Blogger Widgets

salam

Tuesday, 8 May 2012

RAMPAS PIL DIPERBUAT DARIPADA JANIN MANUSIA

Seoul – Kerajaan Korea Selatan berjaya merampas beribu-ribu pil yang diperbuat daripada janin bayi dan digunakan untuk tujuan perubatan.
Ubat berkenaan dipercayai dihasilkan di China.
Menurut Perkhidmatan Kastam Korea Selatan, ubat itu dihasilkan daripada bayi yang telah meninggal dunia, sebelum mayatnya dipotong kecil dan dimasukkan ke dalam oven untuk dikeringkan.
Ia kemudiannya dihancurkan serta dimasukkan ke dalam kapsul dan dicampur dengan herba untuk dijadikan sebagai ubat tradisional menguatkan stamina.
Ubat berkenaan telah diseludup masuk ke Korea Selatan dan sejak Ogos tahun lalu, sebanyak 35 penyeludupan berjaya ditumpaskan melibatkan rampasan lebih 17,000 kapsul ubat.
Bagaimanapun penyeludup yang ditahan itu mendakwa mereka tidak mengetahui kandungan ubat tersebut atau di mana ia dihasilkan.
Berikutan itu, Korea Selatan telah memperketatkan kemasukan bungkusan terutama dari China bagi membendung penyeludupan pil berkenaan.
Namun apa yang dibimbangkan, pil mengandungi janin bayi itu akan dijual melalui internet di seluruh negara, sekali gus menyukarkan usaha untuk membendungnya.
Dalam pada itu, media tempatan di China mengenalpasti pil itu dihasilkan di wilayah Jilin yang terletak berhampiran Korea Utara.
Namun terdapat khabar angin ada antara bayi tersebut yang dibiarkan mati kerana mereka dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai seorang anak, iaitu seorang anak seorang keluarga di China.
Sementara itu, The San Francisco Times melaporkan, ujian yang dijalankan ke atas pil berkenaan mengandungi 99.7 peratus janin manusia.
Biarpun pil mengandungi janin manusia itu mendapat permintaan tinggi namun hakikatnya ia mengandungi bakteria dan boleh mendatangkan penyakit

No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT