Orang yang menghabiskan masa berjam-jam di hadapan televisyen mempunyai risiko untuk mati, menghidap diabetes dan penyakit jantung, demikian menurut kajian di Amerika Syarikat.
Setiap hari, penduduk Amerika Syarikat menghabiskan purata lima jam menonton televisyen manakala Australia dan beberapa negara Eropah, antara tiga hingga empat jam sehari, kata penyelidik Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Frank Hu.
“Mesejnya adalah mudah. Mengurangkan kembali menonton televisyen adalah satu cara yang penting untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak aktif dan mengurangkan risiko kencing manis dan penyakit jantung,” katanya.
Orang yang duduk di hadapan televisyen bukan saja kurang bersenam, mereka memakan makanan yang tidak sihat.
Orang yang duduk di hadapan televisyen bukan saja kurang bersenam, mereka memakan makanan yang tidak sihat.
“Gabungan gaya hidup negatif, pemakanan yang tidak sihat dan obesiti mewujudkan ‘tempat pembiakan yang sempurna’ bagi diabetes jenis dua dan penyakit jantung,” katanya.
Ini bukanlah kajian pertama untuk mengaitkan masa menonton televisyen dengan wujudnya pelbagai kesan buruk.
Banyak kajian mendapati ia mempunyai hubungan kuat kepada obesiti. Satu laporan pada 2007 mendapati, menghabiskan banyak masa dengan televisyen dikaitkan dengan tekanan darah tinggi pada kanak-kanak yang gemuk.
Kajian pada tahun sama mendapati, kanak-kanak berlebihan berat badan yang menonton iklan makanan cenderung menggandakan pengambilan makanan mereka.
Kajian baru yang disiarkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika menyaksikan Hu dan pasukannya menyiapkan lapan kajian yang menyelidik hubungan antara televisyen dan penyakit ke atas lebih 200,000 orang dan purata umur antara tujuh hingga 10 tahun.
Katanya, menonton televisyen selama dua jam, risiko diabetes akan meningkat 20 peratus manakala risiko penyakit jantung meningkat 15 peratus.
Setiap dua jam, risiko kematian meningkat sebanyak 13 peratus.
Berdasarkan keputusan itu, Hu membuat kesimpulan, jika masa menonton televisyen dikurangkan dua jam sehari, ia mampu menghalang 176 kes baru diabetes, 38 kes penyakit kardiovaskular maut dan 104 kematian bayi pramatang setiap tahun.
SUMBER MYMETRO
EDIT BY BOYIDZUAIN
No comments:
Post a Comment