Di dalam kejadian yang berlarutan sehingga kira-kira 6 jam ini, penjenayah akhirnya mati setelah kira-kira sejam dimasukkan ke hospital selepas ditembak polis.
Pada mulanya, lelaki berusia 34 tahun tersebut dilihat berkeliaran sekitar Kg Baru di Kuala Lumpur.
Dan entah bagaimana, apabila tiba di Jalan Raja Mahmud, lelaki ini tiba-tiba menyerbu ke sebuah rumah.
Dan entah bagaimana, apabila tiba di Jalan Raja Mahmud, lelaki ini tiba-tiba menyerbu ke sebuah rumah.
Ketika kejadian, sekeluarga 6 orang berada di dalamnya, sedang menonton TV.
Lelaki terbabit sempat mencapai sebilah pisau dan menarik seorang kanak-kanak dan terus membawa dan mengunci bersamanya di dalam sebuah bilik.
Maka, bermulalah kejadian dan saat cemas dan genting ketika usaha untuk menyelamatkan kanak-kanak perempuan tersebut dijalankan.
Kanak-kanak malang tersebut dijadikan tebusan, dengan pisau sentiasa terhunus ke arahnya.
Polis segera dimaklumkan, dan tindakan pertama ialah menutup laluan ke lokasi dan mengepung kawasan sekitar rumah.
Polis segera dimaklumkan, dan tindakan pertama ialah menutup laluan ke lokasi dan mengepung kawasan sekitar rumah.
Sukar untuk polis untuk bertindak kerana mangsa dan saspek berada di dalam bilik yang dikunci dan bimbang kanak-kanak terbabit dicederakan.
Rundingan demi rundingan diadakan dari sebalik pintu, tetapi tiada jalan penyelesaian, malah penjenayah meminta untuk dibebaskan dan juga dadah untuk digunakannya.
Tiada akses untuk masuk ke dalam bilik, dan dipercayai kanak-kanak tersebut sentiasa dihunuskan pisau ke arahnya.
Ambulan Hospital Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam juga diletakkan dalam keadaan bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Pendekatan psikologi terpaksa digunakan, malah menjelang petang, seorang pakar psikiatrik turut dipanggil bagi membantu, tetapi saspek semakin hilang pertimbangan.
Suspek , berasal dari Sabah, tiada rekod sebagai pesakit jiwa, sebaliknya mempunyai rekod jenayah lampau terlibat dalam kes samun.
Seorang rakan suspek , seorang wanita, juga berjaya dikesan polis dan membawanya ke lokasi untuk memujuk – juga gagal.
Segala ikhtiar telah dilakukan dan polis perlu bertindak dengan bijak supaya dapat membebaskan kanak-kanak tersebut secepat mungkin walaupun berisiko tinggi.
Akhirnya, jam 4.08 petang, pakar psikiatrik dan wanita terbabit dilihat keluar dari rumah itu bersama polis.
Dan seminit lepas itu, beberapa das tembakan kedengaran – dan keadaan menjadi begitu kelam-kabut.
Polis, hasil perancangan teliti, akhirnya berjaya memecahkan pintu bilik dan melepaskan tembakan yang mengenai rusuk kiri penjenayah.
Dengan pantas, kanak-kanak itu dibawa keluar segera dari bilik dalam keadaan selamat dan terus dibawa ke dalam ambulan untuk di bawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Jam 4.15 petang, lelaki yang cedera parah itu, segera dikejarkan ke HKL, dan kemudian mati kira-kira sejam kemudian.
#sumber : xlupa.com
No comments:
Post a Comment