Blogger Widgets

salam

Saturday, 25 February 2012

GENETIK NABI ADAM ANTARA PENYEBAB KITA BIJAK

GENETIK NABI ADAM ANTARA PENYEBAB KITA BIJAK
 السلام عليكم
 peace be upon you

  
Menurut kajian neurologi, otak manusia ni kalau  dimasukkan maklumat mengenai seluruh alam semesta, takkan penuh. Alasan saintifiknya,

" otak manusia mempunyai 100 bilion sel aktif yang setiap satunya bersambung dengan 20000 sel sesaat. "

Wallahua'lam.. 


Tapi yang Istimewanya, bagaimana permulaan 'genius' ni bermula? Dari siapa kita mewarisi genetik bijak ini? Ianya bermula sejak dari Nabi adam dicipta..


Firman Allah SWT yang bermaksud :


" Wahai Adam ! Beritahukanlah kepada mereka nama-nama itu ! Setelah dia (Adam) menyebutkan nama-namanya, Dia (Allah) berfirman ; bukankah Aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi, dab aku mengetahui apa yang kamu sembunyikan? "

(Surah al-Baqarah : 33)


Ha.. kerana Dia Maha Adil, sesiapa juga mampu menjadi genius ! Tapi, berusahalah. Genius tidak datang kepada kamu melainkan ia menjadi 
sandaran-Nya untuk menguji kamu. Adakah kamu setia, atau berpaling dari-Nya..


Memaksimumkan potensi otak, mampu mengubah hidup kamu. Lihat je bangsa - bangsa yang memaksimumkan penggunaan otak mereka untuk berfikir; Jepun. Lihat kemajuan yang mereka kecapi walaupun pernah dilanda ujian-Nya.Bom atom dan juga tsunami..


Tapi, semua ketentuan itu datang dari-Nya. Jika ditakdirkan kamu bukan genius, ingatlah..Setiap manusia itu diberikan kelebihan yang saling melengkapi antara manusia.

Daripada Shadad bin Ausin r.a berkata ;

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

" Orang yang pandai (atau bijak) itu adalah barangsiapa yang mengira-ngira pada dirinya (yakni, menghisab dunianya sebelum matinya) dan beramal dengan apa -apa sesudah matinya (yakni menyiapkan sebanyak mungkin bekalan untuk akhiratnya), dan (orang) yang lemah adalah orang yang mengikut dirinya (yakni, menghisab kesedapan dunianya), hawa nafsunya dan berangan-angan di atas Allah SWT (yakni, tetap ingin kerahmatan Allah SWT untuk mendapat syurga). "

(Hadith Riwayat at-Tirmidzi) -hadith hasan-

Orang yang lemah, akan mengikut nafsunya,
Orang yang bijak, akan mengikut imannya,
Yakni berpandukan hadith, al-Quran dan sunnah


p/s : Iman tak diwarisi. Tak sama dengan ilmu. Malah kena berkorban lebih banyak untuk mendapatkannya.. Mahukan laluan ke syurga tak?

No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT