Mangsa adalah gadis berumur 15 tahun. Dipercayai telah dirogol oleh lima orang pekerja kedai perabot yang berasal dari Pakistan.
Mangsa ditemui pada 1p.m pada 26.11.2012...Laporan polis telah dilakukan pada hari yang sama. Suspek kemudiannya telah berjaya ditangkap hari ini ketika suspek cuba mengembalikan MyKad mangsa.
Kejadian bermula pada pagi kelmarin. Mangsa dikatakan menemani kakak dan sepupunya mencari kerja di Pekan G. Di pekan yang sama mangsa dan kakak dan sepupunya pergi ke sebuah kedai perabot.
Mangsa yang ingin membeli sebuah almari telah dibawa ke tingkat atas oleh pekerja kedai perabot terbabit kerana dikatakan ada almari yang lebih cantik lagi di tingkat atas kedai.
Kakak dan sepupu mangsa meninggalkan mangsa seorang diri dikedai tersebut (mungkin untuk mencari kedai-kedai lain yang menawarkan kerja kosong).
Beberapa jam kemudian mereka menyedari mangsa hilang dan membuat laporan polis. Mangsa semasa kemudiannya ditemui dengan keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari terpisah dan kejang manakala sebelah kakinya bengkok.
Melalui bedah siasat, doktor mengesahkan mangsa telah dirogol berkali-kali lebih daripada seorang lelaki. Menurut saksi, mangsa telah dihumban melalui sebuah lori yang disyaki milik kedai perabot tempat terakhir mangsa lawati.
p/s: Sungguh menyayat hati peristiwa ini, walaupun kes ini masih dalam siasatan tetapi isu warganegara Asing di borneo adalah isu yang tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.
Kemasukan warga asing yang ramai akan menyebabkan berlakunya gejala moral yang dashyat seperti rompakan, rogol dan penindasan kepada rakyat Malaysia sendiri.
Kita tengok di Lembah Kelang sekarang tentang isu warganegara asing.., mereka sudah berani membuka perniagaan di tengah Bandaraya Kuala Lumpur terutama di Chow Kit, seolah-olah tiada pemantauan di Pihak Penguatkuasa.
Berbalik kepada cerita di atas, kerajaan Malaysia diseru untuk menhadkan kemasukan orang asing ke negara ini..
Jangan sampai rakyat Malaysia merempat di bumi sendiri pada masa akan datang..
Kepada para gadis dan wanita diluar sana berhati-hatilah selalu tidak kira siang atau malam hari. Kepada wanita Islam jagalah aurat kamu, InsyaAllah Allah akan menjaga kamu.
kredit pos gambar dan info : John Charles Mitah/ Suara Sabah.
No comments:
Post a Comment