Persidangan Antarabangsa Penuaan Penduduk: Isu dan Cabaran dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM) berlangsung di institusi terbabit, semalam.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Heng Seai Kie berkata, dalam tempoh 18 tahun, penduduk berusia 60 tahun ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah populasi Malaysia dan ini menjadi cabaran kepada kerajaan.
“Pada 2010, bilangan warga tua berusia 60 tahun ke atas mencapai 2.2 juta orang iaitu 7.7 peratus daripada 28.3 juta populasi negara ini. Negara ini dijangka mencapai populasi 35 juta menjelang 2020 dengan 3.4 juta adalah warga tua.
“Persidangan ini juga bertujuan meninjau keperluan kewangan dan sokongan keluarga untuk membantu golongan ini dengan mengambil kira pengalaman dan amalan di beberapa negara,” katanya selepas merasmikan persidangan berkenaan.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar.
Katanya, menyedari hakikat itu, kerajaan menambah baik Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas tahun lalu yang menekankan pendekatan pembangunan modal insan sepanjang hayat dengan tumpuan kepada aspek persediaan, pencegahan dan pengukuhan selain mengambil kira keperluan keupayaan golongan terbabit.
“Ini satu persiapan yang perlu dibuat memandangkan Malaysia menjadi negara tua lebih cepat berbanding negara Eropah yang mengambil masa 100 tahun,” katanya.
sumber mymetro
No comments:
Post a Comment