Ada sebuah tradisi perkahwinan yang pelik. Biasanya, orang berkahwin setelah ada minat sama ada secara fizikal mahupun perasaan. Namun, berbeza dengan kisah ini. Pernikahan itu terjalin selama tiga dekad. Anehnya, si suami sama sekali belum pernah melihat wajah isterinya. Hanya mata yang boleh dipandang selama hidup bersama. Sepanjang hidupnya, si isteri selalu mengenakan purdah, pakaian tertutup bagi wanita muslimin yang hanya memperlihatkan kawasan mata. Bahkan, sewaktu tidur pun wanita ini mengenakan pakaian itu.
Selama 30 tahun menjalani pernikahan tanpa melihat wajah isteri ternyata tak menanam perasaan ingin tahu si suami. Secara diam-diam, lelaki ini nekad menyingkap purdah di wajah isterinya yang sedang lelap. Atas rasa ingin tahu itu, si suami perlu dibayar ‘mahal’ dengan tuntutan fasakh si isteri. Si isteri yang sudah berusia 50-an tahun berasa dikhianati. Ia nekad menghendaki perceraian, meskipun suami sudah berulang kali meminta maaf dan berjanji tak mengulangi perbuatannya.
“Setelah sekian tahun, dia (suami) cuba melanggar komitmen, ini sudah kesalahan besar,” kata isteri kepada akhbar tempatan, Al-Riyadh. Apa yang dilakukan wanita itu merupakan bentuk kepatuhan terhadap tradisi yang tumbuh subur di kampungnya, tak jauh dari Khamis Mushayt, wilayah barat daya Arab Saudi. Bukan ajaran Islam, namun tradisi ini tumbuh subur di beberapa kawasan terpencil di beberapa negara Teluk.
No comments:
Post a Comment