Hari nie.. masa aku dlm perjalanan dari seremban (aku tinggal di Seremban) ke pejabat di Putrajaya.. aku mendengar radio ERA ketika memandu.. sempena Hari Bapa pada 18 Jun, ERA mengutarakan topik pagi yang cukup menarik.. topik pagi bertajuk "pengalaman pertama menjadi bapa"
Setiap bapa punya pengalaman pertama yang berbeza-2.. ada yang manis, ada yang lucu, ada yang sedih dan ada yang memeranjatkan..
Pengalaman pertama aku cukup menarik.. aku kira mungkin sesuai dikongsikan bersama..
Kami telah berkahwin hampir mencecah 2 tahun.. pelbagai usaha telah kami lakukan untuk mendapatkan anak.. pabila kami mendengar rakan-2 atau saudara mengandung sedangkan mereka berkahwin hampir sama dengan kami atau lebih awal lagi, telah mengandung, kami menjadi sedih, cemburu dan kecewa..
Paling membuatkan hatiku menjadi sedih dan hiba, apa bila ada rakan-2 yang memperli isteriku dengan kata-2 sinis.. setiap air mata yang keluar dari kelopak mata isteriku akibat kata-2 sinis membuatkan aku marah pada manusia tersebut..
Saat yang paling menyedihkan bagi isteriku, pabila kami pergi ke Alor Setar bagi meraikan majlis perkahwinan seorang sahabat.. sudah la kami memandu dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, sampai di sana isteriku disoal dengan soalan-2 sinis tentang anak dan mengandung, aku pula ditanyakan dengan soalan-2 lawak lucah yang b*d*h!!
Bayangkan perasaan isteriku.. niat kami untuk bermalam di alor Setar terus kami batalkan.. dan terus memandu pulang semula ke KL, walaupun kami baru sahaja sampai.. disepanjang perjalanan pulang tersebut, isteriku menangis semahu-2nya sehingga sampai ke rumah.. aku betul-2 tidak dapat maafkan manusia sedemikian...
Allahamdulillah... Allah Maha Kaya, beberapa minggu berselang, ketika kami pulang dari bermain badminton di taman rekreasi depan Hotel Shangri-la Putrajaya, kami singgah di Alamanda. Secara berseloroh kami membeli UPT test kid di sana. Sesampai di rumah, sedang aku menonton TV, terdengar jeritan isteri di tingkat atas rumah.. rupanya, UPT yang dibeli menunjukkan 2 tanda line..
Sah!! isteriku telah mengandung setelah kami hampir putus asa dan telah pun bercadang untuk mengambil anak angkat sahaja. Seperti mana ibu-2 mengandung lain, mabuk dan loya perkara biasa..
Tapi saat yang paling tidak dapat ku lupakan adalah saat pertama kali aku melihat anak yang dikandung itu dari kaca LCD Scan.. melihat pergerakannya, tangannya, kakinya, malahan bayangan rupa parasnya.. Allah... agungnya ciptaanMU..
Saat bergelar ayah, aku lalui dalam keadaan tanpa persiapan dan secara mengejut.. isteriku yang dijangkakan akan melahirkan dalam 11 hari lagi telah ku bawa berjalan di taman bunga.. naik bukit.. turun bukit.. selera makannya betul-2 terbuka.. aku masakan 5 tongkol jagung, dan isteriku habiskan kesemuanya.. malam itu.. kami turunkan tilam dan tidur di ruang tamu depan TV sahaja.. aku tidak mahu isteriku turun-naik tangga..
Jam 5.15 pagi, isteriku bangun dan terasa seperti ingin membuang air besar.. tapi setelah ke tandas, tidak pula ingin membuang.. katanya ade rasa sakit sikit-2.. dalam pukul 6.00 pagi, ku bawa ke Hospital Putrajaya sebagai langkah keselamatan dan berjaga-2 walaupun jangkaan due nye ada 11 hari lagi. Kata Jururawat, telah terbuka 2cm dan mungkin dalam tengahari atau petang nanti baru anak ku dilahirkan dan minta aku balik dahulu untuk membawa barangan bayi.. mendengar kata-2 jururawat tersebut, aku tinggalkan no. hp ku dan aku turun sebentar untuk bersolat subuh.. dalam sujud, aku berdoa yang aku mohon Allah ringankan kesakitan melahirkan ke atas isteriku dan aku redha serta memaafkan segala dosa dan kesalahannya..
Belum pun aku selesai bagi salam terakhir, hp berdering dan jururawat meminta aku datang segera ke labor room!! aku diarahkan masuk ke labor room untuk menenangkan isteriku sebab beliau dalam kesakitan untuk melahirkan.. kata jururawat mungkin dalam 3 - 4 jam lagi beliau akan melahirkan.. aku ditinggalkan bersendirian dengan isteriku.. tidak sampai 10 minit aku di situ, kulihat kulit kepala anak ku telah tersembul keluar... Argh!! panik aku di situ... apa yang ingin aku lakukan... terkedu dan kaku aku di sisi isteri dan terus memandang anak ku semakin keluar... mujur, ada seorang jururawat masuk kebetulan ingin mengambil sesuatu dari laci wad tersebut... lantas jururawat tersebut mengarahkan isteri ku meneran dan minta aku membantu... beberapa ketika kemudian masuk 2 org jururawat lagi.. terlalu mudah dan pantas kelahiran anak bertuah ini.. tidak sampai 15 minit, lahir la anak pertamaku, anak sulungku.. ALESHA ABRIZA pada 15 Disember 2005.
Peristiwa lucu terjadi disaat itu... seorang jururawat bertanya sekiranya aku ada membawa minyak bayi.. aku kata tiada, sebab memang tidak kami jangkakan akan berlaku kelahiran hari itu.. jururawat mengarahkan aku membelinya di kedai berhampiran.. dek kerana terlalu gembira, tergamam dan gugup... aku ingatkan mereka nak makan dan terus mengajak jururawat-2 tersebut makan dan akan ku belanjakan nanti.. berderai gelak ketawa jururawat-2 tersebut.
Tapi kini, Alesha Abriza telah pulang ke pangkuanNya. Allah hanya meminjamkan Alesha selama 150 hari sahaja kepada kami... Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan, akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427) berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini. Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban.
Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhir kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan jururawat yang merawatnya.
Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu kami. Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40 pagi, Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami selamanya. Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospital memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian. Kami bertiga, Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkan kalimah tauhid di telinganya.
Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh berkumandang. Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha sebelum pergi senyumlah pada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah sayang". Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya.
Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari ibunya itu. Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman yang paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut! Maka sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu.
Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana jua setelah tidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha. Pagi itu, jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazah Alesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya. Sungguh tidak tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil Alesha dan membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta menyatakan bertapa aku terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan aku akan terus menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya!
Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku sendiri mengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti untuk membaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu untuk membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di shaf hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang tidak tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa itu adalah, sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasana mendung. Seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga. Hujan tersebut betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkan dan doa arwah selesai dibacakan!. Mungkin itu satu petanda rahmat dari Allah untuk bayi yang tidak berdosa itu.
Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah. Aku sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatan kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saat ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang tersenyum. Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik dan berseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya dari mukanya.
Satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku. Tika kuburan selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah (talkin tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di telingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedang menunggunya... janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaran seolah-olah bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu. Selesai pengebumian, saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidak mendengarkannya. Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah.
Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ayah, walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga isteri ketika mengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi rahmat yang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia untuk mengulanginya.
Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 - 13 Mei 2006)
shamsul shamdin @ laloque
No comments:
Post a Comment