Blogger Widgets

salam

Thursday 9 February 2012

AKIBAT SUNTIKAN URI KAMBING BIRI-BIRI


Akibat suntikan uri kambing biri biri

Mandy Chong, seorang pengurus akaun syarikat terpaksa menanggung kesakitan di bahagian punggung dan kerugian berbelas ribu ringgit akibat daripada mengambilsuntikan uri kambing kerana mahu memiliki  kulit yang cantik. Ha, tu lah, nak cantik sangat kan dah makan diri! Kes serupa rasanya sudah acap kali jadi bahan dalam surat khabar, media dan blog. Tetapi masih ramai yang tak ambil kisah. Ramai yang lebih mengejar cantik daripada kesihatan diri. Fikirkan. 

Rugi hampir RM20,000 kerana mahu cantik

[Terbakor Berita] Derita sakit punggung akibat ambil suntikan uri kambing kerana mahu cantik

Tanggung sakit di punggung kerana suntikan uri kambing

Impian seorang pengurus akaun sebuah syarikat yang mahu kulitnya sehalus kulit bayi bukan saja tidak menjadi malah wanita itu terpaksa menanggung sakit sehingga meninggalkan parut pada punggung kanannya.
Bukan sekadar itu, mangsa Mandy Chong, 35, juga merasa tertipu kerana dalam tempoh menerima rawatan kecantikan itu dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar lebih RM15,000.
Kos tersebut termasuk kos dua kali pembedahan bagi membuang ketulan kesan suntikan plasenta (uri) kambing biri-biri dan membeli ubat-ubatan bagi menghilangkan rasa sakit dan memulihkan jangkitan kuman dalam sel kulit punggungMandy di sebuah hospital swasta.
Katanya, dia yang teruja kerana bakal mendapat kulit cantik bersetuju menandatangani satu dokumen sebagai tanda setuju dengan terma rawatan sebelum membayar RM8,180 bagi keseluruhan proses menyuntik uri kambing biri-biri.



No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT