CANBERRA - Seorang juruterbang Australia, terpaksa membuat pendaratan cemas, apabila seekor ular secara tiba-tiba muncul dari belakang papan pemuka dan menyusur ke kakinya ketika beliau sedang mengendalikan pesawat kargo secara bersendirian.
Juruterbang Braden Blennerhassett berkata, beliau tidak pasti sama ada ular itu berbisa atau sebaliknya dan terus mengambil keputusan untuk berpatah semula ke utara bandar Darwin pada Selasa lalu.
“Saya pernah melihat situasi ini hanya di dalam filem tetapi tidak pernah di dalam pesawat,” katanya.
Menurutnya, sebaik sahaja pesawat itu mendarat, sekumpulan anggota bomba berusaha mengesan ular terbabit dengan memberi umpan tikus, namun gagal untuk menangkap reptilia itu.
SUMBER SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment