Blogger Widgets

salam

Friday, 13 July 2012

JANGAN BODEK,LAKUKAN DENGAN IKHLAS



Ikhlaslah dalam apa jua yang dilakukan; ikhlas kerana Allah S.W.T, kerana itu yang lebih berkat dan mendatangkan keberkatan. Tidak mengapalah jika  melakukan sedikit amalan, asalkan hati ikhlas, berbanding melakukan banyak amalan tetapi hati tidak ikhlas.

Jika diminta melakukan sesuatu tugasan di pejabat misalnya, lakukanlah dengan hati ikhlas kerana Allah S.W.T. Bukan kerana mahu membodek atau mengambil hati ketua semata-mata atau kerana mahu orang lain berasa kagum dengan kerajinan kita.

Kata seorang ahli hikmah, " Contoh orang yang beramal dengan riak atau sum'ah itu adalah bagaikan orang yang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan semua orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata: Alangkah banyaknya wang orang itu", tetapi sebenarnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dapat membeli apa-apa dengan batu itu tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang semata-mata. Demikian juga orang yang beramal dengan riya sum'ah, tidak ada pahalanya di akhirat kelak."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah S.W.T selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah S.W.T dan titisan darah yang tumpah dalam perjuangan di jalan Allah S.W.T. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah S.W.T dan kesan kerana menunaikan fardu yang telah difardukan oleh Allah S.W.T." (Riwayat at-Tirmizi)

No comments:

Post a Comment

WAKTU SOLAT