Blogger Widgets

salam

Saturday, 26 May 2012

BAYI PUTUS KEPALA AKIBAT DARI KECUAIAN DOKTOR


GAMBAR HIASAN

Brazil – Seorang ibu terkejut selepas mengetahui bayi yang dikandung selama sembilan bulan dilahirkan tanpa badan selepas doktor secara tidak sengaja telah menarik kepala bayi itu hingga putus ketika proses bersalin.
Kejadian berlaku di bandar Aracaju selepas wanita yang berusia 22 tahun itu menghadapi masalah untuk bersalin selepas berjam-jam berada di bilik bersalin.
Ketika itu terdapat 5 orang doktor yang sedang berusaha mengeluarkan bayi berkenaan.
Menurut sepupu wanita berkenaan, Gilmara Azevedo dos Santos, ibu muda itu mula berasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila dia mendengar bunyi merekah.
Kemudian dia mendengar bunyi riuh rendah di dalam bilik bersalin itu sebelum seorang doktor bercakap `Marcos, awak dah gila?”.
Ibu muda itu kemudiannya bertanya apa yang berlaku namun tidak mendapat jawapan sebaliknya dia dibawa segera ke bilik bedah untuk pembedahan caesarian.
Rupa-rupanya badan bayi itu tertinggal di dalam rahimnya dan pembedahan itu dilakukan bagi mengeluarkan badan tanpa kepala itu.
“Sepupu saya amat kecewa, malah seluruh anggota keluarga berada dalam keadaan terkejut. Dia juga berada dalam kesakitan selepas mendapat tahu kepala bayinya telah putus, sementara badan bayi itu tertinggal dalam perut dan terpaksa dibedah untuk mengeluarkan badan berkenaan,” katanya.
Berikutan itu, mereka mengambil keputusan untuk menyaman hospital berkenaan atas tuduhan cuai.
Dalam pada itu, pengarah hospital, Debora Leite berkata, satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian bayi berkenaan.

POTONG,JUAL DAGING MANUSIA



BEIJING: Polis di barat daya China, menahan seorang lelaki disyaki membunuh lebih 20 remaja lelaki dan memotong badan mereka untuk dijual.

Laporan media Hong Kong dan China mengatakan, polis membuat penemuan ngeri itu ketika menyiasat kehilangan beberapa remaja lelaki di wilayah Yunnan sejak beberapa tahun lalu. 

Laman web Guanxi News melaporkan, Zhang Yongming, 56, ditahan dua minggu lalu di rumahnya di Kampung Nanmen di Yunnan dan kini disiasat di atas pembunuhan remaja 19 tahun lewat April lalu dan kehilangan lelaki lain.

Polis menyiasat rumah Zhang dan menjumpai telefon bimbit, kad bank dan beberapa bukti yang lain.

Laman web itu berkata, berpuluh remaja lain hilang dari kampung itu sejak beberapa tahun lalu.


Katanya, Zhang seorang yang hidup bersendirian, tidak pernah bercakap dengan jirannya, pernah merengkuk di penjara selama 20 tahun kerana membunuh.

Di kampung itu dia dikenali sebagai “raksasa yang makan daging manusia.”

Laporan media itu turut memetik kata-kata jiran yang berkata, mereka nampak tulang putih terkeluar daripada beg plastik hijau yang digantung di rumahnya.

Akhbar Hong Kong, The Standard, melaporkan, polis menemui mata manusia yang disimpan di dalam botol wain, seperti “wain ular” dan potongan daging yang kelihatan seperti daging manusia digantung untuk dikeringkan, di rumah Zhang.

Polis berkata, Zhang mungkin memberi makan daging manusia kepada tiga anjingnya dan menjual daging bahagian lain di pasar dengan mengatakan ia daging “burung unta.”

Polis tempatan enggan memberi komen dan berkata maklumat akan diberi pada “masa yang sesuai” dan hampir semua laporan mengenai kes itu ditarik balik daripada laman web China, semalam.

Carian atas talian untuk “kehilangan di Yunnan” juga diblok.

Agensi berita rasmi Xinhua berkata, Beijing menghantar pasukan khas ke Yunnan untuk memantau siasatan kehilangan remaja tetapi tidak merujuk kepada butir mengerikan yang terkandung dalam laporan lain.

Polis berkata, keluarga mangsa pada mulanya menyangka mereka diculik dan dipaksa bekerja di kilang membuat batu.

Dua ketua polis dipecat dan kerajaan menggesa supaya kes itu diselesaikan dengan cepat. - AFP

DERMA ORGAN DI FACEBOOK POPULAR


             

CHICAGO 25 Mei - Pesakit yang memerlukan pemindahan organ kini didapati lebih gemar menggunakan laman sosial bagi merayu penderma yang bersesuaian dan usaha itu dilihat hampir mencapai matlamatnya.

Pasukan penyelidik dari Pusat Perubatan Universiti Loyola, di sini mendapati, hampir 100 halaman Facebook dibangunkan bagi mencari penderma buah pinggang untuk pesakit berumur antara dua hingga 69 tahun.

Ketua Penyelidik, Dr. Alexander Chang berkata, penggunaan media sosial menjadi jalan yang efektif bagi merayu pendermaan buah pinggang, namun kajian terperinci perlu dilakukan bagi menentukan bagaimana ia boleh dilakukan dengan lebih selamat.

Menurutnya, satu daripada lapan halaman yang dibangunkan berjaya membantu pesakit menemui penderma yang bersesuaian, manakala hampir satu pertiga (30 peratus) berkata, penderma berpotensi turut menyatakan kesudian seandainya organ mereka bersesuaian.

Tambah beliau lagi, sebanyak 37 peratus halaman dibangunkan oleh pesakit sendiri, 31 peratus oleh anak-anak mereka dan 32 peratus oleh ahli keluarga atau rakan-rakan.

Sesetengah halaman hanya sekadar meminta penderma tanpa menyatakan maklumat lanjut, namun ada juga yang menyediakan maklumat terperinci mengenai pesakit termasuk sejarah perubatan, gambar keluarga dan kisah yang menyentuh emosi.

Jeff Kurze dari Michigan, menderita kegagalan buah pinggang berikutan serangan strok pada 2010 dan doktor menyatakan proses menunggu memakan masa hingga lima tahun.

Isterinya, Roxy kemudian menggunakan Facebook bagi merayu penderma yang bersesuaian dan rayuan itu menarik minat seorang penderma lelaki yang tidak dikenali.

Setelah pemeriksaan dijalankan, organ tersebut didapati bersesuaian dengan Kurze dan dia selamat menjalani pembedahan.

Penyelidik juga mendapati, tiga peratus daripada halaman tersebut menerima tawaran bagi penjualan organ yang biasanya datang daripada penduduk negara dunia ketiga dengan bayaran antara sehingga AS$40,000 (RM120,000).
Bagaimanapun, penjualan organ salah di sisi undang-undang. - AGENSI

MUSLIHAT TELEFON PINTAR ANDROID VERSI ICE CREAM SANDWICH (ICS)




Masih baru dengan ICS? Berikut adalah lima ciri yang anda tidak dapat lihat di mana-mana.

Widget: Boleh dikatakan faktor paling membezakan Android adalah kehadiran widget pada skrin utama.

Widget hanyalah tingkap, kotak teks atau elemen grafik lain yang memaparkan maklumat (cuaca, berita suapan, skor sukan, berita dunia).

Anda boleh menambah kepada mana-mana skrin utama anda, seret dan lepaskan mereka untuk disesuaikan dengan telefon Android anda.

Peranti Android telah dimuatkan dengan pelbagai jenis widget, tetapi anda boleh memuat turun lebih banyak dalam kategori widget di pasaran Android.

Kertas dinding 'hidup': Kertas dinding adalah satu konsep biasa kepada mereka yang ingin menyesuaikan latar belakang di skrin komputer atau telefon bimbit.

Android mengambil ciri ini satu langkah ke hadapan dengan kertas dinding 'hidup' yang menyediakan animasi mewah dan visual yang membawa skrin utama 'hidup'.

Peranti Android telah dimuatkan dengan beberapa kertas dinding 'hidup', tetapi anda juga boleh memuat turun lebih banyak dalam kategori Wallpaper Live di pasaran Android.

Mod panorama:
Klik butang panorama dalam aplikasi Kamera. Mulakan pendedahan dan kemudian perlahan-lahan jadikan kamera lebih luas bagi merangkumi ruang yang diperlukan untuk merakam imej.
Aplikasi kamera akan menghimpunkan pelbagai imej berterusan ke dalam gambar panorama tunggal.
Transformasi video: Dalam aplikasi kamera, Life Effects adalah koleksi transformasi grafik yang memperkayakan video biasa.
Sebagai contoh, Silly Faces adalah satu set kesan yang menggunakan pengecaman mukastate-of-the-art dan penapis GPU untuk mengubah ciri-ciri muka anda seperti mata kecil, mulut besar, hidung besar, himpitan muka, dan bermacam-macam lagi.

Unlock Face:
 Pilihan kunci skrin ini membolehkan anda membuka kunci peranti dengan wajah anda. Ia mengambil kesempatan daripada kamera yang berada di depan yang menghadap peranti dan teknologi pengecaman muka state-of-the-art untuk mendaftar wajah pada persediaan dan kemudian untuk mengecamnya sekali lagi apabila membuka peranti.
Hanya pegang peranti anda di depan muka anda untuk membuka kunci atau menggunakan PIN sandaran atau corak.

MAYAT BAYI DALAM PERIUK

Mayat bayi dalam periuk
Mohd Noor menunjukkan kabinet di mana mayat bayinya, Asyraful Iskandar ditemui
dalam sebuah periuk.


BATU PAHAT – Sepasang suami isteri yang panik mencari anak hilang, terkejut dan bingung apabila anaknya ditemui dalam periuk di rumah mereka di Kampung Sri Ladang, Rengit, Jumaat lalu dalam keadaan tidak bernyawa.

Bayi malang berusia dua bulan itu, Asyraful Iskandar Mohd Noor, ketika ditemui polis, berada dalam periuk dalam kabinet dapur.

Bapa bayi itu, Mohd Noor Salleh, 58, berkata, pada hari kejadian jam 8 pagi, Iskandar tidur dalam buaian, malah dia sempat menjenguk anaknya sebelum keluar ke klinik.

"Pagi itu, sebelum ke Klinik Kesihatan Sri Merlong untuk ambil ujian tekanan darah, saya sempat menjenguk Iskandar.

“Bagaimanapun, sewaktu pulang ke rumah sejam kemudian, isteri kelam-kabut memberitahu Iskandar hilang dari dalam buaiannya," katanya.

Menurut Mohd Noor, isterinya, Zarinah Dahalan, 42, memberitahu, dia sedang membuai Iskandar dan bangun meninggalkan bayi itu seketika untuk memasak.

"Apabila isteri saya kembali ke buaian, dia lihat Iskandar tiada di situ," katanya.

Mohd Noor lantas memaklumkan kepada jiran untuk sama-sama mencari anaknya.

"Puas saya bertanya dengan semua  jiran dan mencari Iskandar di merata-rata tempat, namun tidak berhasil.

"Setelah menemui jalan buntu, saya buat laporan berhubung kehilangan Iskandar di Balai Polis Rengit pada hari sama jam 11 pagi," katanya

Menurutnya, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat kemudian tiba di rumah sebelum memeriksa setiap bahagian.

“Semasa pemeriksaan lanjut dibuat, polis menemui Iskandar dalam periuk yang diletakkan dalam kabinet di bahagian bawah ruang dapur.

“Ketika itu bayi kami sudah meninggal dunia. Mayat Iskandar dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, beliau mengesahkan kejadian berkenaan.

“Berdasarkan bedah siasat pada mayat Iskandar, tiada kesan mencurigakan ditemui dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya.

Dalam pada itu, Zarinah ketika ditemui Sinar Harian masih lagi trauma dan enggan ditemu ramah. Iskandar, anak bongsu pasangan berkenaan mempunyai seorang lagi abang berusia 15 tahun, namun dia tidak berada di rumah pada masa kejadian
kerana berada di sekolah.

Jenazah Iskandar selamat dikebumikan pada hari ini 27 may 2012.




sumber sinar
edit back boyidzuain

LELAKI PEMAKAN BANGKAI


BANGKAI haiwan yang mati akibat dilanggar kenderaan dan terbiar di tepi jalan seringkali menimbulkan perasaan yang tidak menyenangkan.
Namun, seorang pesara kerajaan di Britain, Arthur Boyt, 74, menganggap bangkai seperti itu merupakan hidangan paling enak untuk dimakan dan ia percuma.
Selera pelik lelaki dari Cornwall, England itu bermula sejak lebih 60 tahun dahulu.
“Semasa berumur 13 tahun, saya terjumpa burung kuang yang mati dilanggar kereta di tepi jalan.
“Saya terus membawanya pulang dan meminta ibu memasaknya. Rasanya sungguh lazat,” cerita Boyt.
Lelaki kulit putih itu mengaku dirinya seorang pencinta haiwan tetapi kandungan peti sejuknya membuatkan dakwaan itu boleh dipersoalkan.
Ini kerana peti sejuknya yang bersaiz besar dipenuhi bangkai haiwan seperti burung kuang, kancil, rubah, angsa, burung hantu dan tupai. Dalam masa yang sama, saiz peti sejuk terus menjadikan dia gelisah.
“Rasanya saya perlu memikirkan ruang penyimpanan lain di dalam rumah untuk mengisi stok makanan,” tutur Boyt.
Walaupun perbuatannya itu bersifat eksentrik, Boyt sebenarnya memiliki ijazah dalam bidang sains biologi, yang membolehkan dia mengenal pasti bahagian daging bangkai haiwan yang masih baik untuk dimakan.
Boyt yang gemar memakai topi bulat berwarna biru dan kaca mata bersaiz besar memberitahu, daging haiwan tersebut perlu dimasak dalam suhu yang tinggi serta tempoh yang lama.
“Saya meneruskan kehidupan dengan makan bangkai haiwan selain memakan sayur-sayuran yang ditanam sendiri di rumah.
“Kelebihannya, saya sudah lama tidak membeli barangan basah seperti daging, ikan dan sayur-sayuran di pasar raya,” katanya.
Boyt akan memastikan keseluruhan bulu haiwan, darah, jantung, buah pinggang dan bahagian kulit dibuang terlebih dahulu.
Bagaimanapun, kepala haiwan dan isinya tidak dibuang kerana baginya otak haiwan mempunyai rasa yang mengagumkan.
Eksotik
“Saya juga akan melabel setiap stok makanan, menyimpannya di dalam beg plastik bersaiz besar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk,” terang Boyt.
Walaupun terdapat bangkai haiwan yang disimpan Boyt merupakan spesies haiwan yang terancam, ia tidak menjadi satu kesalahan di Britain.
Antara makanan eksotik kegemarannya ialah kelawar dan memerang.
“Secara jujur daging haiwan yang telah busuk lebih enak dan rangup. Saya lebih mengetahuinya berbanding orang lain,” ujarnya yang tidak pernah mengalami sebarang keracunan.
Boyt menggelar dirinya freegan iaitu gabungan dua perkataan bahasa Inggeris, free dan vegetarian yang bermaksud percuma dan pemakan sayur-sayuran.
Individu freegan akan mencari pelbagai jenis makanan terbuang sama ada untuk disimpan atau dimakan terus.
Isteri Boyt, Sue yang telah menjadi pasangan hidupnya selama lebih 20 tahun tidak menggemari tabiat pemakanan suaminya itu.
“Sue sanggup makan seorang diri di dalam bilik tidur berbanding duduk semeja dengan saya,” kata Boyt.
Pasangan suami isteri itu masih tidak mempunyai zuriat dan memelihara dua ekor anak kucing betina yang salah seekor diberi nama Pie.
Boyt turut dilontarkan pertanyaan andai Pie dilanggar kereta adakah ia akan menjadi pengisi perutnya juga?
“Tidak sama sekali. Isteri saya pasti tidak akan menyukainya,” kata Boyt yang mengakui dia sering dimarahi si isteri kerana terlupa mengeluarkan bangkai haiwan dari but kereta hinggakan kereta sering berbau busuk.
SUMBER KOSMO

KESAN BURUK DUDUK KAKI BERSILANG


BARU 15 minit duduk di kerusi, Aqilah berasa letih lalu menukar posisi duduk dengan menyilangkan kaki dengan kedudukan kaki kanan di atas kaki kiri. Selepas beberapa minit, dia menukar posisi lagi dengan kaki kiri pula di atas kaki kanan.
Situasi begitu bukan hanya dialami Aqilah seorang. Sebenarnya, ramai juga mempunyai tabiat gemar duduk bersilang, terutama yang bekerja di pejabat.
Tidak kurang juga yang menganggap duduk bersilang boleh menyebabkan tulang belakang bengkok, seterusnya menyebabkan kesukaran bergerak.


Pakar Perunding Ortopedik dan Trauma Pusat Perubatan Tropicana, Dr Joseph Yap, berkata perbuatan menyilangkan kaki bukan penyebab kepada tulang belakang bengkok atau sakit, sebaliknya ia hanya memberi tekanan kepada beberapa anggota badan yang mungkin menyebabkan aliran darah tidak lancar. 



“Ramai berpendapat keadaan itu bahaya tetapi sebenarnya, ia hanya mendatangkan rasa kurang selesa pada otot dan saraf, selain lenguh.
“Benar, ia akan menimbulkan rasa sakit atau ketegangan pada tubuh tetapi hanya sementara dan akan hilang dalam tempoh singkat.


“Individu normal hanya akan bersilang kaki dalam tempoh 10 hingga 15 minit, selepas itu otak akan memberi isyarat supaya menukar kedudukan, sebaliknya disebabkan sudah letih,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.


Pun begitu, secara amnya, kecederaan jangka masa panjang hanya boleh berlaku apabila otak tidak memberi tindak balas dalam tempoh dua jam.


Selain itu, kerosakan pada saraf skiatik juga boleh berlaku jika tekanan luar biasa terjadi.


“Biasanya, perbuatan duduk dengan menyilangkan kaki berkali-kali hanya menyebabkan sakit belakang. Ketidakseimbangan daya tarikan otot boleh menyebabkan tulang belakang bengkok sementara. Ini yang dipanggil ‘sciatic scoliosis’.


“Apabila posisi kaki kanan di atas kaki kiri, tulang punggung dan betis dalam keadaan tidak sama rata di mana pinggul kiri lebih tinggi, menyebabkan otot di antara tulang rusuk dan tulang pelvis menjadi lebih pendek berbanding sebelah kanan.


“Masalah sakit belakang juga sering berlaku kepada individu yang kurang melakukan senaman. Justeru itu, bagi mendapatkan kehidupan lebih bermakna dan sihat, senaman adalah langkah terbaik,” katanya.

Tip duduk dengan betul


  • Pastikan anda duduk menghala ke depan. 
  • Jangan duduk pada bahagian hujung kerusi. 
  • Duduk sama aras antara atas dan bawah kerusi. Jangan terlalu rendah atau tinggi. 
  • Apabila duduk, pastikan siku dekat dengan badan. 
  • Elak duduk di kerusi yang tiada penghadang (kerusi bulat). 
  • Amalkan duduk di kerusi yang mempunyai penyokong belakang badan.


  • KOLEKSI PAPAN TANDA LUCU




















    WAKTU SOLAT