Blogger Widgets

salam

Thursday 26 July 2012

AYAM BERANAK BUKAN BERTELUR



Tajuk artikel ini seperti suatu mustahil kan untuk ia berlaku kerana ayam merupakan haiwan yang bertelur. Tetapi satu kejadian pelik yang telah berlaku di Sri Lanka. Seekor ayam betina dikatakan beranak dan tidak seperti kebiasaannya bertelur dan mengeram sebelum telurnya menetas. Pemilik ayam yang tinggal di kawasan pegunungan Sri Lanka, Ranjith Ekanayakemengatakan bahawa dari 6 ekor ayamnya, seekor daripadanya tidak mengeram telur.



Ekanayake kemudian terkejut setelah mendapati ayam betina yang tidak bertelur itu mengeluarkan anak ayam tanpa telur. Anak ayam itu membesar sihat namun induknya mati.
Jabatan penternakan Sri Lanka mengatakan ia adalah kes pertama seumpamanya dan tidak pernah mendengar kejadian seperti itu sebelumnya. Media-media tempatan mengeluarkan gambar pegawai perternakan itu yang sedang membuat pememeriksaan kotoran induk ayam.
Melalui pemeriksaan itu, dipercayai telur ayam berkembang dalam sistem reproduksi ayam betina itu.
Di dalam sistem reproduksi induk ayam, telur tersebut mengalami inkubasi selama 21 hari dan menetas sebelum keluar dari induknya.Namun ayam betina itu mati kerana pendarahan dalaman.
Surat khabar Daily Mirror, Sri Lanka, dalam muka hadapan menulis, “Ayam yang keluar lebih dahulu, bukan telur.”

No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT