Kehilangan motivasi diri membawa kesan sepertinya hilang minat untuk melakukan sesuatu, hilang fokus, malas, kecewa, tidak tentu arah, tiada objektif mahupun hilang percaya diri.
Antara keadaan yang sering membawa kepada turunnya motivasi atau pendorong dalam diri adalah kerana pelbagai perkara terutamanya perkara yang membawa kepada kekecewaan seperti konflik, kegagalan dan tekanan. Hal seperti kesihatan contohnya keletihan juga mendorong kepada turunnya motivasi diri.
Kerana terlalu banyak kerja yang ingin diselsesaikan dalam satu masa. Membuatkan saya sendiri seperti terkejar-kejar untuk menyelesaikan tugasan. Jika, tugasan lain yang penting dan segera tiba-tiba datang, ianya terkadang merendahkan motivasi diri kerana terpaksa bertangguh.
Tapi, untuk mengelakkan diri daripada terus merasa tidak termotivasi, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan bagi memberi dorongan semangat dan tenaga - dan ia berbeza bagi setiap orang.
Jadi, cara untuk membawa dorongan atau motivasi untuk diri sendiri, antaranya ;
2. Perbaharui Strategi - Susunan kerja atau ubah cara yang kita pernah gunakan dalam mencapai sesuatu objektif. Jika diulangi dengan cara yang sama akan dikuatiri ianya akan memberi kesan yang sama kepada keputusannya. Ingat perkara baru seperti strategi atau pendekatan baru juga meningkatkan semangat baru dan motivasi dalam diri - perkara baru, cubalah.
3. Percaya dan Positif - Fikirkan yang positif. Jika terdorong memikirkan yang negatif atau kegagalan, ia sebenarnya tidak baik untuk semangat diri. Percayakan diri bahawa anda mampu untuk mendapatkan keputusan yang disebaliknya - Kejayaan. Banyak perkara yang mendorong pemikiran supaya menjadi lebih positif seperti mengantung kata-kata motivasiatau semangat atau membaca cerita motivasi.
4. Bergaul - Jika ada manusia yang mampu hidup atas dunia tanpa memerlukan orang lain, saya akan memberi jawapan itu TIPU. Kerana, sebelum hidup dalam dunia mereka ditolong oleh ibu mereka selama 9 bulan dalam tanggungan. Jadi, bergaul bersama keluarga dan kekawan. Akan ada yang mampu membantu dan meningkatkan motivasi diri.
Saya cadangkan dengan bersukan kerana ketika aktiviti tersebut, disamping menyihatkan badan sekaligus kita juga bergaul antara satu dengan yang lain - 2 dalam 1.
5. Doa - Tidak mungkin akan ada sesiapa yang dapat hidup sendirian didunia bukan. Selain mendapatkan dorongan atau motivasi baru dengan keluarga dan kenalan, kembalilah kepada yang Maha Besar. Kita perlukan makanan untuk menambah tenaga jasmani, jadi kita juga perlukan makanan untuk rohani dengan doa. Doa adalah senjata manusia dan juga penawar. Insya-allah berjaya.
Produktiviti dan hasil berkualiti banyak bergantung kepada motivasi diri. Ia membantu untuk mendorong dalam kita mencapai objektif atau sesuatu tujuan. Seperti kata saya tadi, setiap orang punyai cara sendiri untuk membantu dalam meningkatkan motivasi diri. Justeru, carilah kawasan terbaik untuk anda meningkatkan semangat anda - kerana setiap orang perlukannya.
Hiduplah dengan tujuan dan bermotivasi - kita akan sentiasa kehadapan.
No comments:
Post a Comment