Blogger Widgets

salam

Tuesday 20 November 2012

JUM SAMA-SAMA KITA DOAKAN KESELAMATAN RAKYAT PALESTINE





















"Ya Allah,sesungguhnya kami memohon pertolongan Mu,kami meminta ampun kepada Mu,kami memohon pertunjuk dari Mu,kami beriman kepada Mu,kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan,kami mengsyukuri dan tidak mengkufuri Mu,kami melepaskan diri daripada sesiapa yang derhaka kepada Mu.

"Ya Allah,Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud,dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu yang sebenar akan menyusul pada mereka yang kufur.

"Ya Allah,muliakanlah islam dan masyarakat islam,hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan,bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada,angkatlah dari mereka segala kesusahan,bala,peperangan,keganasan dan permusuhan.

"Ya Allah,selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana,hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau,ya Allah"

AMIN

~IKHLAS DARI BOY IDZUAIN~

No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT