Blogger Widgets

salam

Saturday 25 February 2012

KISAH NABI SULAIMAN DAN SEMUT





Satu cerite tentang nabi Sulaiman dan semut-semut ini. Pada suatu hari Nabi Sulaiman ingin membantu semut-semut. Nabi Sulaiman bertanya kepada semut, berapa banyakkah makanan yang diperlukan oleh semut-semut dalam satu bulan? Dengan tujuan hendak membantu semut-semut tersebut supaya tidak perlulah semut-semut itu keluar bekerja mencari makanan lagi, lalu semut pun bersetuju dengan pelawaan Nabi Allah Sulaiman. Semut itu menjawab mereka perlukan satu biji gula sahaja dalam satu bulan...kemudian, Nabi Sulaiman merasakan itu suatu tugas yang mudah kerana jumlah yang diperlukan terlalu sedikit. Nabi Sulaiman pun memberikan satu biji gula pada semut-semut tersebut dan sebulan kemudian akan datang semula untuk beri lagi sebiji gula untuk bekalan yang seterusnya..
 
Sebulan kemudian, Nabi Sulaiman datang kembali kepada semut-semut itu sepertimana perjaanjian untuk bekalan gula yang seterusnya...tetapi, Nabi Sulaiman sangat kehairanan, kerana sebiji gula yang diberikan sebulan lepas tidak dihabiskan, masih ada lagi separuh.. Nabi Sulaiman pun tanyalah kepada semut-semut itu, kenapa tak habis kan sebiji gula itu? agak-agaknya..sebab ape ya?? Sebenarnya semut-semut tadi, tidak meletakkan kepercayaan dan kebergantungan kepada manusia, semut-semut meletakkan kepercayaan dan sepenuh kebergantungan hanya kepada Allah dalam hal memberi rezeki kepade mereka... Semut-semut menerangkan lagi bahawa, jika Nabi Sulaiman lupa untuk datang sebulan kemudian, ini menyebabkan mereke semua tidak akan ada makanan lagi dan mungkin akan mati kebuluran..hmm...banyakkan pengajarannye..

No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT