Blogger Widgets

salam

Thursday, 15 March 2012

KEJAM..!! DITAHAN AKIBAT CUBAAN UNTUK MASAK KUCINGNYA

Lelaki Ditahan Ketika Cuba Masak Kucingnya 
NEW YORK – Seorang lelaki di bawa ke mahkamah atas tuduhan melakukan kekerasan terhadap haiwan di mana lelaki tersebut didakwa berusaha untuk memasak kucingnya.
Pihak polis menemui kucing tersebut berada dalam bagasi di dalam kereta yang sedang dibawa oleh Gary Korkuc dari New York, Amerika Syarikat. Petugas memberhentikan keretanya kerana melanggar lampu isyarat dalam kejadian yang berlaku Ogos tahun lalu.
Kucing tersebut ditemukan dalam keadaan sudah bercampur dengan minyak goreng, lada, garam dan bahan makanan lainnya. Kokuc mengatakan kepada polis bahawa dia sedang menyiapkan kucing tersebut untuk dimakan.
Kucing jantan tersebut akhirnya diselamatkan dan kini berada dalam keadaan sihat.
Korkuc, 52 tahun kini didakwa atas tuduhan kekerasan terhadap haiwan., demikian dilaporkan Reuters.
Kucing itu kini dijaga oleh sebuah keluarga angkat setelah insiden tersebut terjadi. Pihak polis mengatakan bahawa sebelum ini banyak permintaan dari orang ramai yang meminta untuk menjaga kucing tersebut.

No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT