Blogger Widgets

salam

Friday, 14 December 2012

LELAKI BERCAHAYA DIRAKAM DI MASJID NABAWI

SUBHANALLAH!!! Ada yang kata rakaman yang menampakkan sorang lelaki bercahaya sewaktu khutbah Jumaat didalam Masjid Nabawi ni, hanya edit semata-mata. Mulanya kami ingatkan silauan matahari atau lampu spotlight dalam Masjid Nabawi. Tetapi apabila di’play’ semula secara perlahan-lahan, cahaya itu memang datangnya dari sosok lelaki yang berada ditepi tiang sekali.

Tapi ramai jugak yang percaya bahawa kejadian ni sebenarnya realiti untuk menunjukkan kebesaran Allah SWT kepada manusia.

Terpulanglah pada persepsi masing-masing. Kejadian sebegini memang tidak mustahil boleh berlaku. Dan kalau nak difikirkan, perkara macam ini kecik sahaja bagi Allah SWT berbanding penciptaan seluruh alam semesta dan juga segala isinya.

Apapun, yang baik tu kita jadikanlah tauladan, yang buruk kita buat sempadan. Tengok video kat bawah ini betul-betul dan ambik ikhtibar.

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah!” Lalu jadilah ia.” [Al Baqarah:117]


RAHSIA YANG HANYA 2 ORANG SAHAJA YANG TAHU DI MUKA BUMI INI


Rahsia Yang Hanya Diketahui Dua Orang Sahaja Di Muka Bumi

Rahsia Yang Hanya Diketahui Dua Orang Sahaja Di Muka Bumi

Dalam dunia ini ada beberapa rahsia sulit yang hanya dipegang oleh beberapa orang sahaja, atau dalam kes yang ingin diceritakan di sini, hanya dua orang. Ya, dalam lebih kurang 7 billion manusia di dunia, dua manusia sahaja yang mengetahui rahsia sulit ini. Apakah dia??????
Ianya adalah resipi makanan yang mungkin anda selalu makan.


KFC

Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.
KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana, pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan berjaya hinggalah ke hari ini.

Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang executives yang bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resipi asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah ratus rahsia. Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut terpecah, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika.

Hanya dua orang executives yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala executive ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.

Tapi itu tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton yang ingin mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam kartun Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang kawalan keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.

Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:
“Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa pengetahuan kami.”

WAKTU SOLAT