Blogger Widgets

salam

Saturday, 4 February 2012

WANITA INI BERTUKAR WAJAH MENJADI TUA DALAM BEBERAPA HARI SAHAJA




Gambar diatas mungkin kelihatan seperti seorang wanita berusia 20-an dibandingkan dengan neneknya yang masih kelihatan menarik.

Tetapi sebenarnya yang nyata kedua-dua orang itu adalah orang yang sama. CUma gambar keduanya diambil berbeza hanya beberapa hari. Wanita muda Vietnam ini, Nguyen Thi Phuong menghadapi satu kes perubatan yang agak mustahil untuk terjadi. Menyebabkan berlaku transformasi wajah secara drastik kerana alahan yang melampau kepada makanan laut.

Nguyen, 26 tahun berkata beliau menghidap keadaan begini apabila muka mengembung dan kulit menjadi kendur pada tahun 2008 tetapi kerana terlalu miskin untuk mendapatkan rawatan, dia membiarkan sahaja penyakit ganjilnya itu . Awal bulan ini, doktor  mereka akan meneliti kes penyakit Nguyen dengan tanpa dikenakan sebarang pembayaran.

Suami Nguyen, Thanh Tuyên yang merupakan seorang tukang kayu, menegaskan cerita ini adalah benar dan cintanya tidak akan pudar pada isterinya yang cantik  sekali itu.Dia sentiasa memakai topeng di khalayak ramai untuk menyembunyikan rupa dari menjadi perhatian orang tetapi dia kini telah meminta bantuan dari doktor pakar untuk melihat jika mereka boleh mengembalikan wajahnya kepada yang asal.

Memaparkan gambar seorang wanita cantik berusia 21 tahun pada hari perkahwinannya pada tahun 2006, Puan Nguyen berkata: 'Lima tahun yang lalu, saya kelihatan cantik dan tidak begitu hodoh seperti ini, benar?

Puan Nguyen percaya keadaan dirinya adalah disebabkan oleh alahan kepada makanan laut sepanjang hayat. Beliau berkata beliau telah mengalami tindak balas yang buruk pada tahun 2008 lalu. 'Saya benar-benar gatal seluruh badan saya. Saya terpaksa menggaru walaupun ketika tidur, ' katanya.Phuong berkata, beliau mengambil beberapa ubat yang dibeli di farmasi tempatan dan bukannya pergi ke hospital kerana suami dan dia terlalu miskin dan tidak mampu. Dia berkata: "Selepas satu bulan mengamalkan ubat tersebut, rasa gatal di badan beransur puli tetapi kesan gatal-gatal itu kekal pada kulit saya.

Kemudian saya beralih kepada perubatan tradisional dan semua gatal-gatal saya hilang. Walau bagaimanapun, kulit saya mula mengendur dan kelihatan kesan penuaan. Puan Nguyen kemudian mengambil satu lagi jenis perubatan tradisional untuk merawat masalah kulitnya yang cepat mengenadur dan berkedut tetapi tidak berhasil.

Doktor berkata ia mungkin merupakan kesan penggunaan jangka panjang ubat-ubatan tradisional yang menyebabkan terjadinya keadaan tersebut kerana mereka sering menggunakan bahan corticoids. Steroid ini mempercepatkan kesan kedutan secara tidak terkawal tetapi juga boleh mencetuskan penyakit kulit mastocytosis yang jarang berlaku.

Yang menjadi masalahnya kini ialah pasangan itu tidak ingat ubat jenis apa atau dari farmasi mana mereka membeli ubatan itu.

SEBELUM


 



SELEPAS

No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT