LAMBANG KEBESARAN DAN KESUCIAN...menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk membebaskan Masjidil Aqsa daripada cengkaman Yahudi.
PERISTIWA Israk Mikraj perlu dijadikan iktibar bagi seluruh umat Islam yang menggambarkan betapa pentingnya proses tarbiah (pendidikan) jiwa ke arah kesempurnaan.
Ia peristiwa yang membuktikan kehebatan dan kekuasaan Allah. Bukti paling nyata Dia berkuasa ‘membenarkan’ Rasulullah diangkat ke langit untuk bertemu-Nya dalam masa yang singkat.
Perjalanan Rasulullah itu dinyatakan di dalam al-Quran, Surah Al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati di sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
Menurut ulama, peristiwa Israk dan Mikraj Nabi itu ialah roh dan jasadnya sekali. Bukannya roh saja atau mimpi. Peristiwa agung itu berlaku setahun sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah iaitu bersamaan dengan tahun 721 masihi ketika Baginda dan sahabat berada dalam tekanan kuat daripada golongan musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.
Menurut ulama, peristiwa Israk dan Mikraj Nabi itu ialah roh dan jasadnya sekali. Bukannya roh saja atau mimpi. Peristiwa agung itu berlaku setahun sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah iaitu bersamaan dengan tahun 721 masihi ketika Baginda dan sahabat berada dalam tekanan kuat daripada golongan musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.
Selesai pembedahan, bermulalah perjalanan luar biasa Nabi (Israk) dengan menunggang binatang yang bernama Buraq. Ketika perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa itu, Rasulullah diiringi malaikat Jibril dan Israfil.
Apabila tiba di tempat tertentu iaitu tempat yang mulia dan bersejarah, malaikat Jibril mengarahkan Rasulullah bersolat dua rakaat. Antara tempat berkenaan adalah Thaibah (Madinah), tempat Rasulullah melakukan hijrah, Bukit Tursina dan Baitul Laham iaitu tempat Nabi Isa dilahirkan.
Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq kemudian masuk ke dalam masjid mengimamkan seluruh nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
Dalam peristiwa Mikraj pula, baginda naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan melalui tujuh lapis langit.
Selepas itu, Rasulullah turun ke langit dunia semula seterusnya ke Baitul Maqdis dengan menunggang Buraq dan pulang ke Makkah pada malam yang sama.
Menurut sarjana, kecepatan Buraq membolehkan Nabi pergi antara dua tempat hanya dengan sekelip mata. Sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku didatangi buraq. Iaitu seekor binatang yang putih rupanya, panjang (tinggi) lebih besar daripada keldai, tetapi lebih kecil daripada baghal. Ia merendahkan tubuhnya hinggalah perut buraq mencecah bumi”. Baginda bersabda lagi: “Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya, ia melangkah kakinya cepatnya sejauh penghabisan mata memandang hinggalah sampai ke Baitul Maqdis.
Kaum kafir quraisy Makkah pada zaman nabi langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperlekehkannya selepas baginda bercerita peristiwa itu berlaku dalam tempoh masa yang singkat dan tidak masuk akal.
Yang tinggal hanya segelintir umat Islam yang mempunyai keimanan tinggi. Mereka membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami baginda itu.
Pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Peradaban Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Dzulkefli Zainal Abidin berkata, peristiwa itu berlaku ketika Nabi berada di puncak kesedihan yang memerlukan sokongan dalaman.
“Berdasarkan catatan sejarah, Nabi Muhammad menghadapi dua musibah iaitu kehilangan dua insan yang amat berjasa dan sangat baginda kasihi iaitu wafatnya isteri tercinta, Siti Khadijah serta bapa saudaranya Abu Talib.
“Tahun itu dikenali sebagai ‘Aam al Huzni’ atau tahun berduka cita,” katanya.
Beliau berkata, umat Islam perlu meyakini peristiwa Israk Mikraj yang sudah dinyatakan Allah di dalam al-Quran.
“Rasulullah diperlihatkan segala-galanya dalam peristiwa Israk Mikraj itu dan seluruh umat Islam perlu meyakininya tanpa sebarang keraguan,” katanya.
Dzulkefli berkata, kaum musyirikin cuba mendustakan perkhabaran dan pengalaman yang dilalui Rasulullah pada malam itu.
“Kaum musyirikin pada mulanya gempar dan meragui cerita yang Nabi sampaikan. Namun sahabat Rasulullah, Abu Bakar As-Siddiq tampil mempercayainya dengan penuh keimanan.
“Peristiwa Israk Mikraj berdasarkan perjalanan biasa memerlukan masa berbulan-bulan lamanya,” katanya.
Menurut Dzulkefli, bagi umat Islam peristiwa itu membawa misi penting iaitu bermulalah kewajipan melaksanakan perintah menunaikan solat.
“Nabi mendapat perintah solat secara langsung daripada Allah tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril.
“Solat adalah amalan yang paling awal dihitung di akhirat kelak. Justeru, ia menunjukkan solat memiliki kelebihan berbanding ibadat lain.
“Baginda akhirnya mendapat keringanan solat fardu daripada 50 kali sehari menjadi lima kali sehari semalam, namun dalam penilaian sebenar, Allah tetap memberi 50 ganjaran pahala,” katanya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “(Selain daripada apa yang aku saksikan ketika aku dibawa Israk dan Mikraj pada malam itu), maka Allah fardukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang, lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang sudah pun dikurangkan hingga tinggal lima saja); maka Allah berfirman yang bermaksud: “Sembahyang fardu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti.” (Hadis riwayat Bukhari).
Beliau berkata, pengajaran lain yang dapat diambil daripada peristiwa Israk Mikraj ialah seluruh umat Islam bertanggungjawab membebaskan dan memelihara kesucian Masjid al-Aqsa.
“Ia adalah lambang kebesaran serta tempat suci bagi umat Islam.
“Justeru, mereka perlu berkorban menerbitkan keyakinan manusia terhadap kekuasaan Allah dan kebenaran kenabian Muhammad.
“Dalam ‘pengembaraan’ luar biasa itu, Rasulullah menyaksikan banyak perkara dahsyat terutama balasan dan seksaan yang diterima manusia kerana melakukan kemungkaran di dunia,” katanya.
TUNAI TUNTUTAN...dalam peristiwa Israk Mikraj Rasulullah menghadap Allah dan diberikan amanah untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
SUMBER METRO
No comments:
Post a Comment