Blogger Widgets

salam

Tuesday, 18 December 2012

KARAKTER-KARAKTER YAHUDI YANG TERKANDUNG DALAM AL-QURAN



Kenalkah anda siapa itu Yahudi. AllahTaala telah menceritakan didalam alquraan tentang kemuliaan dan kehinaan bangsa Yahudi. Didalam al-quraan juga Allah telah menceritakan terdapat sebanyak 76 karakter yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan karekter mereka yang bergelar bangsa Yahudi?

1. Bangsa yang pertama kali kafir kepada Nabi Muhammad SAW.
(Al-Baqarah: 41).

2. Bangsa yang suka memutar balikkan kebenaran 
(Al-Baqarah: 42).

3. Bangsa yang diperingatkan Allah dengan keingkaran terhadap nikmat Allah 
(Al-Baqarah: 47-48).



4. Bangsa yang pernah diuji dalam perhambaan raja-raja mesir 
(Al-Baqarah: 49).

5. Bangsa yang menyembah berhala ditengah bimbingan Nabinya 
(Al-Baqarah: 51).

6. Bangsa yang diperintahkan untuk membunuh diri masal (Al-Baqarah: 54).

7. Bangsa yang pertama kali mengingkari sifat ghaib dan paham materialisme (Al-Baqarah: 55-56).

8. Bangsa yang suka berbuat aniaya di tengah nikmat Allah 
(Al-Baqarah: 57).

9. Bangsa yang paling cerewet dengan Nabinya 
(Al-Baqarah: 61).

10. Bangsa yang cepat melanggar janji Allah 
(Al-Baqarah: 65).

11. Bangsa yang paling suka mempermainkan perintah Nabi 
(Al-Baqarah: 67-71).

12. Bangsa yang paling keras menolak kebenaran Illahi 
(Al-Baqarah: 74).

13. Bangsa yang tidak boleh diharapkan beriman kepada kebenaran para Nabi 
(Al-Baqarah: 75).

14. Bangsa yang paling suka mengatur tipu daya di tengah masyarakat 
(Al-Baqarah: 76).

15. Bangsa yang suka memperjual-belikan agama Allah 
(Al-Baqarah: 79).

16. Bangsa yang beranggapan tidak disentuh api neraka kecuali sebentar 
(Al-Baqarah: 80-81).

17. Bangsa yang paling sedikit orang-orang baiknya 
(Al-Baqarah: 83).

18. Bangsa yang paling senang bermusuhan dengan sesamanya 
(Al-Baqarah: 84-85).

19. Bangsa yang paling sombong dan membanggakan etnisnya 
(Al-Baqarah: 91).

20. Bangsa yang paling rakus terhadap kesenangan duniawi dan takut mati 
(Al-Baqarah: 96).

21. Bangsa yang benci kepada malaikat Jibril dan Malaikat yang lain 
(Al-Baqarah: 97-98).

22. Bangsa yang paling suka mengingkari perjanjian 
(Al-Baqarah: 100).

23. Bangsa yang paling suka mengikuti khurafat 
(Al-Baqarah: 102).

24. Bangsa yang paling dengki kepada Nabi Muhammad dan umatnya 
(Al-Baqarah: 105)

25. Bangsa yang paling keras berupaya mengkafirkan umat Islam 
(Al-Baqarah: 109-110).

26. Bangsa yang sama sekali tidak mengakui agama Nasrani 
(Al-Baqarah: 113).

27. Bangsa yang pertama kali menyatakan Allah berputra 
(Al-Baqarah: 116).

28. Bangsa yang membenci kebebasan beragama 
(Al-Baqarah: 180).

29. Bangsa yang membenci agama ibrahim 
(Al-Baqarah: 130-133).

30. Bangsa yang rasialis dan apologetik 
(Al-Baqarah: 175).

31. Bangsa yang tidak malu bersikap sok tahu 
(Al-Baqarah: 139-140).

32. Bangsa yang menggangap dirinya paling pandai 
(Al-Baqarah: 142).

33. Bangsa yang hanya menuruti kemahuan sendiri 
(Al-Baqarah 145).

34. Bangsa yang paling mengenal ciri Nabi Muhammad tapi mengingkarinya 
(Al-Baqarah: 146).

35. Bangsa yang dikutuk Allah kerana merahsiakan kebenaran 
(Al-Baqarah: 159).

36. Bangsa yang paling fanatik terhadap tradisi dan leluhurnya 
(Al-Baqarah: 170).

37. Bangsa yang dagang dan riba sama saja 
(Al-Baqarah: 275).

38. Bangsa yang menjadikan agama sebagai Alat dusta 
(Ali Imran: 23-24).

39. Bangsa yang dilarang bagi kaum muslimin untuk bersetia kawan 
(Ali Imran: 28).

40.Bangsa yang pertama-tama merancang pembunuhan Nabi Isa as. 
(Ali Imran: 52-54).

41. Bangsa yang senang membuat siasat keragu-raguan 
(Ali Imran: 72-73).

42. Bangsa yang suka mengingkari amanah orang 
(Ali Imran: 75).

43. Bangsa yang suka mengada-ada dalam urusan agama 
(Ali Imran: 78).

44. Bangsa yang menjadikan agama sebagai alat untuk memperbudak bangsa lain 
(Ali Imran: 79-80).

45. Bangsa yang ingin membuat agama lain sebagai tandingan agama islam 
(Ali Imran: 83-85).

46.Bangsa yang kedlolimanya menyulitkan hatinya melihat kebenaran 
(Ali Imran; 86-87).

47. Bangsa yang suka menghalang orang berjalan kepada kebenaran 
(Ali Imran: 99).

48. Bangsa yang suka berpecah belah dan merosakkan fahaman agama 
(Ali Imran: 105).

49. Bangsa yang tidak suka melihat kebaikan ummat islam 
(Ali Imran: 118-120).

50. Bangsa yang mencela Allah sebagai si Faqir 
(Ali Imran: 181).

51. Bangsa yang suka membuat saiz kebenaran menurut selera sendiri 
(Ali Imran: 183).

52. Bangsa yang suka mencari pujian palsu 
(Ali Imran: 188).

53. Bangsa yang merasa dirinya paling bersih 
(An-Nisaa: 49).

54. Bangsa yang suka memeras orang lain apabila berkuasa 
(An-Nisaa: 53).

55. Bangsa yang selalu dengki gengan keberuntungan orang lain 
(An-Nisaa: 54).

56. Bangsa yang suka membuat kdlaliman dalam undang-undang 
(An-Nisaa: 60).

57. Bangsa yang berusagha mempengaruhi kearah kerosakan apabila dijadikan teman 
(An-Nisaa: 89).

58. Bangsa yang suka mempermainkan para Nabi 
(An-Nisaa: 153).

59. Bangsa yang mengaku membunuh Nabi Isa 
(An-Nisaa: 157).

60. Bangsa yang diharamkan Allah memakan makanan yang baik 
(An-Nisaa: 160).

61. Bangsa yang mengaku menjadi anak tuhan dan kekasihnya 
(Al-Maidah 18).

62. Bangsa yang paling pengecut 
(Al Maidah: 22).

63. Bangsa yang dibebani hukum berat kerana mental mereka yang bobrok 
(Al Maidah: 22).

64. Bangsa yang paling cepat bersikap menolak kebenaran dan menyukai kebohongan 
(Al Maidah: 41).

65. Bangsa yang menyuruh rakyat berkonfrontasi dengan orang-orang yang benar (Al-Maidah: 41).

66. Bangsa yang gemar melakukan usaha-usaha kotor 
(Al-Maidah: 42).

67. Bangsa yang lebih takut kepada sesama manusia dari pada kepada Allah 
(Al Maidah: 44).

68. Bangsa yang suka mengejek dan mempermainkan agama islam 
(Al-Maidah: 58).

69. Bangsa yang mengatakan Allah itu bakhil 
(Al Maidah: 64).

70. Bangsa yang gemar membangkitkan peperangan 
(Al Maidah: 64).

71. Bangsa yang suka mendustakan kebenaran yang tidak disukai 
(Al Maidah: 70).

72. Bangsa yang berani membunuh Nabi-Nabinya 
(Al Maidah: 71).

73. Bangsa yang dilaknat oleh Nabi-Nabinya 
(Al Maidah: 78).

74. Bangsa yang ulamanya tidak peduli kemungkaran di tengah masyarakatnya 
(Al Maidah: 79).

75. Bangsa yang mahu berkerja sama dengan musuh-musuh agama demi menghancurkan Islam 
(Al-Maidah: 80).

76. Bangsa yang paling keras permusuhannya dengan agama Islam 
(Al-Maidah: 82).

Sumber dan Kredit kepada : http://wanville.wordpress.com

Sunday, 16 December 2012

LELAKI SETERIKA MUKA YANG DI SANGKAKAN-NYA TELEFON


Lelaki Seterika Muka Sangka Telefon

EBLAG (Poland) : Seorang suami yang cuba meyakinkan isterinya dia mampu melakukan kerja rumah ditimpa malang apabila secara tidak sengaja menyeterika mukanya sendiri.


Tomas Paczkowski, 32, menyeterika sambil menonton perlawanan tinju di televisyen.
Kerana terlalu asyik menonton, dia tanpa sengaja tertekan seterika panas ke wajahnya apabila mendengar bunyi telefon.

Paczkowski ditimpa malang sekali lagi kerana ketika berlari ke bilik air untuk menjirus air sejuk ke mukanya, dia terhantuk pintu.

Paczkowski mencederakan diri selepas ingin membuktikan kepada isterinya, Lila dia boleh melakukan kerja rumah sebaik isterinya itu. “Saya memutuskan menyeterika pakaian ketika Lila keluar bekerja untuk membuktikan saya juga boleh melakukan kerja rumah.

“Wanita selalu melakukan pelbagai tugas dalam satu masa, jadi saya menghidupkan seterika, membuka botol bir sambil menonton perlawanan tinju di televisyen,” katanya.

Dia juga memberitahu matanya lebam akibat terhantuk di pintu.

“Rupa-rupanya sukar untuk melakukan kerja rumah. Saya benar-benar menghormati apa yang dilakukan isteri selama ini,” katanya.

Friday, 14 December 2012

LELAKI BERCAHAYA DIRAKAM DI MASJID NABAWI

SUBHANALLAH!!! Ada yang kata rakaman yang menampakkan sorang lelaki bercahaya sewaktu khutbah Jumaat didalam Masjid Nabawi ni, hanya edit semata-mata. Mulanya kami ingatkan silauan matahari atau lampu spotlight dalam Masjid Nabawi. Tetapi apabila di’play’ semula secara perlahan-lahan, cahaya itu memang datangnya dari sosok lelaki yang berada ditepi tiang sekali.

Tapi ramai jugak yang percaya bahawa kejadian ni sebenarnya realiti untuk menunjukkan kebesaran Allah SWT kepada manusia.

Terpulanglah pada persepsi masing-masing. Kejadian sebegini memang tidak mustahil boleh berlaku. Dan kalau nak difikirkan, perkara macam ini kecik sahaja bagi Allah SWT berbanding penciptaan seluruh alam semesta dan juga segala isinya.

Apapun, yang baik tu kita jadikanlah tauladan, yang buruk kita buat sempadan. Tengok video kat bawah ini betul-betul dan ambik ikhtibar.

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah!” Lalu jadilah ia.” [Al Baqarah:117]


RAHSIA YANG HANYA 2 ORANG SAHAJA YANG TAHU DI MUKA BUMI INI


Rahsia Yang Hanya Diketahui Dua Orang Sahaja Di Muka Bumi

Rahsia Yang Hanya Diketahui Dua Orang Sahaja Di Muka Bumi

Dalam dunia ini ada beberapa rahsia sulit yang hanya dipegang oleh beberapa orang sahaja, atau dalam kes yang ingin diceritakan di sini, hanya dua orang. Ya, dalam lebih kurang 7 billion manusia di dunia, dua manusia sahaja yang mengetahui rahsia sulit ini. Apakah dia??????
Ianya adalah resipi makanan yang mungkin anda selalu makan.


KFC

Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.
KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana, pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan berjaya hinggalah ke hari ini.

Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang executives yang bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resipi asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah ratus rahsia. Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut terpecah, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika.

Hanya dua orang executives yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala executive ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.

Tapi itu tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton yang ingin mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam kartun Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang kawalan keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.

Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:
“Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa pengetahuan kami.”

Saturday, 8 December 2012

RIBUAN ASKAR ISRAEL TRAUMA DAN BUNUH DIRI


TRAUMA akibat perang yang sudah tercetus lebih enam dekad ini sebenarnya tidak dialami oleh penduduk Palestin sahaja. Sebaliknya, tentera bersekutu terutamanya tentera Zionis turut mengalami tekanan psikologi yang serius hinggakan ada yang terdorong untuk membunuh diri.
Dalam satu penyelidikan yang dijalankan sekumpulan profesor Israel dari Pusat Trauma Israel bagi Mangsa Keganasan dan Perang, Universiti Tel Aviv dan Universiti Haifa yang diketuai Dr. Avi Bleich mendapati tentera Israel mengalami tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma selepas berperang dengan penduduk Palestin.
"Dalam kajian kami, askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan terhadap penduduk Palestin mengalami gangguan rasa bersalah, tidak senang hati, bencikan diri sendiri dan menyesal kerana tidak pasti apakah mereka berada pada pihak yang benar.
"Walaupun kajian ini memberikan tumpuan kepada veteran perang yang terlibat ketika Intifada kedua dan meninggalkan perkhidmatan sejak 10 tahun lalu, namun hasil temu bual yang dijalankan saya yakin tidak jauh bezanya dengan trauma yang dihadapi tentera hari ini.
"Selepas menemu bual hampir 230 anggota tentera lelaki dan wanita, kebanyakannya berasa berbelah bagi mengenai kebenaran moral tugas mereka.
"Dianggarkan separuh daripada tentera di sempadan menyesal kerana bersikap ganas terhadap orang awam, satu per tiga daripadanya mengaku melakukan jenayah manakala 17.4 peratus menyedari tingkah laku mereka memalukan.
"Paling mereka kesalkan, mereka terpaksa menyerang dan membunuh orang awam tanpa alasan yang kukuh.
"Pernah seorang bekas tentera menangis sambil memberitahu saya, dia diarah menangkap kanak-kanak kerana mahukan maklumat tentang keluarganya yang terlibat dengan Al-Qassam.
"Semasa dalam tahanan, kanak-kanak yang baru mencecah umur lapan tahun ini merayu supaya mengasihaninya, jangan meliwatnya dan jangan membunuhnya," kata Bleich.
Tambahnya lagi, walaupun telah lama meninggalkan Palestin, kebanyakan tentera masih trauma dan tidak mendapatkan bantuan psikologi.
"Tidak hairanlah mengapa sejak tahun 1980 hingga hari ini ribuan tentera Israel memilih untuk membunuh diri," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2EVx7PXZg 
Hakcipta terpelihara 

BANTUAN ALLAH UNTUK PALESTIN


KIBARAN kali pertama bendera Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat 30 November lalu menjadi detik bersejarah buat lebih 4.3 juta rakyatnya.
Kibaran yang menjadi simbolik penyertaan Palestin sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu disambut dengan air mata kegembiraan. Laungan kalimah suci 'Allahuakbar' bukan sahaja bergema di New York, tetapi lebih gamat di seluruh Palestin.
"Saya anggap pengiktirafan ini adalah bantuan Allah yang sangat besar nilainya kepada kami. Sebelum ini pun, Allah sentiasa membantu kami dalam perjuangan menentang Israel," kata seorang rakyat Palestin, Abu Yazid, 29.
Walaupun bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon pernah bersumpah untuk membakar setiap bayi di Palestin, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat rakyat Bumi Anbiya ini daripada berjuang menentang kekejaman rejim Zionis.
"Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan," ucap Sharon ketika melafazkan sumpahnya itu pada tahun 1956.
Sumpah Sharon
Titik tolak daripada lafaz sumpah itu, Israel sehingga hari ini sengaja menyasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Sharon dengan menghapuskan pewaris di bumi Palestin.
Malah, bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Apa tidaknya, pada usia muda sudah ramai kanak-kanak Palestin yang menghafal al-Quran.
Selain kekentalan semangat rakyat Palestin, sebenarnya ada 'kekuatan lain' yang menjadikan para mujahidin mampu menentang rejim Zionis walaupun hanya menggunakan senjata tinggalan perang.
Kisah kemunculan 'pasukan lain' yang turut bertempur, jasad para syuhada yang seharum kasturi dan beberapa peristiwa aneh sepanjang perjuangan menentang Yahudi bukan sekadar menjadi buah mulut para pejuang dan wartawan malah turut disebarkan oleh para khatib dalam khutbah Jumaat mereka.
Laman blog Filisthin Al-Aan pernah menulis pada Januari 2009 bagaimana waris seorang mujahidin Briged Ezzedine al-Qassam dibelasah dengan teruk oleh tentera Israel selepas didakwa berbohong.
"Tentera Israel bertanya kepada anak lelaki kepada seorang pejuang palestin yang ditahan, apakah warna pakaian tentera al-Qassam. Anak itu menjawab, seragam berwarna hitam.
"Selepas tiga hari anak itu memberi jawapan yang sama, tentera itu berang kerana menyangka kanak-kanak itu berbohong, lalu dia dipukul hingga pengsan.
"Jangan berbohong, al-Qassam berseragam putih, bukannya hitam," sergah tentera berkenaan.
Dalam satu kejadian lain, sekumpulan tentera Israel telah menahan sebuah ambulans. Apabila pemandunya ditanya adakah dia daripada kelompok Hamas atau Fatah, pemandu tersebut menjawab, 'saya bukan Hamas atau Fatah. Saya hanya pemandu ambulans'.
Seragam putih
Tentera tersebut bertanya lagi, 'pasukan yang berpakaian putih di belakang kamu tadi dari kelompok mana?'
Pemandu itu kelihatan bingung sebelum menjawab, 'saya tidak tahu. Tiada siapa di belakang saya sepanjang perjalanan ke mari'.
Cerita tentang tentera berseragam putih seakan-akan menghantui tentera Israel. Mereka tidak tahu dari mana kumpulan ini datang, malah jejaknya juga sukar dikesan.
Malah, seorang bekas tentera Zionis yang pernah ditemu ramah stesen televisyen tempatan Israel kini buta kedua-dua matanya selepas berhadapan dengan tentera berbaju putih.
"Saya merupakan seorang daripada tentera penggempur yang ditugaskan ke Gaza beberapa tahun lalu.
"Semasa bertugas di sana, pada suatu hari saya didatangi oleh seorang tentera berpakaian putih yang menaburkan pasir ke dalam mata saya. Akibat kejadian itu, sehingga saat ini saya menjadi buta," katanya.
Sebelum itu, kumpulannya juga pernah terserempak dengan sekumpulan tentera berseragam putih dan berjanggut panjang. Namun apabila ditembak, tentera berbaju putih itu tidak mati sebaliknya tidak diketahui ke mana menghilangnya.
Dalam situasi lain pula, seorang khatib di Masjid al-Qassam yang terletak di wilayah Nashirat Gaza bercerita dalam khutbahnya tentang 'bantuan Allah' kepada pejuang Palestin.
"Pejuang tersebut telah menanam satu jerangkap samar untuk menyambut kedatangan tentera Zionis di satu kawasan lapang.
"Tidak lama kemudian, dia melihat sebuah helikopter menurunkan tentera Zionis disertai beberapa kereta kebal. Mereka melalui kawasan tempat dia memasang jerangkap samar tersebut.
"Pejuang tersebut memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengandaikan jerangkap yang dipasangnya tidak boleh menghapuskan tentera yang ramai itu.
"Akan tetapi sebelum dia berganjak, terdengar bisikan di telinganya yang bermaksud, 'tetaplah di tempatmu maka Allah akan menguatkanmu'.
Al-Quran penyelamat
"Dia mencari dari mana datangnya suara itu namun tidak ternampak kelibat manusia lain. Akhirnya, dia menunggu di situ.
"Tidak lama kemudian, tanpa disangka-sangka ketika sebuah kereta kebal melalui kawasan jerangkap samar, kejaiban berlaku.
"Jerangkap samar itu meledak dengan dahsyat sehingga menghancurkan kereta kebal tersebut dan membunuh ramai tentera Israel.
"Malah, sebahagian tentera yang terselamat terpaksa diangkut semula ke helikopter sedangkan pejuang itu masih berdiri dalam keadaan selamat," cerita khatib tersebut.
Sementara itu, pakar perubatan yang menjalankan misi kemanusiaan di Hospital As-Syifa, Gaza, Dr. Hisam Az-Zaghah memberitahu, pernah berlaku kejadian aneh ketika dia sedang merawat seorang mangsa perang.
"Mangsa mengalami luka di kaki dan badan akibat terkena serpihan bom dan sisa runtuhan. Namun apa yang menakjubkan ketika mencuci luka tersebut, saya terjumpa sebutir peluru di poket lelaki berkenaan.
"Ajaibnya, kelongsong peluru yang masih panas itu tidak menembusi jantung mangsa kerana terhalang oleh sebuah buku doa dan mushaf al-Quran yang ada di dalam poket mangsa.
"Hanya buku doa itu yang berlubang dan muka depan mushaf itu rosak. Isi al-Quran langsung tidak terjejas sedangkan peluru itu sendiri bentuknya sudah hampir hancur," cerita Hisam.
Selain itu, Pengarah Jabatan Hubungan Sosial, Kementerian Kesihatan Gaza, Hamam Nisman memberitahu, angka kelahiran bayi di Gaza turut meningkat walaupun kematian yang dicatatkan di wilayah itu lebih tinggi berbanding wilayah lain di Palestin.
Menurut Nisman, sepanjang 22 hari Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009, seramai 1,412 rakyat Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terkorban.
"Namun di sebalik kematian lebih 1,000 rakyatnya, seramai 5,000 bayi dilahirkan. Ini merupakan peningkatan luar biasa kerana secara puratanya dalam sebulan Gaza hanya mencatatkan kelahiran antara 3,000 hingga 4,000 bayi.
"Pendek kata, dalam tempoh kemuncak konflik Israel-Palestin, kami hilang seribu rakyat tetapi Allah telah gantikan mereka dengan 4,000 pejuang baharu," ujar Nisman.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2EVsaP9oe 
Hakcipta terpelihara 



KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH




Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. Antara manfaat mandi awal pagi ialah:

KEBAIKAN MANDI AWAL PAGI


1. Melancarkan peredaran darah

Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.





2. Kulit lebih lembut dan halus 



Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus. 




3. Meningkatkan kesuburan


Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita. 




4. Mengurangkan risiko darah tinggi


Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga. 




5. Mengurangkan tekanan serta tenang 


Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.

6. Meningkatkan sel darah putih 

Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat

WAKTU SOLAT