Blogger Widgets

salam

Saturday, 9 June 2012

MI KURUSKAN BADAN


DSC 6282
PULAU PINANG, 7 Jun 2012 – Para penggemar mi yang rungsing dengan masalah kegemukan jika mengambil makanan tersebut dalam kuantiti yang banyak mungkin berasa lega dengan ciptaan unik saintis Universiti Sains Malaysia (USM) kali ini.
Sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Teknologi Industri (PPTI) yang diketuai Profesor Azhar Mat Easa tampil dengan produk mi berlapis yang diperkaya dengan serbuk cili dan ditambah baik dengan retensi kapsaicin (zat kimia yang menimbulkan rasa pedas).
Menurut Azhar, kapsaicin yang wujud dalam cili berupaya membantu proses menurunkan berat badan, selain terbukti dapat meningkatkan tahap metabolisme seseorang.
``Namun jika kita makan cili dengan cara biasa, ia menimbulkan rasa pedas pada mulut dan tidak semua orang boleh menerimanya khususnya kanak-kanak.
``Justeru, dengan menggunakan agen hubungsilang, kita berjaya membentuk mi leper berbentuk seperti kuew tiaw, diperkaya dengan kapsaicin dengan diapit oleh dua lapisan doh yang rintang-gastro,’’ katanya dalam sidang media memperkenalkan produknya di sini hari ini.
Tambah beliau, keunikan mi tersebut terletak kepada fungsinya dalam menghantar kapsaicin dalam badan manusia tanpa menimbulkan iritasi, kesakitan atau rasa pedas dalam mulut.
``Produk ini telah melalui fasa ujian penerimaan deria dan hasilnya menunjukkan rata-rata pengguna bersetuju bahawa mi ini tidak berasa pedas walaupun mempunyai kapsaicin di dalamnya,’’ jelas beliau.
Tambahnya, produk ini turut menjadi alternatif kepada penggunaan kapsul cili yang banyak digunakan di negara maju seperti Amerika Syarikat untuk tujuan menurunkan berat badan, yang mana teknologinya terlalu mahal dan tidak sesuai diamalkan di negara ini.
Kajian selama dua tahun yang dibangunkan bersama dua lagi penyelidik iaitu Prof. Madya Dr. Liong Min Tze dan Li Ling Yung itu dihasilkan dengan menggunakan geran tajaan Kementerian Pengajian Tinggi (FRGS) dan dana kecil dari Institut Pengajian Siswazah USM.

No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT