Blogger Widgets

salam

Friday, 3 February 2012

HUKUM MEROKOK DALAM ISLAM


Hukum Merokok Dalam Islam

Assalamualaikum....

Agak letih jugak aku sejak² dah mula kerja nie.. Keja despatch ja pon tapi mak ngn mummy aku cakap, "buat la keja apa pon, asalkan halal.." hehehe.. Mana tak letihnya, kuar pegi merata tempat naik motor dalam cuaca yg panas dari pagi sampai petang(tudia ayat, punya nak bagitaw kata letih _ _ " ).. Keh3x.. 

Okey lah, letih² jugak, tapi janji aku kat korg aku kena tunaikan.. Maka terciptalah entry nie.. Apa hukumnya "MEROKOK" mengikut agama Islam..?? Dengan ini, aku istiharkan tarikh melihat anak bulan.. eh.. eh.. bukan².. Aku nak istiharkan yg entry nie utk kengkorg yg beragama Islam.. erk.. Hehehe.. Layan jerk..

Apa yg bestnya merokok ??

1) HUKUM MEROKOK DARI SEGI SYARA':

Para ulama' telah Menfatwakan bahawa rokok dan tembakau adalah HARAM dari segi syara' kerana rokok dan tembakau termasuk dalam kategori benda
² yg KEJI, BUSUK, MEMUDARATKAN dan yg paling buruk mengandungi CANDU yg dikenali sebagai BENDA YG BOLEH MEMABUKKAN DAN TERNYATA HARAMNYA.
2) GOLONGAN ULAMA' & FUQAHA' YG MENGHARAMKAN ROKOK & TEMBAKAU

a) Syeikh Muhammad al-Aini mengharamkan rokok kerana:
  • Membahayakan kesihatan sebagaimana yg telah ditegaskan oleh para pakar perubatan yg diakui.
  • Mengandungi bahan yg memabukkan.
  • Baunya busuk dan menganggu ketenteraman org lain.
  • Membelanjakan wang yg bukan pada tempatnya (membazir).

b) As-Syeikh as-Syahir bin Najam al-Izzi (Syafie) mengharamkan merokok dan penghisapnya akan mendapat dosa kecil, tetapi akan mendapat dosa besar kerana:
  • Berulang² kali melakukannya.
  • Memandang ringan, remeh dan tidak memperdulikan hukumnya.
  • Merasa seronok dan bangga setelah melakukan dosa tersebut.
  • Berbangga pada manusia lain dgn perbuatan tersebut seolah² melambangkan dirinya sudah dewasa atau matang. (riak dan bergaya)
  • Amat besar dosanya apabila dilakukan oleh seseorg yg suda tahu hukumnya.

c) As-Syeikh Abdullah Babatein menfatwakan:

"Kami mengharamkan rokok kerana dua sebab utama":

i. Boleh memabukkan apabila dihisap atau boleh mengkhayalkan.
ii. Tembakau atau rokok adalah benda keji, kotor (busuk dan buruk) dan dikategorikan oleh syara' sebagai:
"Benda keji, benda kotor dan boleh membinasakan.."
- Benda seperti ini nyata diharamkan oleh syara' sebagai firman Allah yg bermaksud:
"Dan diharamkan bagi mereka (memakan) segala benda yang keji (buruk)."
- Al-A'raf 7:1574.
d) Imam as-Syafei telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yg masyhur Al-Umm iaitu:
"Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yg dihisap, dihidu dan disedut) yg boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yg mengadungi racun yg menyebabkan kematian, aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah 'Azza Wa Jalla mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri mereka sendiri."
3) MENGAPA SYARA' MENGHARAMKAN ROKOK ATAU TEMBAKAU ?

a) Rokok mengandungi berbagai
² jenis kimia merbahaya, antaranya ialah nikotin.
b) Syara' mengatakan setiap yg memabukkan apabila dimakan, diminum, disuntik atau dihisap pada seseorg maka ia diketogerikan sebagai candu atau dadah kerana pengertian atau istilah candu adalah sesuatu bahan yg dikenal pasti sesuatu yg boleh memabukkan.

Pengharaman ini berpandukan daripada hujah
² atau nas² dari syara' sebagaimana yg berikut;

  • "Setiap yg memabukkan itu adalah haram." - HR Muslim
  • "Setiap sesuatu yg memabukkan maka bahan tersebut adalah haram." - HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud
  • "Apa sahaja yg pada banyaknya memabukkan, maka pada sedikitnya adalah haram." - HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah
  • "Setiap yg memabukkan itu adalah arak dan setiap arak itu adalah haram (terkategori)." - HR Muslim
  • "Pasti akan berlaku dikalangan manusia² dikalangan umatku, meneguk (minum, hisap, sedut, suntik) arak dan kemudian memakannya dgn nama yang lain." - HR Ahmad dan Abu Daud
  • Telah berkata Ibnu Masoad tentang benda yg memabukkan; "Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan ubat bagi kamu pada benda yg ia telah haram pada kamu." - HR Bukhari
  • Telah berkata Waail bin Hujr: "Bahawa Tareq bin Suwid pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang pembuatan arak, maka Nabi menegahnya." Maka Tareq bin Suwid berkata: "Aku membuatnya bagi tujuan perubatan." Maka Nabi bersabda: "Sesungguhnya arak itu bukanlah ubat tetapi penyakit." - H/R Muslim dan Turmizi
  • Allah mengharamkan orang² yg beriman daripada mencampakkan diri mereka ke dalam perbuatan yg busuk, kotor, keji dan merosakkan kerana ia boleh membawa kepada kecelakaan di dunia dan akhirat. Sebagaimana firman Allah yg bermaksud: 
"Janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan (kecelakaan)." 
- Al- Baqarah, 2:195

4) MENGAPA MASIH ADA YG MEROKOK WALAUPUN SUDAH SEDIA MAKLUM HUKUMNYA ?

a) Kejahilan masyarakat Islam.
b) Berlakunya penyelewengan fatwa dari ulama' fasiq.
* Ibnu Qaiyim al-Jauzi telah menulis di dalam bukunya Talbisu Iblis tentang org yg bertaklid:

"Orang yg bertaqlid sebenarnya tidak mempunyai kepercayaan mantap pada apa yg ditaqlidkan. Taqlid merosak kesempurnaan (agamanya) kerana mengenepikan kesempurnaan akal(nya), sedangkan akal dianugerahkan utk berfikir dan menganalisa. Amat jahil dan buruk sikap org yg diberi lilin tetapi
memadamkannya kemudian berjalan dalam kegelapan."

p/s: da taw kan hukumnya.. so, lepas nie jangan buat lagi.. Allah marah kita membinasakan diri sendiri.. bukan nak kata aku tak penah merokok.. penah tue penah tapi aku da tinggalkan da benda tue.. masa tetengah nak taw dulu².. mujur gak aku tak ketagih.. utk korg suma yg perokok tegar tue, cecuba la behenti.. bagi yg bukan perokok, tak payah la nak cecuba hisap.. tak dak pekdah pon.. okeyh ?? baguz..

* aku jugak ada terbaca satu info mengenai org yahudi sebenarnya adalah pencipta rokok, tapi dorg tak hisap pon rokok nie disebabkan dorg taw apa isi kandungan dalam rokok.. Apa isi kandungan dalam rokok ?? kengkorg ce try tanya uncle google..

Jangan MEROKOK !!

Sekian..
Wassalam....                                                                                            -boy idzuain-

No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT