Blogger Widgets

salam

Monday, 4 June 2012

TANDA-TANDA AMARAN KANSER



Awasilah tanda-tanda kanser kerana jika dikesan awal terdapat 80% peluang untuk terus hidup. Kanser yang dikesan lebih awal boleh menyelamatkan nyawa anda. Adalah dipercayai bahawa 2/3 daripada semua jenis kanser boleh dicegah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.
1.Perubahan dalam corak pembuangan air besar atau air kecil dalam jangka masa 2-3 bulan.
2.Pendarahan luar biasa atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.
3.Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan rasa sakit.
4.Sakit yang berterusan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen atau perut.
5.Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat.
6.Luka atau bisul yang tidak sembuh, bertukar warna, berdarah atau ulser.
7.Pendarahan luar biasa dari hidung, pekak atau bunyi deringan di dalam telinga.
8.Senak atau mengalami kesukaran untuk menelan.
9.Suara menjadi serak atau batuk melebihi 2 minggu terutama pada mereka yang tidak merokok. Kalau penghisap rokok, batuknya menjadi lebih teruk dan melarat-larat.
10.Rasa letih sentiasa dan/atau kehilangan berat badan yang mendadak (10% atau lebih) dalam masa 3-6 bulan.

No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT