Blogger Widgets

salam

Monday 16 July 2012

PENGAWAL DI PUSAT BELI-BELAH BAKAL DILATIH PDRM




PUTRAJAYA – Lebih 25,000 pengawal keselamatan di pusat beli-belah di seluruh negara akan menerima latihan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha kerajaan menangani kes jenayah di premis berkenaan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, modul latihan akan dibangun secepat mungkin berdasarkan modul latihan polis dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela).
Pada masa ini, tiga pusat beli-belah sudah menyatakan komitmen untuk menyertai program itu, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan pemimpin tertinggi PDRM, pemilik pusat beli-belah dan pihak berkepentingan, di sini hari ini.
"Saya perlu tahu siapa yang mahu bekerja dengan kami kerana program ini bukan suatu yang boleh dipaksa kepada semua pemilik pusat beli-belah, justeru saya akan mendedahkan mereka yang mahu bekerja dengan kita dan mereka yang tidak.
"Biar orang awam putuskan kerana sudahlah meminta polis melakukan itu dan ini, tetapi bagaimana pula dengan tanggungjawab mereka dan dalam konteks ini kami tidak minta mereka mengupah lebih ramai pengawal tetapi untuk sertai latihan,” katanya.
Hishammuddin turut menafikan langkah itu diambil kerana kadar jenayah yang tinggi, sebaliknya lebih kepada meyakinkan rakyat bahawa kementerian serius dalam menangani segala kes jenayah yang berlaku. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT