Takut kepada Allah, takut akan azab-Nya. Tidak takut kepada selain-Nya.
Mengharap kepada Allah, kepada rahmat-Nya dan pertemuan dengan-Nya.
Sifat ini perlu disebatikan dalam diri, agar laluan menuju akhirat tidak terpesong.


Dua sifat ini perlu disatukan, tidak sempurna andai tiada salah satu.
Sifat takut tanpa harap, dikhuatiri membawa kepada putus asa.
Sifat berharap tanpa takut, dikhuatiri membawa kepada tertipu.


Harapkan pahala apabila melakukan ibadat, tetapi tidak berjaga-jaga dalam menjauhkan diri daripada sifat riya’ dan bisikan syaitan, maka ibadat itu hanya sia-sia. Sesungguhnya riya’ itu adalah syirik khafi, syirik yang tersembunyi. Betapa penting buat seorang mukmin itu untuk sentiasa menjaga niatnya.


Firman Allah Ta’ala: 
Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal saleh dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatupun dalam beribadat kepada Tuhannya.
(Al-Kahfi: 110)


Inilah harapan, cita-cita mahupun kehendak yang paling utama buat seorang mukmin. Harapan untuk bertemu dengan Al-Khaliq, dan kekasihnya Muhammad s.a.w. di syurga. Tiada yang paling didambakan melainkan ini. Tiada yang lebih membahagiakan melainkan ini.


Maka demi Pertemuan Agung, bayarannya adalah amal saleh yang dihiasi ikhlas. Inilah bekalan kita, dengan itu redha dan rahmat Allah dapat diraih.


Taubat


Daripada Anas r.a. katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman:
Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.


Dosa seorang hamba yang begitu banyak bukanlah suatu yang besar bagi Allah, selagimana dia bertaubat dan berharap kepada Allah. Usah kita terpedaya dengan bisikan syaitan, yang berusaha agar kita putus asa terhadap rahmat-Nya.


Katakanlah: "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya (kecuali syirik). Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Az-Zumar:53)


Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).
(Az-Zumar:54)


Usah diperdaya oleh syaitan dan angkatan manusianya yang ingin melihat kita sentiasa berasa lemah. Kuatkan diri untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan, kembali ke jalan benar.


Firman Allah Ta’ala:

Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
(Hud:114)









Teladan


Imam Syafi’e rahimahullah berkata ketika menghadapi sakit yang membawa kepada kematiannya:


Ketika hatiku menjadi keras dan pernafasanku sempit,
Aku menjadikan harapan untuk mencapai keampunan-Mu sebagai tangga.
Dosaku sangat besar, namun ketikaku bandingkan,
Ternyata keampunan daripada Tuhanku adalah lebih besar. 


Betapa ulama’ hebat seperti beliau, memiliki sifat takut terhadap Allah, apatah lagi buat kita, yang seharusnya memiliki lebih sifat takut kepada Allah, disebabkan dosa-dosa yang tidak terhitung.


DIHADAP KE MAHKAMAH KERANA KENCING ATAS LAPTOP



PENNSYLVANIA – Seorang budak sekolah berusia 11 tahun didakwa di mahkamah selepas dia membuang air kecil di atas 30 laptop Apple MacBook milik sekolah bernilai $36,000.

Ketika itu, laptop tersebut disimpan di dewan sekolah.

Guru sekolah yang menyedari perbuatan itu kemudiannya telah menghubungi polis.

Kesnya kini diserahkan kepada jabatan percubaan Juvana.

Sementara itu, polis memaklumkan, pihaknya tidak mengetahui kenapa budak terbabit bertindak demikian.

Dalam pada itu pakar teknologi maklumat (IT) memaklumkan, laptop tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh diperbaiki lagi.

Malah Apple juga enggan membaiki semula laptop berkenaan kerana ia telah terkena air kencing.

Menurut Apple, jika diperbaiki, ia bakal membangkitkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pekerjanya.

BATANG POKOK YANG TUMBANG MENJADI BENGKOK SUPAYA TIDAK MENGENAI KERETA SEORANG WALI

Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu'awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.

Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan.

Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah 'diselamatkan' oleh malaikat.

Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.

Jadi, marilah kita sama-sama meningkatkan derma supaya hidup kita diberkati. Amin.




 

CARA MENGESAN KEDAI MAKAN YANG MENGUNAKAN PELARIS SYIRIK


 
Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ni takde yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.

Jadi bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut? 
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.



MURID TRAUMA DIDENDA MAKAN CILI



TAIPING: “Saya kesal dengan tindakan guru berkenaan yang mendenda anak murid mereka dengan memakan cili,” keluh Siti Erna Izura Abd Jamil, 32, ibu kepada Ainul Aiman Hafiz Ainul Azizul Rahman, 10, murid sekolah agama di sini yang dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Taiping akibat Acute Gastritis (gastrik) serta trauma terhadap makanan bercili.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan didenda gurunya selepas mengoyakkan buku sebagai tanda membantah kerana dihalang menghubungi ibunya.

Lebih teruk, kanak-kanak itu mendakwa dia didenda makan cili padi oleh gurunya itu tanpa diberikan setitik air.

Siti Erna ketika dihubungi di sini semalam berkata, guru atau pihak sekolah berkenaan seharusnya mempertimbangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada murid yang menuntut di sekolah berkenaan. Beliau berkata, lebih dikesalkan apabila pihak sekolah langsung tidak memaklumkan mengenai keadaan anaknya yang mengalami asma selepas memakan cili itu.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan anak lelaki saya yang terlantar dua hari tanpa rawatan dan dibiarkan terbaring di katil asrama sambil menahan sakit. “Mujur saya dimaklumkan salah seorang bapa murid sekolah berkenaan yang kebetulan melihat Ainul Aiman terbaring sambil menekan perut ketika mengambil anaknya di asrama itu,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu, anaknya enggan kembali ke sekolah berkenaan kerana masih trauma dan bimbang perkara itu berulang.

“Hukuman demikian tidak sesuai bagi kanak-kanak.Guru berkenaan yang datang melawat ke hospital juga mengaku memberikan cili padi kepada anak saya dan memaklumkan ia hukuman biasa di sekolah itu,” katanya.

sumber metro

WAKTU SOLAT