Blogger Widgets

salam

Saturday 11 February 2012

PETUA AMALAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA



  • Doa yang berterusan
  • Patuh ajaran agama
  • Murah dengan pujian                    
  • Murah dengan khidmat
  • Murah dengan belaian kasih sayang
  • Murah dengan sentuhan
  • Mencari kebaikan pasangan
  • Cari masa komunikasi, berbual atau bergurau senda
  • Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran
  • Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
  • Menilai diri daripada perspektif pasangan
  • Berfikiran terbuka; boleh tegur-menegur
  • Berani mengambil risiko emosi; tegur/perubahan/berpisah sementara.
  • Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan
  • Tolak ansur
  • Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin' (intuition) perempuan
  • Tidak mengejar kebendaan semata-mata
  • Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan
  • Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan
  • Sanggup berkorban buat pasangan
  • Menghormati pasangan
  • Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada
  • Perhubungan seksual yang sihat dan diredai
  • Menghormati perbezaan dalam diri pasangan
  • Sentiasa bermaafan sebelum tidur
  • Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
  • Meletakkan hak kepada pasangan 
  • Tidak menjadi hamba kepada pasangan
  • Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan
  • Mengawal marah.  Buat perjanjian
  • Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang (win-win situation)
  • Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah
  • Menhormati sifat semula jadi pasangan
  • Memahami peranan pasangan
  • Hubungan perasaan sesama pasangan
  • Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati
  • Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu
  • Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri
  • Tujuh kali puji dan satu teguran
  • Sebut 'I Love U' sepanjang masa
  • Banyakkan bergurau dan bermesra
  • Sentiasa berterus-terang
  • Beri masa untuk perubahan berlaku; sabar
  • Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran
  • Elakkan salah pasangan
  • Cari titik pertemuan
  • Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga
  • Lebih banyak memberi daripada menerima
  • Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan
  • Sentiasa bersemangat
  • Seimbangkan hubungan
  • Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
  • Tidak terlalu mengongkong
  • Tidak bertindak sendirian
  • Memberi peluang berbeza
  • Humor atau lawak dari semasa ke semasa
  • Minta bantuan untuk memecah kitaran negatif
  • Berwawasan dan pandang ke depan
  • Tidak meminta yang bukan-bukan
  • Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga
  • Mencari kelainan dan perubahan negatif
  • Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT