Seorang pemuda Yaman mendakwa menemui salinan Al Quran tertua di dunia. Lelaki yang tidak disebut identitinya yakin salinan itu merupakan Al Quran pertama, seperti dilaporkan akhbar Arab Aden Gulf News.
Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, pada hari Jumaat -12/10, pemuda itu bertegas tidak akan menjual Al Quran itu walaupun ditawar RM170,664. Al Quran berbungkus kulit itu ditemui di sebuah gua di pegunungan Kota Dhale, selatan Yaman. Namun tidak ada penjelasan bila kitab suci tertua umat Islam itu ditemui.
Al Quran ini terbukti asli sebagai Al Quran setelah diuji untuk pertama kali. Pada halaman pertama di Al Quran itu tertulis, “Naskah ini ditulis pada 200 Hijrah (814 Masehi)”.
Bukti Al Quran itu berasal dari masa lalu kerana tidak adanya titik pada huruf. Penggunaan titik dalam tulisan Arab baru digunakan bagi membezakan bentuk huruf yang sama.
Pemuda itu juga mendakwa menemui pedang Zulfikar. Pedang yang dipercayai diberikan Nabi Muhammad sebagai hadiah kepada Ali bin Abi Thalib, menantu sekaligus khalifah keempat setelah Abu Bakar, Umar bin Khattab, dan Usman bin Affan.
Nabi Muhammad SAW hidup antara tahun 570 sampai 632 Masehi. Al Quran dikumpul dalam bentuk kitab dan diperkenalkan kepada dunia pada masa Khalifah Usman bin Affan, 610 hingga 632 Masehi.
No comments:
Post a Comment