Didik anak harus dengan cara yang sangat berhikmah.ibu bapa lebih memberi kasih sayang yang teramat sangat hingga menjejas usaha mendidik itu. Maksudnya, kasih sayang itu akhirnya menjadi punca anak-anak merasakan mereka boleh lakukan apa sahaja hingga tidak sesuai dengan norma dan tatasusila sekarang..... boleh baca lagi di entri berkenaan.
Jadi bagaimana nak mendidik anak kita mengikut cara terbaik? Dalam Islam, telah ada panduan serta syariat mengenai cara bagaimana mendidik anak-anak, dan di antaranya ialah menghukum dengan merotan anak-anak.
Walaupun merotan atau memukul anak ini dibolehkan, ia perlu menepati beberapa panduan dan syarat berikut:
5 Syarat Dalam Islam Untuk Pukul Anak
- Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.
- Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah, sebab dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.
- Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti wajah, kepala dan dada.
- Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan, tetapi sebagai pengajaran.
- Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)” (H.R Abu Daud)
Walaupun ada syarat dan pukulan itu dibenarkan, harus ingat bahawa hukuman ini hanya boleh diberikan jika telah dilakukan nasihat, teguran dan diberikan amaran akan apa yang mereka lakukan.
Kita perlu berhikmah dan sabar dalam mendidik anak-anak, silap didik mereka tidak akan menjadi apa yang kita harapkan iaitu menjadi anak yang soleh.
No comments:
Post a Comment